Pages

Thursday, December 30

AFF 2010 - Kita Kalah Pun Kita Juara

Jadi? Apa lagi bentuk provokasi yang mereka akan cipta demi untuk memastikan dunia percaya pasukan bolasepak kita bermain dan mendapat kemenangan dengan cara yang salah...!!

Adakah mereka akan mengangkat lagi isu penggunaan laser yang terbukti dimulakan oleh mereka terlebih dahulu sebelum mereka kalah di Bukit Jalil...?? Mungkin tidak.. Kerana itu isu basi, malah

ku menonton perlawanan ini secara langsung melalui saluran tv 1.

jika sekian umat yang menonton siaran langsung dari saluran yang sama, pasti akan anda terperasan beberapa sinar laser hijau ditujukan kepada muka penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi pada minit kurang tambah 10 permainan. Ketika itu, pasukan Indonesia sedang melakukan serangan melalui tendangan sudut.



Ku yakin, isu ini hanya menjadi gelak tawa masyarakat dunia yang mengikuti perkembangan cerita. Mereka pasti akan ketawa atas sebab yang sama seperti kita tertawa, mereka mencanang sesuatu yang mereka mulakan dahulu, ia umpama membuka pekung didada.. kalau buah dada cantik takpe...

Yang, buah dada juga warga mereka ingin gunakan demi mengalihkan tumpuan permainan pemain pemain skuad Malaysia. Julia Perez a.k.a Jupe, dengan kenyataan mahu berpakaian seksi untuk tujuan yang seperti diatas. Ada kenyataan lain pula, beliau ingin memakai coli berlaser untuk mengaburi permainan pemain Malaysia.

Dangkal dan cetek sungguh akal serta pemikiran aktres ini... Satu dunia juga akan mentertawa kerana ketidak rationalnya tindakan yang ingin diambil. Bagaimana ingin mengalihkan perhatian pemain jika beliau berada dalam lautan penonton di tempat duduk penonton...? malah jika berbogel sekalipun, pemain dipadang tidak sempat mengetahuinya kerana pasti beliau akan diterkam terus oleh penonton yang ada disekeliling sebelum akan diseret keluar oleh askar yang bersenjata seramai tujuh ribu lima ratus orang yang berkawal sekitar stadium Gelora Bung Karno... Lain aaa kalau bogel bogel duduk kat bench Malaysia, silap silap, cameraman pun cari itu jee...!!

Mereka mungkin terlalu extreem kerana menyangkakan pasukan Malaysia lauk selepas mereka pernah membelasah pasukan Malaysia 5-1 pada peringkat kumpulan lalu. Tetapi, itu dulu, walau mereka bergelar pasukan tanpa kalah ke Final, mustahil mereka tidak boleh kalah... Pasukan Muda kita sudah buktikan. Bekalan tiga gol memang lebih dari cukup dan kita kalah Final pusingan kedua timbal balik pun kerana pemain kita yang tolong jaringkan gol, bukan datang dari striker import mereka...

Syabas pasukan bolasepak Malaysia, teruskan kecemerlangan

Syabas juga pada pasukan bolasepak Indonesia, anda memberikan tentangan tetapi nasib anda kurang baik sekali lagi

Kepada semua warga Malaysia, teruskan menyokong pasukan kebangsaan, tidak kira dari genre sukan apa pun kerana SUKAN MENYATUKAN KITA...



Read More! and Comments

Wednesday, December 22

Setahun Sekali Vs. Empat Belas tahun Sekali

Melihat pada tajuk pun sudah buat orang lain keliru, setahun sekali versus Empat belas tahun sekali. Jika di fikir fikirkan ada banyak perkara berlaku jika dipadankan untuk perkara setahun sekali. Hari lahir adalah contoh terdekat yang ku boleh bagi.

Tetapi ini bukan cerita tentang hari lahir, tapi ini lain. Musim tahun lompat pun terjadi 4 tahun sekali bila mana 1 hari ditambah pada bulan February yang menjadikan bulan February mempunyai 29 hari dan setahun 366 hari. Malanglah pada mereka yang lari pada hari tahun lompat kerana tidak dapat meraikan sambutan hari lahir setahun sekali...!!



December 26, 2010 akan datang akan berlangsung 2 acara penting di Bukit Jalil. Acara pertamanya adalah concert Rock The World yang berlangsung setahun sekali yang bakal berlangsung dari belah siang hingga ke malam hari. Acara kedua pula adalah perlawanan pertembungan akhir antara pasukan bola sepak Malaysia melawan Indonesia. Acara ini adalah ku yakini tidak ada langsung dalam calendar acara di Bukit Jalil malah pasukan Malaysia juga langsung tidak dijangka akan ke final selepas kalah besar pada perlawanan pertama di Indonesia.

Dengan 2 acara berlangsung, pasti keadaan disana akan berlaku kesesakan maha dahsyat. Siangnya mungkin tidak terasa tetapi bila menjelang petang, keadaan trafic dan orang ramai pasti akan membuatkan keadaan panas.

Harapannya, tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Sudah menjadi tradisi, tidak kira permainan apa pun, bila Malaysia melawan Indonesia, pasti keadaaan kerusi penonton panas. Dan ini yang perlu kita kawal. Langkah FAM menghadkan penjualan tiket kepada penonton Indonesia adalah mungkin langkah awal demi mengawal keselamatan penonton. Lagipun, ku rasa cam tak adil gak kalau penonton Indonesia terlampau ramai sedangkan bila main kat Indonesia nanti, berapa kerat je penonton kita yang ada kat sana...

Kepada yang pergi, selamat berhibur [tengok bola juga adalah hiburan]... dan selamat berjaya kepada Pasukan Malaysia...

kepada penonton/penyokong, sila hafal lirik lagu dibawah ini...

---------------------------------

Tajuk: Perajurit Tanah Air

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

== Lagu ini bukan sekadar kita kenali sebagai lagu patriotik. Ku boleh kelaskan ia sebagai lagu anthem setiap kali ke stadium menyokong skuad bolasepak terutamanya Malaysia... Memang semangat gila aa bila satu stadium bergemuruh dengan nyanyian lagi ni sambil diikuti paluan gendang dan rebana... [rasa nak pergi pun ada gak nih...]

//Kat mana nak beli jersey pasukan Malaysia pada kadar yang murah ek??


Read More! and Comments

Thursday, December 9

Resolusi Dan Perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Di Facebook

Sempena menyambut kedatangan tahun baru calendar Islam beberapa hari lepas dan tahun baru calendar bukan islam beberapa hari yang akan datang, ku sudah membuat satu resolusi tidak rasmi yang memang sudah dicetuskan sejak beberapa bulan lepas.

Ia adalah berkenaan Facebook... ada beberapa resolusi atau perubahan yang akan ku lakukan. Salah satunya adalah, berhenti menggunakan aplikasi games yang sekarang ni ku masih gunakan. Walaupun satu, tapi ia menuntut penggunaan masa dan bisa mengganggu "live feeds" rakan rakan jika ku ada menghantar request.

Selain itu juga, ku mahu "remove" segala connection yang tidak berkenaan yang dahulunya disambung demi untuk memenuhi syarat permainan. Jadi, bilangan connection yang ku ada akan menurun dari 1036 kepada mungkin tinggal 400++. Ia memudahkan ku untuk membuat susun atur dengan lebih cekap, tidak lagi ketinggalan apa apa pengumuman yang dibuat oleh rakan rakan dan juga pelbagai.

Dan, mulai sekarang, ku akan mula menggunakan Facebook dengan cara yang lebih bermanfaat dan berhemah dari sebelum ini...



Jadi ku ada "come out" dengan satu list berkenaan perkara yang tidak patut kita lakukan di Facebook. Ia hanyalah pandangan peribadi ku dan mungkin ada beberapa point yang agak sama dengan apa yang telah diberi sebelum ini oleh blog atau site lain.

- Jangan add ku tanpa menyatakan tujuan korang add ku
Biasanya, ku akan di'invite oleh hampir 10 orang setiap minggu dan kebarangkalian untuk ku accept adalah amat rendah. Jika invitation tersebut disertakan dengan message, "ini akulah, "sipolan" rakan kelas tingkatan 4 kau", dengan lapang dada ku akan click butang accept tetapi jika tiada, hanya menyusahkan ku untuk investigate siapa sipolan yang cuba invite tadi. Ku sangat benci bila ku jangkakan sipolan yang ku accept tadi adalah rakan sekolah lama ku rupanya bukan dan sipolan itu dengan selamba terus tag ku kepada gambar "gambar duit bersusun" kononnya beliau punya satu business yang hebat. WTF

- Chiss!! Jangan tag ku pada gambar yang macam-macam
Ku sangat benci bila ada orang tag ku pada "gambar duit bersusun" atau apa-apa yang berkaitan dengan MLM mahupun apa-apa jenis perniagaan yang kononnya perniagaan internet. "Login Facebook dapat duit" adalah perkara paling bodoh yang paling mendapat sambutan orang-orang melayu yang tidak berfikir panjang. Ku akan straight remove orang-orang sebegini dari senarai rakan ku.

- Jangan post pada wall ku perkara-perkara mempromosi MLM ataupun business Internet internet yang ntah apa-apa.
Sudah berapa orang ku removed demi kerana tidak mematuhi peraturan kepenggunaan wall yang ditetapkan oleh ku [hanya apply pada wall ku sahaja]. Jadi, jika korang tidak mahu menjadi mangsa terbaru, jangan lakukan...

- Jangan post segala problem peribadi dalam status
Ini juga kadangkala amat menjengkelkan. Jika posting status itu menuntut pandangan rakan-rakan demi untuk menyelesaikan masalah, ia amatlah baik sedangkan ia amat merimaskan jika posting itu sekadar ingin mendapatkan balasan belas kasihan rakan-rakan.. Masalah rumah tangga juga janganlah didedahkan kerana ia hanya sekadar membuka pekung didada sendiri. Masalah rumah tangga perlu diselesaikan secara diplomatik antara suami dan isteri dan bukannya dengan cara mencaci/menceritakan keburukan pasangan pada orang lain...

- Jangan penuhkan wall ku dengan application yang ku tak guna
Ia adalah kadang kala agak memenatkan, invitation menggunakan pelbagai applikasi yang kadang-kala tidak berguna akan ku padam dari wall ku.. Ku hanya menggunakan dua applikasi sahaja buat masa sekarang, Mafia Wars dan Frontierville, lain-lain, ku akan remove...!!

- Jangan terlalu kerap posting application request
Ini bakal membuatkan rakan anda menjadi naik hangin kerana terlalu banyak feeds sampah yang timbul bila mereka mula online. Ku pun tak sure boleh block atau tak posting tu, tapi sekarang pun, ku nyer news feed berduyun duyun request application...

- Kamu bukan orang ada ada, tidak perlu post status setiap 10 minit
Fan page mungkin lebih sesuai. Terlalu ramai orang yang begini dalam senarai rakanku dan ku sangat hairan.. Tidak letihkah mereka??

- Jangan add/accept boss sebagai rakan
Demi untuk menjaga privacy, jangan sekali-kali account boss berada dalam senarai rakan. Tahukan apa bahananya jika boss kita check news feed dan dapati kita baru sahaja post Mafia Wars request...

- Jangan add/accept konco-konco boss sebagai rakan
Demi untuk menjaga keselamatan jangka panjang, orang-orang begini tidak boleh berada dalam senarai rakan. Mereka mungkin akan menjadi mata-mata kepada boss dan account kita akan senantiasa diperhatikan. Jadi berhati-hati.. Ku dah kena beserta surat warning.. sial!!

Jadi macamana...?? Jika anda setuju, katakan setuju, jika tidak, katakan tidak, jika mahu tambah, sila beri comment...

terima kasih

Read More! and Comments

Sunday, November 28

The Most :LOL'd Email I Ever Received...

Hi,

My name is Chris Yeoh. I am 19 years old, and I have testicle cancer.. I also have a large penile fracture, from repeated beatings. Doctors say I will die soon if this isn't fixed, and my family can't pay the bills.

The Make A Wish Foundation, has agreed to donate 50 cents for every time this message is sent on.

For those of you who send this along, I thank you so much, but for those who don't send it, what goes around comes around. Have a Heart, please send this.

Please, if you are a kind person, send this on.

PLEASE HIT FORWARD BUTTON NOT REPLY BUTTON.



[I'm not smart and kind enough as i did not do what the mail as me to... and Make A Wish as I know is only for American... and how The Foundation can identify how many people have forwarded the mail... oh!! i'm so mean... :LOL to the mail creator...]

Read More! and Comments

Sunday, November 21

Pamela pulak... Macam macamlah Uncle Jusmate ni...!??





KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.

"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan saya memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti.

