Pages

Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Friday, October 8

Jika Ku Yang Nak Kawin Pasti Ku Takkan Pilih Tarikh Keramat 10 October 2010

Sepuluh hari bulan sepuluh tahun dua ribu sepuluh tinggal beberapa hari lagi, dan kenapa jika ku kahwin, tak mau pilih tarikh tersebut, kerana ianya demi untuk mengelakkan dari perpecahan attendees atau clash dengan deretan kenduri kahwin yang ku yakini akan terlalu ramai pasangan yang memilih tarikh tersebut sebagai tarikh istimewa, tarikh senang nak ingat dan macam-macam lagi gelaran yang kita boleh dengar.

Ikut perkiraan, ku dan Shima sudah menerima 4 undangan bagi tarikh tersebut [10/10/10] yang bertempat seperti dibawah...

- Kepong
- Kuala Kangsar
- Kuantan
- Rawang
[alphabetical order]

Pastinya, kami kena pilih satu sahaja..!! haiizz...

Tarikh-tarikh kenduri lain dalam list;
October 16 - Dewan Bahasa Dan Pustaka
October 31 -

//Kepada bakal pengantin sekelian, selamat pengantin baru dan tahniah semoga berkekalan...

Pada October 2 - Presint 8, Putrajaya, kami telah hadir ke perkahwinan seperti yang dibawah..
siapa kenal... angkat kening


semoga berbahagia dan berkekalan

Read More! and Comments

Tuesday, July 13

Setelah Sebulan

Pesta besar sudah habis, masing masing kembali kepada kehidupan normal dengan ada sesetengah yang kembali ke kehidupan mereka yang membosankan. Mungkin ada yang berkata begitu tetapi ianya tidak sepatutnya menjadi alasan dan rungutan kepada mereka yang merasanya. Ambillah pesanan dari bijak pandai sebagai pedoman, "Jika tiada usaha, tiadalah kejayaannya...". Jadi, sila berusaha.

Bola Sepak Piala Dunia sudah melabuhkan tirai dengan kemenangan Sepanyol dan kejutan kejutan yang sesetengah kita tidak jangkakan. Bukan sahaja keputusan perlawanan sahaja yang punya kejutan, tetapi keputusan ramalan sotong pun ada yang ambil kira sebagai modal pertaruhan. Kita tidak sepatutnya mempercayaai perkara ini memadangkan ia boleh menyebabkan "Syirik"

Syirik yaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ku salin dari sini

Jadi, sila jauhkan diri dari perbuatan perbuatan syirik...



Selama sebulan ini, ramai yang mungkin seperti yang kita baca tentang, "datang lewat ke pejabat", "Cuti sakit yang meningkat" dan sebagainya. Perkara ini tidak berlaku dipejabatku oleh kerana beberapa faktor sebagai contoh "shift flexibility". Jadi, jika mereka merasakan yang meraka tidak mampu bangun awal untuk shift pagi, hanya telephone pejabat dan katakan mahu masuk shift tengahari dan mereka boleh sambung tidur dalam 2 3 jam lagi... wow!! hebatkan...!! tetapi ia hanya layak pada hanya jawatan tertentu sahaja...!!

Selain itu, hampir sebulan ini jugalah, kami tidak bercakap tentang perkara lain selain bola sepak. Dan hampir sebulan juga kami telah sisihkan cerita cerita tentang masalah nasional hingga antarabangsa, dari masalah negara hingga ke kekejaman Israel yang semakin bermaharajalela. Yang, mungkin perbincangan ini akan bermula sedikit demi sedikit selepas bola sepak piala dunia kami lupakan.

Alhamdulillah, majlis perkahwinan adik perempuan ku juga berlangsung meriah, lebih meriah dari yang dijangkakan [ku masih belum memasukkan entry tentang ini lagi]. Seperti kebiasaan, setiap majlis perkahwinan, pasti akan berlaku permasalah luar jangka dan kami berjaya mengatasinya dengan jaya. Terima kasih kepada yang membantu termasuklah kenalan dan paling utama kepada saudara mara. Tahniah kepada adik perempuan ku semoga mereka berkekalan hingga akhir hayat.

