Pages

Thursday, May 29

20k sebulan tapi dengan usaha...

Mesti terbayang bayang dalam fikiran bila baca tajuk kat atas tu. Dengan 20k sebulan, apa yang kita dapat peroleh dan belanjakan...!! Semestinya kalau semakin banyak pendapatan yang kita dapat, makin banyak belanja yang kita keluarkan... Memang tu lumrah dan termasuk aaa ku sendiri... Macamana orang orang dalam suratkabar yang bercerita tentang kejayaan diorang, tentang susah payah yang diorang hadapi sebelum berjaya. Tak kira aaa dalam bidang apa pun, docter ke [kena ada lesen aaa nak buka klinik], buka kedai dan sebagainya.

Syabas pada seorang kawan ku yang dulu kami sama sama struggle memikirkan bagaimana kami nak sekurang kurangnya memperoleh pendapatan yang setanding dengan orang orang yang dalam suratkabar tu... Dan selepas hampir satu setengah tahun [dalam perkiraan ku aaa...] dia sekarang dah menjadi seorang jutawan baru Malaysia dengan menceburi arena unit trust. Dia ada ajak ku ngan beberapa lagi kawan tapi terus terang ku tak boleh nak jadi dia dan buat macam apa yang dia buat [ngeri gak bila dengar apa yang dia ceritakan...]

Jadi disini ku nak berkongsi dengan korang yang selalu berkunjung kesini atau yang masuk sini dan terbaca. Ku baru join satu business MLM yang pada ku sangat sesuai dengan situasi kesibukan bekerja seharian disamping tidak memerlukan ku struggle tenaga dan wang ringgit dan juga melakukan proses jual beli product.

Ku tertarik kerana dua perkara... System bonus yang diberi dan juga cara kerja yang perlu ku buat. Maaf aa kalau ia kedengaran sedikit advertisment tapi ia adalah proses yang memang sepatutnya berlaku yang perlu ku buat. Ramai orang yang skeptikal atau alergi bila baca, lihat dan dengar sebutan MLM. Mungkin mereka ada history disebalik perkataan tu. Bagi ku, lebih baik kita ada perasaan atau sifat ingin tahu tentang perkara tu sebab tak rugi pun kalau kita tahu... Macam ku juga, dulu memang ada gak alergi bila orang sebut sebut perkataan MLM tapi bila ku diberi info yang penuh tentang sistem dan perjalanan MLM yang ku join ni, ku fikir, "Why not I have a try"!! Sekurang kurangnya ku tak bergerak dengan kawan kawan yang mempunyai misi yang sama...

Ramai yang mengadu letih bekerja tapi tetap camtu gak... bak kata Meet Uncle Hussain, "lalalala... Kerja bagai nak gila... Tak juga kaya...". Kalau korang ada keinginan untuk berubah dan generate pendapatan sampingan atau ingin melakukan kerja sendiri dari rumah, hanya 3 step yang perlu dilalui dalam process MLM yang ku join ni!!

1. Join - Dah pasti kena register dengan fees mengikut package
2. Introduce - Memperkenalkan system ni kepada kawan kawan dan network yang ada
3. Enjoy - Bonus yang diperolehi dari hasil kerja (5 jenis bonus)

Dan selebihnya tawakkal, insyaAllah dengan usaha pasti korang akan mencapai satu tahap dimana orang sebut Financial Nirvana.

Ku masih baru dan banyak lagi yang perlu dilakukan [slow and steady] dan insyaAllah, kalau ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi nyatakan dalam comment atau emailkan nama, nombor phone dan lokasi ke sirdunk@gmail.com. Ku akan segera hubungi untuk appointment. [Jangan letak no phone korang kat sini kalau tak mau dapat spam phone+sms!!]

Tak rugi ku nyatakan disini untuk korang tahu apa itu MLM yang ku sedang lakukan dan apa yang ku akan lakukan adalah membantu memberikan jalan dan peluang dan selebihnya adalah atas korang sendiri... Tiada paksaan!!

Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini...
Rizal

Read More! and Comments

Tuesday, May 27

Melaka Trip...!! - Cont.

Yang ni takde apa pun... cuma beberapa lagi image yang ku rasa macam nak publish... tengok je aaa...

Ku kat bilik hotel


Depan Jam Bangunan Merah


Tak tau nama bangunan ni...


Ku suka gambar ni...


Eerrkk...!! :-*


Kalau ku guna camera mahal mesti excellent gambar ni...

Read More! and Comments

Monday, May 26

Melaka Trip...!!



Seperti yang telah tertulis pada post yang lepas, ku ada bgtau ku pergi ada trip ke Melaka sabtu ahad ni...!! nak kata excited tu tak la tapi teruja je sikit... hanya sorang je adikku yang tak dapat join sebab dia tak dapat ambil cuti dan yang lain semua pergi termasuk ku yang terpaksa ambil cuti satu hari untuk join trip ni...!!