Terima kasih RONI HIDAYAT RIDWAN



Kelakar sungguh ku rasakan bila membaca artikel seperti diatas. Selepas kecoh dengan statement 40 juta pecah panggungnya, ini kali keluar pulak cerita nak hire Pamela Anderson jadi pelakon utama dalam movie baru dia tahun depan.

Mengikut artikel, jalan cerita berkenaan seorang wanita yang stranded di sebuah pulau. Amacam, ada ala-ala survivalkah? Adakah sepanjang durasi cerita, watak utama akan berpakaian menjolok mata [ini pasti menarik penonton muda untuk ke panggung]..!? Adakah akan ada scene "hot" di dalam bot lakonan Pamela dan Tommy seperti yang pernah satu ketika dulu ku tonton...!! Astagfirullah...!! Ku memang tak nafi, banyak telah melakukan perkara-perkara yang mungkar...!!

Ku suspect ini salah satu gimik cara mempromosi diri ni.. Tiada satu pun producer filem dalam Malaysia ni sanggup menghabiskan wang demi membayar seorang pelakon luar yang mana hasil pulangan dari filem itu nanti belum tentu melebihi kos produksi...!!

Macam-macam aaa sekarang ni...!! Datuk Dr. Rozmey dan AC Mizal boleh jadi celeb paling hot tahun ini. Hot dengan kontroversi yang tak masuk akal..

Datuk Dr. Rozmey dengan 40 jutanya, AC Mizal [tak lama kena panggil Datuk AC] pula dengan gelang ajaibnya...




Read More! and Comments

Saturday, November 20

Lagu.. Movie.. Lagu.. Movie.. Eh!! Malam ni Shoot Award...

Sementara ku sedang tak rajin ni, nah!! Baca je aaa posting ku yang paling simple ni.

Mula-Mula ingatkan nak buat posting tentang Movie "RM40 juta" 2 Alam terbitan jutawan Jusmate5, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din, tapi ku belum pergi panggung lagi. Masuk ni dah 2 hari tayangan.. Harapannya, kutipan dalam 2 hari ni mencecah angka RM5,714,286 (dibundarkan). Jika angka ini consistent, fantasi kutipan RM40 juta pecah panggung Dr. Rozmey akan menjadi kenyataan selepas tamat tempoh wajib tayang 14 hari.

//Kenapa ek!!?? movie hebat 2 Alam tak terpilih ke masuk Shout Award?



Berbalik pada tujuan posting. Berikut adalah senarai 5 lagu dalam playlist October-November 2010 yang kerap ku dengar.

Artis - Lagu

Gary Moore - Parisienne Walkways
Intro lead lagu ni je dah boleh bikin ku meleleh dan nangis depan workstation...

Bittersweet - 1234
Catchy, macam lagu Mambo #5, tapi ini versi sisi lain dari Bittersweet yang memang seronok didengar. Boleh tune ke XFM kalau nak dengar lagu ni, stesen lain tak sure ada atau tak...

Filianti Vlee - Bila Cinta
Lama dah dengar lagu ni tapi tak tau sapa nyanyi. Ku memang tak pernah tonton movie Legenda Budak Setan tapi confirm pernah baca novelnya masa zaman sekolah dulu. Apapun, melodi lagu ni semacam...

6ixth Sense - Menyesal
Ini semua gara-gara drama bersiri Asmara. Kalau ku tak layan mini siri ni, confirm tak layan sampai serious... ekeke

Maher Zain - For The Rest Of My Life
Sangat tersentuh dengan lirik yang ku suspect ditujukan khas untuk isteri beliau... Ok!! mungkin tak lama ku akan dedicate lagu ni pada isteri ku pula... "to the end of my time, I be loving you"

Terima kasih laaa... anda yang membaca ni pasti ada list sendiri...!!



Read More! and Comments

Friday, November 19

Bola Ditendang, Budak Melayang...!!

Metallica Guitarist Accidentally Kicks Child During Concert





It happened during the performance of "Seek And Destroy," in Sydney, Australia with the house lights on and the stage filled with huge black balloons.
soy sos

--------------------

Ia kelihatan seperti tidak disengajakan memandangkan bola hitam tu lebih besar dari budak kecil berbaju biru itu...

Apa yang menghairankan, boucher yang berdiri di sebelah budak tu pun boleh bikin tak tau je walaupun ku suspect dia perasan yang budak baju biru tu sudah terpelanting jatuh ke bawah.. Hammett pun macam terpinga-pinga tengok kejadian tu dan ku suspect dia pun tidak perasan tentang kejadian kerana terlalu masyuk layan chord...!!

moral: jangan letak anak kecil anda di pentas metal kerana ia akan mungkin memberi kesan yang tidak baik serta kemudharatan pada anak anda...!!



Read More! and Comments

Saturday, November 13

Hari Ini (Semalam) Kami Menyambut Hari Lahir Amir Yang Ke-4

//Ku sudah taip separuh semalam dan menyambung sedikit awal pagi ini...

November 11, 2010
Petang Kelmarin dalam hujan gerimis, ku bergegas bersiap demi untuk pergi mengambil Amir dari rumah pengasuh. Rumah pengasuh tidak jauh, hanya sejauh selorong sahaja dari rumah mak ku yang terletak di Taman Seri Serdang. Oleh kerana petang semalam hujan gerimis, ku terpaksa keluar menggunakan kereta walau kebiasaannya, hanya menggunakan motosikal tanpa memakai helmet sekiranya pergi mengambil Amir dirumah pengasuh.

Semasa dalam perjalanan balik, dalam kereta, seperti biasa ku akan ajak Amir berbual bual.



Ayah: Esok hari lahir Amir. Happy birthday!!

Kereta ku belok ke kiri masuk ke simpang jalan berbumper kecil 2 ketul buatan sendiri penduduk setempat

Ayah: Sekarang Amir dah besar, tahun depan nak pergi sekolah. Nak pergi sekolah?
Amir: Amir tak nak sekolah

Jawapan yang sama diberikan sejak pertama kali diajukan kepada Amir beberapa minggu lepas. Kereta ku belok ke kiri masuk ke simpang yang kali ini menuju ke arah padang permainan.

Ayah: Nanti ibu bawa balik cup cake, Amir nak
Amir: Angguk aje
Ayah: Amir nak hadiah birthday apa?

Soalan sinonim yang biasa kepada bakal birthday boy atau birthday girl ku ajukan...

Ayah: Cakap aaa Amir nak hadiah birthday apa?
Amir: Amir nak nettop?

Sambil Amir tersenyum sinis memandang ku

Ayah: gulp..!??

Ku terkedu...

Legend
Nettop = Laptop

Beberapa hari sebelum itu.

Hadiah pertama yang Amir diterima pada tahun ini.
Terima kasih Acik dan Cik...
[Agak ada hadiah datang dari Japan kah...!?]

Bangga laa tu...


Permandangan Bahagian Dalam


Begini Cara Main


Ini Rezeki namanya;

Sample Susu Yang Disponsor Oleh Ban Soon [Macam tau je Amir nak sambut Hari Lahir]




Read More! and Comments

Saturday, October 30

Nasi Lemak Mu Berapa Posen...??

Banyak yang telah ku baca tentang perkembangan filem dalam negara. Kebanyakan yang ku baca adalah komen yang datang dari penonton dan terlalu sedikit yang ku baca komen datang dari pengusaha atau orang orang yang berada dalam industri filem kita.

Oh yea...!! Adalah beberapa kolum dalam surat kabar yang ku sempat jeling jeling, banyak komen dari mereka dalam industri yang mengatakan, "industri filem kita semakin berkembang"

WTF..!!?



Bagaimana mereka boleh kata berkembang jika tahun lepas, contoh; 30 filem yang dikeluarkan, 25 filem adalah berkisar tentang genre hantu..?? Hanya beberapa produksi sahaja yang mengamalkan konsep berani mati dengan mengeluarkan filem yang bercorak lain dari filem hantu... Filem yang konon akan meraih 40 juta kutipan tiket yang masih tak tayang tayang lagi pun adalah ber genre hantu...!! Cilakak... 40 juta angka kutipan dengan yakin diberikan produser yang juga jutawan produk perlangsingan badan yang setiap hari keluar muka dalam satu kolum harian metro...!!

Beberapa tahun lepas, bila movie professor Razak meletup, semua mau ikut buat movie macam beliau. Sekarang...? Mereka sudah kering idea...!! Genre hantu sudah basi [nasib aaa filem 40 juta tu...] dan tahun ini, mungkin ada pelbagai genre, cerita superhero pun ada, tapi adoi...!! Satu pun tak membangkitkan nafsu untuk ku turun ke panggung...!!

Yang terbaru, Cuti Cuti Cinta, bunyi cam Cuti Cuti Malaysia. Ku belum lagi menonton filem ini dan mungkin tidak akan berbuat demikian walaupun ia akan keluar di tivi pada tahun hadapan. Sinopsis pun ku takde rasa nak baca tapi ku suspect, ia adalah kesinambungan dari cerita "Lagenda Budak Setan". Mereka masih mengamalkan formula lama, kasi cerita cintan cintan, tambah ada kelakar kelakar sikit baru budak budak masuk panggung dan baru kutipan pulang modal. Adoi...

Magika... Juga ku tak berapa rasa nak tengok walaupun mendapat credit tinggi dari rakan rakan ku yang sudah pergi ke panggung. Mungkin ianya amat berpatutan untuk filem itu diangkat sebagai filem terbaik kerana unsur unsur cerita yang jauh dari kebiasaan [serious ku tak tau camne cerita ni...]


Bilalah filem kita ni nak ada yang berjenis membuatkan penonton "berfikir" bukan "mengelamun". Jika tengok cerita cinta, sure ramai mengelamun... Tidak perlu unsur ganas atau seksual yang penting jalan penceritaan...!!

Dan tolonglah, hindarkan dari menggunakan dialog murahan seperti "Nasi Lemak 50 sen".


Read More! and Comments

Friday, October 15

Ku Type Dan Peram Content ni Dah Lama, Hari Ni Baru Click Publish...

Itu hari aa...!! Masa tengah ada masa senggang kat opis ni [almaklum, kerja shift malam, kadang kadang banyak masa senggang, kadang tu sampai tak cukup jam buat kerja], ku saja-saja surfing cari bahan, apa yea subjek yang ku nak masukkan untuk post baru... Ia aaa, jika nak harap masa kerja siang, memang sangat attentive buat kerja hingga tiada masa nak memikirkan tentang nak bercerita tentang apa dan apa yang akan dimasukkan kedalam blog ni. Pulak, bila di rumah, lagilah sibuk dengan Mafia Wars dan aktiviti bercucuk tanam yang membazir masa [merujuk pada kenyataan sinis Shima, "buat ni dapat duit ke??"] yang membuatkan ku langsung lupa pada semua perkara...!!

Jadi, dengan waktu yang ada pada shift malam ku gunakan untuk mencari idea dan beberapa subject untuk dijadikan bekalan penulisan dan bahan mengarut untuk semua. Aktiviti surfing mencari idea dan subjek ini pula ku rasa terlalu kecil kerana terlalu banyak website domain yang utama telah ditapis oleh "penapis sesawang abang network yang kebal" yang sebelum ini ber'tag team dengan abang sayur. Gandingan mereka memang diakui terlalu hebat sehinggakan penapis yang mereka pasangkan terlalu kebal hinggakan website vacation pun kami tak boleh masuk. Jobstreet lagi laa tak boleh... Blogger dan Webpress juga menjadi mangsa penapis abang network yang sentiasa jelous pada kami yang selalu punya kesenggangan masa untuk bersenang senang sedang beliau sibuk setiap hari kerana terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah pejabat dan network yang tidak pernah selesai...



"Bayu Parkville"

Itu kekunci atau dalam bahasa IT nya adalah "metadata" yang ku masukkan pada petak kosong pada engine pencari google. Ya, kali ini google tidak mencadangkan metadata yang berbau 18sx seperti yang pernah ku alami dan ceritakan pada posting yang lepas-lepas. Ianya secara tiba-tiba sahaja menjelma dalam fikiran dan nasib baik kebanyakkan site yang menceritakkan tentang Bayu Parkville tiada dalam penapis sesawang abang network. Dapatlah ku baca dan lihat perkembangan construction ini yang pernah dua tahun dulu kami jejakkan kaki ke rumah contohnya yang dibina berdekatan dengan perumahan mewah Gita Bayu. Jauh tak jauh tapi dekat aaa...

yesterday i called ivon (meridian tower)...dia kater cf lum dpt lg...maybe end of aug or sept...syabas tgh wat keje....furniture akan pasang biler kunci dah dpt sbb takut purchaser nak wat renovation...fasa 1 & 2 akan siap serentak....erm, mcm lama lg jek boleh pindah....
Sumber

Quoted text diatas mencuri tumpuan ku dan tumpuan ku lebih terarah kepada tulisan "maybe end of aug or sept". Oh, sudah siap dan menunggu CF. Ada juga beberapa forum lagi yang membincangkan tentang perumahan ini yang seronok juga untuk dibaca. Tak tahulah jika korang pembaca lain tidak berapa seronok kerana lain orang lain selera. Macam ada satu lirik lagu lama Indonesia tu... Aku suka jaipong kau suka disko, Oh oh oh oh... Aku suka singkong kau suka keju, Oh oh oh oh...!! Ku harap, adalah satu artis yang akan improvise lagu ni kepada rentak reggae satu hari nanti, itu pun ku tak sure, dah ada orang buat ke??