Beberapa minggu lagi, Ramadhan bakal tiba, tetapi Iklan jualan murah ramadhan dan hari raya sudah tiba. Mereka memang hebat, pandai memanipulasikan peluang yang ada. Ramai juga yang sedang sibuk mengganti puasa. Bagi yang sudah habis ganti, alhamdulillah, dan yang masih atau belum bermula, tekad dan kuatkan semangat. Memang ku akui, sukar untuk berpuasa diluar bulan puasa. Dan ku, merenung jauh tentang ramadhan ku kali ini...!!

dan ku terus teringat tentang lagu Harapan Ramadhan nyanyian Raihan fet. Man Bai, Rem dan Ajai...

dan ku terus sebak...

Read More! and Comments

Saturday, March 27

Matapelajaran Seks... Wow...!!

Saya sayang awak...!!
Awak segala galanya...!!
Saya tak sanggup kehilangan awak...!!

Pernah korang dengan antara bait perkataan diatas...? mesti, ku sangat yakin, Dalam cerita cerita drama, cerpen mahupun novel banyak terucap atau tertulis akan perkataan diatas. Ini kerana, ayat ayat diatas mampu menjerumuskan seseorang ke arah seksual bagi mereka yang masih cetek tahap pemikiran.

Merujuk pula pada post yang lalu Google cadang bukan bukan, ia berkenaan cadangan carian dari google. Jika dikaitkan tentang tajuk diatas, ia boleh menjadi petunjuk bahawasanya, apakah releven mewujudkan matapelajaran seks disekolah.

Apakah kandungan silibus yang akan diajar kepada pelajar nanti? itulah yang menjadi persoalan bagi ramai orang termasuk ku sendiri. Adakah salah satu pelajaran yang akan diajar adalah, "menguruskan anak luar nikah" bagi mengurangkan gejala pembuangan bayi yang dikatakan menjadi penyebab idea untuk mewujudkan matapelajaran seks disekolah.

Adakah mereka akan memasukkan pelajaran posisi aksi diranjang? Dan ooh!! pasti tidak cukup untuk seseorang murid itu mempelajari teorinya sahaja, yakin bahawasanya, praktikal akan melengkapkan apa yang telah diajar pada mereka. Korang ingat lagikah bagaimana rasanya belajar mata pelajaran biologi yang memaparkan tentang sistem badan manusia? Pasti anda ingat, sebab ku ingat lagi, ku bukan seorang pelajar kelas sains tapi ponteng kelas perdangang kerana menurut ajakan rakan kelas sains untuk belajar tentang perkara itu. Ku juga merasakan, pengenalan begitu sudah cukup dan selebihnya, terpulang pada penerimaan.

Bukan itu sahaja, bahkan mereka boleh mendapatkan sumber berkenaan kesihatan, penjagaan dan pelbagai lagi. Hanya gunakan google, beribu ribu link [link bahasa melayu apa ek??] ke laman web akan diberikan. Pelajaran sekas bagi ku bukan satu langkah penyelesaian yang patut kita ambil bagi membendung masalah yang kita hadapi sekarang.

Apa yang perlu diberikan kepada pelajar ini adalah
Pendidikan Agama

Tidak kira apa jua agama, seks itu adalah sangat tidak digalakkan sebelum berkahwin dan perkara itu yang perlu ditekankan. Dalam islam, perbuatan seks yang tidak halal adalah diharamkan. Ku tidak arif bagi ajaran agama bukan islam, tetapi, pasti agama mereka juga mempunyai pandangan yang serupa. Penekanan pendidikan agama [pelajaran islam] dan moral [pelajar bukan islam] patut lebih ditekankan berbanding pelajaran seks yang ingin diwujudkan.

Pendidikan dirumah juga adalah sangat penting bagi mewujudkan individu yang terbaik dalam masyarakat. Ibu bapa perlu memikul lebih tanggungjawab dalam perkara ini. Anak perlu dididik oleh ibu bapa berkenaan ilmu aqidah fiqah yang boleh membentuk akhlak seseorang anak sebelum mereka terdedah dengan dunia luar yang sangat luas. Setiap apa yang dilarang dalam islam ada sebabnya, dan perkara ini yang perlu dijelaskan dengan sejelasnya kepada anak.

Masalah remaja yang berlaku sekarang adalah kerana kurangnya didikan dirumah. Jadi, tidak perlu pendidikan seks disekolah sekirannya ibu dan bapa menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik...!!

Anak adalah umpama kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka, jika putih, putih jadinya dan jika hitam, makin menjadi jadilah masalah keruntuhan akhlak remaja...!!

