Pages

Wednesday, August 11

Trip Ke KLCC Yang Mencemaskan...




Melihatkan tajuk, sudah tentu ada yang ingin tahu, pa yang mencemaskan sangat tentang perjalanan ke KLCC sedangkan untuk menuju dan sampai kesana, seseorang hanyalah memerlukan tahap keupayaan menahan kesabaran yang tinggi dan terpuji.

Petang isnin, beberapa hari lalu bukanlah menjadi perancangan awal untuk kesana, tetapi oleh kerana Shima sudah membuat janji dengan kawan adiknya, kami perlu juga pergi walau hakikat mengetahui, perjalanan yang perlu ditempuhi... perjalanan yang penuh dengan kereta disana sini..



Episod cemas bermula selepas ku berjaya menghadang sebuah kereta Subaru Impreza WRX dari memotong ku semasa berdekatan area bulatan Kampung Pandan. Pemandu kereta itu mungkin tidak berpuas hati sehingga selepas itu, mengekori rapat sehingga ke persimpangan menuju Bukit Bintang selepas Bangunan RHB... Mungkin pemandu kereta tu panas hati kut dan terus mengambil lorong kiri, memecut meninggalkan kereta ku yang tetap menuju terus ke terowong bawah persimpangan kelab golf. Cemas yang sebetulnya bukan datang dari kereta Impreza yang ku katakan tadi, tapi sebenarnya, semasa berada di bawah terowong, ketika kereta berasak asak keluar dari situ, ku terperasan satu benda yang belum pernah berlaku kepada kereta ku selama ini... [tapi Ben dah pernah kena.. ekeke]

Huih!! tingginya temperature...!!??

Ya.. Suhu enjin ketika itu boleh dilihat naik mendadak ketika kereta berhenti dan mendadak juga turun ketika ku berjaya mengelak dari berhenti dan tersekat dalam keadaan kereta yang masih berasak2 menuju persimpangan Ampang Park. Kami selamat masuk ke tempat letak kereta luar KLCC paling hujung bersebelahan Masjid Asy-Syakirin Sebelum Azan Maghrib berkumandang... Apa yang sedikit melegakan ketika itu adalah, ku berjaya untuk mengawal suhu enjin kereta dari mencecah naik ke zon merah walaupun selepas kami keluar dari kereta selepas azan, ku mula risau tentang bagaimana pula halangan untuk balik ke rumah selepas ini.

"Kita kena balik lembat sikit ni... bagi lega sikit jalan dari jammed"

Itu yang ku beritahu Shima, walau pada awalnya, dia mengatakan, "kita pergi sekejap je... amik barang, kemudian balik"

Ku singgah ke masjid untuk solat maghrib bagi menenangkan sedikit fikiran dari memikirkan tentang bahaya perjalanan pulang, tetapi apa yang berlaku, sebaliknya. Solat ku tidak khusyuk bahkan ketika solat, ku banyak pula memikirkan tentang selipar Croco yang ku tinggalkan di luar masjid takut takut dikebas orang... Celaka, syaitan memang pandai dan bijak mengganggu jiwa jiwa yang lemah dan memang ketika itu, jiwa ku sedang lemah memikirkan tentang kereta dan kemudian di ganggu pula dengan hasutan nakal syaitan dengan selipar. Harap, ibadat ku diterimaNya.

Selepas transaksi Shima, kami meraikan sedikit kedatangan Ramadhan dengan melayan permintaan Amir untuk makan di Pizza Hut. Bruupp... Menang sedap Maccaroni and Cheese dengan Cheese Crust di tepi sehinggakan kami tak dapat habiskan satu pan, bawa balik dan dibelasah habis adik lelaki ku pada keesokan sarapan paginya.

Hari ini, bermula umat Islam Berpuasa, ini pun ku taip sementara menunggu masuk waktu subuh, sat lagi nak kena minum satu lagi gelas air suam bagi mengekalkan kandungan air dalam badan. ku mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas. Jangan dilupa juga niat puasa,
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



//Kereta sudah dibaik pulih petang semalam oleh adik ipar ku yang memang seorang mekanik mahir...!!

6 comments:

  1. aikk..x kusyuk sbb croco tu? x pe..bkn ori. tak ralat sgt klau dicuri kan..hehe

    ReplyDelete
  2. err minyak pun dah kritikal tu bro! ehehe.

    ReplyDelete
  3. bagus, inilah pengalaman yang kita mau, bezanya aku kena kat hospital. tak best langsung, hahaha

    ReplyDelete
  4. @Shima
    bukan ralat, tapi kat area klcc mana ada selipar yang murah murah...

    ReplyDelete
  5. @Humyrah
    MInyak tu cukup serdang-klcc-serdang... memang lepas.. ekekek

    ReplyDelete
  6. @Bento
    tapi ku nyer cemas lebih sikit, pasal kat dalam kl

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks