Pages

Showing posts with label Ramadhan Syawal. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Syawal. Show all posts

Wednesday, August 14

Agak lama juga ku tidak tidak mengemaskini entri dalam blog ini. Kesibukan di tempat kerja baru dan kurangnya idea menulis di rumah menjadi penyebab utama permasaalahan ini.

Ramadhan sudah berlalu, Syawal juga sudah masuk satu minggu, masa agak pantas berlalu.

Jika masih tidak terlewat, daku mohon maaf jika selama ini tulisan ku menyentuh perasaan sesiapa yang membaca. Kepada yang sudi menjengah blog tulisan ku ini, terima kasih.

In Shaa Allah, ku akan cuba cari subjek yang sesuai untuk entri akan datang. Boring aa kalau nak tulis tentang Syiah, tentang kecoh satu Malaysia sebab beraya dengan anjing atau pun gempar semua orang melompat bila penganut agama buddha menggunakan surau untuk dijadikan tempat ibadah untuk mereka. Tak payah nak touching, semua tu salah kita sendiri..

Selamat Menyambut Syawal, ombak rumah terbuka masih belum sampai jadi sebelum terlewat, makan tu, beragak-agaklah..

kthxbai

Read More! and Comments

Saturday, September 22

Little Caliph: Sambutan Hari Raya dan Konsert Mini 2011


Pada Sabtu, September 15, 2012 yang lepas berlangsungnya satu sambutan meraikan hari raya oleh sekolah Little Caliph dimana ia telah berlangsung didewan Institut Pertanian Serdang, Universiti Putra Malaysia. Acara Melibatkan 3 sekolah bergabung, Little Caliph Seri Serdang, Little Caliph Bandar Seri Putra dan Little Caliph Puncak Utama. Alhamdulillah, kehadiran keluarga amat menggalakkan. Ia Barangkali faktor demi untuk melihat dan memberi sokongan kepada anak mereka yang beraksi dipentas mini konsert pada acara yang sama.

Hiasan pentas yang menarik pada pandangan ku.

Amir: Alaaa.. Amir nak pergi sekolah bu. Amir tak nak cuti. Amir nak buat persembahan dengan kawan-kawan.

Itu rengekkan Amir beberapa hari sebelum hari sambutan berlangsung. Ini kerana pada beberapa hari sebelum hari sabtu, atas sebab yang tidak dapat dielakkan pulang ke Alor Setar dengan mengejut.

Kami bersyukur kerana segala urusan di Alor Setar selesai dengan mudah dan tenang dan kami dapat pulang semula ke Kuala Lumpur sebelum hari acara Sambutan Hari Raya dan Konsert Mini 2011 ini berlangsung.

Amir ketika persembahan.

Amir dan rakan-rakan tahun 6 telah menyampaikan persembahan bacaan Yassin 10 ayat pada pagi itu... Walaupun telah terlepas menghadiri acara raptai tetapi Amir tetap"outstanding" pada hari persembahan. Sebagai bapa, pastilah bangga.

Tak banyak gambar yang ku ambil [banyak tak cantik sebenarnya] dan ini sahaja yang dapat ku tunjukkan.

Mana satu anak anda..!!?? ya.. kita patut berbangga..!!

Tak ingat pula ini persembahan tetang apa. 



Cat untuk kucing.. meoww.. meoww..!! Lagu tentang Binatang. Amir kata Animal. 

Ini persembahan tentang kerjaya. Occupation bak kata Amir. 

 Islam Is Way Of Life.

Ini persembahan tentang Bumi/Earth.

 Sekali costum macam dalam movie P. Ramlee.

 Serious lucu budak 2 orang ni. Boleh ketawa kalau ada video.

Ini gang tahun 6 Little Caliph Seri Serdang.

Barisan "teacher" dibelakang.

Dan terdapat beberapa lagi persembahan pelajar yang tidak ku sertakan dalam blog ini kerana masalah shot yang kurang memuaskan. Syabas kepada adik-adik kita dan selamat hari raya...


Read More! and Comments

Thursday, August 16

Salam Syawal 1433 H


Read More! and Comments

Sunday, August 28

Langkah Keselamatan Tambahan Sebelum Meninggalkan Rumah

Ini adalah antara yang ku praktikkan sebelum meninggalkan rumah untuk pulang beraya nanti. Image yang ku sertakan ini diambil ketika kami bercuti dan meninggalkan rumah selama seminggu pada awal Ramadhan lepas.

Mungkin anda pembaca boleh cuba mempraktikan apa yang ku lakukan ini, sekadar penambahan keselamatan selain grille dan mangga kunci.

Untuk sliding door, ku masukkan satu benda keras demi menghalang ia dibuka. Seperti sedia maklum, untuk membuka sliding door, tuil perlu disungkit kebawah dan jika ia ditahan, InsyaAllah, percubaan untuk membukanya akan sedikit gagal..


Lekatkan dengan muskin tape untuk pastikan benda itu tidak jatuh

Untuk bahagian tingkap pula, jika rumah anda punya jenis yang sama begini, ku ikatkan kedua dua pengunci agar ia sukar untuk kuis digerakkan dari luar.


Buatkan pada seluruh tinggap yang ada.

Untuk bahagian pintu dapur, sendalkan sahaja benda berat ke pintu, ku guna mesin basuh yang seperti dalam gambar.


Front loaded tu berat beb..

Untuk pintu depan [pintu untuk keluar rumah], tawakkan sahaja dengan harapan jika ada percubaan masuk, jiran kita tolong ambil tindakan seperti contoh memanggil security ataupun menjerit saja "hoi"...

Ku tidak memberi jaminan jika ada yang sudah mencuba tapi masih tidak berkesan, tetapi sekurang-kurangnya, ini bakal melengahkan langkah masuk orang tidak berkenaan..

Selamat menyambut aidilfitri.
Selamat memandu, ingat orang tersayang.

Read More! and Comments

Salam Aidilfitri 2011/1432H



Tahun ini, Syawal semakin tiba, Ramadhan semakin melabuhkan hari, tapi mood raya ku masih tak sampai. Pasanglah lagu raya back to back pun kat radio, perasaan nak beraya tu masih kosong.

Ada banyak juga faktor yang menjadi penyebab. 5% pun dah cukup menjentik kalbu..

Tahun ini, kami sekeluarga akan beraya di Kuantan. Meh!! Jemput datang rumah di Kampung Jawa, Kuantan. Cuti pun dapat lama sikit dari tahun tahun sebelumnya.

Kepada pembaca, kawan kawan mahupun saudara mara yang selalu menghabiskan sedikit masa datang membaca, daku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat bercuti, selamat hari mereka dan selamat hari raya aidilfitri.



Semoga selamat pergi dan balik dari kampung. Kepada officemate yang tak cuti dan beraya di ofis, takyah buat rajinlah, takde increament mahupun bonus akhir tahun nanti.


Read More! and Comments

Tuesday, August 2

Ikan Masin, Skirt Pendek dan Lidah Lembu.

Terlebih dahulu ingin ku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang beragama islam yang berkesempatan baru atau yang sudah acap kali membaca nota di blog ku ini.

Melihat pada tajuk diatas, anda pembaca dapat tangkap apa yang ingin ku ceritakan pada posting kali ini.

Teeett.. betul..

Tiada salah pun tanggapan atau apa yang anda semua fikir apabila sekilas membaca tajuk posting ku kali ini.

