RSS

New Toy For Kids... Mainan Baru Untuk Anak-Anak...

Mr_Rizal Filed Under: Labels: , , ,


Beberapa lepas, Amir dan Mayya telah mendapat hadiah seorang satu toy. Memandangkan ku tidak terlibat langsung dalam keseluruhan process dari pergi ke toys 'r us hingga ke process memilih dan pulang semula kerumah [kerja laa masa Raya Kurban lepas], ku dapat nak menceritakan lebih lanjut tentang ini...

cukup sekadar nak show off pada pembaca pembaca sekalian yea...!! ekekek!!

Why Thomas and Friends..??

"Thomas and Friends is a British children's television series, first broadcast on the ITV network in September 1984. Until Season 7, which premiered in 2003, it was named Thomas the Tank Engine and Friends. This series was shot on 35mm film. The first series was filmed in Battersea, London and thereafter at Shepperton Studios.

It is based on The Railway Series of books by the Reverend W. V. Awdry. These books deal with the adventures of a group of anthropomorphised trains and road vehicles who live on the fictional Island of Sodor. The books were based on stories Awdry told to entertain his son Christopher during his recovery from measles. Many of the stories are based on events from Awdry's personal experience."
Source



Thomas and Friends adalah rancangan TV terbaru yang telah ter'discovered by Amir'... Dari pada mula, Shima hanya mengajar cara mengoperasi laptop hingga dia sekarang sudah tahun 'handling' sendiri tanpa perlu ditunjuk ajar lagi...!!

Dari Upin dan Ipin, Sesame Street, Barney and Friends hingga lah ke laman YouTube, Semua dia dah tau nak buka... Kami pun menggalakkan dia untuk berinteraksi dengan games yang ada kat dalam site seperti diatas [kecuali Youtube] bertujuan mengajar dan mengembangkan fikiran dia dari sudut, Mengenal huruf dan number, bermelodi dan decision making...



Berbalik kepada toy tadi, seperti yang dimaklumkan shima, toy tu dihadiahkan oleh Nasiah sempena sambutan hari lahir Amir yang ke-3 [rujuk post sebelum ni...] terima kasih...!! Dan kerana toy baru ni, Amir tinggalkan semua, makan, minum, mandi, laptop, PSP serta ikut ku keluar pergi kedai kerana terlalu asyik dengan Thomas and Friends nya... Rasa kalau boleh bawa track tu naik katil, dah lama dia tidur ngan benda tu... ekekek!!



Mayya pun kelihatan gembira dengan toy barunya, bouncing... bouncing... walau dia baru je pandai memusing badan dan mengensot badan untuk bergerak... [tak ingat lak umurnya berapa...] tapi sangat comel bila dia berada dalam bouncer tu takkala dia mem'bouncing'kan diri... kelakar tgk kaki dia seperti membuat 'Star Jump'...!!
1, 2, 3... lompattt... dan seraya Mayya membuat lompatan selepas mendengar kiraan yang dibuat Tok Ma nya...!! 1, 2, 3... lompattt... dan Mayya melompat dan ketawa memperlihatkan yang dia sungguh gembira...
Read more!

edit post

Planetarium Negara

Mr_Rizal Filed Under: Labels: , , , , ,
Seperti biasa, bila tiba giliran ku cuti weekend [weekend adalah hari berjalan jalan dan berbelanja sewenang wenangnya], pasti ada je planning yang dia nak buat dan kali ni plan kami adalah "Planetarium Negara"...



Corresponding to country's endeavors of sending its first astronaut into the space, the Planetarium Negara plays a significant role of promoting space science to the public at large. This striking blue-domed structure offers electrifying exhibitions on astronomy. The planetarium's structure is a rare combination of Islamic architecture and astronomy, which actually makes it appear like a mosque though with revolutionary looks.
The Link

"Woo...apa yang kita nak tengok kat sana" dalam hati berbisik... tapi hujah sokongan dimana hendak memberi education kepada Amir membuatkan ku pula berkobar-kobar untuk kesana... ok!! normal aaa kalau masuk kena bayar tiket, itupun kami tak beli tiket untuk show 3D 45min sebab takut Amir tak boleh nak duduk dia jadi kami hanya beli tiket untuk pameran sahaja..!!