Ku tak pernah mendapat pelajaran seks tapi alhamdulillah, rumahtangga tetap bahagia dan paling hebat, sudah ada anak satu.

Jadi, fikir fikirkan... dan selamat beramal... [pinjam quote Prof. Azizi Ali]

Read More! and Comments

Tuesday, January 12

Hujung Minggu Yang Panjang


Minggu lepas, hujung minggu, adalah hujung minggu yang sangat sibuk untuk ku bulan ni, bukan apa, hujung minggu ni adalah satu satunya hujung minggu yang ku dapat untuk bulan ni berbanding bulan bulan yang lepas...!! kenapa, sebab ramai staff dah blah, jadi yang tinggal ni laa yang kena sesah...!! kalau ada tempat sapa sapa yang ada vacancy, sila aa beri tau ku sebab ku pun rasa macam nak tukar kerja je skang ni....!!

Kami menuju ke Chocolate Fair yang berlangsung di MidValley sepanjang hujung minggu lepas... Ada yang sempat pergi atau tak? Takpe aa kalau tak sempat pun rasanya tak rugi sangat sebab acara ni rupanya takde aa besar, kebanyakan exhibitor pun banyak pengusaha yang kecil kecil atau pun persatuan persatuan yang buat dan pasarkan hasil coklat secara DIY. Kiranya, acara ini bagus untuk mereka mempromosi product yang mereka ada. Kami hanya berada di dewan pameran tak sampai 30min tapi tetap bawa balik dua, tiga pembelian.



Kereta belakang tu 125k je tu...

Kami juga meluangkan masa ke Taman Desa Rhu, Seremban menghadiri perkahwinan rakan kerja Shima. Tahniah kepada pasangan pengantin, tak ingatlah pula nama pasangan.





Kami sempat gak singgah ke nilai3 semasa dalam perjalanan balik dari kenduri. Itu pun sebab takde orang kat rumah. Maksud ku, mentua dan pakcik makcik ku takde dirumah dan mereka juga keluar menuju ke Nilai3. Pertama kali ku sampai ke sana masa pembukaan Nilai3 tiga bila mana orang yang datang berpusu ramai gila. Dah tak ingat tahun bila masa tu sebelum tiba tiba Nilai1 meletup letup dengan bisnis kainnya. Sekarang Nilai1 dah tak happening, dan rasanya orang pun dah boring...!!

Masa sampai ke Nilai3 tu, memang terkejut aa pasal pesat dan banyak sungguh kedai yang ada [banding masa ku datang dulu] dan kami terus menuju ke satu bahagian komersil yang berbumbung di tengah [tak tau nak explain macamana]... Menarik memang menarik, tak berapa terik bila panas dan tak berapa panas bila hujan cuma bahang udara je aa tak tahan...!!


Tengah-tengah ada arcade


Playground pun ada

Barang dagangan dalam tu sama je, baju, kain, beg, langsir dan barang barang stereotype Nilai3 yang mampu membuatkan ku cepat boring... Boring menunggu sebenarnya...!! Nasib ada arcade dan playground untuk ku melepaskan bosan menunggu process orang orang perempuan memilih barang.


Aksi anak anak bermain

Dirumah, ada 2 perkara utama yang dalam perancangan kami. 1 adalah, process penerimaan hadiah dari cik dan acik yang dibeli dari Japan semasa mereka melawat Aisha holiday lepas. Wow...!! Hebat...!! hadiah yang kami dapat memang hebat... [Nantilah ku story kalau rajin] dan yang ke-2, kami sangat menunggu siaran langsung Juara Lagu ke-24 malam nanti...


Antara barang yang dibawa pulang dari Japan

Wow... Serious, persembahan penyanyi generasi baru yang memang membarukan penampilan AJL. Pentas memang cantik dengan background LED, cantik masa Aizat persembahkan lagu Pergi...!! Tu tak campur gimik Hujan, Bunkface yang mempamerkan expresi remaja, dan kebanyakkan penyanyi lain yang membawa prop dan penari yang ramai yang sebelumnya banyak di'conqure' by Noraniza Idris... Syabas...!! Lagu yang menang, ku tak mo komen sebab ku bukan pandai teknikal musik, main musik pandai tapi teknikal, hancur.

