Pages

Saturday, March 27

Matapelajaran Seks... Wow...!!

Saya sayang awak...!!
Awak segala galanya...!!
Saya tak sanggup kehilangan awak...!!

Pernah korang dengan antara bait perkataan diatas...? mesti, ku sangat yakin, Dalam cerita cerita drama, cerpen mahupun novel banyak terucap atau tertulis akan perkataan diatas. Ini kerana, ayat ayat diatas mampu menjerumuskan seseorang ke arah seksual bagi mereka yang masih cetek tahap pemikiran.

Merujuk pula pada post yang lalu Google cadang bukan bukan, ia berkenaan cadangan carian dari google. Jika dikaitkan tentang tajuk diatas, ia boleh menjadi petunjuk bahawasanya, apakah releven mewujudkan matapelajaran seks disekolah.

Apakah kandungan silibus yang akan diajar kepada pelajar nanti? itulah yang menjadi persoalan bagi ramai orang termasuk ku sendiri. Adakah salah satu pelajaran yang akan diajar adalah, "menguruskan anak luar nikah" bagi mengurangkan gejala pembuangan bayi yang dikatakan menjadi penyebab idea untuk mewujudkan matapelajaran seks disekolah.

Adakah mereka akan memasukkan pelajaran posisi aksi diranjang? Dan ooh!! pasti tidak cukup untuk seseorang murid itu mempelajari teorinya sahaja, yakin bahawasanya, praktikal akan melengkapkan apa yang telah diajar pada mereka. Korang ingat lagikah bagaimana rasanya belajar mata pelajaran biologi yang memaparkan tentang sistem badan manusia? Pasti anda ingat, sebab ku ingat lagi, ku bukan seorang pelajar kelas sains tapi ponteng kelas perdangang kerana menurut ajakan rakan kelas sains untuk belajar tentang perkara itu. Ku juga merasakan, pengenalan begitu sudah cukup dan selebihnya, terpulang pada penerimaan.

Bukan itu sahaja, bahkan mereka boleh mendapatkan sumber berkenaan kesihatan, penjagaan dan pelbagai lagi. Hanya gunakan google, beribu ribu link [link bahasa melayu apa ek??] ke laman web akan diberikan. Pelajaran sekas bagi ku bukan satu langkah penyelesaian yang patut kita ambil bagi membendung masalah yang kita hadapi sekarang.

Apa yang perlu diberikan kepada pelajar ini adalah
Pendidikan Agama

Tidak kira apa jua agama, seks itu adalah sangat tidak digalakkan sebelum berkahwin dan perkara itu yang perlu ditekankan. Dalam islam, perbuatan seks yang tidak halal adalah diharamkan. Ku tidak arif bagi ajaran agama bukan islam, tetapi, pasti agama mereka juga mempunyai pandangan yang serupa. Penekanan pendidikan agama [pelajaran islam] dan moral [pelajar bukan islam] patut lebih ditekankan berbanding pelajaran seks yang ingin diwujudkan.

Pendidikan dirumah juga adalah sangat penting bagi mewujudkan individu yang terbaik dalam masyarakat. Ibu bapa perlu memikul lebih tanggungjawab dalam perkara ini. Anak perlu dididik oleh ibu bapa berkenaan ilmu aqidah fiqah yang boleh membentuk akhlak seseorang anak sebelum mereka terdedah dengan dunia luar yang sangat luas. Setiap apa yang dilarang dalam islam ada sebabnya, dan perkara ini yang perlu dijelaskan dengan sejelasnya kepada anak.

Masalah remaja yang berlaku sekarang adalah kerana kurangnya didikan dirumah. Jadi, tidak perlu pendidikan seks disekolah sekirannya ibu dan bapa menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik...!!

Anak adalah umpama kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka, jika putih, putih jadinya dan jika hitam, makin menjadi jadilah masalah keruntuhan akhlak remaja...!!

Ku tak pernah mendapat pelajaran seks tapi alhamdulillah, rumahtangga tetap bahagia dan paling hebat, sudah ada anak satu.

Jadi, fikir fikirkan... dan selamat beramal... [pinjam quote Prof. Azizi Ali]

No comments:

Post a Comment

You may leave your wise comments here... Thanks