Bayu Park Ville , a 24 hrs gated community townhouse concept address strategically connected to a bustling commercial, residential and industrial lot. A rare gem waiting to be discovered.

Adjacent to the well dwelled Bukit Gita Bayu up-market residential area, and also the industrial zone nearby. Easily accessible from KL - Seremban highway and Sg. Besi - Puchong, Seri Kembangan and Cheras. It is a sound investment not to be missed, with ample potential growth and value appreciation.

There are a variety of shops and convenience stores selling.. well anything you need. Personals, groceries, and newsagents where you can pick up not only your morning paper but magazines and an assortment of essential stuff. Get all that in ONE PLACE, without parking and traffic hassles.
Maklumat lanjut tentang rumah ini, sila aa Klik Sini ataupun Klik Sini

------------------------------

"You datang lambat sikit, kalau minggu lepas you datang, block A ada lagi. Dari mana you tahu..??"

Ingat lagi, itulah yang dikhabarkan kepada kami takkala pertama kali kami melawat rumah contoh 2 tahun lepas [2 tahun ke?? ku tak ingat sebenarnya]. Kami dapat tahu pun selepas kami terjumpa agen pengiklanan mereka yang membuka pameran di Jusco Cheras Selatan semasa kami pergi bersantai dan ber'window shopping disana. Oleh kerana rumah contoh tidak jauh dari tempat kami tinggal sekarang, kami mengambil keputusan untuk singgah kesana untuk perhati-perhati...

"Early Bird, bumi harga 157k."

Sambung agen dirumah contoh lagi

"Block B harga sudah lain. Naik sikit..."

Harga Block A [early bird] memang consider sudah murah juga aa untuk rumah dalam kawasan berhampiran bandar, berhampiran dengan The Mines, beberapa minit untuk ke UPM [Universiti Putra Malaysia] dan dekat dengan Maidin untuk beli-beli groceries. Block B pula pada masa itu baru ada beberapa buyer dan jika kami setuju, kami punya kebebasan untuk memilih bahagian rumah yang mana yang kami mahukan. Sama ada tingkat atas atau tingkat bawah dan kami juga dapat memilih lokasi blok rumah yang kami mahukan.

"Jangan tunggu, you kena cepat, nanti block C harga sudah lain"

Cilakak, pandai je mat ni jack [racun] gua suruh angkat satu...


Read More! and Comments

Wednesday, October 13

Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet


image sos

Serious skang ku sedang kacip melayan lagu seperti tajuk yang dia atas. Lagu dan lirik yang sangat catchy dan mudah difahami...

Jom enjoice...!!



Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x




Read More! and Comments

Monday, October 11

Sepuluh Hari Bulan Sepuluh Dan Virus Pemakan Darah Putih

Ada sesetengah orang tua, mereka mempunyai tenaga yang limited tetapi punya semangat untuk berjalan jalan yang unlimited. Apabila kehendak hari dituruti, pasti berakhir dengan sesuatu yang sedikit kurang baik. Ia berlaku kepada ku beberapa hari ini..

Kami sekeluarga diserang dengan jangkitan demam yang lain macam [bak kata abang Mokhtar, suami pengasuh kepada Amir]. Memang demam kali ini kurasakan sangat teruk sehinggakan ku diberi MC selama 2 hari oleh doctor Razak di Klinik Zul dan Rakan Rakan cawangan Seri Serdang. Doktor tidak mengambil masa yang lama untuk menganalisa tentang masalah yang ku hadapi mungkin kerana ku adalah orang yang ke seratus datang merintih kepada beliau. Sekarang ini, kesan demam masih ku terasa walaupun ku kelihatan pulih dari luarannya...

Keadaan adalah Shima lebih teruk sedikit. Dia masih belum pulih sepenuhnya. Sel darah putih berada pada paras yang sepatutnya, batuk batuk juga semakin kuat dan setelah di ambil darah pada kalui kedua, doctor mengesayaki yang dia diserang dengan virus denggi. Sehingga kini, segala langkah sudah dibuat...

Amir juga baru malam tadi paras suhu badan normal jika dibandingkan beberapa hari kebelakangan. Setiap kali matahari terbenam, pasti suhu badan Amir akan meningkat dan meresahkan kami. Panas pula bukan calang-calang, alhamdulillah, berkat dia batuk batuk dan muntah pagi semalam, malam tadi panas badan tidak menyerang.

Oleh kerana masalah ini, kami terpaksa membatalkan segala rancangan sepuluh hari bulan sepuluh yang sudah dirancang sebelum ini. Kepada yang sudah selamat diijab kabul, tahniah, kepada yang kami tidak dapat hadir pada kenduri mereka, kami bagi tahniah dari jauh je...!! Kesihatan tidak mengizinkan. InsyaAllah, harap harap, kami semua akan dapat pulih sepenuhnya sebelum weekend ini... bukan apa, sabtu ni ku nak pergi jamming...!!

Read More! and Comments

Friday, October 8

Jika Ku Yang Nak Kawin Pasti Ku Takkan Pilih Tarikh Keramat 10 October 2010

Sepuluh hari bulan sepuluh tahun dua ribu sepuluh tinggal beberapa hari lagi, dan kenapa jika ku kahwin, tak mau pilih tarikh tersebut, kerana ianya demi untuk mengelakkan dari perpecahan attendees atau clash dengan deretan kenduri kahwin yang ku yakini akan terlalu ramai pasangan yang memilih tarikh tersebut sebagai tarikh istimewa, tarikh senang nak ingat dan macam-macam lagi gelaran yang kita boleh dengar.

Ikut perkiraan, ku dan Shima sudah menerima 4 undangan bagi tarikh tersebut [10/10/10] yang bertempat seperti dibawah...

- Kepong
- Kuala Kangsar
- Kuantan
- Rawang
[alphabetical order]

Pastinya, kami kena pilih satu sahaja..!! haiizz...

Tarikh-tarikh kenduri lain dalam list;
October 16 - Dewan Bahasa Dan Pustaka
October 31 -

//Kepada bakal pengantin sekelian, selamat pengantin baru dan tahniah semoga berkekalan...

Pada October 2 - Presint 8, Putrajaya, kami telah hadir ke perkahwinan seperti yang dibawah..
siapa kenal... angkat kening


semoga berbahagia dan berkekalan

Read More! and Comments

Tuesday, September 28

Julung Kalinya Ada Jamuan Hari Raya Di Opis Khamis Ni...

Sudah hendak masuk lima tahun ku bekerja disini dan selama itulah, pada hari khamis 30 September 2010, tempat ku bekerja ini akan mengadakan jamuan makan makan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. mmm.. mungkin sebelum ni ada, tapi ku tak ingat.. pernah ke ada?? Ya, ku tidak nafikan yang sebelum sebelum ini kami kerap mengadakan jamuan makan makan bulanan, tetapi itu duluuuuu... dan duluuuu mereka kami lebih terarah kepada sambutan parti birthday...!! Dan sambutan tidak disertakan dengan pemeragaan baju raya dari staff.

Satu masa dahulu, pernah pihak pengurusan mengadakan jamuan parti Birthday dan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Semua staff serta internship student digalakkan untuk berpakaian kebangsaan pada hari itu. Malangnya, tidak ramai yang memberi respond kepada acara itu. Hanya tidak sampai separuh staff dan internship student yang mengambil bahagian. Seperti tahun tersebut, tahun ini juga telah diuar-uarkan bahawa pemenang pakaian terbaik akan dipilih oleh pihak juri yang tidak dapat ku pastikan siapa.. Makanan?? Jamuan Hari Raya.. apa yang ku boleh expect lagi kan...

Apa yang diharapkan, acara kali ini mendapat sambutan yang lebih baik dari yang pernah diperolehi pada acara yang sebelumnya. Diharapkan juga ramai staff dan internship student akan datang berpakaian sesuai [baju raya masing masing mengikut kaum] dengan tema acara demi memastikan mood hari itu umpama mood berhari raya...!!

Minggu ni ku kerja shift malam, kebarangkalian untuk menghadiri acara ini adalah 10% pergi : 90% tidur... Nak pergi ke tak?? Nak pergi ke tak??

Read More! and Comments

Monday, September 27

Ku Baru Balik Dari Makan Makan Di Restoran Terbuka

Bruupp... Kenyang... Alhamdulillah!!

Ku baru balik dari menghadiri acara rumah terbuka [pada hari isnin] yang bertempat di Restaurant Hajah Sungai Ramal Kajang. Banyak sungguh makanan yang dihidang dan kebanyakannya adalah untuk lauk makan tengahari.

Restaurant ini adalah milik rakan mak ku, jadi kebetulan hari ni kerja shift malam, ku pergi je aa sekali. Ikan bakar menjadi rebutan pengunjung yang semakin padat selepas jam 1pm. Ramai orang bekerja yang keluar lunch sedang kami yang tidak bekerja sudah terpacak disana sejak jam 1230pm.

Gambar tak sempat snap sebab teruja melihat makanan. Ku juga terjumpa rakan lama di RHB dulu, nama dia Zainal, CSO sama ngan ku dulu, skang dia Penolong Pegawai kat LHDN yang gajinya lebih tinggi dari gaji supervisor ditempat ku bekerja sekarang...!!

Bruupp.. sendawa lagi dan aroma rasa teh tarik yang ku minum tadi terasa lagi... ok aa..!!

Jika ada yang teringin nak mengubah selera makan tengahari, boleh aa cuba ke restoran ni.. terletak bersebelahan Sekolah Leftenan Adnan dan alamat boleh diperolehi di sini...
Hajah Restoran

Brruppp...

Read More! and Comments

Wednesday, September 22

Nombor Phone Ku Sangat Laris Sejak Kebelakangan Ini

Sejak kebelakangan ni, nombor phone ku [012-#####88] sangat panas dengan panggilan. Hampir setiap hari, pasti akan ada panggilan masuk yang ku rasa sangat tidak pernah berlaku sejak ku mula menggunakan phone bimbit sepuluh tahun lepas. Tidak, ku bukan seorang peserta rancangan tivi yang baru memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak satu juta ringgit mahupun bukan personal yang menguruskan kes pembunuhan Sosilawati jutawan kosmetik.

Ku juga selalu ingin berharap bahawa panggilan yang masuk itu adalah berita terhebat, berbest atau terbaik berupa tawaran kerja baru yang dahulunya pernah ku hadir temuduga. Ku juga selalu berharap panggilan yang masuk itu adalah panggilan yang memaklumkan bahawa ku telah berjaya memenangi hadiah berupa sebuah kereta atau pun wang tunai sebanyak tiga puluh ribu ringgit dari peraduan yang tak pernah ku lepas yang dianjurkan oleh syarikat minyak buatan Malaysia...

Haram... Semua tu hanya harapan..!!



chriitt...!! chriitt...!!
Diri ku: Halo
Dia itu: Hi... selamat tengahari
Diri ku: Selamat tengahari
Dia itu: Saya ingin bercakap dengan
Diri ku: Saya bercakap
Dia itu: Hi..
Diri ku: Yaa..
Dia itu: Saya , agen hartanah dari realty...
Diri ku: Ohhh!!
Dia itu: Ini berkenaan tentang properti yang encik beli di Bayu Parkville..
Diri ku: Ahha...
Dia itu: Saya ingin bertanya, adakah encik mahu menjual atau menyewakan properti tersebut
Dia itu: Diri ku: Tidak. Saya mahu menggunakannya sendiri
Dia itu: Oh!! jika begitu tidak apa. Saya cuma bertanya.
Dia itu: Mungkin encik ada mempunyai preperti lain
Diri ku: Oh!! itu belum lagi.
Dia itu: Mmm... baiklah, jika encik punya kawan untuk menjual atau menyewakan rumah, boleh beritahu saya... saya sebagai agen akan bantu dalam process itu.
Diri ku: Oh!! Tiada masalah
Dia itu: Baiklah.. terima kasih
Diri ku: Sama-sama

Demm... Ku sudah menerima berbelas atau mungkin 20++ panggilan dari agen hartanah menanyakan perihal status rumah yang ku beli. Apa yang tertulis diatas ku rangkumkan menjadi satu memandangkan bait bait perkataan adalah hampir sama antara setiap panggilan.