Satu yang ku hampa sikit bila baca kenyataan Tomok tentang alasan TV3 menukarkan giliran akhir dia dengan Faizal Tahir... Alasan Faizal Tahir akan beri impact persembahan ku rasakan alasan nonsense kerana undi adalah muktamat, dan sepatutnya perkara ini tak terjadi. Hasilnya, dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, persembahan Faizal Tahir tak mencapai jangkaan yang di jangkakan... Mungkin sistem bunyi yang tak balance sebab masa Faizal Tahir nyanyi, musik lebih kuat dari suara keluar dari speaker TV...

I Go [Original Version]


Kau Pergi [Juara AJL24]


Tahniah kepada komposer yang menang dan artis yang memberikan persembahan. Esok lusa ku tulis lagi...!!

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau?????

Ambil aa ni, lagu kacip bulan lepas...!! serious, kalau ku tak kerja shift malam, sure ku takkan tahu atau tak terdengar langsung lagu ni...!! Lirik lagu ni lagi kelakar dari lagu lagu grup Senario yang pernah ku dengar dan lepas ku dengar lagu ni, ku lebih appreciate lagu lagu Senario...!!



Read More! and Comments

Tuesday, December 8

Selamat Bersuami Isteri Kepada Azhar - Shita



4 days in Alor Setar attending my brother in law marital ceremony...

The session has running well and both bride are now happily ever after... kahkahakah...!! i use to be a bridesmaid but didn't play the role much...!! I'm more busy on taking photos and video...!!

Read More! and Comments

Monday, July 14

05 - 12 July 2008

Don't have any entry for now... but i will collect all activities and event which involve in past 7-8 days..

05 July - Skali.net dinner (Cost = Free)

Entry Ticket... There's 1 more which need to be return to organizer.




Eerrkk... :-*

This is why our ticket need to be return... MP3 Player...!!


07 July - Futsal (Cost = RM8)
Played with former interns who was previously do their internship semester in our company...!! 4 teams involved which 1 1/2 from our company and 2 1/2 team from them... hehe...!! Confuse..??

10 July - Jusco Member Day (Cost = RM100++)
Fuh!! I wonder... there's a lot Malaysia citizen who skip work for this even... Don't forget, coming 25, Jusco Member Day at Mid Valley... there must be more people will taking leave for it...!!

10 July - Futsal (Cost = RM8)
Played with players who come from friend's company... I played as sparing partner as they were doing their preparation for weekend tournament...!! Unlucky, i was able to make 1 of their player injured and don't know whether he can or cannot player for the tournament...

12 July - Yus Wedding (Cost = Free)
Congratulation to Yusrizal Razak...!! He is the last person in my click to get married... haha!! at last...!!

Some of us...


12 July - Beijing Trip (Cost = RM30++)

Here is where we was roving around the park.... Weather was perfect and it's cool a bit...


On the way out of the park... See the Olimpik mascot at the back of the picture...


Lepas lelah berjalan, kami singgah kat satu kedai makan dan kami order benda benda ni... walaupun sikit, tapi tahap kenyang melampau... harga pun berpatutan...!!

3 layers, bottom layer is potato, middle is bread and cheese on top. It served with a yummie meat curry... memang yummie...!! seriously...!!


Fish Fingers...!!


This basket was more cheaper than sell at McD Malaysian wide...!!


13 July - Friendly 11 Side (Cost = RM12)
Fuh... The most tried activity for whole week... played at standard field and our opponent was majority younger than us...!! My team mostly at 30-an... Ekekeke!! Result was not important as satisfactory was our priority...!!



p/s: Thanks for spending your time here to read the post... I'm off now!!


Read More! and Comments

Friday, May 2

Wedding Announcement!!

This was posted by Romie:

Nama bakal mempelai: Aznisyam & Syafinez Hanoum
Venue: DEWAN IDEAL PUSAT PENDIDIKAN LUAR, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), 43400 Serdang Selangor
Date: Sabtu - 24 May 2008 - 18 Jamadilawal 1429H
Aturcara Majlis Kahwin: 12.00 p.m to 4.00 p.m
Aturcara Pre-Gatherin: Korang dtg awal la sket... (siapa yg sempat)

Shit!! It was 1.5km from my home but i may not be there at that time. Going to Melaka as planned for Jalan Jalan Makan Angin...

Sorry Sham "May force be with you..."

Eerrkk...!! :-*

Read More! and Comments

Thursday, May 1

Legacy has born....



Would like to share the happiness of Ahmad Zakri who his wife, Hazel has given birth yesterday, April 30 2008.