Ketiga-tiga perkara diatas tidak ada langsung pertalian antara satu sama lain tetapi ianya ada pada satu Ramadhan ku kali ini. Ia berkait rapat dengan hidangan Ramadhan.

Jadi apa lauk sahur anda semua untuk sahur hari pertama berpuasa. Lauk kami simple, ikan masin. Itu adalah menu utama kami yang dimakan sedap dengan nasi putih dan sambal tumis ikan bilis. Dihidangkan sekali dengan air milo panas se jar. bau ikan masin dan milo bercampur mencipta aroma yang menyelerakan untuk badan bersedia menerima makanan pertama jam 5:15 am selepas kali terakhir berbuat demikian 11 bulan lepas.

Skirt pendek pula adalah hidangan tengahari ku yang sebenarnya memang tidak terasa kelaparan. Cuma skirt pendek ini memang sedikit mengganggu tidak pada nafsu makan tetapi pada nafsu pancaindera penglihatan. Lagi ingin dielakkan, lagi dia datang. Datang sahaja tak mengapa, tapi jika sudah tertonggek didepan mata, syukurkan sahaja. Kira ada juga hasil berjalan-jalan ke Pasific Alor Setar tengahari tu.

Mereka masih kurang awareness tentang perkara ini. Hendak salahkan mereka pun, ini negara demokrasi, negara bebas. Jika ditegur mereka riot pula. Tapi kalau skirt paras lutut mungkin kurang kesannya, hidangan tengahari ku pada Ramadhan pertama adalah skirt pendek paras kangkang...!!

Dan hidangan yang terakhir adalah untuk hidangan berbuka puasa. Lidah lembu. Ini pertama kali lidah lembu mencecah ke lidah ku dan seterusnya kedalam tekak dan perut ku. Keluarga disini sudah terbiasa dengan hidangan ini, Lidah lembu masak merah. Ia boleh dilihat dari cara mereka mengunyah dengan sungguh amat menyelerakan sedang ku, hanya dapat pergi 4 hirisan kecil sahaja. Itu pun setiap kali satu hiris yang masuk ke mulut, kepala otak terbayang muka lembu tapak expo mardi sedang tersenyum sinis sambil menjelir lidah tanda memperli ku. Nasib baik ada sup tulang, itulah yang ku baham untuk mengisi kekosongan perut untuk hari pertama berpuasa tahun ini.

Terima Kasih.
Selamat menjalani ibadah puasa

Read More! and Comments

Tuesday, September 28

Julung Kalinya Ada Jamuan Hari Raya Di Opis Khamis Ni...

Sudah hendak masuk lima tahun ku bekerja disini dan selama itulah, pada hari khamis 30 September 2010, tempat ku bekerja ini akan mengadakan jamuan makan makan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. mmm.. mungkin sebelum ni ada, tapi ku tak ingat.. pernah ke ada?? Ya, ku tidak nafikan yang sebelum sebelum ini kami kerap mengadakan jamuan makan makan bulanan, tetapi itu duluuuuu... dan duluuuu mereka kami lebih terarah kepada sambutan parti birthday...!! Dan sambutan tidak disertakan dengan pemeragaan baju raya dari staff.

Satu masa dahulu, pernah pihak pengurusan mengadakan jamuan parti Birthday dan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Semua staff serta internship student digalakkan untuk berpakaian kebangsaan pada hari itu. Malangnya, tidak ramai yang memberi respond kepada acara itu. Hanya tidak sampai separuh staff dan internship student yang mengambil bahagian. Seperti tahun tersebut, tahun ini juga telah diuar-uarkan bahawa pemenang pakaian terbaik akan dipilih oleh pihak juri yang tidak dapat ku pastikan siapa.. Makanan?? Jamuan Hari Raya.. apa yang ku boleh expect lagi kan...

Apa yang diharapkan, acara kali ini mendapat sambutan yang lebih baik dari yang pernah diperolehi pada acara yang sebelumnya. Diharapkan juga ramai staff dan internship student akan datang berpakaian sesuai [baju raya masing masing mengikut kaum] dengan tema acara demi memastikan mood hari itu umpama mood berhari raya...!!

Minggu ni ku kerja shift malam, kebarangkalian untuk menghadiri acara ini adalah 10% pergi : 90% tidur... Nak pergi ke tak?? Nak pergi ke tak??

Read More! and Comments

Saturday, September 11

Kesesakan Malam Raya Dan Seluar Jeans 4 Helai RM100

Selamat menyambut Aidilfitri... Pasti semua masih sibuk menyambut hari raya dengan menziarahi rumah kaum keluarga dan rakan rakan.

Kami selamat sampai ke Anak Bukit pada hari Khamis pada jam lebih kurang satu lima puluh petang selapas mengharungi perjalanan selama enam jam tiga puluh minit dari rumah. Perjalanan kami juga tidak diganggu oleh kesesakan tahap dewa yang sinonim berlaku dikala musim musm perayaan. Hanya kesesakan tahap kritikal berlaku di kilometer 330 bila mana sebuah treler sarat membawa muatan sayur telah terbalik di lorong jalan menghala ke selatan. Mujur ia terbalik di jalan arah selatan, jika arah utara, ku suspect masa perjalanan kami akan bertambah sekurang kurangnya dua jam. Seperti selalu, selepas memandu dan sampai, ku akan zzzzz... almaklum, ditambahkan lagi dengan kekurangan tenaga kesan dari berpuasa.



Rancangan malam raya lebih terarah kepada berjalan jalan mencari pakaian raya di bandar Alor Setar. Memang ia telah dirancang awal memandangkan jarak perjalanan antara rumah dan bandar kurang dari tiga minit [jika ditolak masa berhenti dilampu isyarat]. Awal awal ku dah minta adik ipar untuk survey harga seluar Jean yang dijual di pasar larut malam sekitar bandar Alor Setar.

kami, Ku ngan Shima berdua keluar dari rumah pada jam 12 tengah malam dan berjaya mendapat parking yang kosong pada kadang yang agak mudah. Mungkin parking di lorong kurang mendapat perhatian memandangkan kebanyakan pemandu lebih cenderung mencari parking di hadapan kedai atau jarak yang lebih dekat.

Ini adalah pengalaman pertama ku berjalan jalan ke bandar Alor Setar pada malam hari raya walaupun pada tahun tahun sebelum ku kahwin, kerap juga ku berkunjung ke pasar larut malam Jalan Tunku Abdul Rahman mahupun bandar Kuantan pada malam hari raya.

"Gerai tu betul betul kat depan Pekan Rabu... Murah, empat helai rm100"

Itu yang Adik ipar ku katakan selepas di pulang dari berjalan jalan dikawasan itu kira kira dua tiga lepas. Ku tidak terus ke gerai seluar tetapi bercadang menyusur sambil memerhatikan harga seluar Jeans Levis cap Thailand yang banyak di jual di sana. Perbezaan harga antara yang terjual di Kuala Lumpur adalah kira kira -rm15 sehelai dan mungkin boleh nego lagi jika serious. Seluar yang dijual juga punya pelbagai Variety.

Ku memang sangat terkejut bila sampai ke gerai yang diberitahu adik ipar ku, original Lois empat helai rm100... gila aaa... original bai...!! ada juga seluar berjenama BMW sehelai rm60 dua helai rm100... Selepas puas membelek, menanya dan berjalan, rupanya, nasib ku sangat malam. Semua size dalam lingkungan 34 keatas sudah sold out. Tiada stock lagi pada semua gerai yang menjual seluar jeans sekitar Pekan Rabu. Memang kecewa, tapi apa boleh buat, dah nasib. Keadaan kesesakan di bandar Alor Setar menjadi semakin teruk dan kami sampai ke rumah pada jam dua pagi selepas hampir empat puluh minit merangkak dalam kesesakan...