Read More! and Comments

Saturday, September 11

Kesesakan Malam Raya Dan Seluar Jeans 4 Helai RM100

Selamat menyambut Aidilfitri... Pasti semua masih sibuk menyambut hari raya dengan menziarahi rumah kaum keluarga dan rakan rakan.

Kami selamat sampai ke Anak Bukit pada hari Khamis pada jam lebih kurang satu lima puluh petang selapas mengharungi perjalanan selama enam jam tiga puluh minit dari rumah. Perjalanan kami juga tidak diganggu oleh kesesakan tahap dewa yang sinonim berlaku dikala musim musm perayaan. Hanya kesesakan tahap kritikal berlaku di kilometer 330 bila mana sebuah treler sarat membawa muatan sayur telah terbalik di lorong jalan menghala ke selatan. Mujur ia terbalik di jalan arah selatan, jika arah utara, ku suspect masa perjalanan kami akan bertambah sekurang kurangnya dua jam. Seperti selalu, selepas memandu dan sampai, ku akan zzzzz... almaklum, ditambahkan lagi dengan kekurangan tenaga kesan dari berpuasa.



Rancangan malam raya lebih terarah kepada berjalan jalan mencari pakaian raya di bandar Alor Setar. Memang ia telah dirancang awal memandangkan jarak perjalanan antara rumah dan bandar kurang dari tiga minit [jika ditolak masa berhenti dilampu isyarat]. Awal awal ku dah minta adik ipar untuk survey harga seluar Jean yang dijual di pasar larut malam sekitar bandar Alor Setar.

kami, Ku ngan Shima berdua keluar dari rumah pada jam 12 tengah malam dan berjaya mendapat parking yang kosong pada kadang yang agak mudah. Mungkin parking di lorong kurang mendapat perhatian memandangkan kebanyakan pemandu lebih cenderung mencari parking di hadapan kedai atau jarak yang lebih dekat.

Ini adalah pengalaman pertama ku berjalan jalan ke bandar Alor Setar pada malam hari raya walaupun pada tahun tahun sebelum ku kahwin, kerap juga ku berkunjung ke pasar larut malam Jalan Tunku Abdul Rahman mahupun bandar Kuantan pada malam hari raya.

"Gerai tu betul betul kat depan Pekan Rabu... Murah, empat helai rm100"

Itu yang Adik ipar ku katakan selepas di pulang dari berjalan jalan dikawasan itu kira kira dua tiga lepas. Ku tidak terus ke gerai seluar tetapi bercadang menyusur sambil memerhatikan harga seluar Jeans Levis cap Thailand yang banyak di jual di sana. Perbezaan harga antara yang terjual di Kuala Lumpur adalah kira kira -rm15 sehelai dan mungkin boleh nego lagi jika serious. Seluar yang dijual juga punya pelbagai Variety.

Ku memang sangat terkejut bila sampai ke gerai yang diberitahu adik ipar ku, original Lois empat helai rm100... gila aaa... original bai...!! ada juga seluar berjenama BMW sehelai rm60 dua helai rm100... Selepas puas membelek, menanya dan berjalan, rupanya, nasib ku sangat malam. Semua size dalam lingkungan 34 keatas sudah sold out. Tiada stock lagi pada semua gerai yang menjual seluar jeans sekitar Pekan Rabu. Memang kecewa, tapi apa boleh buat, dah nasib. Keadaan kesesakan di bandar Alor Setar menjadi semakin teruk dan kami sampai ke rumah pada jam dua pagi selepas hampir empat puluh minit merangkak dalam kesesakan...

Nasib baik takde size, kalau tak, tahun ni ku beraya dengan empat helai seluar jeans baru...!!



Read More! and Comments

Monday, September 6

Post Terakhir Sebelum Aidilfitri Dengan Ucapannya Sekali



Banyak juga perkara yang ku nak post sebelum menjelang Aidilfitri ni, tapi, ku tangguhkanlah.

Di Live Feed FB ku sudah penuh dengan rakan rakan ku ramai yang mengeluh "malas nak kerja", "bos! bila nak bagi saya cuti" dan macam-macam lagi yang ku rasa tidak sepatutnya berlaku. Ku yakin, jika bos korang baca status macam tu, sure beliau akan rasa kecil hati dan mungkin akan terdetik rasa menyesal kerana mengagihkan wang ehsan raya beberapa minggu lepas... Jadi rakan-rakan ku sekalian, fikir-fikirkanlah...!!

Cadangnya, ku hendak mencipta ["design" dalam bahasa orang putih] satu atau lebih kad ucapan raya elektronic untuk tahun ini, tetapi, kerana masalah teknikal, perkara itu terpaksa ditangguhkan sehingga raya akan datang. Shima dah suspect ku beriya-iya cakap tapi tiada action, tapi, masalahnya, segala tutorial dan plugins yang ku download beberapa minggu yang lalu tidak compatible dengan photoshop yang ada terpasang di PC opis ku. Kat opis photoshop 6.0 dan requirement untuk plugins adalah CS2 dan keatas... Jadi ku cilok je mana mana kad yang ada kat FB dan ku selitkan di atas itu buat ubat...



Apa kes video iklan TV3 yang hangat diperkatakan sekarang. Semua yang menonton jadi kaget. Terus terang, ku tak pernah lagi menonton iklan itu [dan tidak akan dapat menontonnya di tivi kerana penarikan tanyangan], sehinggalah ku dapat menontonnya dari URL yang telah diberikan. Memang ada banyak unsur bukan islam didalam clip iklan tersebut seperti yang telah dikupas dalam satu blog yang ku tak ingat URL nya. Ada ramai yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju clip iklan itu berunsur iluminati... Ku juga merasakan tiada unsur unsur sambutan hari raya langsung dalam iklan tersebut sehinggakan mengacau dodol pun bukan dibuat didalam kuali, tetapi dikacau didalam bunga teratai...!!

Bagi mengibau kenangan clip iklan raya yang hebat, yang lebih membawa erti Aidilfitri kepada kita, ku embed clip dibawah untuk tontonan korang. Banyak lagi yang ada, tapi yang ini ku rasa yang mampu menggambarkan tentang Aidilfitri... [iklan yang terbaik untuk Aidilfitri biasanya adalah ber"genre" sedih-sedih]





ada satu lagi iklan petronas yang best:
//satu, ada dialog "Aiman, kalau pokok cempedak ayah berdaun emas, jangan kata kereta kayuh, kereta kebal pun ayah beli"... [jenis kelakal]
//satu lagi, "Abah dengan mak makan sini, kakak dan adik makan kat dalam" [sangat menginsafkan story iklan ini...]

Jadi, pada semua pembaca dan penulis blog bebas yang beragama islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Semoga keajaiban Aidilfitri kali ini membawa makna dan lebih kebahagiaan dalam hidup dan nikmatilah keajaiban dengan seadanya. Bagi yang akan memandu, semoga selamat dalam perjalanan pulang dan selamat juga kembali. Untuk semua, Happy Holidays!!

Berjumpa lagi kita diminggu hadapan...!!

Maaf Zahir dan Batin
Rizal


Read More! and Comments

Friday, September 3

Persiapan Raya

Pagi semalam [khamis Sept 02, 2010], kereta kelisa warna kelabu bergerak menyusur jalan Persiaran Utara menuju ke arah Serdang. Didalamnya, seorang pemandu yang kelihatan sedikit mamai, menahan mengantuk sambil sedaya upaya menggagahkan diri untuk sampai ke rumah selepas 8 jam shift kerja yang memenatkan. Ketika itu jam digital yang tersemat di dashboard kereta menunjukkan waktu sekitar 7:15 pagi. Baru beberapa minit tadi, kereta bergerak dari hadapan Pipit Block, Cyberjaya. Bekerja shift malam selalunya tidak terlalu berada didalam stress seperti yang berlaku pada shift pada belah siang kecuali jika tiba-tiba, kami dihujani dengan email request ataupun segala macam masalah yang dihantar oleh pihak pelanggan [betulkan bahasa melayu untuk client].

Didalam kereta, Disk Jockey, Najman, KE dan SY sedang rancak memulakan pagi di Sinar Pagi sambil berkumandang beberapa buah lagu termasuk lagi hari raya yang membuatkan ku sedikit bersemangat. 3 jam sebelumnya, ku, Mesa, Jamil dan Apat terpaksa menebalkan tahi telinga dalam usaha untuk membendung bunyi-bunyian lagu tamil dari yang disiarkan dari saluran Astro disebuah kedai makan sekitar Cyberjaya. Kami bertiga, tidak termasuk Mesa keluar bagi menunaikan amalan bersahur yang disarankan seperti dalam ajaran. Mesa bukan seorang muslim tetapi beliau sangat aktiv mengikuti kami dalam acara-acara keagamaan termasuklah "Solat Jumaat". Tapi, itu dahulu, sebelum beliau bertukar ke "permenant night shift". Kecuali Apat, kami bertiga hanya mengalas perut dengan segelas teh tarik gelas besar dan sekeping roti canai berkuahkan kari ikan. Apat makan lebih dari apa yang kami bertiga yang lain ambil. Mungkin sedikit berselera kerana jarang dia keluar sejak dua menjak ini.



Setelah sebuah lagi yang ku tidak ingat tajuk dan penyanyinya selesai, kedengaran bunyi tapak kaki kuda yang menandakan kemasukan "Wak" [nama samaran disk jockey] bagi memberikan tajuk perbincangan pagi di Sinar Pagi untuk pagi itu. Apa yang menarik adalah, perbincangan pagi itu berkisar tentang PERSIAPAN RAYA...

Sebuah lagi lagu raya malar segar berkumandang... lagu bertajuk Suasana Riang Di Hari Raya oleh Junainah M Amin [sila google untuk lirik] membuatkan suasana dalam kereta semakin semerbak raya...

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya

Seraya selepas lagu ini habis, terus disk jockey memutarkan rakaman perbualan mereka dengan seorang pemanggil perempuan [nama tak ingat dan jika ingat, memang tidak ku reveal]. Ku katakan rakaman adalah kerana, kebanyakan radio digital sekarang di "on air" kan berdasarkan rakaman yang disk jockey telah rakamkan sebelum atau beberapa minit sebelum rakaman yang sedang mereka main hampir tamat.

Salah satu cara untuk detect siaran radio "on air" secara rakaman adalah dengan tiadanya seruan azan atau takzirah takkala masuk waktu solat seperti yang pernah kita dengar pada radio zaman dahulu. Mereka lebih cenderung mengumumkan masuk waktu lebih awal kerana kesukaran untuk "edit" rakaman yang telah dibuat...!! Radio bukan macam tivi, tengah sedap tgk movie tetiba potong iklan atau azan...!!

Jadi berbalik pada pemanggil tadi, dengan senang hati dan bersemangat menceritakan tentang persiapan raya yang telah beliau sediakan. Langsir baru antara yang ku ingat beliau katakan sedangkan tahun ini beliau dan keluarga tidak beraya dirumah tetapi akan pergi beraya dikampung di Negeri Sembilan. 6 pasang baju untuk anak tunggal, 5 pasang baju untuk beliau dan 3 pasang baju untuk suami disediakan untuk sambutan tahun ini membuatkan mulut dan mata ku terbuntang sedikit. Nasib baik stereng masih tidak gagal dikawal. Mungkin ada benarnya apa yang telah ku katakan pada post sebelum ini [klik untuk baca] Perbualan telepon tadi diakhir dengan lawak dari SY yang memang ternyata merapu tetapi lawak...

Perjalanan pagi yang lancar jauh dari kesesakan membuatkan fikiran ku sedikit melayang-layang mengingat kembali, apakah PERSIAPAN RAYA yang telah ku dan Shima sediakan tahun ini. Apa yang ku boleh katakan, Ianya menepati piawaian dan jauh kurang dari kemampuan yang kami ada.

Jadi, bagaimana persiapan raya anda...!!??


Read More! and Comments

Wednesday, September 1

Let Your Dim Light Shine



Setelah hampir setahun ku surfing dan cari, akhirnya, ku berjumpa juga dengan album seperti dalam gambar. Album yang berbentuk CD ini adalah bagi menggantikan albim berbentuk cassette yang ku ada dahulu yang ku tak tau mana pergi tah. Album ini dikeluarkan pada tahum 1995 dan jika dikira, dah 15 tahun usia album ini... Mungkin ada yang tak mengenali, tetapi grup ini mula dikenali di Malaysia dengan album mereka yang memperdengarkan single meletup album sebelum ini, Runaway Train [tak boleh embed pula sebab copyright] Album ini ku beli compilation dan album ini juga sudah hilang...