As per SMS;

"My wife has given birth to a healthy baby boy weighing 2.83kg at around 3pm just now. Alhamdulillah. It was thru caesarean delivery due to a minor pre-delivery complication. Nevertheless, both mother n baby r fine. Feel free to visit us after lunch tomorrow @ room 359 in new wing SJMC..."

Ahmad Apip or Ahmad Arip... Which one your preferred!!??

Read More! and Comments

Wednesday, September 12

Ramadhan Al Mubarak...


selamat sudah ku menjalani hari pertama puasa bulan ramadan tahun ni... selamat menyambut ramadan kepada semua kawan kawan yang ku kenali, yang tak kenal pun sama juga aaa... semuga kita mengambil sebanyak mana kesempatan yang ada untuk memanfaatkan kesucian bulan ni...

puasa pertama tahun ni ku hanya p hassan cafe je dengan hazman... tak dapat nak berbuka kat rumah pasal komitmen kerja... pasar ramadhan dapat pergi aaa pasal kat office ni takde makanan, tu pun kat century square nyer pasar ramadan dah tak buka pun.


Post istimewa untuk pembaca semua...

selasa lepas, sehari sebelum puasa, ku ngan shima telah pergi membuangkan masa kami ke jaya jusco mid valley sempena card member day... orangnya yang ampun... ramai!! walaupun kami sampai sana dama jam 10am, kami hanya berjaya mendapatkan parking berdekatan dengan pintu masuk satu jam selepas tu... tu pun selepas 2 kali tertipu dengan orang orang yang turun untuk menyimpan barang dalam kereta dan pastu, naik balik...!! bayangkan betapa hanginnya diri ini bila ikut punya ikut, alih alih mereka lambaikan tangan tanda tak keluar... memang siot tul... tapi takpe aa, berkat kesabaran dapat park kat ngan pintu..!!


Ni masa kereta pada kelajuan yang rendah....

takde apa sangat pun barang yang nak di beli cuma sekadar nak merasai pengalaman melihat barang barang yang less sampai 70% je... murah memang murah, tapi kalau dah memang benda murah tu bukan benda yang dicari... takde aa kami nak beli pun...


yang ni masa kelajuan kereta pada tahap adrenalin tertinggi... [syok abis...]

cuma yang ku cukup puas hati bila dapat belikan barang untuk amir... baju dia dan beberapa benda yang memang ku kepingin nak beli dari dulu...


barang yang paling "cool" yang pernah ku belikan untuk amir...





minggu sebelumnya, sempat aa ku menghadiri kenduri rakan sepermainan ku sejak kecil dulu... azmir bin manaf... dia kahwin buat kat dewan pusat bahasa UPM... tahniah beb... nasib baik faizal ingatkan, kalau tak tak pergi ku kenduri ko tu... ekekekkee



p/s: ok aaaa... banyak lagi page nak kena publish ni.. nanti ada masa ku post lagi... selamat berpuasa dan berbuka serta bertarawikh... jangan lupa baca niat puasa!!


Read More! and Comments

Monday, August 13

August Weekend Lepas

adoi...
hujung minggu ni memang minggu yang memenatkan... walaupun tak banyak sangat kerja yang perlu ku lakukan... tapi kerja yang sudah ku buat tu dah cukup meletihkan... selamat pengantin baru kepada nasiah (sepupu shima) dengan pasangan lelakinya, israr!! kira hujung minggu ni ku tak balik serdang, lepas kerja terus ke shah alam bandar anggerik...

ku tak perlu cerita banyak banyak aaa ek... pasalnya kerja pun banyak ni... jadi korang tengok je aaa gambar yang ku upload untuk tatapan korang semua...


Amir gambar terbaru...


Malam nikah...


Hari Persandingan...



p/s: Kalau korang nak cerita penuh... p tanya pengantin sendiri ekk...