"this is it??" itu perkataan yang dapat ku dengar dari seorang pengunjung bila mendapati bilik pameran angkasa disana tidak seperti yang diharapkan.. seperti ku juga, high expectation dengan harapan berbaloi untuk ku bawa anakku bersiar disana meleset... tiada apa sangat pun hanya informasi dan model model baju dan kapal angkasa yang terpamer disana... tiada bahan bahan yang lebih interaktif disediakan... Model alam semester, planet, kedudukan planet pun ku tak nampak... banyaknya image dan penerangan yang ku pasti tak ramai yang minat untuk membacanya... Ramai pengunjung lebih cenderung untuk melihat dari membaca... Almaklum, kalau setakat datang nak membaca, encyclopedia kat rumah pun ku dah ada...

"Mungkin mereka dah banyak pindahkan bahan ke pusat science kut..." kata wife ku untuk menyedapkan hati. Nasiblah ok juga takkala naik ke balai cerap [tapi lebih tepat balai meneropong...] tinggi juga aaa menara tu dan terubat juga aa sedikit kehampaan tadi bila mana ku berjaya meneropong kearah kolam mandi Hilton Hotel dan captured pemakai pemakai two piece dimana salah seorangnya memakai warna biru naik dari kolam... lalala... [diorang tau ni sure tutup balai tu, tak pun cabut teropong yang menghala kearah KL Sentral] dan kami hanya berada disana kurang 1 jam tidak campur masa berjalan menaiki dan menuruni tangga dari parking ke kauter tiket.



Semasa jalan balik, masih teriyang-iyang lagi keluhan seorang pengunjung kepada girlfriendnya... "i'm disappointed with this... it's supposed to be National Planetarium... but..." [dia berhenti cakap bila perasan ku sedang perhatikan dia dan seraya itu, dia mengangkat kedua bahunya tanda kecewa]
Read more!

edit post

Esoknya pula, birthday Amir laaa...

Mr_Rizal Filed Under: Labels: ,


12 November setiap tahun pasti kami tak lupa untuk menempah kek bagi menyambut ulang tahun kelahiran Amir... tahun ni Amir sudah berusia 3 tahun. Pelbagai perkembangan yang dapat dilihat sejak tarikh hari pertama kelahiran dia... Benarlah kata pakcik Shima, "Melihat perkembangan anak depan mata adalah lebih menyeronokkan dari kita tau tau anak tu dah besar..." [oouupp!! kesian israr... lalala...!!]

Kek kami tempah lebih seminggu sebelum 11 haribulan walaupun ianya secara rasmi dipotong pada 14 haribulan... almaklum, atas fakto kerja yang tak menentu schedule... Acara disempurnakan di rumah Nasiah di Putrajaya...!! acara juga terpaksa ditangguhkan selama sejam kerana Amir sudah tertidur masa on the way ke venue dan dia bangun pun selepas Sumayya menepuk nepuk muka dan menjerit jerit sebelah telinga...





Oleh kerana faktor gawat, tahun ni hadiah birthday terpaksa ditangguh, lagipun hadiah tahun lepas masih boleh digunakan... - pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh kopi ginseng cap ibu jari...[Kepada uncle dan untie yang berada dia oversea, jangan lupa belikan sesuatu bila balik Malaysia nanti... post pun okay... lagi cepat...!! lalala...]

Sekarang Amir dah pandai mengira
wan, tu, tree, ooo, aaii, lik, even, ekk, nai, ten...

A, B, C pun boleh tapi kerana terlalu banyak [26 character...] dia perlukan bantuan untuk menghabiskan sehingga ke Z...

Laptop pun dia dah pandai guna, stakat site Barney, Sesame Street mau pun Youtube, selamba je dia buka... Site tersebut kecuali Youtube mengandungi bahan pelajaran yang dapat mengembangkan pemikiran kanak kanak... dan Amir dah boleh buat sendiri aktiviti yang ada dalam site Barney atau Sesame Street tu...

Dan juga boleh mengikut nyanyian Barney...
a la yu, yu wa wee... dan seterusnya yang ku tak dapat nak translate dalam bentuk penulisan...!!



Kerana itu jugalah, kek tahun ini, kami tempat dengan image Barney sebagai hiasan toppingnya...
Read more!

edit post

11 Nov Ibu berangkat ke Tanah Suci...

Mr_Rizal Filed Under: Labels: , , , , , , , ,
Ku ada sedikit sibuk dalam beberapa minggu ini hingga tiada mood nak menaip atau mencari bahan bahan yang baru untuk diblogkan...