Ku jumpa juga orang yang telah sudi menjualkan CD ini dan dengan harga RM10, ia sangat berbaloi [untuk ku aaa...] Ku malas aa nak ceritakan tentang grup ni, tapi jika mahu tahu lebih lanjut, sila klik sini. Sebenarnya, ku cari untuk download pun takde, hanya kalau ada pun, sekadar lagu yang popular, tetapi tidak satu album.

Lagu paling best dalam ni bagi ku adalah "Promises Broken" dan huh!! memang mengimbau kenangan sekolah menengah hingga ke universiti bila mendengar semula lagu dalam album ni. Sama macam jika ku main semula track dalam Nirvana Nevermind, Metallica Black dan Green Day Dookie... Semua album tu release semasa ku masih berada dibangku sekolah... semasa tu, OAG, Flop Poppy mahupun Subculture masih berada dibawah tanah lagi...

Cukup aa tu... nak review pun tak guna, album lama tapi ku puas hari dapat juga. Lepas ni nak cari apa pula yea... Oh!! mungkin "Ugly Kid Joe America's Least Wanted"

Read More! and Comments

Monday, August 30

Ramai Kata Streamyx Sucks, Tapi KTM Komuter lagi Worst...


Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.
KTMB

Hebat bukan, menjamin keselesaan dan jaminan keselamatan dari gangguan seksual. Tapi, adakah ianya diambil tahu atau dikuat kuasakan dengan kadar yang sangat ketat. Tidak...



Jumaat lepas boleh dikatakan pengalaman paling buruk yang telah ku alami selama ku pernah menggunakan perkhidmatan komuter. Kali terakhir ku gunakan komuter adalah pada 11 bulan lepas. Sepanjang 11 bulan masa ku tidak menggunakan komuter, kurasakan seperti tiada perubahan ketara yang berlaku pada perkhidmatan ini melainkan pengenalan "coach khas untuk wanita".

Apa yang ku lihat, coach yang sepatutnya dikhaskan untuk kaum wanita telah dinoda juga tanpa dapat dihalang oleh wanita wanita yang tidak berupaya bersuara. buyi macam kena rogol lak... Dinoda ku maksudkan adalah, masih ada segelintir laki-laki yang tidak menghiraukan tentang peraturan pembahagian coach ini. Mereka masih dengan selamba berebut rebut menaiki coach tanpa rasa bersalah dan berasak mencari tempat dengan menolak-nolak penumpang wanita yang berada didalam. Ku hairan, bagaimana ini boleh berlaku. Shima menjelaskan, stiker yang bertampal ditingkap coach tidak dapat dilihat jelas.

Mungkin benar begitu kerana stiker yang ditampal tidak begitu jelas tetapi laki-laki tersebut patut sedia maklum pihak KTM sudah memaklumkan tentang tempat menunggu wanita yang dilekatkan dengan penanda-penanda merah jambu.. Tetapi, manusia tetap manusia, manusia lebih seronok melanggar peraturan dari mengikutnya...

Penguatkuasaan perlu diketatkan bagi memastikan mereka kaum wanita benar benar merasa selesa dan selamat. Janganlah membuat peraturan seperti seorang ayah yang sedang duduk di kerusi malas, menghambur asap dari dada sambil menasihati anak-anak yang memerhati dengan nasihat "anak anak ku, bila besar nanti, jangan hisap dadah, jangan hisap rokok, jadi orang yang berguna..." Jika begini, memang tak jadi...

Masalah kelewatan juga menjadi masalah paling utama. Masa menunggu yang teramat lama membuatkan perkhidmatan ini tidak "reliable" bagi mereka yang memang mengejar waktu. Kami terpaksa mengharung waktu menunggu dan perjalan untuk jarak 1 stesen selama 2 jam...!! Diulangi, 1 stesen 2 jam...!!

Dalam masa menunggu, beberapa kali masa berlepas yang terpampang dipapan tanda elektronik berubah. Berubah bukan semakin cepat, tetapi berubah semakin lewat. Ia membuatkan perasaan ku menyirap dan panas hati. Bagaimana mereka yang setiap hari menggunakan perkhidmatan ini boleh tahan dengan situasi begini.

Oleh kerana ketibaan train yang sangat lewat, orang ramai berasak di terminal mengambil tempat untuk menjadi orang terdahulu masuk. Dan berlaku tolak menolak yang amat dahsyat sehingga kami tak terpaksa melepaskan 2 kali train kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Jika ku dan Shima sahaja, mungkin kami gagahkan, tapi oleh kerana ada Amir dan stroller, kami mengalah. Nasib kami baik kerana Amir tidak banyak merungut walaupun seharian mengikut kami berjalan-jalan mencari barang-barang persiapan raya...


Walaupun letih, tapi tetap gembira

 Ingat lagi, Bekas Perdana Menteri kita, Pak Lah pernah merasai pengalaman ini dan beliau telah mengarahkan pihak pengurusan agar mengkaji tentang perkara ini, tapi haram... takde tindakan...!!

Ini mungkin berbau complaint, tapi ini juga pengalaman yang ku hadapi. Sungguh perkhidmatan ini perlu diperbaiki. Seperti yang Shima beritahu ku, perlu tambah kekerapan, kekerapan sahaja jalan yang mampu menyelesaikan masalah menunggu dan kesesakan dalam coach. Mungkin juga kerajaan kita perlu memikirkan perancangan untuk mewujudkan sistem perkhidmatan keretapi yang lebih menyeluruh dan integrated.

Read More! and Comments

Friday, August 20

Ku Benar-Benar Menyangkal Kenyataan Apabila Orang Berkata Bulan Ramadhan Bulan Kurang Berbelanja [Berjimat]

Ramai yang bercerita dan mengaitkan tentang perkara makanan bila menyebut tentang berjimat di bulan Ramadhan. Mereka mengandaikan bahawa, tidak mengambil makanan pagi, tengahari serta malam akan membuatkan mereka mampu mengumpul wang penuh setabung. Beriya-iya adanya mereka menegakkan kebenaran yang tidak pernah nyata yang sememangnya ku rasakan tidak pernah benar nyata. Ianya ku rasanya hanya angan-angan kosong yang amat sukar untuk dicapai. Sehinggakan mereka lupa, berjimat bukan hanya melibatkan makan tetapi ianya adalah melibatkan perbelanjaan keseluruhan harian mahupun bulanan.

Ku kerap mendengar kenyataan seperti ini,

"Save duit aku bulan ni, selalu seminggu 3, 4 kotak, tapi bulan-bulan puasa ni sekotak seminggu..."

Hebat bukan, seorang perokok tegar amat berbangga dapat mengurangkan jumlah belian belian kotak rokok pada bulan ramadhan dari memikirkan dan beriktiar mencari jalan untuk berhenti terus daripada tabiat buruk mereka itu. Apalah sangat kurang 3, 4 kotak seminggu selama sebulan ini jika mereka kembali terus terusan dengan tabiat buruk mereka itu sehingga menjelang ramadhan akan datang.



Penat lelah berkerja, lapar dan dahaga berpuasa pasti akan sekelip mata hilang sejurus selepas kaki melangkah masuk kedalam pasar ramadhan yang kemeriahan peniaganya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tapi memang ianya sudah menjadi satu trend setiap tahun dan kebetulan tahun ini, hujan setiap petang. Takziah kepada keluarga mangsa ribut yang berlaku di pasar ramadhan di Stadium Jasin. Al-Fatihah

Pasar Ramadhan adalah perangkap paling maut bagi seseorang jika nafsu gagal dikawal. Keterujaan melihat kuih muih pelbagai bentuk, bau wangian arang ayam golek serta mata rambang melihat aweks-aweks [bahasa benarnya adalah gadis-gadis] mampu meruntuhkan tembok-tembok iman yang telah dipertahankan dari mula azan Subuh pagi tadi...

Ku sangat yakin bahawasanya, perbelanjaan yang dilakukan di pasar ramadhan adalah berkemungkinan lebih banyak dari yang dibelanjakan seseorang untuk makan tengahari dan malam setiap hari. Ini belum termasuk harga barang makanan yang terjual di beberapa pasar ramadhan sekitar Lembah Klang. Mahalnya mencekik darah, tapi produknya sangat menghampakan. Pasti ada antara anda yang pernah terbeli kuih basi? lauk basi? yaa, ayah dan ibu ku punya pengalaman itu... tapi mereka tidak serik-serik. Pergilah ke pasar ramadhan Putrajaya, anda akan pasti terkejut bila mana harga makanan yang dijual disana setiap tahun akan meningkat. Adakah ini ada kena mengena dengan kenaikan harga barang dan petrol...?? atau mereka, peniaga cendawan ingin mengaut keuntungan yang berlebihan, menyimpang dari ini asal untuk mencari pendapatan lebih...!! Akhirnya, wang yang kita jangka terselamat kerana tidak perlu membayar harga makan tengahari habis disedut oleh para cendawan beracun yang racunnya tidak kelihatan secara lahiriah...

Tanpa kita sedari kita akan berbelanja lebih pada bulan ramadhan tidak seperti hari-hari lain kebiasaannya. Persiapan sambutan raya, sebagai contoh, pembelian baju baru untuk raya menjadi kewajipan pada bulan ini disamping pembelian perhiasan rumah, langsir serta lampu kelip-kelip bagi memeriahkan sambutan Syawal yang bakal tiba. Bahan-bahan mentah untuk rendang dan pelbagai juga perlu diambil kira. Makanan perlu dimasak sendiri kerana jika hendak beli dikedai, mahu beratus ratus harganya. Anda boleh rangka sendiri, berapa yang akan anda habiskan untuk perkara-perkara yang disebutkan di perenggan ini. Seorang perempuan sesungguh benarnya pasti akan menyediakan tidak banyak, satu pasang baju baru yang akan dipasangkan dengan sehelai tudung jenama terkenal yang jumlah perbelanjaannya paling sikit kurang mampu menampung perbelanjaan pergi dan balik ketempat kerja selama 2 minggu. Yang lelaki pun ada yang sama juga. Semasa bujang dahulu, 8 kali hari raya aidilfitri ku sarungkan baju melayu yang sama, tapi, sekarang, setahun sekali nak kena tukar warna*... Itu belum lagi dikira perbelanjaan seorang lelaki dan perempuan untuk anak-anak mereka. Semuanya kerana mentaliti, setahun sekali, apa salahnya...!!?

"setahun, hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini..."
- Lirik lagu Selamat Hari Raya - Saloma

Mereka mungkin terlalu menjiwai lirik lagu diatas...!!

Kita sekarang lebih cenderung untuk membeli atau membeli "Kuih Tunjuk" iaitu gelaran popular bagi kuih raya yang dibeli siap di kedai. Sebalang atau sebekas kuih biasanya "standard" berharga RM22-25 dan bagi mereka yang tidak meneruskan tradisi bersengkang mata membuat kuih raya seperti yang dilakukan oleh ibu kita lama dahulu, 1, 2 jenis pastinya tidak akan mencukupi. Ianya juga termasuklah pembelian pelbagai jenis kerepek dan makanan sampingan yang kadang-kadang tidak langsung dijamah oleh tetamu takkala bertandang kerumah kita pada pagi hari raya. Takkan nak bagi air kosong dengan biskut kering...?? Yaa... setahun sekali orang bertandang kerumah, mesti perlu sediakan jenisan makanan yang mampu mengenyangkan pengunjung walau mungkin hanya 20 peratus sahaja yang datang akan makan kuih kita itu...!! Sebab diorang pun dah ada beli kuih yang sama juga dirumah...

Saya bukan kedekut tapi tak kisah jika sesekali berbuka puasa diluar. Dahulu, ayah ku selalu bawa sekeluarga keluar membeli barangan persiapan hari raya dan seterusnya singgah untuk berbuka diluar. Saya tidak lupa setiap tahun, ayah akan bawa kami meredah kepanasan dan kepenatan menyusur kedai-kedai sepanjang Jalan Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Tempat pilihan untuk membeli baju baru ku adalah sebuah plaza yang bernama Hankyu Jaya dan selapas itu kami akan berbuka di gerai area pasar Jalan Chow Kit. Makan malam diluar mungkin menjadi rutin bulanan bagi sesebuah keluarga bagi memupuk sifat kekeluargaan dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Maka, yang membazirnya apabila keluarga dibawa berbuka di hotel atau tempat-tempat yang menawarkan pakej berbuka dengan 100 jenis lauk pauk dengan harga yang sangat berpatutan [RM80 seorang]. Banyak mana sangat seseorang tembolok perutnya yang sudah mengecil untuk makan mahupun merasa 100 jenis lauk pauk dalam satu masa. Dan ini ku rasakan perbelanjaan yang sia-sia.