Read More! and Comments

Monday, July 30

Satu Weekend Sebulan



sekali baca tajuk, macam drama melayu ataupun tajuk cerpen dalam surat kabar hari ahad... tapi kalau bebudak p2i baca, mesti diorang tahu mendalam pasal tajuk ku kali ni...


gambar papparazi...

tapi takpe, tinggalkan tajuk tu dibelakang, pasal weekend tu pun dah berlalu semalam... memang dari minggu lepas lagi ku tunggu ketibaan weekend ni... maklum banyak plan yang telah dirancang awal...

sebelum tu, ku nak ambil kesempatan ucapkan happy belated birthday untuk papa ku 27/07 [kerana kesibukan, kami tak dapat nak celebrate p makan-makan..], lob [adik ipar] 28/07 dan coming birthday girl, nasiah 31/07... semoga panjang umur dan hidup bahagia... kat ofis ni pun baru lepas buat monthly party untuk birthday boy and girl... makan bihun goreng dan kuih muih...

hari sabtu lepas ku bawa shima ngan amir p keluar jalan jalan... tapi sebelum tu ku sempat aa habiskan masa 2 jam kat dewan besar upm pusing pusing dan drop resume di expo kerjaya... saja aaa nak cari peluang kerja lain kalau ada rezeki... kalau tempat lain takde lagi aa "Satu Weekend Sebulan" apply dalam hidup ku... tak gitu nora & yan... kami sempat aaa p ioi mall tengahari tu, tujuannya 1... atau dua... nak cari baju untuk ku dan amir untuk di pakai pada kenduri nasian nanti... kalau cari baju je takpe tapi bila sebut tang color, memang kelakar... nampaknya ku terpaksa melaram baju baru warna pink 11/08 ni... huhu!! takde aaa sedih tapi macam kelakar lak... tapi takpe.. dah shima yang belanja... kena ikhlas aaa pemakaiannya...


belakang akuarium di satu sudut kat ioi mall


Masa dia kena "action" bergambar untuk masuk pertandingan j&j baby of the year... kalau ikut gaya memang layak aaa...

semalam kami jalan lagi, p kenduri kawin jiella @ norfazilah bt azar kat dewan masjid kat area taman maluri... dia ni kenalan ku masa amik kursus kat cosmopoint dulu... lepas makan makan kami sempat singgah kat jusco cheras selatan... besar gak building dia tu, dan kalau nak tau, lepas 2 hari jalan baru jumpa baju pink yang sesuai untuk ku dan amir kat sini!! hehehe...


Ni rupa terbaru jiella... tebal gila bedak dia pakai... kenapa pengantin perempuan selalu di bedakkan tebal tebal olih pak andam..??


Ni masa amir buat test drive kereta baru dia... baru keluar dari kedai semalam

dan start harini, kerja dan kerja sampai pening... skang ku dah kena masuk buat section baru... full section pulak tu!! bukan senang, makan 2 3 hari nak siapkan 1 section... tapi biasa kalau dah tak boleh nak siap sangat, ku tinggal je...



p/s: cuma skang ni ku rasa macam terkena cirit birit tahap pertama aaa... maybe lepas makan mee goreng mamak kat anggerik cafe kat jusco tu semalam... aduhh..!!! skang pun ada rasa macam sengal sengal badan sikit...!!


Read More! and Comments

Tuesday, June 19

2 hujung minggu yang memenatkan...

ni kenduri kat sabak bernam... [tu dia.. jauh sungguh... lupa lak tu amik nasi berkat...]


[esoknya pula...] kat banting... sempat lagi balik p borong kerepek kat area sana...

minggu yang sebelum minggu lepas.. dua tengahari ku ngan shima habiskan dengan menghadiri majlis kahwin dua officemate ku... diau [sabak bernam... jauh gila] dan hadi [banting je...] selamat pengantin baru!! terima kasih jemput ku...



Keseluruhan perjalanan balik kampung 1,002.4 km... serdang - anak bukit - serdang

minggu lepas pula, ku bawa family, shima dan amir balik alor setar... ku amik cuti khamis sampai ahad!! maklum dah lama shima tak balik kampung... lega aa dia dapat jumpa semua family kat sana disamping amir dapat jumpa tok nek, mak tok dan wan dia... ku pun puas hati gak pasal tercapai mission bila berada @ balik alor setar... kalau tak memang menyesal bila dah balik kL...


amir tgk je ibu makan kfc masa berenti kat gurun...

gambar lepas ku balik dari solat jumaat kat masjid pantai johor...

shima bergaya ngan chocolate ais nyerr...

kalau bukan ku yang usung kehulu kehilir... orang mesti ingat ni anak jepun mana tah...

kesimpulan, semua yang balik dapat fulfill kehendak masing2... cuma mungkin 4 hari cuti tak cukup untuk rehat2kan diri..


insyaAllah, panjang umur balik lagi...



kalau nan ada boleh singgah taiping... tapi bukan nak jumpa dia sebenarnya, lebih focus untuk berjumpa maknya... [ole ole beb...!!] sori aaa yah... tak singgah rawang makan nasi campur.. bukan apa, kami kenyang sebab baru singgah kat hentian tapah layan sha la la coffee... insyaAllah... next time kami plan baik punya...