Nasib baik takde size, kalau tak, tahun ni ku beraya dengan empat helai seluar jeans baru...!!



Read More! and Comments

Monday, September 6

Post Terakhir Sebelum Aidilfitri Dengan Ucapannya Sekali



Banyak juga perkara yang ku nak post sebelum menjelang Aidilfitri ni, tapi, ku tangguhkanlah.

Di Live Feed FB ku sudah penuh dengan rakan rakan ku ramai yang mengeluh "malas nak kerja", "bos! bila nak bagi saya cuti" dan macam-macam lagi yang ku rasa tidak sepatutnya berlaku. Ku yakin, jika bos korang baca status macam tu, sure beliau akan rasa kecil hati dan mungkin akan terdetik rasa menyesal kerana mengagihkan wang ehsan raya beberapa minggu lepas... Jadi rakan-rakan ku sekalian, fikir-fikirkanlah...!!

Cadangnya, ku hendak mencipta ["design" dalam bahasa orang putih] satu atau lebih kad ucapan raya elektronic untuk tahun ini, tetapi, kerana masalah teknikal, perkara itu terpaksa ditangguhkan sehingga raya akan datang. Shima dah suspect ku beriya-iya cakap tapi tiada action, tapi, masalahnya, segala tutorial dan plugins yang ku download beberapa minggu yang lalu tidak compatible dengan photoshop yang ada terpasang di PC opis ku. Kat opis photoshop 6.0 dan requirement untuk plugins adalah CS2 dan keatas... Jadi ku cilok je mana mana kad yang ada kat FB dan ku selitkan di atas itu buat ubat...



Apa kes video iklan TV3 yang hangat diperkatakan sekarang. Semua yang menonton jadi kaget. Terus terang, ku tak pernah lagi menonton iklan itu [dan tidak akan dapat menontonnya di tivi kerana penarikan tanyangan], sehinggalah ku dapat menontonnya dari URL yang telah diberikan. Memang ada banyak unsur bukan islam didalam clip iklan tersebut seperti yang telah dikupas dalam satu blog yang ku tak ingat URL nya. Ada ramai yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju clip iklan itu berunsur iluminati... Ku juga merasakan tiada unsur unsur sambutan hari raya langsung dalam iklan tersebut sehinggakan mengacau dodol pun bukan dibuat didalam kuali, tetapi dikacau didalam bunga teratai...!!

Bagi mengibau kenangan clip iklan raya yang hebat, yang lebih membawa erti Aidilfitri kepada kita, ku embed clip dibawah untuk tontonan korang. Banyak lagi yang ada, tapi yang ini ku rasa yang mampu menggambarkan tentang Aidilfitri... [iklan yang terbaik untuk Aidilfitri biasanya adalah ber"genre" sedih-sedih]





ada satu lagi iklan petronas yang best:
//satu, ada dialog "Aiman, kalau pokok cempedak ayah berdaun emas, jangan kata kereta kayuh, kereta kebal pun ayah beli"... [jenis kelakal]
//satu lagi, "Abah dengan mak makan sini, kakak dan adik makan kat dalam" [sangat menginsafkan story iklan ini...]

Jadi, pada semua pembaca dan penulis blog bebas yang beragama islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Semoga keajaiban Aidilfitri kali ini membawa makna dan lebih kebahagiaan dalam hidup dan nikmatilah keajaiban dengan seadanya. Bagi yang akan memandu, semoga selamat dalam perjalanan pulang dan selamat juga kembali. Untuk semua, Happy Holidays!!

Berjumpa lagi kita diminggu hadapan...!!

Maaf Zahir dan Batin
Rizal


Read More! and Comments

Friday, September 3

Persiapan Raya

Pagi semalam [khamis Sept 02, 2010], kereta kelisa warna kelabu bergerak menyusur jalan Persiaran Utara menuju ke arah Serdang. Didalamnya, seorang pemandu yang kelihatan sedikit mamai, menahan mengantuk sambil sedaya upaya menggagahkan diri untuk sampai ke rumah selepas 8 jam shift kerja yang memenatkan. Ketika itu jam digital yang tersemat di dashboard kereta menunjukkan waktu sekitar 7:15 pagi. Baru beberapa minit tadi, kereta bergerak dari hadapan Pipit Block, Cyberjaya. Bekerja shift malam selalunya tidak terlalu berada didalam stress seperti yang berlaku pada shift pada belah siang kecuali jika tiba-tiba, kami dihujani dengan email request ataupun segala macam masalah yang dihantar oleh pihak pelanggan [betulkan bahasa melayu untuk client].

Didalam kereta, Disk Jockey, Najman, KE dan SY sedang rancak memulakan pagi di Sinar Pagi sambil berkumandang beberapa buah lagu termasuk lagi hari raya yang membuatkan ku sedikit bersemangat. 3 jam sebelumnya, ku, Mesa, Jamil dan Apat terpaksa menebalkan tahi telinga dalam usaha untuk membendung bunyi-bunyian lagu tamil dari yang disiarkan dari saluran Astro disebuah kedai makan sekitar Cyberjaya. Kami bertiga, tidak termasuk Mesa keluar bagi menunaikan amalan bersahur yang disarankan seperti dalam ajaran. Mesa bukan seorang muslim tetapi beliau sangat aktiv mengikuti kami dalam acara-acara keagamaan termasuklah "Solat Jumaat". Tapi, itu dahulu, sebelum beliau bertukar ke "permenant night shift". Kecuali Apat, kami bertiga hanya mengalas perut dengan segelas teh tarik gelas besar dan sekeping roti canai berkuahkan kari ikan. Apat makan lebih dari apa yang kami bertiga yang lain ambil. Mungkin sedikit berselera kerana jarang dia keluar sejak dua menjak ini.



Setelah sebuah lagi yang ku tidak ingat tajuk dan penyanyinya selesai, kedengaran bunyi tapak kaki kuda yang menandakan kemasukan "Wak" [nama samaran disk jockey] bagi memberikan tajuk perbincangan pagi di Sinar Pagi untuk pagi itu. Apa yang menarik adalah, perbincangan pagi itu berkisar tentang PERSIAPAN RAYA...

Sebuah lagi lagu raya malar segar berkumandang... lagu bertajuk Suasana Riang Di Hari Raya oleh Junainah M Amin [sila google untuk lirik] membuatkan suasana dalam kereta semakin semerbak raya...

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya

Seraya selepas lagu ini habis, terus disk jockey memutarkan rakaman perbualan mereka dengan seorang pemanggil perempuan [nama tak ingat dan jika ingat, memang tidak ku reveal]. Ku katakan rakaman adalah kerana, kebanyakan radio digital sekarang di "on air" kan berdasarkan rakaman yang disk jockey telah rakamkan sebelum atau beberapa minit sebelum rakaman yang sedang mereka main hampir tamat.

Salah satu cara untuk detect siaran radio "on air" secara rakaman adalah dengan tiadanya seruan azan atau takzirah takkala masuk waktu solat seperti yang pernah kita dengar pada radio zaman dahulu. Mereka lebih cenderung mengumumkan masuk waktu lebih awal kerana kesukaran untuk "edit" rakaman yang telah dibuat...!! Radio bukan macam tivi, tengah sedap tgk movie tetiba potong iklan atau azan...!!