Geli sebab bulu Ducky beli masa berenti kat Hentian Air Keroh...


Memandangkan takde orang yang call atau sms untuk pesan apa apa kat sana, maka ku pun tak berapa nak berjalan sangat... al maklum, tempat kami menginap tu jauh sikit dari bandar, dalam 10 min juga aaa naik kereta kalau nak dibandingkan berpuluh peluh kalau jalan kaki...!!

Selepas penat duduk dalam kereta... Masa untuk minum dulu...!!


Tempat penginapan tu pun ok, hotel ala ala apartment. Kira kemudahan macam rumah aaa... 2 bilik tidur ruang tamu dapur dengan kemudahan basic hotel...!! Cuma barang masak je takde walau ada dapur elektrik..!! Yang tak bestnya lak, malam jam 3 pagi, tidurku terganggu dengan ngauman motor rempit... kalau yang jenis 4 lejang tu boleh tahan lagi, tapi tak leh tahan bila yang 2 lejang pun ada... adoii..!! nasib 30 min pastu otek ada masuk campur...

Ku jalan pun tak jauh, malam sampai tu, p cari makan kat Bandar Hilir sambil berkunjung ke Menara Taming Sari... Gempak gak menara tu macam Merry-go-round tapi pusing horizontal!! korang kena tengok baru tau... Siang esok lak p Bandar Hilir lagi, jalan kat Kota Portugis, Bangunan Merah, Pergi Jongkers Mall tapi tak beli apa pun...!!

Masa keluar malam cari makanan


Singgah tgk Menara Taming Sari


Amir ngan tok... tapi masih tak lepas tgk Menara pusing


Pagi masa kat swimming pool hotel


Ku bagi Amir rasa camne naik beca, suka lak dia sebab tak pernah naik... ku pun ikutkan tak pernah naik walau harga macam tak berpatutan dengan distance yang kami dibawa tapi sekurang kurang kalau orang tanya, ku pernah aa... ekekek!! sempat gak aa masuk Dataran Pahlawan... Ikut kata pakcik kayuh beca, "tu bangunan tapi kedai semua jual barang mahal"... tapi bila ku masuk, takde mahalnya sebab semua kedai yang ada kat salam tu, Mid Valley dah ada...!! cuma harga je aa tak berapa tau... tapi ku terkejut bila tgk harga susu bayi yang biasa ku beli kat sini dalam RM19 kat K4 sana jual harga RM23 dan yang harga RM33 kat sini K4 sana jual RM37-38... boleh tahan gak bezanya tu...

Kalau tak tau tempat ni tak tau aaa...


Abang beca pun masuk gak...


Masa kat Dataran Pahlawan... Jumpa pahlawan Teletubbies


Ku gerak balik kL petang tu juga dalam jam 530pm dan kami hanya sampai ke tol Air Keroh 45min kemudian... Hangin tul traffic light kat Melaka ni, semuanya lama tul... hijau 40min merah dekat 120 min... Alhamdulillah, tak sesak sangat jalan sebab kami sampai Serdang dalam area jam 830pm dan skang ni tak tdur lagi sebab kena kerja malam... huhu!! ikutkan family ku ada lagi kat Melaka, tapi sebab harini ahad dan ku kena kerja malam, kami kena balik dulu aaa... huhu...!!

Tidur lagi sebelum gerak balik kL


Lain kali ku kena pergi jalan jalan lagi macam ni... dan kena cuti lama sikit, wife ku pun tak leh cuti, esok pagi dia kerja... project portal dia tu tak settle lagi...!!

Read More! and Comments

Friday, May 23

Tiada Tajuk Yang Sesuai...

Harini ku cuti... Cuti sebab schedule cuti... Biasanya cuti cuti weekdays ni memang sengal tahap dewa. nak buat apa kat rumah sorang sorang... dulu ya aaa... rajin layan game tapi skang pc pun dah outdated, nak beli game baru pun tak semangat... nak tgk tv, semua tivi siarkan rancangan nyanyi nyanyi... tivi sana nyanyi, tivi sini nyanyi... kalau best nak gak ku layan... tapi ni kebanyakan nyanyi nak raih popular jee...

Tapi ada 1 yang ku rasa best bila tgk... rancangan tu nyanyi gak tapi yang terlibat band... "rentak juara..."!! dulu dirang punya contestant band band yang dah establish tapi ku meluat nak tgk sebab pengacara dia... tapi skang, diorang open untuk band band yang amatur masuk bertanding... kenapa ku kata lain dari rancangan lain, setiap band kena bawa 1 lagu cover, 1 lagu sendiri!! Fuh, macam macam genre timbul dan yang masuk tu dari umur bapak bapak sampai ke budak budak sekolah... Kira macam battle of The Band aaa... Eerrkk..!! ku pun skang layan application Battle of The Band dalam Facebook... hehehe!! jom aa battle...!!