Read More! and Comments

Thursday, June 7

perkara yang membuatkan kami sedikit sedih....

kesian amir... isnin lepas dia demam... satu malam tak tidur... yang bestnya, semua orang kat rumah tu tak dapat nak tidur... gara gara amir yang menangis tak henti sejar dari awal malam hingga hampir subuh... lepas subuh tu aaa dia dapat tidur sekejap... pagi isnin tu, ku ngan shima terpaksa amik el, hantar amir p hospital an-nur, bangi... doctor sahkan dia ada demam, tapi pagi tu panas dia dah susut... doctor kata maybe dia nak tumbuh gigi, tapi bila doctor check... gigi tak berapa ada... jadi mungkin faktor seperti yang ku nak ceritakan ni...


amir masa saat gembira sebelum keluar p kenduri....

minggu lepas hari minggu ku habiskan masa dengan family, maklum cuti.... ahad lepas kami semua pergi mengantar pengantin perempuan (sepupu) ke rumah pengantin lelaki kat setapak... meriah gak aaa kenduri tu walaupun kawasan rumah pengantin tanah lot... kami berkumpul kat area giant taman melati sebelum gerak beramai ramai kerumah pengantin... yang paling ku suka kat umah pengantin lelaki ni, sesampai je... macam dah faham je, diorang ajak makan cendol dulu... fuh!! memang layan... maklum dalam panas panas tengahari tu, dapat cendol semangkuk...


Masa baru sampai kat rumah pengantin....

bila bab makan, memang lahap... ku boleh bet aaaa... takde lagi kenduri kawin lauk pengantin habis sebelum pengantin bangkit dari santapan (meja makan). tapi tu yang berlaku bila keluarga belah ku berkumpul... papa ku yang duk kat meja pengantin selamba je jadi orang yang bertanggungjawab passing kebanyakan lauk pengantin pada kami kat meja sebelah... hehehee!! ayam, udang, sotong, kailan... mmm... tu yang ku ingat habis dilantak oleh kami... bruuppp..!!


Ni aaa party peeps yang telah habiskan lauk pengantin... dah kenyang buat muka selamba jee...

[untitled]

lepas kenduri, ku bawa shima, amir ngan adik perempuan ku p jusco alpha angle kat wangsa maju... jalan punya jalan, terserempak taiko (nazri baharom-ex DIA jengka) kat counter masa nak bayar... masa nak keluar tu hujan, payung takde, redah je... amir kami tutup ngan kain je kepala dia masa shima berlari masuk ke kereta....




Sebelum berangkat pulang...

mungkin dari situ aaa amir balik tak boleh tidur dan terus demam... mama ku kata, amir keteguran... pasalnya, badan panas, kaki sejuk... ku tak berapa tau aaaa... tapi, insyaAllah, nanti kami cuba p check tengok....



Read More! and Comments

Tuesday, May 29

hujung minggu lepas...

saja aa nak cerita pasa korang tentang aktiviti hujung minggu ku lepas.. actually, kalau ikut list kenduri tu, kira minggu lepas aaa start dah... minggu ni ku sekeluarga bergerak balik kampung mama ku, kampung jawa, kuantan...

kisah sedih: kami bertolak 2 kereta, awal awal lagi dah hampeh... bayang aa nak keluar dari KL, serdang-gombak yang patut 30min je jadi 75min gara-gara kesesakan... kira sampai kat tol gombak tu jam dah menunjukkan angka 915pm.. perjalanan kami ok... singgah petronas karak highway makan malam dan episode tak bestnya bermula dari lanchang... mama ku terima panggilan dari sepupu ku yang kata, dia sedang berada di tol gambang dan dia minta kami jalan slow dan tunggu untuk konvoi bersama kat hentian temerloh... cheeee... kami pun sampai kat hentian dan rehat rehat... 10min... 20min.. dapat call lagi dan mengatakan diorang kan sampai lagi 20min... kami pun macam lega gak aaa... 10min... 20min... 30min... amir dah panas... dia dah merengek + nangis nak tidur... nasib dia lelap lepas ku bawa pangku dia jalan kat dalam area kawasan berbumbung hentian tu... masa tu dah dekat 50min, sepupuku tak sampai lagi... bila ku datang kekereta, mama ku kata, "long, diorang dah sampai tapi stuck kat jambatan cantik depa tu..." (kalau korang tau mesti dapat bayangkan!!).. rupanya, anak buah ku rembat keta tak tgk temperature... panas sampai radiator cap pecah...