Jadi berbalik pada pemanggil tadi, dengan senang hati dan bersemangat menceritakan tentang persiapan raya yang telah beliau sediakan. Langsir baru antara yang ku ingat beliau katakan sedangkan tahun ini beliau dan keluarga tidak beraya dirumah tetapi akan pergi beraya dikampung di Negeri Sembilan. 6 pasang baju untuk anak tunggal, 5 pasang baju untuk beliau dan 3 pasang baju untuk suami disediakan untuk sambutan tahun ini membuatkan mulut dan mata ku terbuntang sedikit. Nasib baik stereng masih tidak gagal dikawal. Mungkin ada benarnya apa yang telah ku katakan pada post sebelum ini [klik untuk baca] Perbualan telepon tadi diakhir dengan lawak dari SY yang memang ternyata merapu tetapi lawak...

Perjalanan pagi yang lancar jauh dari kesesakan membuatkan fikiran ku sedikit melayang-layang mengingat kembali, apakah PERSIAPAN RAYA yang telah ku dan Shima sediakan tahun ini. Apa yang ku boleh katakan, Ianya menepati piawaian dan jauh kurang dari kemampuan yang kami ada.

Jadi, bagaimana persiapan raya anda...!!??


Read More! and Comments

Monday, August 30

Ramai Kata Streamyx Sucks, Tapi KTM Komuter lagi Worst...


Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.
KTMB

Hebat bukan, menjamin keselesaan dan jaminan keselamatan dari gangguan seksual. Tapi, adakah ianya diambil tahu atau dikuat kuasakan dengan kadar yang sangat ketat. Tidak...



Jumaat lepas boleh dikatakan pengalaman paling buruk yang telah ku alami selama ku pernah menggunakan perkhidmatan komuter. Kali terakhir ku gunakan komuter adalah pada 11 bulan lepas. Sepanjang 11 bulan masa ku tidak menggunakan komuter, kurasakan seperti tiada perubahan ketara yang berlaku pada perkhidmatan ini melainkan pengenalan "coach khas untuk wanita".

Apa yang ku lihat, coach yang sepatutnya dikhaskan untuk kaum wanita telah dinoda juga tanpa dapat dihalang oleh wanita wanita yang tidak berupaya bersuara. buyi macam kena rogol lak... Dinoda ku maksudkan adalah, masih ada segelintir laki-laki yang tidak menghiraukan tentang peraturan pembahagian coach ini. Mereka masih dengan selamba berebut rebut menaiki coach tanpa rasa bersalah dan berasak mencari tempat dengan menolak-nolak penumpang wanita yang berada didalam. Ku hairan, bagaimana ini boleh berlaku. Shima menjelaskan, stiker yang bertampal ditingkap coach tidak dapat dilihat jelas.

Mungkin benar begitu kerana stiker yang ditampal tidak begitu jelas tetapi laki-laki tersebut patut sedia maklum pihak KTM sudah memaklumkan tentang tempat menunggu wanita yang dilekatkan dengan penanda-penanda merah jambu.. Tetapi, manusia tetap manusia, manusia lebih seronok melanggar peraturan dari mengikutnya...

Penguatkuasaan perlu diketatkan bagi memastikan mereka kaum wanita benar benar merasa selesa dan selamat. Janganlah membuat peraturan seperti seorang ayah yang sedang duduk di kerusi malas, menghambur asap dari dada sambil menasihati anak-anak yang memerhati dengan nasihat "anak anak ku, bila besar nanti, jangan hisap dadah, jangan hisap rokok, jadi orang yang berguna..." Jika begini, memang tak jadi...

Masalah kelewatan juga menjadi masalah paling utama. Masa menunggu yang teramat lama membuatkan perkhidmatan ini tidak "reliable" bagi mereka yang memang mengejar waktu. Kami terpaksa mengharung waktu menunggu dan perjalan untuk jarak 1 stesen selama 2 jam...!! Diulangi, 1 stesen 2 jam...!!

Dalam masa menunggu, beberapa kali masa berlepas yang terpampang dipapan tanda elektronik berubah. Berubah bukan semakin cepat, tetapi berubah semakin lewat. Ia membuatkan perasaan ku menyirap dan panas hati. Bagaimana mereka yang setiap hari menggunakan perkhidmatan ini boleh tahan dengan situasi begini.

Oleh kerana ketibaan train yang sangat lewat, orang ramai berasak di terminal mengambil tempat untuk menjadi orang terdahulu masuk. Dan berlaku tolak menolak yang amat dahsyat sehingga kami tak terpaksa melepaskan 2 kali train kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Jika ku dan Shima sahaja, mungkin kami gagahkan, tapi oleh kerana ada Amir dan stroller, kami mengalah. Nasib kami baik kerana Amir tidak banyak merungut walaupun seharian mengikut kami berjalan-jalan mencari barang-barang persiapan raya...


Walaupun letih, tapi tetap gembira

 Ingat lagi, Bekas Perdana Menteri kita, Pak Lah pernah merasai pengalaman ini dan beliau telah mengarahkan pihak pengurusan agar mengkaji tentang perkara ini, tapi haram... takde tindakan...!!

Ini mungkin berbau complaint, tapi ini juga pengalaman yang ku hadapi. Sungguh perkhidmatan ini perlu diperbaiki. Seperti yang Shima beritahu ku, perlu tambah kekerapan, kekerapan sahaja jalan yang mampu menyelesaikan masalah menunggu dan kesesakan dalam coach. Mungkin juga kerajaan kita perlu memikirkan perancangan untuk mewujudkan sistem perkhidmatan keretapi yang lebih menyeluruh dan integrated.

Read More! and Comments

Friday, August 20

Ku Benar-Benar Menyangkal Kenyataan Apabila Orang Berkata Bulan Ramadhan Bulan Kurang Berbelanja [Berjimat]

Ramai yang bercerita dan mengaitkan tentang perkara makanan bila menyebut tentang berjimat di bulan Ramadhan. Mereka mengandaikan bahawa, tidak mengambil makanan pagi, tengahari serta malam akan membuatkan mereka mampu mengumpul wang penuh setabung. Beriya-iya adanya mereka menegakkan kebenaran yang tidak pernah nyata yang sememangnya ku rasakan tidak pernah benar nyata. Ianya ku rasanya hanya angan-angan kosong yang amat sukar untuk dicapai. Sehinggakan mereka lupa, berjimat bukan hanya melibatkan makan tetapi ianya adalah melibatkan perbelanjaan keseluruhan harian mahupun bulanan.

Ku kerap mendengar kenyataan seperti ini,

"Save duit aku bulan ni, selalu seminggu 3, 4 kotak, tapi bulan-bulan puasa ni sekotak seminggu..."

Hebat bukan, seorang perokok tegar amat berbangga dapat mengurangkan jumlah belian belian kotak rokok pada bulan ramadhan dari memikirkan dan beriktiar mencari jalan untuk berhenti terus daripada tabiat buruk mereka itu. Apalah sangat kurang 3, 4 kotak seminggu selama sebulan ini jika mereka kembali terus terusan dengan tabiat buruk mereka itu sehingga menjelang ramadhan akan datang.



Penat lelah berkerja, lapar dan dahaga berpuasa pasti akan sekelip mata hilang sejurus selepas kaki melangkah masuk kedalam pasar ramadhan yang kemeriahan peniaganya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tapi memang ianya sudah menjadi satu trend setiap tahun dan kebetulan tahun ini, hujan setiap petang. Takziah kepada keluarga mangsa ribut yang berlaku di pasar ramadhan di Stadium Jasin. Al-Fatihah

Pasar Ramadhan adalah perangkap paling maut bagi seseorang jika nafsu gagal dikawal. Keterujaan melihat kuih muih pelbagai bentuk, bau wangian arang ayam golek serta mata rambang melihat aweks-aweks [bahasa benarnya adalah gadis-gadis] mampu meruntuhkan tembok-tembok iman yang telah dipertahankan dari mula azan Subuh pagi tadi...

Ku sangat yakin bahawasanya, perbelanjaan yang dilakukan di pasar ramadhan adalah berkemungkinan lebih banyak dari yang dibelanjakan seseorang untuk makan tengahari dan malam setiap hari. Ini belum termasuk harga barang makanan yang terjual di beberapa pasar ramadhan sekitar Lembah Klang. Mahalnya mencekik darah, tapi produknya sangat menghampakan. Pasti ada antara anda yang pernah terbeli kuih basi? lauk basi? yaa, ayah dan ibu ku punya pengalaman itu... tapi mereka tidak serik-serik. Pergilah ke pasar ramadhan Putrajaya, anda akan pasti terkejut bila mana harga makanan yang dijual disana setiap tahun akan meningkat. Adakah ini ada kena mengena dengan kenaikan harga barang dan petrol...?? atau mereka, peniaga cendawan ingin mengaut keuntungan yang berlebihan, menyimpang dari ini asal untuk mencari pendapatan lebih...!! Akhirnya, wang yang kita jangka terselamat kerana tidak perlu membayar harga makan tengahari habis disedut oleh para cendawan beracun yang racunnya tidak kelihatan secara lahiriah...

Tanpa kita sedari kita akan berbelanja lebih pada bulan ramadhan tidak seperti hari-hari lain kebiasaannya. Persiapan sambutan raya, sebagai contoh, pembelian baju baru untuk raya menjadi kewajipan pada bulan ini disamping pembelian perhiasan rumah, langsir serta lampu kelip-kelip bagi memeriahkan sambutan Syawal yang bakal tiba. Bahan-bahan mentah untuk rendang dan pelbagai juga perlu diambil kira. Makanan perlu dimasak sendiri kerana jika hendak beli dikedai, mahu beratus ratus harganya. Anda boleh rangka sendiri, berapa yang akan anda habiskan untuk perkara-perkara yang disebutkan di perenggan ini. Seorang perempuan sesungguh benarnya pasti akan menyediakan tidak banyak, satu pasang baju baru yang akan dipasangkan dengan sehelai tudung jenama terkenal yang jumlah perbelanjaannya paling sikit kurang mampu menampung perbelanjaan pergi dan balik ketempat kerja selama 2 minggu. Yang lelaki pun ada yang sama juga. Semasa bujang dahulu, 8 kali hari raya aidilfitri ku sarungkan baju melayu yang sama, tapi, sekarang, setahun sekali nak kena tukar warna*... Itu belum lagi dikira perbelanjaan seorang lelaki dan perempuan untuk anak-anak mereka. Semuanya kerana mentaliti, setahun sekali, apa salahnya...!!?

"setahun, hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini..."
- Lirik lagu Selamat Hari Raya - Saloma

Mereka mungkin terlalu menjiwai lirik lagu diatas...!!

Kita sekarang lebih cenderung untuk membeli atau membeli "Kuih Tunjuk" iaitu gelaran popular bagi kuih raya yang dibeli siap di kedai. Sebalang atau sebekas kuih biasanya "standard" berharga RM22-25 dan bagi mereka yang tidak meneruskan tradisi bersengkang mata membuat kuih raya seperti yang dilakukan oleh ibu kita lama dahulu, 1, 2 jenis pastinya tidak akan mencukupi. Ianya juga termasuklah pembelian pelbagai jenis kerepek dan makanan sampingan yang kadang-kadang tidak langsung dijamah oleh tetamu takkala bertandang kerumah kita pada pagi hari raya. Takkan nak bagi air kosong dengan biskut kering...?? Yaa... setahun sekali orang bertandang kerumah, mesti perlu sediakan jenisan makanan yang mampu mengenyangkan pengunjung walau mungkin hanya 20 peratus sahaja yang datang akan makan kuih kita itu...!! Sebab diorang pun dah ada beli kuih yang sama juga dirumah...

Saya bukan kedekut tapi tak kisah jika sesekali berbuka puasa diluar. Dahulu, ayah ku selalu bawa sekeluarga keluar membeli barangan persiapan hari raya dan seterusnya singgah untuk berbuka diluar. Saya tidak lupa setiap tahun, ayah akan bawa kami meredah kepanasan dan kepenatan menyusur kedai-kedai sepanjang Jalan Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Tempat pilihan untuk membeli baju baru ku adalah sebuah plaza yang bernama Hankyu Jaya dan selapas itu kami akan berbuka di gerai area pasar Jalan Chow Kit. Makan malam diluar mungkin menjadi rutin bulanan bagi sesebuah keluarga bagi memupuk sifat kekeluargaan dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Maka, yang membazirnya apabila keluarga dibawa berbuka di hotel atau tempat-tempat yang menawarkan pakej berbuka dengan 100 jenis lauk pauk dengan harga yang sangat berpatutan [RM80 seorang]. Banyak mana sangat seseorang tembolok perutnya yang sudah mengecil untuk makan mahupun merasa 100 jenis lauk pauk dalam satu masa. Dan ini ku rasakan perbelanjaan yang sia-sia.

Sudah berapa agaknya perbelanjaan yang kita boleh hitung berbanding penjimatan yang kita sudah sahih lakukan pada bulan Ramadhan ini...? Tunggu... ada lagi...

Tidak sah perayaan jika tidak disambut bersama ibu bapa [jika merantau], adik beradik dan saudara mara dikampung. Balik kampung juga memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi bergantung pada jenis kenderaan yang digunakan. Servis, Permeriksaan dan penukaran tayar dan kadang-kala "pimping ride" juga akan dilakukan sebelum menempuh perjalanan jah pulang kekampung. Pimped ride tu biasanya saja nak "show off" pada orang kampung selain nak kasi statement pada gadis kampung yang dulu masa mengorat pakai basikal, diorang tak layan. Ku perlu menyediakan sekurang kurangnya perbelanjaan perjalanan pergi balik kerja selama sebulan jika hendak pastikan kami sekeluarga dapat beraya bersama ibu dan ayah. Anda bagaimana?

Baiklah, ada banyak lagi sebenarnya, tapi ini yang terakhir...!! Jika anda punya kerjaya dan anak anak buah, pastinya, duit raya tidak boleh dilupa. Pasti anda tidak mahu dicap "kedekut tahi hidung masin" bila tiap kali pulang ke kampung atau pun takkala ziarah menziarah kerumah saudara. RM1 sudah tak lagi, paling kurang RM1 dua keping. Itu yang ramai, jika anak buah 1, 2 orang, paling kurang RM10.. kan!? Takkan anda sanggup dicap oleh anak anak buah anda yang berfikiran cerdas tu dengan gelaran "Haji Bakhil". Disitu je dah berapa habis??

Jadi bagaimana...?? Benarkan bulan Ramadhan bukan masa atau bulan untuk kita mampu berjimat cermat. Apa lagi yang perlu dijimatkan? Belanja pergi balik kerja adalah tetap dengan minyak dan tol, bayaran bil dan installment bulan juga adalah tetap. Melainkan anda sanggup menangguhkan bayar-bayar itu untuk pastikan anda dapat beraya dengan meriah,,, Anda hakiminya sendiri...