Sudah berapa agaknya perbelanjaan yang kita boleh hitung berbanding penjimatan yang kita sudah sahih lakukan pada bulan Ramadhan ini...? Tunggu... ada lagi...

Tidak sah perayaan jika tidak disambut bersama ibu bapa [jika merantau], adik beradik dan saudara mara dikampung. Balik kampung juga memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi bergantung pada jenis kenderaan yang digunakan. Servis, Permeriksaan dan penukaran tayar dan kadang-kala "pimping ride" juga akan dilakukan sebelum menempuh perjalanan jah pulang kekampung. Pimped ride tu biasanya saja nak "show off" pada orang kampung selain nak kasi statement pada gadis kampung yang dulu masa mengorat pakai basikal, diorang tak layan. Ku perlu menyediakan sekurang kurangnya perbelanjaan perjalanan pergi balik kerja selama sebulan jika hendak pastikan kami sekeluarga dapat beraya bersama ibu dan ayah. Anda bagaimana?

Baiklah, ada banyak lagi sebenarnya, tapi ini yang terakhir...!! Jika anda punya kerjaya dan anak anak buah, pastinya, duit raya tidak boleh dilupa. Pasti anda tidak mahu dicap "kedekut tahi hidung masin" bila tiap kali pulang ke kampung atau pun takkala ziarah menziarah kerumah saudara. RM1 sudah tak lagi, paling kurang RM1 dua keping. Itu yang ramai, jika anak buah 1, 2 orang, paling kurang RM10.. kan!? Takkan anda sanggup dicap oleh anak anak buah anda yang berfikiran cerdas tu dengan gelaran "Haji Bakhil". Disitu je dah berapa habis??

Jadi bagaimana...?? Benarkan bulan Ramadhan bukan masa atau bulan untuk kita mampu berjimat cermat. Apa lagi yang perlu dijimatkan? Belanja pergi balik kerja adalah tetap dengan minyak dan tol, bayaran bil dan installment bulan juga adalah tetap. Melainkan anda sanggup menangguhkan bayar-bayar itu untuk pastikan anda dapat beraya dengan meriah,,, Anda hakiminya sendiri...

Jika benar bulan Ramadhan adalah bulan penjimatan, maka kita tidak akan mendengar keluhan-keluhan kakitangan kerajaan yang sibuk mengusulkan duit raya [bahasa pasarnya bonus] kepada majikan mereka dan sepatutnya juga tidak berlaku ketidak cukupan wang perbelanjaan selepas sambutan aidilfitri dimana kita dengar ada yang terpaksa berjimat dan berpuasa selepas raya serta ada yang kering terpaksa layan megi dan serbuk kuih raya menjelang gaji bulan hadapan... dan pelbagai lagi yang ada kena mengena dengan ketidak cukupan wang...

Segala keputusan perbelanjaan ditangan masing-masing, berbelanja dengan berhemah dan elakkanlah dari melakukan berbelanja berlebihan...

Hari raya adalah hari untuk kita meraikan kemenangan perjuangan kita melawan nafsu, jadi sambutlah ia dengan sewajarnya...!!

Wasalam

//Yan, memang diakui ada cara, tapi selalunya, orang langgar je...
[saya sudah berFB tentang ini dengan beliau sebelum ini]


Read More! and Comments

Tuesday, August 17

Selepas Empat Tayar DiTukar, Tidak Lagi Ku Perasan Kereta DiPandu Laju

Itulah dia, bila pemanduan sudah tidak lagi belenggu oleh gegaran seperti memandu takkala bumi sedang dilanda gempa. Walaupun Dashboard masih utuh tidak seperti barang lain yang berada di salam kereta. Ia kedengaran seperti orkestra yang menghasilkan bunyian lagu yang mengikut sama tempo. Bekas air besi, duit syiling dan orange man semuanya bersama sama menari takkala kereta melunsur laju dan mengeluarkan ketukan selari sebagai bunyian latar kepada tarian. Kami juga sudah terbiasa juga terikut menari [sikik-sikit] dengan alunan tarian yang kadang kala terasa kuat dan kadang kala tidak terlalu kuat. Tidak lagi perlu buka XFM ataupun Sinar FM untuk hiburan dalam kereta kerana bunyian dan tarian sudah cukup membuatkan ku kalis mengantuk ketika memandu [tapi kadang ada gak rasa nak terlelap... hhoohoo!!].



Igauan ngeri yang sejak sekian lama dulu sudah berakhir dan terima kasih kepada abang yang ku tak tahu namanya dari kedai Sumitomo yang telah membuat setup stering dan tayar kereta ku hingga berada pada paras prestasi paling hebat. Kalau setup sikit lagi boleh jadi memukau. Apa yang hebat, ku hanya perlu menjelaskan wang pokok bunga dengan sedikit bayaran penggunaan mesin alignment dimana perkhidmatan lain untuk memastikan prestasi tayar berada dalam keadaan terhebat dilakukan percuma... Wow!! Mungkin ini adalah kesinambungan balasan dari kesetiaan yang ku berikan sejak empat tahun dulu.

Empat biji 165/55/R14 memang telah beberapa bulan ku idamkan. Demi menunggu wang kertas jatuh dari pohon kurma depan rumah mak ku, ku tahankan sahaja dan berserah pada situasi yang melanda sehinggalah masa yang ditunggu tiba.

Alhamdulillah, sekarang kami sudah tidak berasa takut-takut untuk berjalan lebih jauh dari perjalanan yang kami selalu lakukan iaitu dari serdang ke Shah Alam Seksyen 27 malah kami lebih berasa selamat untuk pulang ke Alor Setar bagi menyambut Aidilfitri pada bulan hadapan. Yaa... pohon kurma yang tumbuh dihadapan rumah mak ku sudah menggugurkan wang kertas.

Allah senantiasa menurunkan rezeki kepada hambanya dan kita hamba perlu senantiasa bersyukur pada rahmatNya.

//7 Ramadhan yang hebat


Read More! and Comments

Wednesday, August 11

Trip Ke KLCC Yang Mencemaskan...




Melihatkan tajuk, sudah tentu ada yang ingin tahu, pa yang mencemaskan sangat tentang perjalanan ke KLCC sedangkan untuk menuju dan sampai kesana, seseorang hanyalah memerlukan tahap keupayaan menahan kesabaran yang tinggi dan terpuji.

Petang isnin, beberapa hari lalu bukanlah menjadi perancangan awal untuk kesana, tetapi oleh kerana Shima sudah membuat janji dengan kawan adiknya, kami perlu juga pergi walau hakikat mengetahui, perjalanan yang perlu ditempuhi... perjalanan yang penuh dengan kereta disana sini..



Episod cemas bermula selepas ku berjaya menghadang sebuah kereta Subaru Impreza WRX dari memotong ku semasa berdekatan area bulatan Kampung Pandan. Pemandu kereta itu mungkin tidak berpuas hati sehingga selepas itu, mengekori rapat sehingga ke persimpangan menuju Bukit Bintang selepas Bangunan RHB... Mungkin pemandu kereta tu panas hati kut dan terus mengambil lorong kiri, memecut meninggalkan kereta ku yang tetap menuju terus ke terowong bawah persimpangan kelab golf. Cemas yang sebetulnya bukan datang dari kereta Impreza yang ku katakan tadi, tapi sebenarnya, semasa berada di bawah terowong, ketika kereta berasak asak keluar dari situ, ku terperasan satu benda yang belum pernah berlaku kepada kereta ku selama ini... [tapi Ben dah pernah kena.. ekeke]

Huih!! tingginya temperature...!!??

Ya.. Suhu enjin ketika itu boleh dilihat naik mendadak ketika kereta berhenti dan mendadak juga turun ketika ku berjaya mengelak dari berhenti dan tersekat dalam keadaan kereta yang masih berasak2 menuju persimpangan Ampang Park. Kami selamat masuk ke tempat letak kereta luar KLCC paling hujung bersebelahan Masjid Asy-Syakirin Sebelum Azan Maghrib berkumandang... Apa yang sedikit melegakan ketika itu adalah, ku berjaya untuk mengawal suhu enjin kereta dari mencecah naik ke zon merah walaupun selepas kami keluar dari kereta selepas azan, ku mula risau tentang bagaimana pula halangan untuk balik ke rumah selepas ini.

"Kita kena balik lembat sikit ni... bagi lega sikit jalan dari jammed"

Itu yang ku beritahu Shima, walau pada awalnya, dia mengatakan, "kita pergi sekejap je... amik barang, kemudian balik"

Ku singgah ke masjid untuk solat maghrib bagi menenangkan sedikit fikiran dari memikirkan tentang bahaya perjalanan pulang, tetapi apa yang berlaku, sebaliknya. Solat ku tidak khusyuk bahkan ketika solat, ku banyak pula memikirkan tentang selipar Croco yang ku tinggalkan di luar masjid takut takut dikebas orang... Celaka, syaitan memang pandai dan bijak mengganggu jiwa jiwa yang lemah dan memang ketika itu, jiwa ku sedang lemah memikirkan tentang kereta dan kemudian di ganggu pula dengan hasutan nakal syaitan dengan selipar. Harap, ibadat ku diterimaNya.

Selepas transaksi Shima, kami meraikan sedikit kedatangan Ramadhan dengan melayan permintaan Amir untuk makan di Pizza Hut. Bruupp... Menang sedap Maccaroni and Cheese dengan Cheese Crust di tepi sehinggakan kami tak dapat habiskan satu pan, bawa balik dan dibelasah habis adik lelaki ku pada keesokan sarapan paginya.

Hari ini, bermula umat Islam Berpuasa, ini pun ku taip sementara menunggu masuk waktu subuh, sat lagi nak kena minum satu lagi gelas air suam bagi mengekalkan kandungan air dalam badan. ku mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas. Jangan dilupa juga niat puasa,
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



//Kereta sudah dibaik pulih petang semalam oleh adik ipar ku yang memang seorang mekanik mahir...!!

Read More! and Comments

Saturday, August 7

Gurau Pun Biar Berpada...

Pernah dulu kita digemparkan dengan kes "Ugutan Bunuh di Facebook!!". Tidak perlu ku panjangkan cerita tersebut kerana ia telah lama dikira selesai. Tapi kini;

Nor Azita Osman

Siapa?? Nama ini tiba-tiba mendapat hit yang tinggi dalam pencarian internet atas kisahnya menghina Negeri Johor kerana tiada kedai menjual biskut Famous Amos. Page bertajuk Nor Azita Osman Hina Negeri Johor (Blacklist People) yang dibuka untuk menghentam dan menyenarai hitamkan dia. Gadis biskut menjadi gelaran Nor Azita Osman dalam page ini.





Tujuan entry ini bukan untuk mencurah petrol di api yang marak, mahupun mengipas-ngipas api pembakar satay tapi ianya lebih bertujuan bagi ingatan, pesanan dan iktibar kepada pembaca tentang perkara seperti ini.

Sebagai pengguna Internet dan juga lawan web secara amnya tidak terlepas dengan kod etika kita sebagai pengguna. [maaf, saya tidak dapat untuk memberikan butiran yang sahih tentang ini..] Kita juga perlu sedar akan tertib dan batasan yang ada untuk kita walaupun ianya hanya bersifat gurauan. Gurauan bagi kita tidak semestinya boleh diterima semua.

Berhati-hati walaupun anda rasa tindakan anda tidak akan dapat dihidu oleh pihak lain. Jika tidak, padah mengundang.

Apa yang menariknya, perkara ini sudah tersebar luas ke seluruh negara melalui sebuah akhbar [yang ku tak tau korang baca atau tak]. Pergilah sini jika mahu baca.

Racist, memperkotak-katikkan orang lain, komen yang bersifat menghina tidak kira kaum, bangsa atau agama perlu dielakkan. Ini adalah bersifat sensitif dan fikirkan tentang orang lain jika mereka memperkatakan perkara sama tentang kita.

Kepada Nor Azita Osman, anda sudah meminta maaf, tetapi apa yang anda lakukan adalah satu kesilapan yang besar. Pada rakan rakan ku yang dikenali dan pembaca sekalian, sila gunakan internet dengan bijak dan jangan sekali-kali melakukan perkara "bodoh"
"bangang" "tolol" yang sama kecuali jika korang memang mengidamkan;


"One Hit Wonder"


Read More! and Comments

Monday, August 2

Satu Petang Di Kedai Menjual Permainan

Cuti hujung minggu selalunya diguna dan dihabiskan bagi tujuan untuk aktiviti bersama keluarga. oleh kerana itu, ku perlu memanfaatkan cuti hujung minggu yang biasanya hanya sekali dalam jadual sebulan yang ku perolehi dengan sebaik mungkin. Dan hujung minggu lepas adalah satu satunya cuti hujung yang ku ada bagi bulan July.