tu asap keluar dari radiator...

disebabkan ku bawa budak + nak bawa kuih dengan segera (pasal nak bungkus untuk kenduri)... jam 315am ku gerak dahulu. nak dijadikan cerita lagi, elok sesampai titt... lepas touch n go kat tol gambang, amir merengek... ku pun sederas angin pusing stereng berenti kat tepi hentian tol tu... keluar aaa tin susu, flask dan air mineral untuk buat susu amir (maklum dia lapo..). lepas dah siap susunya, dah sua kat mulut dia pun dia... so, dengan pantas ku masuk kereta simpan apa yang patut dan masuk gear "d" (kereta auto...) baru gear nak masuk 3, gegegub... ada benda jatuh...

chisss!! rupanya flask air panas yang ku guna tadi lupa nak masukkan dan ku letak kat atas bumbung kereta... memang telangkup abis aa bendatu bula ku jalan... "alamak, flask...!!" tu je ayat yang dapat ku luahkan... mama ku, adoii... macam mana ko ni long... shima!! dia membisu !! (dia duk belakang...) ku pun berlari anak kutip semula flask yang dah termuntahkan sedikit air... ada 2 orang abang TLDM situ kata.. "pecah dah benda tu..."!! tapi bila ku check tak berapa pecah cuma herot sikit... maaf ek! bu, nanti saya beli yang baru (flask tu sebenarnya shima baru beli dan julung kali kami guna masa nak balik kuantan hari tu...) rasa bersalah pun ada juga.... chisss!!

kami sampai kuantan dalam jam 445am... semua dah tidur nyenyak masa tu... 2 kereta lagi sampai kuantan jam 7am... tu pun diorang main tunda 2 kereta!! LPT punya tow truck driver tidur!!!

cerita gembira: kenduri berjalan dengan baik. tak hujan dan tak berapa panas... cuaca berangin, maklum kuantan tepi laut... pagi pagi amir dah hilang dibawa pakciknya jalan jalan kat umah sebelah... ishh!! nasib aaa budak tu tak takut ngan orang.. abis semua orang dia layan jee... tapi bagus aaa, senang aaa ku ngan shima nak tolong buat kerja apa yang patut... petang dalam jam 4pm++ keluarga acik sampai, makan apa yang ada aaa... esok paginya.. malam tu acara potong kek, bergambar ngan buka hadiah...!!

rupa paras pelamin..

rupa paras pengantin... Kama + ina

ni je sempat gambar yang diambil... nasiah amir lob...

gambar adik beradik... semua tak dressing...

esok paginya, acara mandi sampat dijalankan.. ku tak sure aa untuk apa tapi ku follow jee... kalau keluarga diraja ada aa bikin acara ni... kalau tak silap hindu pun ada buat (nak buat camne... kita dulu asalnya agama hindu... jadi ada aa terbawa bawa...) yang best tu, mandi sampat ni kami buat special.. tak guna air paip semata, tapi air paip di tambah ngan seguni ais... korang bayang aaa betapa sejuknya air tu... yang paling menarik masa acara ni bila orang keliling pun kena jirus juga... maknanya, bukan pengantin je yang kena tapi yang tukang pegang kain tu pun kena (dia memang tak boleh elak...), tukang top up air kena (sebab diorang dekat...) dan semua yang menonton... kalau dapat elak tak basah aaa... tapi sebab kebanyakan memang duk dekat, memang sengaja... spotting... adik ku yang sedang injured guna tongkat pun kena juga walau dia duk jauh (sebab dia tak leh lari...) ekekeke...

ni aaa mandi sampat... sejuukkk...

kami bertolak dari kuantan dalam jam 1130am dan insyaAllah, ahad ni schedule ku cuti, boleh aa follow p mengantar kat rumah lelaki...

Korang nak tau, ni aaa kegemaran anak ku sejak kebelakangan ni... main ngan stereng... asal masuk kereta mesti tenung menda tu... bila letak je kat belah pemandu, tangan terus capat pegang erat... gambar ni ambil petang sebelum berangkat ke kuantan.. masa lepas baru ambil dia dari rumah pengasuh...

Read More! and Comments