Untuk sekadar upload, ku sediakan image dibawah untuk tatapan pembaca...

The Hajj is a pilgrimage to Mecca. It is currently the largest annual pilgrimage in the world,[1] and is the fifth pillar of Islam, a moral obligation that must be carried out at least once in their lifetime by every able-bodied Muslim who can afford to do so. The Hajj is a demonstration of the solidarity of the Muslim people, and their submission to Allah (God).[2] The pilgrimage occurs from the 7th to 13th day of Dhu al-Hijjah, the 12th month of the Islamic calendar. Because the Islamic calendar is a lunar calendar, eleven days shorter than the Gregorian calendar used in the Western world, the Gregorian date of the Hajj changes from year to year. In 2007, the Hajj was from December 17–21; in 2008 from December 6–10, and in 2009 will be November 25–29. Ihram is the name given to the special state in which Muslims live whilst on the pilgrimage.

source: Here

Pada tanggal 11 Nov 2009, ibu ku selamat berangkat ke tanah suci Makkah untuk menunaikan rukun islam kelima... Alhamdulillah, dengan rahmat dan bantuan dari Allah, segalanya berjalan lancar... sebelum hari berangkat kami ada membuat sedikit kenduri doa selamat. terima kasih kepada yang hadir [panggil jiran dekat dekat jee... yang tak terpanggil tu, harap maaf...]





Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dalam memberikan nasihat, pengalaman dan apa jua bentuk bantuan dalam kelancaran dari mula berita dari tabung haji sampai hinggalah hari ibu ku berangkat dari Wisma Tabung Haji di Kelana Jaya...!!



Semoga ibu ku mendapat haji yang "mabrur"


Read more!

edit post

Belanjawan: Diumumkan Jumaat Lepas

Mr_Rizal Filed Under: Labels: ,
Apa yang ku banyak baca dalam website, ramai kakitangan yang merungut tentang bonus. Mereka minta agar pihak kerajaan memberikan menaikkan elaun dan berikan bonus kepada mereka dengan alasan kos sara hidup...!! Hairan, orang lain yang bekerja di sektor swasta yang punya pendapat lebih kecil dari mereka pun tidak ramai merungut bahkan mereka bersyukur atas apa yang mereka miliki dan mereka sentiasa bekerja keras memperbaiki hidup. Dan yang penting, renung renungkan tentang apakah sumbangan kita sebelum kita meminta minta...!!

Ku ni 4 tahun, tak dapat bonus, gaji pun lebih kalau compare, penolong pegawai dalam penjawat awal lagi tinggi dari gaji ku, tapi dengan perancangan perbelanjaan yang teratur, segala masalah berkenaan kewangan pasti dapat diatasi. ku yakin, masalah kebanyakan penjawat awam yang meminta minta ini adalah kerana mereka tidak punya perancangan kewangan dan baik dan sistematik.

Apa yang perlu juga dilihat adalah pengawalan harga barangan yang consistent. Pada masa harga minyak naik mendadak dulu, semua harga barangan turut naik secara mendadak, sehingga kuih besar ibu jari pun dijual dengan harga RM0.50 sebiji di Pasar Ramadhan Putrajaya... Dan harga barang ini tidak pernah turun walaupun harga minyak sudah turun ke paras minimum RM1.80 seliter.

Semestinya, ramai orang ramailah komplainnya, tetapi itu semua normal... setiap kali belanjawan pasti ada yang berpuas hari dan ada yang tidak... dan pada pertama kali ku baca article belanjawan ni di surat kabar, terus terlintas dalam fikiran,

"Loh!! Sekeping kad plastic pun nak dicukaikan...!!??" Read more!

edit post

Harga Sebuah Laptop Berharga RM42K??

Mr_Rizal Filed Under: Labels: , , , ,
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Laporan Ketua Audit Negara masih lagi mengesan tindakan pembekalan alatan kepada badan berkanun Persekutuan pada harga 'tidak masuk akal' bagi tahun 2008. Antaranya, laporan itu mengesan pembekalan dua unit komputer riba yang harga pasaran hanya RM9,000 tetapi dibeli pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk kegunaan makmal di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau, Pulau Pinang pada harga RM84,640.