Bila tgkkan sekarang, banyak dah aktiviti yang dianjurkan kecik kecik untk menaikkan lagi kemeriahan zaman Band dulu dulu... Gig gig kecik jangan kata aaa... tiap tiap tahun ROTTW Soundstage memperkenalkan banyak band baru [tapi tak banyak yang masuk radio lagi] dan yang terbaru usah Xfresh fm buat x-gig dan offer band amatur untuk audition jadi opening exteblish band... Fuhh!! siapa taknak jadi opening pop shuvit... mau silap haribulan, yang berjaya tu diorang bawa tour satu japan... best giloo..!!

Ku susah sikit aa sebab pegang gitar pun dah kurang... sebab tahap sibuk kerja yang melampau... Jamm pun dah lama tak p...!! cuma banyak layan cd je... Skang ku banyak layan lagu lagu Pink Floyd... Lagu diorang boleh membuatkan ku khayal dikala driving.. ku pun tak tau kenapa...!! siot..!! Kalau korang boleh dengar lagu lagu kumpulan Wings masa zaman zaman belenggu irama sampai Teori Domino, confirm korang boleh dengan lagu lagu Pink Floyd ni... sebab ku rasa Wings ni masa tu mungkin influence diorang kuat kat Pink Floyd... Lagi satu... Ku sekarang banyak layan lagu "Andai ku Tahu" dari band ungu...!! Lagu ketuhanan versi rock..!!

Ohh!! esok sabtu 24... Ku dan sekeluarga akan bercuti ke Melaka... Sebagai penonton setia... ku tak tau aa samada bapa ku akan join sekali atau tak... Bayangkan, selepas 10 minggu tonton tanpa terlepas 1 episode pun, alih alih Final tak tengok, dia macam berat hati je nak join kami ke Melaka kali ni... Huhu...!!



p/s: Kalau sesiapa ada nak pesan Kereta Lembu, beca atau belacan dan cencalok... diharap bayar dulu yea... pesan air lior tidak diterima melainkan dengan alasan yng kukoh...!!



Read More! and Comments

Amir... Update!!

Pejam celik pejam celik, rupanya Amir dah nak masuk 1 tahun 7 bulan... Dah banyak perubahan dan perkara yang dia belajar... dah pandai angkat kerusi sendiri untuk panjat meja, dah pandai pegang botol susu sendiri, dah pandai pegang biskut makan sendiri dan macam macam... Cuma sekarang ku tak sabar tunggu dia boleh bercakap... bukan apa kalau boleh bercakap senang dia nak minta apa dan ku faham..!! lapar ke, nak air ke, nak mainan ke... Eerrkk..!!


Happy Family...


Macam Kat genting tapi sebenarnya kat The Mines jee...


Masa berkunjung ke rumah Zakri melawat Ilhan


Acara memperaga tuala keluaran terbaru


Sesi Makan makan di kedai




Ni masa ku bawa kat Alice Wonderland




Ikut Ibu pergi ofis hari minggu


Bergaya dengan chopper pinjam


Lepas accident jatuh chopper pinjam

Read More! and Comments

Friday, May 2

Wedding Announcement!!

This was posted by Romie:

Nama bakal mempelai: Aznisyam & Syafinez Hanoum
Venue: DEWAN IDEAL PUSAT PENDIDIKAN LUAR, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), 43400 Serdang Selangor
Date: Sabtu - 24 May 2008 - 18 Jamadilawal 1429H
Aturcara Majlis Kahwin: 12.00 p.m to 4.00 p.m
Aturcara Pre-Gatherin: Korang dtg awal la sket... (siapa yg sempat)

Shit!! It was 1.5km from my home but i may not be there at that time. Going to Melaka as planned for Jalan Jalan Makan Angin...

Sorry Sham "May force be with you..."

Eerrkk...!! :-*

Read More! and Comments

Thursday, May 1

Legacy has born....



Would like to share the happiness of Ahmad Zakri who his wife, Hazel has given birth yesterday, April 30 2008.

As per SMS;

"My wife has given birth to a healthy baby boy weighing 2.83kg at around 3pm just now. Alhamdulillah. It was thru caesarean delivery due to a minor pre-delivery complication. Nevertheless, both mother n baby r fine. Feel free to visit us after lunch tomorrow @ room 359 in new wing SJMC..."

Ahmad Apip or Ahmad Arip... Which one your preferred!!??

Read More! and Comments