Jika benar bulan Ramadhan adalah bulan penjimatan, maka kita tidak akan mendengar keluhan-keluhan kakitangan kerajaan yang sibuk mengusulkan duit raya [bahasa pasarnya bonus] kepada majikan mereka dan sepatutnya juga tidak berlaku ketidak cukupan wang perbelanjaan selepas sambutan aidilfitri dimana kita dengar ada yang terpaksa berjimat dan berpuasa selepas raya serta ada yang kering terpaksa layan megi dan serbuk kuih raya menjelang gaji bulan hadapan... dan pelbagai lagi yang ada kena mengena dengan ketidak cukupan wang...

Segala keputusan perbelanjaan ditangan masing-masing, berbelanja dengan berhemah dan elakkanlah dari melakukan berbelanja berlebihan...

Hari raya adalah hari untuk kita meraikan kemenangan perjuangan kita melawan nafsu, jadi sambutlah ia dengan sewajarnya...!!

Wasalam

//Yan, memang diakui ada cara, tapi selalunya, orang langgar je...
[saya sudah berFB tentang ini dengan beliau sebelum ini]


Read More! and Comments

Tuesday, August 17

Selepas Empat Tayar DiTukar, Tidak Lagi Ku Perasan Kereta DiPandu Laju

Itulah dia, bila pemanduan sudah tidak lagi belenggu oleh gegaran seperti memandu takkala bumi sedang dilanda gempa. Walaupun Dashboard masih utuh tidak seperti barang lain yang berada di salam kereta. Ia kedengaran seperti orkestra yang menghasilkan bunyian lagu yang mengikut sama tempo. Bekas air besi, duit syiling dan orange man semuanya bersama sama menari takkala kereta melunsur laju dan mengeluarkan ketukan selari sebagai bunyian latar kepada tarian. Kami juga sudah terbiasa juga terikut menari [sikik-sikit] dengan alunan tarian yang kadang kala terasa kuat dan kadang kala tidak terlalu kuat. Tidak lagi perlu buka XFM ataupun Sinar FM untuk hiburan dalam kereta kerana bunyian dan tarian sudah cukup membuatkan ku kalis mengantuk ketika memandu [tapi kadang ada gak rasa nak terlelap... hhoohoo!!].



Igauan ngeri yang sejak sekian lama dulu sudah berakhir dan terima kasih kepada abang yang ku tak tahu namanya dari kedai Sumitomo yang telah membuat setup stering dan tayar kereta ku hingga berada pada paras prestasi paling hebat. Kalau setup sikit lagi boleh jadi memukau. Apa yang hebat, ku hanya perlu menjelaskan wang pokok bunga dengan sedikit bayaran penggunaan mesin alignment dimana perkhidmatan lain untuk memastikan prestasi tayar berada dalam keadaan terhebat dilakukan percuma... Wow!! Mungkin ini adalah kesinambungan balasan dari kesetiaan yang ku berikan sejak empat tahun dulu.

Empat biji 165/55/R14 memang telah beberapa bulan ku idamkan. Demi menunggu wang kertas jatuh dari pohon kurma depan rumah mak ku, ku tahankan sahaja dan berserah pada situasi yang melanda sehinggalah masa yang ditunggu tiba.

Alhamdulillah, sekarang kami sudah tidak berasa takut-takut untuk berjalan lebih jauh dari perjalanan yang kami selalu lakukan iaitu dari serdang ke Shah Alam Seksyen 27 malah kami lebih berasa selamat untuk pulang ke Alor Setar bagi menyambut Aidilfitri pada bulan hadapan. Yaa... pohon kurma yang tumbuh dihadapan rumah mak ku sudah menggugurkan wang kertas.

Allah senantiasa menurunkan rezeki kepada hambanya dan kita hamba perlu senantiasa bersyukur pada rahmatNya.

//7 Ramadhan yang hebat


Read More! and Comments

Wednesday, August 11

Trip Ke KLCC Yang Mencemaskan...




Melihatkan tajuk, sudah tentu ada yang ingin tahu, pa yang mencemaskan sangat tentang perjalanan ke KLCC sedangkan untuk menuju dan sampai kesana, seseorang hanyalah memerlukan tahap keupayaan menahan kesabaran yang tinggi dan terpuji.

Petang isnin, beberapa hari lalu bukanlah menjadi perancangan awal untuk kesana, tetapi oleh kerana Shima sudah membuat janji dengan kawan adiknya, kami perlu juga pergi walau hakikat mengetahui, perjalanan yang perlu ditempuhi... perjalanan yang penuh dengan kereta disana sini..



Episod cemas bermula selepas ku berjaya menghadang sebuah kereta Subaru Impreza WRX dari memotong ku semasa berdekatan area bulatan Kampung Pandan. Pemandu kereta itu mungkin tidak berpuas hati sehingga selepas itu, mengekori rapat sehingga ke persimpangan menuju Bukit Bintang selepas Bangunan RHB... Mungkin pemandu kereta tu panas hati kut dan terus mengambil lorong kiri, memecut meninggalkan kereta ku yang tetap menuju terus ke terowong bawah persimpangan kelab golf. Cemas yang sebetulnya bukan datang dari kereta Impreza yang ku katakan tadi, tapi sebenarnya, semasa berada di bawah terowong, ketika kereta berasak asak keluar dari situ, ku terperasan satu benda yang belum pernah berlaku kepada kereta ku selama ini... [tapi Ben dah pernah kena.. ekeke]

Huih!! tingginya temperature...!!??

Ya.. Suhu enjin ketika itu boleh dilihat naik mendadak ketika kereta berhenti dan mendadak juga turun ketika ku berjaya mengelak dari berhenti dan tersekat dalam keadaan kereta yang masih berasak2 menuju persimpangan Ampang Park. Kami selamat masuk ke tempat letak kereta luar KLCC paling hujung bersebelahan Masjid Asy-Syakirin Sebelum Azan Maghrib berkumandang... Apa yang sedikit melegakan ketika itu adalah, ku berjaya untuk mengawal suhu enjin kereta dari mencecah naik ke zon merah walaupun selepas kami keluar dari kereta selepas azan, ku mula risau tentang bagaimana pula halangan untuk balik ke rumah selepas ini.

"Kita kena balik lembat sikit ni... bagi lega sikit jalan dari jammed"

Itu yang ku beritahu Shima, walau pada awalnya, dia mengatakan, "kita pergi sekejap je... amik barang, kemudian balik"

Ku singgah ke masjid untuk solat maghrib bagi menenangkan sedikit fikiran dari memikirkan tentang bahaya perjalanan pulang, tetapi apa yang berlaku, sebaliknya. Solat ku tidak khusyuk bahkan ketika solat, ku banyak pula memikirkan tentang selipar Croco yang ku tinggalkan di luar masjid takut takut dikebas orang... Celaka, syaitan memang pandai dan bijak mengganggu jiwa jiwa yang lemah dan memang ketika itu, jiwa ku sedang lemah memikirkan tentang kereta dan kemudian di ganggu pula dengan hasutan nakal syaitan dengan selipar. Harap, ibadat ku diterimaNya.

Selepas transaksi Shima, kami meraikan sedikit kedatangan Ramadhan dengan melayan permintaan Amir untuk makan di Pizza Hut. Bruupp... Menang sedap Maccaroni and Cheese dengan Cheese Crust di tepi sehinggakan kami tak dapat habiskan satu pan, bawa balik dan dibelasah habis adik lelaki ku pada keesokan sarapan paginya.