Kolej itu juga dibekalkan sebanyak 15 unit pencetak laser jenama Hewlet Packard P3005X pada harga RM7,722 seunit berbanding harga pasaran RM5,000 seunit. "Jumlah yang dibayar oleh Mara adalah RM40,830 lebih tinggi daripada harga pasaran," menurut laporan itu.

sumber: hentam arkib: 20/10/2009 sini

Adoi haaii... apa sudah jadi!! berita terbaru yang mengejutkan selepas kejadian pembelian screw drive yang dulunya pernah menggemparkan kita. Tapi jumlah kali ini lebih tidak masuk akal...

Mampukah sebuah laptop boleh mencecah harga hingga RM42k sebuah... dan lebih membuatkan ku tak puas hati bila harga sebiji laptop tu berharga lebih dari kereta milikku sekarang...!! kereta ku pun harga baru RM39k...

Ku sangat hairan, bagaimana perkara ini boleh berlaku...!!?? Apa yang telah personel procument yang kendalikan transaksi ni lakukan...?? Corruption...?? Fraud...?? Apakah specifikasi yang ada dalam laptop tu sehingga harganya mencecah RM42k sebuah...??

Rakan rakan ku mentafsirkan, pasti personel yang terlibat telah merancang dengan pembekal berkenaan harga ini dan selepas pembekal menerima wang, dan wang keuntungan itu dibahagikan antara mereka. Ada juga yang mentafsir, pasti pembekal yang terlibat adalah dari kalangan saudara personel tersebut dan sebab itu negotiation mudah dilakukan...!!

Dan kemudian, adakah pihak kewangan yang mengeluarkan pembayaran tidak ambil tahu langsung tentang perkara ini...?? tidakkan mereka punya "sense of common" setelah melihat pembayaran 2 unit laptop ini mencecah hampir RM42k sebuah... Ku masih tak boleh terima tentang ini...!! atau mereka juga menerima sedikit habuan kerana membantu... mungkin ya mungkin tidak...

Dimana integriti yang selalu dilaungkan oleh penjawat awam atau hanya Pak Lah sahaja yang sibuk mengangkat perkara ini sedangkan penjawat awam yang lain tidak mengambil peduli... Maaf, mungkin bahasa ini kasar tetapi bila perkara begini selalu berlaku, rakyat akan memandang ini sebagai perkara yang besar...!! kenapa?? perbelanjaan kerajaan adalah dari wang rakyat. jadi sudah pasti rakyat mahukan ianya digunakan dengan lebih baik dari ia dibazirkan tak tentu hala...

Kredibiliti pihak pentadbiran diukur dari kredibiliti orang orang yang mentadbir. janganlah Kerana nila setitik, rosak susu sebelangan [macam En. Karam Singh Walia pula dah...!!] Mereka perlu berubah...!! Jangan rasa terlalu selesa kerana akibatnya nanti mereka yang rasa... Ku sangat "eager" untuk mengetahui, apakah kenyataan yang pihak MARA akan berikan terhadap isu ini... Adakah kenyataan mereka boleh diterima akal dan dilaporkan di media massa atau campur tangan pihak tertentu yang sudah pastinya isu ini akan lenyap begitu sahaja...!! Tungguu...

Dan ini satu lagi hal yang tak boleh diterima akal... Minyak petrol RM300 seliter!. Bacalah, ku tak larat nak komen lagi... persoalannya, bagaimana penjawat awam boleh membuat tuntutan elaun minyak antara RM100 hingga RM300 seliter...!!

Ku hairan orang kita sekarang... Makanan dicampur babi, haram, wang haram tepi, halal...!! aduss... [adakah ku akan disiasat dengan kenyataan ku ini... ku takut takut berani je nak publish benda ni... Tapi sebagai pengundi, ku perlu bersuara...]

Oh yea.. satu lagi... korang dah start bayar ke loan PTPTN, kalau tak bayar, kena blacklist, interest bertambah dan tak boleh keluar dari Malaysia...!!
Read more!

edit post

16 Septermber Cuti Umum

Mr_Rizal Filed Under: Labels: , , , ,
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Source: 16 Sept. Hari Malaysia cuti umum [utusan]

Other Source: Cuti 16 Sept Sempena Hari Malaysia Disambut Baik [bernama]

Satu lagi cuti umum diishtiharkan kerajaan, 16 september sempena memperingati sejarah penubuhan Malaysia pada tanggal 16 September 1963 yang menggabungkan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Mengikut sejarah, penubuhan persekutuan Malaysian mendapat bantahan Filipina dan bangkangan hebat dari Indonesia. Konfrontasi ini mencetuskan slogan "Ganyang Malaysia" yang kita sedia maklum masih diguna pakai hingga hari ini... Ok, Selebihnya, korang cari sendiri, ku pun bukan pandai sangat sejarah ni, SPM pun sejarah tak masuk sijil jadi tak perlu laa ku nak cerita panjang-panjang...