Memandangkan keputusan rancangan untuk jamming bersama rakan rakan kelihatan seperti tidak memberansangkan, dengan pantas kami, ku dan Shima membuat rancangan B. Walaupun sebenarnya banyak rancangan yang telah tercerna dari buah fikiran wife ku itu sebelum menjelang hari sabtu lagi. Salah satu dari padanya adalah, "Beriadah dan berjogging ditaman" [ini adalah acara berpeluh]. Aktiviti berpeluh ini telah terpaksa ditangguhkan dek kerana hujan pada satu petang yang sepatutnya menjadi hari riadah kepada kami.

Malam ini pula, buat dua minggu ku terlepas bermain futsal kerana malam ini kena masuk shift malam. Jadi, memang lama dah ku tak buat aktiviti luaran yang mampu membakar kalori dan bahasa biasanya, aktiviti berpeluh.



Ginilah, tak perlu untuk ku menaip banyak banyak, cukup sekadar tunjukkan beberapa snap image yang kami sempat ambil.

Ishh!! camne ni
Pertama kali, jadi dia takde idea camne nak main

Weee... yeaaa...!!
Dan datang ayahnya memberi bantuan tunjuk ajar

Iyaahh!!
Test solo... nak kena beli satu benda ni nanti...

Besar pulak ayah tutup goal post
Critical moment...

oh!! tidak
Ku ketawa tu sebab Amir tak boleh nak score... muahahah

Benda ini ayah dah patut beli lama dulu...
Test.. oh!! Ada bunyi...

Steady... Ramai orang tengok tu...
Santana pun meleleh air mata kalau tengok ni...

Huuarrghh!! Nak pergi tidur jap, malam ni nak kerja...

Read More! and Comments

Sunday, July 25

Bagaimana Kami Membelanjakan Sisa Sisa RM40 Yang Tinggal



Ya... Itulah jumlah keseluruhan yang tinggal setelah mendapat gaji terakhir bulan lalu. Diakui bahawa jumlah ini memang sedikit tetapi munasabah memandangkan kewangan kami yang sedikit terganggu dek kerana masalah pembayaran gaji yang gagal dilakukan oleh tempat kerja Shima sejak 2 bulan dahulu.

"Diaper Amir dah habis langsung"

Itulah ayat pemberitahuan dari shima melalui IM semasa ku masih berada diofis semalam. Mmm.. takpelah, nampaknya kena beli juga kerana Amir masih belum pandai untuk bangun ke bilik air semasa tidur malam dan diaper akan menjadi sistem pertahanan penting dari air takungan empangan pecah dan melimpah membasahi tilam pengantin kami yang sudah 5 tahun usianya tahun ini...!!



Ku tak teragak-agak untuk membawa Shima dan Amir ke Jusco Taman Equine pada malam selepas balik dari kerja kerana sangat maklum yang kami masih punya banyak lagi Voucher Jusco yang kami simpan yang masih belum digunakan lagi. Apa yang malangnya, setelah tinggal mengharung 3/4 perjalanan baru ku teringat yang voucher yang sepatutnya kami jadikan wang perbelanjaan bagi membayar jumlah bayaran di Jusco telah tertinggal. Nak patah balik rumah, tak berbaloi.

Kami hanya membayar jumlah pembelian diaper jenis Huggies warna biru XL56 dengan jumlah RM35 [dibundarkan]. Selesai transaksi, kami mengambil keputusan untuk round-round dulu. Nak balik awal lagi, iyalah, sampai terus ke pasar, ambil diaper dan bayar..

Ku juga terselamat dari membuat bayaran RM4 ketika Amir tiba tiba excited untuk masuk dan bermain didalam arked. Amir bukan nak main game arked tapi ada kawasan permainan kanak kanak yang jika mahu main, bayar RM4 untuk holiday dan RM3 untuk Weekdays. Pada mulanya Amir kelihatan seperti ingin berada lama disana tapi mujur dia keluar selepas ku betul betul ingin menyerahkan RM4 ke pada gadis penjaga arked disana. Demi mebuatkan Amir keluar dan meninggalkan arked, terpaksalah Amir ku sogokkan dengan kata kata "jom pergi beli aiskrim".

Dan kami masuk semula ke pasar, ambil 2 kotak aiskrim berwarna biru dan merah jambu dan membayarnya dengan harga RM2.50.

Perbelanjaan tidak berakhir disitu, selepas keluar dari Jusco [mujur siapa ada kad Jusco, boleh claim parking percuma], kami singgah di Kembangan Paradise untuk makan malam. Kami makan perkara yang simple, sepinggan nasi goreng ayam, sepinggan nasi goreng daging merah, segelas air cincau ais dan segelas air suam dan diiringai dengan desert dua kotak aiskrim berwarna biru dan merah jambu. Jumlah perbelanjaan untuk makanan hanyalah RM10 [tepat]..

Seterusnya, kami pulang dengan gembira kerana misi terlaksana...

-------------------------------------

Hari ini [hari ku menaip ini] ahad... demi meraikan kami seluruh keluarga yang bercuti dan berada dirumah, ibu dan ayah ku telah menyediakan masakan "Chicken Chop" untuk makan tengahari beramai ramai...

nom... nom... nom... yuummm...

{Sila terliur melihat image yang disediakan dibawah}







-------------------------------------

Dan esok, pengharapan agar gaji ku masuk seperti yang telah diuar-uarkan

Amin...

Read More! and Comments

Sunday, July 18

Saham Neraka

KEGHAIRAHAN untuk cepat kaya sehingga mencagarkan harta benda yang sedia ternyata membawa padah kepada keluarga Pak Halim.

Ditambah pula dengan sikap tamak haloba menyebabkan kekayaan yang diimpikan akhirnya menjadi bala dan penderitaan yang tidak berkesudahan.
Baca Penuh

Ini cerita semalam dalam slot Cerekarama TV3. Lucu... itu je yang boleh ku katakan selepas selesai cerita jam 12 tengah malam. Jalan cerita tidaklah menarik kerana plot yang kita boleh jangka dari isu yang diperkatakan, tetapi walau ia hampir dapat dijangka, ku tetap menanti bagaimana plot yang seterusnya akan diceritakan dan apa yang akan terjadi pada watak watak dalam cerita itu.



Cerita ini juga memaparkan serba sedikit tentang kesan kesan yang bakal berlaku jika kita tersalah langkah melabur dalam saham saham atau apa jenis MLM yang kabur. Bagaimana keuntungannya hanyalah bersifat sementara.

Realitinya, pada masa sekarang, orang berlumba-lumba mencari pendapatan sampingan atas alasan kenaikan harga minyak dan barang barang serta gaji yang tidak naik-naik sejak 4 tahun lalu [gaji ku sorang je yang dah 4 tahun tak naik...]

Kerana keterdesakan itu, tiada lagi halal haram diambil kira, janji untung. Tidak kiralah jenis yang menindas downline, yang hanya cari 2 kaki mahupun yang kononnya jenis kebajikan, bagi ku ianya sama... tidak betul!!?? Malah ada juga terbaca didalam sesawang dimana mereka sanggup mempertikaikan fatwa ulama bila ulama mengatakan perkara yang mereka lakukan itu salah dan haram. Lagi mereka kutuk, keji ulama itu adalah dan ada juga yang "Ustaz ni siapa?? tak pernah dengan nama pun"... haha, jahil sungguh umat manusia sekarang ini...!!

Jika benar-benar anda mahu memasuki atau melabur dalam mana-mana skim, tolong;

- Selidik latar Syarikat
- Jangan terlalu mudah terpengaruh
- Jangan terlalu tamak

Bio-Spray, Island Red Cafe, Lampe Berger [sekadar menyebut beberapa] antara syarikat pakej MLM yang berjaya mengikis wang orang orang Cina dan Melayu. bagi mereka yang pernah terjebak, munkin mereka tahu. Ia adalah normal bagi satu satu syarikat dimana setelah BOD [Tuan punya syarikat] sudah mencapai target keuntungan yang mereka cari, meraka dengan sewenang-wenangnya meninggalkan syarikat, menutup terus segala operasi atau menukar nama syarikat bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa sebelum mereka datang siasat. Jadi, sila berhati-hati, carilah perniagaan yang lebih memberikan kepuasan, yang penuh keberkatan dan halal.

Bagi mereka yang dah kaya, tahniah usaha anda mendapat ganjarannya, dan bagi mereka yang pernah melalui kerugian, belajarlah dari kesilapan. Duit bukanlah segalanya... Rezeki datang dari Allah. Allah tidak pernah lupa memberi rahmat kepada umat manusia sedangkan manusia selalu lupa untuk berterima kasih kepadaNya...

Read More! and Comments

Tuesday, July 13

Setelah Sebulan

Pesta besar sudah habis, masing masing kembali kepada kehidupan normal dengan ada sesetengah yang kembali ke kehidupan mereka yang membosankan. Mungkin ada yang berkata begitu tetapi ianya tidak sepatutnya menjadi alasan dan rungutan kepada mereka yang merasanya. Ambillah pesanan dari bijak pandai sebagai pedoman, "Jika tiada usaha, tiadalah kejayaannya...". Jadi, sila berusaha.

Bola Sepak Piala Dunia sudah melabuhkan tirai dengan kemenangan Sepanyol dan kejutan kejutan yang sesetengah kita tidak jangkakan. Bukan sahaja keputusan perlawanan sahaja yang punya kejutan, tetapi keputusan ramalan sotong pun ada yang ambil kira sebagai modal pertaruhan. Kita tidak sepatutnya mempercayaai perkara ini memadangkan ia boleh menyebabkan "Syirik"

Syirik yaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ku salin dari sini

Jadi, sila jauhkan diri dari perbuatan perbuatan syirik...



Selama sebulan ini, ramai yang mungkin seperti yang kita baca tentang, "datang lewat ke pejabat", "Cuti sakit yang meningkat" dan sebagainya. Perkara ini tidak berlaku dipejabatku oleh kerana beberapa faktor sebagai contoh "shift flexibility". Jadi, jika mereka merasakan yang meraka tidak mampu bangun awal untuk shift pagi, hanya telephone pejabat dan katakan mahu masuk shift tengahari dan mereka boleh sambung tidur dalam 2 3 jam lagi... wow!! hebatkan...!! tetapi ia hanya layak pada hanya jawatan tertentu sahaja...!!

Selain itu, hampir sebulan ini jugalah, kami tidak bercakap tentang perkara lain selain bola sepak. Dan hampir sebulan juga kami telah sisihkan cerita cerita tentang masalah nasional hingga antarabangsa, dari masalah negara hingga ke kekejaman Israel yang semakin bermaharajalela. Yang, mungkin perbincangan ini akan bermula sedikit demi sedikit selepas bola sepak piala dunia kami lupakan.

Alhamdulillah, majlis perkahwinan adik perempuan ku juga berlangsung meriah, lebih meriah dari yang dijangkakan [ku masih belum memasukkan entry tentang ini lagi]. Seperti kebiasaan, setiap majlis perkahwinan, pasti akan berlaku permasalah luar jangka dan kami berjaya mengatasinya dengan jaya. Terima kasih kepada yang membantu termasuklah kenalan dan paling utama kepada saudara mara. Tahniah kepada adik perempuan ku semoga mereka berkekalan hingga akhir hayat.

Beberapa minggu lagi, Ramadhan bakal tiba, tetapi Iklan jualan murah ramadhan dan hari raya sudah tiba. Mereka memang hebat, pandai memanipulasikan peluang yang ada. Ramai juga yang sedang sibuk mengganti puasa. Bagi yang sudah habis ganti, alhamdulillah, dan yang masih atau belum bermula, tekad dan kuatkan semangat. Memang ku akui, sukar untuk berpuasa diluar bulan puasa. Dan ku, merenung jauh tentang ramadhan ku kali ini...!!

dan ku terus teringat tentang lagu Harapan Ramadhan nyanyian Raihan fet. Man Bai, Rem dan Ajai...

dan ku terus sebak...

Read More! and Comments

Friday, July 2

Have you played in ManagerLeague.com

World Cup is ending in a week, since that, i would like to invite all of you to play other "Online" Football game called "Manager League". You will be more familiar to this game if you have played offline Championship Manager or Football Manager Series.

ManagerLeague is the most action-packed football manager game of them all, with 2 league matches (and training sessions) per weekday, making sure a full season is played in a month. Playing friendlies is vital to help your team gain experience, and you can challenge anyone at anytime.

It's free registration and free to play. You will play with other 53k manager around the world. Tak your time go and look at it by following the URL below, join us and start your team for your first league/cup title.

http://www.managerleague.com/index.pl?ref=311574

Good Luck

Read More! and Comments

Thursday, June 17

SA2010 - Matchday 1

Berapa game yang korang berjaya tonton sepanjang perlawanan pertama SA2010. Ada 16 kesemuanya dari 8 kumpulan. Ku berjaya juga menonton perlawanan team yang besar atau orang melayu kata "favourite". France, Argentina, England, Germany, Netherland, Brazil dan Spain. Tiadalah banyak sangat perlawanan tu tapi cukup aa untuk kepuasan tuntutan nafsu bola yang tak terbendung.

Seperti yang ku telah katakan pada post yang terdahulu, Spain telah terlalu overated dan ini terbukti bila mana mereka tewas mengejut ditangan Switzerland satu gol tanpa balas. Ia pasti mengecewakan ramai peminat yang memilih mereka sebagai pasukan bakal juara. Jika anda lihat berita [sukan] atau slot tv yang ada hubung kait dengan SA2010, kebanyakan orang awam atau orang orang yang ditemuramah akan menyatakan, Spain akan menjadi juara. Ku masih tidak merasakan begitu...!!



Wakil dari Asia sangat membanggakan. Kita punya 3 wakil pure Asia dan 1 wakil yang bukan Asia tetapi sibuk nak pergi piala dunia. Korea Selatan dan Japan membuktikan pasukan dari Asia tidaklah terlalu teruk prestasi jika dibandingkan dengan pasukan dari Benua Oceania, Australia. Kekalahan besar dan kad merah hanya membuatkan nama Asia terjejas. Mungkin akan ada yang kata, "baru first game, lawan team kuat pula tu...", tapi perlawanan pertamalah yang akan menentukan samada mampu mara ke pusingan kedua atau tidak.

Mereka masuk bertanding dalam Asia kerana mereka complain yang mereka sepatutnya layak secara automatic selepas menjuarai kelayakan Oceania berbanding terpaksa melalui perlawanan playoff sebelum layak ke pusingan akhir piala dunia. Sepanjang playoff, mereka tidak pernah menang walau sekali pun. Tetapi ku hairan bila mana New Zealand yang pertama kali menjuarai Zon Oceania selepas Australia bertanding peringkat Asia mampu mara dan menang playoff menentang Bahrain. Dan mereka berjaya mencuri 1 mata dalam perlawanan pertama dengan Slovakia. Ia sesuatu yang baik.

Satu lagi wakil Asia, Korea Utara. Wow...!! walaupun kalah pada perlawanan menetang Brazil, mereka masih mampu mencipta jaringan. Jaringan itu sudah cukup memadamkan segala tulisan atau kata kata pundits yang telah ku baca sebelum ini. Antaranya yang mereka sebut [maaf, ku lupa magazine mana yang ku baca... tapi ia adalah antara salah satu dari banyak banyak magazine dalam www.zinio.com]: "Korea utara akan menjadi pasukan yang tidak akan menjaringkan gol", "Korea Utara akan menjadi pasukan yang paling banyak melepaskan gol" dan "mereka akan menjadi pasukan paling lemah dalam edisi SA2010". Tapi mereka membuktikan, ranking dan reputasi tidak bermakna mereka tidak mampu...!!

Ayuh Malaysia, kita maju...!!

Ok!! nanti rajin ku post lagi... Matchday 2 mungkin...!! Bergantung pada kelapangan masa dan idea...!!

Terima kasih kerana membaca...!!

Ayuh Malaysia, kita maju...!!

Read More! and Comments

Kekecewaan World Cup

Apa yang mengecewakan hanyalah satu kekecewaan iaitu kepada Radio Televisyen Malaysia [RTM] yang bukan main canang awal, sebulan sebelum pertandingan lagi. Mereka bukan main beriya-iya "saluran piala dunia anda" hingga tersiarnya beberapa slot yang mereka jangka dapat menyemarakkan lagi sambutan dan semangat piala dunia. Tetapi, mana siaran langsung jam 7:30 pm? perlawanan jam 10:00 pm? dan kenapa sepatutnya siaran langsung jam 2:00 am antara Cote d'Ivoire dan Portugal, RTM tayang perlawanan ulangan Germany dan Australia. Adakah mereka segaja untuk membuatkan sesiapa yang tidak punya Astro terpaksa melanggan untuk bagi merasai kemeriahan seperti mana yang Astro lakukan pada rancangan reality Akademi Fantasia...!! Jika tiada siaran langsung, tidak perlu canang awal2 awal... Ia hanya mengecewakan pakcik pakcik dan abang abang yang tinggal dikawasan luar bandar yang tidak mampu melanggan TV Satelite. Pasti mereka juga sedang menyumpah seranan RTM kerana harapan sekurang kurangnya menonton Korea Selatan membelasah Greece tidak kesampaian.

Read More! and Comments

Saturday, June 12

Perebutan Kejuaraan Bermula



Malam semalam, bermula pesta bolasepak terbesar dunia yang ramai sedia maklum berlangsung di Afrika Selatan. World Cup 2010. Kenapa ku macam terlambat [malam semalam], ia adalah kerana karangan ku ini di buat semasa ku sedang bekerja shift malam pada minit ke 23 perlawanan kedua antara Uruguay dan France.

Sebentar lagi, selepas selesai mengadap segala request dari client yang jauh, ku akan keluar sebentar ke kedai untuk lunch dan menonton baki perlawanan Uruguay dan France. Sekarang masih kosong-kosong, dan dua kat kuning kepada pemain France. Oh!! ku merujuk pada Livescore yang mana menjadi rujukan utama ku sejak dahulu bagi mengetahui perkembangan perlawanan bolasepak seluruh dunia. Lepas ni sapa yang tak tau, boleh aa guna. Promote free je nih...!!



Bagaimana dengan pasukan pilihan anda? Pasukan pilihan utama sama nampaknya tidak bertanding pada tahun ini, jadi perlu tunggu temasya yang akan datang iaitu 4 tahun dari sekarang, atau 8 tahun atau mungkin 16 tahun lagi. Jadi, oleh kerana pasukan pilihan saya tidak bertanding tahun ini, saya telah memilih pasukan pilihan alternative saya yang terdiri dari pasukan Italy dari Eropah dan Japan dari Asia [saya baru beli jersi pasukan Japan versi WC2010 yang baru].

Pundits, pakar-pakar analisa dan juga pengulas sukan dunia kebanyakannya memilih Spain dan Brazil sebagai pasukan pilihan merangkul kejuaraan. Mereka membuat analisa berdasarkan maklumat serta pemantauan pemain yang bermain dalam liga liga utama eropah serta pencapaian kelab. Atas dasar itu jugalah, ramai rakyat Malaysia yang ditemuramah menyatakan mereka memilih Spain sebagai juara temasya ini kerana Spain punya Torres dan Fabregas yang sangat cemerlang bermain di Barclay Premier League ataupun mungkin kerana mereka terpengaruh dengan kata kata pundits, pakar-pakar analisa dan juga pengulas sukan dunia tadi.

Bukan saya ingin memperkecilkan kemampuan mereka yang pakar tetapi mereka dan saya punya pendapat yang tersendiri. Argentina punya Messi, tapi mereka tidak akan berjaya, Portugal punya Ronaldo, tetapi mana mampu hanya dia, dan mereka mengkelaskan England sebagai pasukan gergasi, tetapi tidak saya. Mengapa? Pasukan itu terlalu 'overated'. Saya menjangkakan England akan hanya akan merasa sejauh suku akhir sahaja.

France, mereka memerlukan pemain pemain seperti L. Blanc, Pires, Viera, Zidane dan sekutu sezaman mereka jika mahu mengecap kembali kejayaan merangkul kejuaraan. Germany tidak disebut langsung sebagai antara pasukan yang bakal bergelar juara tetapi mereka masih tercari-cari rentak kemenangan seperti yang telah mereka peroleh pada zaman Beckenbauer dan Matthäus. Belanda pula selalu diangkat sebagai pasukan contender kerana keupayaan pemain mereka yang pada tahap tertinggi dan jika juara, pasukan ini akan mencatat sejarah pasukan Netherland yang pertama membawa balik Piala Dunia

Saya sangat setuju jika pemilihan Brazil sebagai juara dibuat. Meraka mempunyai pasukan yang seimbang disetiap sudut posisi. Belakang, depan, tepi dan luar terisi dengan pemain yang berkemampuan tinggi. Mereka tidak merasa goyah walaupun tidak menyenaraikan pemain hebat seperti Ronaldinho dan Ronaldo. Ini kerana, mereka punya terlalu ramai pemain yang mampu menggalas tanggungjawab bermain dan terlalu ramai itu bermaksud, pemain mereka berada di mana mana. Deco dan Amauri adalah contoh pemain hebat yang datang dari brazil tetapi mewakili negara lain.

Sekarang sudah minit ke 45 separuh masa. Tiba masa saya untuk keluar dan apa yang saya fikirkan adalah "Italy akan menjadi juara dunia..."

Read More! and Comments

Wednesday, June 2

Hobi Saya Dulu Dulu...

Satu masa dahulu, sekitar tahun 80-an, Semasa zaman sekolah rendah dulu, cikgu pernah bertanya 3 cita cita anda dan 3 hobi anda sebagai rekod peribadi pelajar sekolah. 3 hobi yang klise adalah jawapan ku yang memang pendek akal, "Polis, Askar, Bomba"... dan hampir keseluruhan pelajar lelaki memberikan jawapan yang sama ketika itu. Budak budak sekarang pasti punya jawapan yang lebih advance yang memerlukan kemampuan lidah orang putih untuk menyebutnya. Tapi ku bukan nak bercerita tentang cita cita, ku nak bercerita tentang hobi.

Apabila cikgu bertanya, apa hobi kamu, 90% pelajar dalam kelas kelas ku menjawab membaca, melukis dan bermain bola sepak. Dan bagi pelajar perempuan, sesungguhnya memasak adalah hobi klise yang selalu dijawab bila ditanya cikgu. Dan ku antara pelajar yang mempunyai sedikit kelainan dalam jawapan walaupun 2 jawapan yang diisi sebelumnya adalah klise. Apa yang pasti, ku telah berjaya menerapkan jati diri dalam menceburkan diri dalam bidang PENGUMPULAN SETEM.



Setem ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya berbentuk helaian kertas segiempat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.
Sumber

Anda juga boleh lihat kepelbagaian jenis setem di di sini.

Banyak juga koleksi jenis setem yang terkumpul, yang besar, kecil, segi empat sama, segi empat tak sama dan jenis segi tiga pun ada. Image buah, bunga, binatang dan permandangan juga banyak dalam koleksi. Jumlah keseluruhan kumpulan setem yang ku ada adalah terkumpul dalam 3 buah buku setem besar yang jumlahnya tidak dapat ku pastikan kesahihannya. Apa yang ku suka sangat tentang koleksi yang ku ada ni adalah boleh "Show off" bila bawa ke sekolah takkala "presentation" apa hobi anda. Yaa.. buku setem ku pernah dikagumi rakan sekelas atas isi kandungannya dan buku setem ku jugalah yang memberi sedikit inspirasi kepada pelajar lain dalam menceburi bidang pengumpulan setem. [cilakak!! lepas tu, diorang minta mak ayah diorang beli setem yang lebih canggih dari yang ku ada...]

Setem RM0.30 bergambar buah nanas mendominasi pengumpulan. Kerana terlalu banyak, ada juga setem yang masih elok atau berjaya ditanggal dakwat cop nya digunakan semula bagi tujuan menghantar kad hari raya buat rakan. [walaupun kad yang dipos itu penerimanya hanyalah berada selang 2 bangku dari bangku tempat duduk ku di kelas...]

Setem dari luar negara, England, United State, Australia dan New Zealand antara yang banyak diperoleh dari ibu ku. Ia diambil dari surat surat pejabat yang sampulnya sudah tidak digunakan lagi. Ada juga setem sama yang ku ada di"barter"kan kepada rakan sekelas yang punya jenis setem yang lebih canggih seperti ku telah beritahu diperenggan atas.

Ku tidak lagi meneruskan hobi ini malah ku pasti aktiviti mengumpul setem adalah antara hobi yang asing bagi remaja sekarang.

Mungkin kurang galakan ibu bapa...??

Tidak mustahil;

Mungkin juga akan diperlekehkan rakan sekelas jika mereka tahu yang salah seorang rakan mereka punya hobi mengumpul setem...??

atau pun;

Mungkin juga punya hobi yang lebih hebat seperti bermain alat muzik, contoh gitar, walau tahu petik beberapa chord mampu menarik 2 3 rakan sekelas perempuan duduk ke riba...??

Bagi ku, mengapa hobi mengumpul setem sudah hampir pupus. Jawapannya adalah mudah, tengok surat surat yang sampai kat umah ku sekarang;





CHISS...!! MANA SETEM-SETEMNYA...!!??



Read More! and Comments