Hari ini, bermula umat Islam Berpuasa, ini pun ku taip sementara menunggu masuk waktu subuh, sat lagi nak kena minum satu lagi gelas air suam bagi mengekalkan kandungan air dalam badan. ku mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas. Jangan dilupa juga niat puasa,
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



//Kereta sudah dibaik pulih petang semalam oleh adik ipar ku yang memang seorang mekanik mahir...!!

Read More! and Comments

Tuesday, July 13

Setelah Sebulan

Pesta besar sudah habis, masing masing kembali kepada kehidupan normal dengan ada sesetengah yang kembali ke kehidupan mereka yang membosankan. Mungkin ada yang berkata begitu tetapi ianya tidak sepatutnya menjadi alasan dan rungutan kepada mereka yang merasanya. Ambillah pesanan dari bijak pandai sebagai pedoman, "Jika tiada usaha, tiadalah kejayaannya...". Jadi, sila berusaha.

Bola Sepak Piala Dunia sudah melabuhkan tirai dengan kemenangan Sepanyol dan kejutan kejutan yang sesetengah kita tidak jangkakan. Bukan sahaja keputusan perlawanan sahaja yang punya kejutan, tetapi keputusan ramalan sotong pun ada yang ambil kira sebagai modal pertaruhan. Kita tidak sepatutnya mempercayaai perkara ini memadangkan ia boleh menyebabkan "Syirik"

Syirik yaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ku salin dari sini

Jadi, sila jauhkan diri dari perbuatan perbuatan syirik...



Selama sebulan ini, ramai yang mungkin seperti yang kita baca tentang, "datang lewat ke pejabat", "Cuti sakit yang meningkat" dan sebagainya. Perkara ini tidak berlaku dipejabatku oleh kerana beberapa faktor sebagai contoh "shift flexibility". Jadi, jika mereka merasakan yang meraka tidak mampu bangun awal untuk shift pagi, hanya telephone pejabat dan katakan mahu masuk shift tengahari dan mereka boleh sambung tidur dalam 2 3 jam lagi... wow!! hebatkan...!! tetapi ia hanya layak pada hanya jawatan tertentu sahaja...!!

Selain itu, hampir sebulan ini jugalah, kami tidak bercakap tentang perkara lain selain bola sepak. Dan hampir sebulan juga kami telah sisihkan cerita cerita tentang masalah nasional hingga antarabangsa, dari masalah negara hingga ke kekejaman Israel yang semakin bermaharajalela. Yang, mungkin perbincangan ini akan bermula sedikit demi sedikit selepas bola sepak piala dunia kami lupakan.

Alhamdulillah, majlis perkahwinan adik perempuan ku juga berlangsung meriah, lebih meriah dari yang dijangkakan [ku masih belum memasukkan entry tentang ini lagi]. Seperti kebiasaan, setiap majlis perkahwinan, pasti akan berlaku permasalah luar jangka dan kami berjaya mengatasinya dengan jaya. Terima kasih kepada yang membantu termasuklah kenalan dan paling utama kepada saudara mara. Tahniah kepada adik perempuan ku semoga mereka berkekalan hingga akhir hayat.

Beberapa minggu lagi, Ramadhan bakal tiba, tetapi Iklan jualan murah ramadhan dan hari raya sudah tiba. Mereka memang hebat, pandai memanipulasikan peluang yang ada. Ramai juga yang sedang sibuk mengganti puasa. Bagi yang sudah habis ganti, alhamdulillah, dan yang masih atau belum bermula, tekad dan kuatkan semangat. Memang ku akui, sukar untuk berpuasa diluar bulan puasa. Dan ku, merenung jauh tentang ramadhan ku kali ini...!!

dan ku terus teringat tentang lagu Harapan Ramadhan nyanyian Raihan fet. Man Bai, Rem dan Ajai...

dan ku terus sebak...

Read More! and Comments

Tuesday, September 15

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri - Eid ul-Fitr

Eid ul-Fitr or Selamat Hari Raya Aidilfitri

Eid ul-Fitr or Id-ul-Fitr, often abbreviated to Eid, is a Muslim holiday that marks the end of Ramadan, the Islamic holy month of fasting. Eid is an Arabic word meaning "festivity", while Fit.r means "charity" (and can also mean "nature", from the word "fitrah"); and so the holiday symbolizes the breaking of the fasting period. It is celebrated starting on the first day of the Islamic month of Shawwal.
source

Hari Raya Aidilfitri (also seen as Hari Raya Idul Fitri and Hari Raya Puasa, literally "Celebration Day of Fasting") is the Malay term for the Muslim festival of Eid ul-Fitr. Hari Raya is also known as Lebaran. Muslims in Brunei, Indonesia, Malaysia and Singapore celebrate Eid like other Muslims throughout the world. The term "Hari Raya" literally means "Day of Celebration" — it is also occasionally used to refer to Eid ul-Adha in the form of "Hari Raya Aidiladha". The main greeting used by Muslims in Malaysia and Singapore is "Selamat Hari Raya" which means "Happy Eid" in Malay. Another greeting is "maaf zahir dan batin" which translates loosely to "I seek forgiveness (from you) physically and spiritually", for Hari Raya is a time to reconcile and renew relationships with others.
source




Allahu akbar... Allahu akbar... Allahu akbar... walillahilham...

It's only a few more days before Eid ul-Fitr or commonly called Hari Raya Aidilfitri here in Malaysia. I would like to wish all a Happy Hari Raya to all muslim generally.

Specially to my wife, my son "amir", my family, mom, dad, angah and wan and also to my in law, mak, apak, lob and at... also makcik pakcik and family.

To isha, "relax aaa... dah biasa raya kat Japan kan...??"... "Sana pun ada ketupat dan rendang juga..."

To all bloggers @ my active friends [may refer to blogger list]... also wishing to all my officemate, a.k.a kopipastur community a very happy hari raya although it's not quite happy... haha

See you in Kuantan this year. I'll be in Kuantan for 3-4 days.


Selamat aidilfitri
kepada saudara serta saudari
setahun hanya sekali
merayakan hari yang mulia ini...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan berhati hati dijalan raya... Ingat yang tersayang...

Terkial kial menganyam ketupat
Dua hari belajar pun masih tak dapat dapat
Bau rendang dah makin menyengat
Itu tanda raya dah dekat

Terima kad raya rasa terharu,
Itu belum ditambah yang berlagu,
Pengumuman raya paling ditunggu-tunggu,
Tak sabar semua nak jerit yahuu...

Read More! and Comments

Monday, September 7

This Week Topic: Appendicitis


Hospital

Sept 02, 2008 Lebih kurang jam lepas lunch

"Halo... Assalamualaikum" [macam biasa ku angkat phone]
"Halo... Ni along ke??" suara cemas yang tak sepatutnya berada dalam talian sekarang. Ini kerana suara yang lain itu telah menggunakan phone mak ku untuk menghubungi ku...
"Huh" jawab ku ringkas
"Along ku ni" sekali lagi soalan tu menerjah ke telinga yang kedengaran semakin cemas...
"Huh, ya...!!" dalam fikiran, sapa lak nih??
"Ni Untie Nonie kawan mama" cuba untuk explain...
ku yang dari tadi macam kaget hanya menjawab "huh!!??"
"Ingat tak, Untie Nonie, kawan kerja mama..."
"huh..."
"Untie cuba call angah, call ayah, tapi tak dapat..."