Tapi apa yang best untuk diceritakan adalah tentang cuti... cuti umum, setelah dicampur tolak, cuti umum untuk tahun hadapan, 2010 seluruh Malaysia adalah sebanyak 18 hari termasuk cuti 16 September yang baru diumum. Berikut adalah senarai cuti yang terlibat:

Jan 10 Tahun Baru
Jan 30 Thaipusam
Feb 14 Tahun Baru Cina [hari 1]
Feb 15 Tahun Baru Cina [hari 2]
Feb 26 Maulidur Rasul
May 01 Hari Pekerja
May 28 Hari Wesak
Jun 05 Hari Keputeraan Agong
Aug 27 Nuzul Al-Quran
Aug 31 Hari Kebangsaan
Sep 10 Hari Raya Puasa [hari 1]
Sep 11 Hari Raya Puasa [hari 2]
Sep 16 Hari Malaysia [baru masuk list]
Nov 05 Hari Deepavali
Nov 17 Hari Raya Qurban [hari 1]
Nov 18 Hari Raya Qurban [hari 2]
Dec 07 Awal Muharam (Maal Hijrah)
Dec 11 Hari Keputeraan Sultan Selangor [merujuk pada ku yang bekerja diselangor]
Dec 25 Hari krismas

Ahha... semakin banyak la PH [public holiday] list dalam kalenda jadual kerja ku nanti, dan semakin pening laaa CEO syarikat nak bayar gaji kami... ekekeke

Jadi, anda boleh aaa ambil list diatas sebagai rujukan mana tau nak plan bercuti atau apa apa aktiviti, almaklum, tahun 2009 sudah hanpir di penghujung...

Ya saru lagi, masih ingatkah lagi anda pada AZAM yang telah dilafazkan pada awal tahun lalu...?? adakah ianya sudah terlaksana atau hampir terlaksana atau tak nampak langsung ianya akan terlaksana... huhu...

Terima kasih kerana anda sudi membaca...
Read more!

edit post

Tamat Latihan

Mr_Rizal Filed Under: Labels: , , , ,


Malam kelmarin, kami mengadakan majlis makan makan dikedai sempena meraikan tamatnya latihan asas polis bantuan beberapa hari lepas. Latihan yang telah dilalui selama 6 bulan membabitkan 3 fasa iaitu
- Di Pulapol
- Pusat Latihan Malaysia Airport di Penang
- On-Job Training Di Airport Sepang [adik ku di LCCT masa latihan tu]

Hari ini, 15 October 2009, dia akan melapor diri dan seterusnya akan terus bertugas di Kuala Lumpur International Airport [KLIA]


Image ini diambil sehari sebelum hari raya... Adikku tak dapat beraya tahun ni sebab kena bertugas...

Ku rasa cukup gembira dengan pencapaian adik ku ni, mungkin naluri seorang abang tapi walaupun dia tidak punya rekod pencapaian akademi yang baik, masih mampu membuatkan ibu dan bapa merasa bangga dan senang hati. Bukan sahaja dia akan menjawat antara jawatan yang penting dalam negara [Mengawal keselamatan negara di sempadan antarabangsa... airport oleh consider sempadan antarabangsa yeaaa...] tapi dia telah menjadi pelatih terbaik kategori Kawad Terbaik dari keseluruhan 194 pelatih. Wow... memang hebat. Tak sesia masa sekolah masuk Kadet dan pengalaman masa PLKN pertama siri kedua dulu, dia sebagai ketua pelatun dan menolak untuk jadi ketua kepada semua ketua platun [ketua kem]...









Anda juga boleh baca laporan ringkas di akhbar Berita Hari, 13 Oktober 2009, bahagian Sentral muka 6. Malangnya, laporan tu tidak keluar dalam versi Internet.

Atau pergi ke website Malaysia Airports Holding Berhad [MAHB]

Untuk itu, harapan kami, hanya satu... Kerja dengan Ikhlas dan jaga etika kerja sebagai polis.

Syabas...
Read more!

edit post