"Oh!!" ku masih blur
"Nasib along ada ni..." dan menyambung "Mama kena tahan di ward..."
"Gulp" dan "Huh...!!" baru ku rasa clear tentang panggilan tadi
"Doctor suspect Appendicitis, Sekarang kat KPJ Kajang Specialist Hospital...""
dan jawapan ku... "OK... OK"


Dah Sampai



No Bilik


----------------------------------------

Appendicitis is a condition characterized by inflammation of the appendix. It is a medical emergency. All cases require removal of the inflamed appendix, either by laparotomy or laparoscopy. Untreated, mortality is high, mainly because of peritonitis and shock.[1] Reginald Fitz first described acute and chronic appendicitis in 1886,[2] and it has been recognized as one of the most common causes of severe acute abdominal pain worldwide.

----------------------------------------

"Long, kak ngah dah sampai, nanti sampai terus naik bilik N410B..." dan hari tu, ku telah mengambil cuti separuh hari emergency untuk ke hospital... Petang tu, kami sekeluarga berbuka di Ward N410B dengan sandwich dan air kotak...!! takpe laaa, dah takdir...


Ayah yang setia disisi ibu



Inilah benda yang dimaksudkan


----------------------------------------

Sept 03, 2009 Lebih kurang jam 230pm

Ibu ku dibawa masuk ke bilik pembedahan untuk persediaan operasi membuang Benda tu... tu pun ku peroleh maklumat petang selepas keluar dari pejabat... Al-maklum, company tempat ku kerja ni berkira pasal kedatangan... keluar Solat Jumaat lebih sikit pun kena ganti masa, inikan kalau ku nak keluar awal walau ada masalah kesihatan dalam keluarga...!! Alhamdulillah, Ibu ku selamat dalam operasi pembedahan dan takkala ku sampai ke hospital dalam lebih kurang jam 7pm, dia kelihatan gembira dan tersenyum dan siap boleh ketawa dalam sakit bila mendengar lawak lawak yang kami bualkan sambil menunggu waktu berbuka puasa...

----------------------------------------

Hari ni, ibu ku dah ada dirumah dan dia kesihatannya sudah berangsur pulih... mungkin ada lagi rasa sakit yang masih terasa tetapi masih gagah nak melakukan kerja kerja mengemas walau dihalang bapa ku...!!

Terima kasih kepada rakan rakan yang sama sama mendoakan keselamatan proses pembedahan tempoh hari... terima kasih juga kepada yang datang melawat, ku tak tau laaa berapa jumlah kerana kerja tetapi sepupu ku yang berada didalam kawasan lembah klang telah datang menjenguk, kawan kawan ofis ibuku, dan yang paling gagah, achong [panggilan manja] yang datang dengan bas dari Kuantan untuk melawat ke hospital [dia datang tak inform... nasib bawa banyak kuih raya... terima kasih]. Yang terakhir rombongan lawatan kerumah sebelum ku publish post ni adalah keluarga pakcik Kadir yang datang sekeluarga bersama adik ipar [adik Shima] walaupun tak semua yang datang [kerana masalah tertentu] kami tetap merasa terharu...


Anak En. Kadir



Mistress En. Kadir



Anak buah saya, Sumayya


Topic of the day: Appendicitis


Terima kasih...!!
Selamat bersahur dan berbuka dengan ayam percik...

Read More! and Comments

Friday, August 21

Selamat Menyambut Ramadhan

Read More! and Comments

Sunday, August 16

Selesema Babi Semakin Mengganas...!! [babi betul aaaa...]



Dari masa ku menulis posting ni, sudah ada 59 kematian di Malaysia akibat dari jangkitan selesema babi atau manja yang tertulis dalam dada dada akhbar iaitu H1N1. Jumlah ini sudah sepatutnya membuatkan kita mengambil langkah langkah pencegahan lebih ketat atau sekurang kurangnya "kita dah start menggelabah" bak kata bahasa pasarnya...!!

langkah langkah pencegahan yang disarankan termasuklah
1. Pemakaian penutup mulut, hidung
2. Sentiasa membersihkan tangan
3. Kurangkan aktiviti luaran
4. Pantau kesihatan keluarga
5. Dan pelbagai lagi yang anda tahu

Persoalannya, bagaimanakah jangkitan ini menjadai semakin meluas...?? Adakah kita lalai dalam melaksanakan saranan yang telah dikemukan...??

Ku baru balik dari menghadiri pameran Miccos [Malaysia International Commodity Conference & Showcase 2009] di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Kehadiran pengunjung tidak seramai dan sepadat pameran MAHA tetapi apa yang ku sangat concern adalah, hanya segelintir sahaja pengunjung yang menyahut saranan pemakaian topeng muka di tempat awam...



Pada pendapat ku, aktiviti harian kita kebanyakannya memjadi penyebab dari meluasnya jangkitan... aktiviti tersebut termasuklah sesuatu yang rutin atau pun memang saja saja mencari pasal. Maksud saja saja mencari pasal tu adalah sesuatu yang boleh dielakkan tetapi nak juga dibuat... Yang tu anda semua sedia maklum aa...!! Rutin pula termasuklah bersesak menaiki pengangkutan awam untuk ke pejabat tanpa lain lain option... [kesian wife ku setiap hari travel dari rumah ke sentul untuk mencari sesuap pizza hot pan panas]

Ramadhan semakin hampir, dan berkemungkinan penyebaran penyakit ini akan menjadi bertambah tambah luas. Kenapa?? mudah... Pasar Ramadhan...!! Pastinya, tempat ini adalah tumpuan paling utama setiap petang Ramadhan dan dalam masa yang sama penyebaran akan lebih mudah berlaku... Satu lagi, pasraya dan shopping complex pasti akan menjadi satu lagi tempat tumpuan untuk persiapan berbuka atau pun memborong persiapan untuk hari raya...

Sebelum berlaku perkara yang kita tidak ingini, harap agar anda berhati hati dan sentiasa memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai...

Selamat menyambut kedatangan RAMADHAN kepada yang beragam Islam dan ingat;

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT

Read More! and Comments

Monday, October 13

My Holiday



I have started my off day at 30th oct, last day of Ramadhan, we, me, my wife and Amir doing our last preparation to celebrate Hari Raya...

1st of Syawal...
Wake up so late and though i was really really late for prayer, then realise than Solat Hari Raya started at 9am...!! Fuhh!!

I was celebrate raya at Alor Setar at my wife home town. For 1st day raya, we don't go anywahere accept stayed at home and wait if saudara of kawan kawan come for visiting...!!

From Left: Shima Rizal Amir


Not whole but Still Meriah

Behind from left: Israr, Apak, At, Acik, Lob, Rizal
Sitting from left: Tok, Cik, Mak, Shima, Asiah
Most infront: Amir

We also spent our morning by visiting Istana Anak Bukit. There's a jamuan for rakyat there every Aidilfitri and Aidiladha... We don't have attention to eat but to ronda ronda dalam Istana...!!

Roving in Palace: Sit for awhile


At Regency Hotel, before heading to Israr's house


2nd of Syawal...
We're having a BBQ, Satay...!! I mean home made Satay marinated by ?? and cucuk by eerrkk...!!

Satay in Process


BBQ Session...


3rd of Syawal...
When to Ashraf / Syahnin house at Jitra...

4th of Syawal...
When back tu Kuala Lumpur

Read More! and Comments