Pages

Tuesday, March 23

Saya Ada Banyak Idea Tapi Nak Taip Tak Ada Masa Pula...

Memang sejak kebelakangan ni, idea untuk menulis memang banyak, mentercurah curah dek kerana berlakunya pelbagai aktiviti / kejadian dan juga perkara yang berlaku disekeliling. Ku tidak akan menaip semuanya kerana ceritanya pasti akan sepanjang sebuah novel atau pun paling pendek pun umpama sebuah cerpen dan ianya pasti akan membuatkan anda pembaca merasa bosan untuk menghabiskannya.

Jadi tajuk hari ini... Akademi Fantasia?

Ku yakin ramai yang sedar dan ambil tahu akan kemunculan semula musim baru AF yang satu ketika dahulu telah melalui fenomena rancangan paling tersangat popular dengan adanya seorang peserta yang dikelaskan sebagai pembawa fenomena. Tahun ini, rancangan ini telah memasuki musim yang ke-8 [Tu pun ku amik dari wiki].

Jika dilihat pada jumlah tahun dan peserta yang dikeluarkan untuk industri, hanya beberapa orang sahaja yang berjaya atau layaknya digelarkan penyanyi. Yang lainnya, jangan katakan menyanyi, ada yang balik kampung semula kerana mereka tidak berjaya 'breakthrough' bila berhadapan pada dunia reality. Boleh kalau ku katakan mereka ini loser, kerana apa, kerana mereka popular tanpa sebab, mereka diundi kerana mereka cantik atau punya paras rupa dan meraka juga mungkin mengalami satu pengalaman satu kejutan budaya apabila keluar dari pertapaan fantasy...!!

Ku memang tak ikut perkembangan rancangan ini langsung [kecuali membuat sedikit bacaan dan study semasa nak taip post ni], tapi siapa yang paling awal terkeluar dari rancangan fantasi ini, dari pembacaan, beliau adalah seorang yang berbadan gempal... tak tahulah bagaimana nyanyiannya tapi boleh juga ku katakan hampit tepat bahawasanya, Mereka diundi kerana mereka punya paras rupa.

Rancangan ini juga ku rasakan lebih menjurus kepada rancangan kepopularan, dan pada mereka yang benar benar serious dalam nyanyian akan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk lebih maju. Buktinya, Mawi sudah memonopoli setiap acara atau anugerah yang melibatkan pengundian orang awam dalam beberapa tahun selepas rancangan yang beliau sertai tamat [Sila lihat achievement beliau disini]. Beliau juga pernah dilabel sebagai jutawan segera oleh media kerana kepantasan mengumpul jumlah pendapatan yang jarang berlaku dalam industri hiburan. Maaf ku tak ingat, tapi dalam 3 bulan kan?

Ku tak nafi, peserta seperti Vincent Chong dan Rich Estrange adalah antara meraka yang benar benar serious. Ini kita boleh lihat pada perkembangan kerjaya mereka. Vincent dah keluar album baru dan Rich semakin hebat dengan Estrange sehinggakan hampir kita lupa yang penyanyi Estrange itu pernah menjadi salah seorang peserta reality TV. Yang lain, korang cari sendiri...!!

Sejak tercetusnya populariti rancangan ini, ku percaya pihak Astro mampu memperoleh keuntungan besar hasil pendaftaran akaun pelanggan baru yang mana mereka juga terpanggil untuk mengikuti rancangan ini setiap hari sehingga sabtu. Perkara ini adalah fakta kerana ada berlaku disekeliling ku. Syarikat telekomunikasi Maxis juga rasanya mendapat tempias hasil dari penyediaan perkhidmatan undian SMS menggunakan perkhidmatan talian mereka.

Tahun ini, bagaimana? ku yakin, mereka pasti menyedari yang peratusan undian dari orang ramai semakin menurun. Ku tak tonton rancangan hari sabtu lepas tapi kalau betul,

Mereka merubah format undian dari ditutup pada akhir konsert kepada ditutup pada segmen lain pada esoknya adalah bertujuan untuk menarik sebanyak banyaknya undian [betulkan ku kiranya ia salah]...!! Segmen tersebut dinamakan Debaran AF. Oleh kerana minority, ku tgk juga segmen baru yang tertayang hari ahad dan kerana ku tidak menonton secara sepenuh hati, ku tak merasa langsung debaran yang ada. Ini kerana, ku lebih berdebar menunggu perlawanan antara Man Utd dan Liverpool yang dijadualkan berlangsung selepas rancangan Debaran AF tadi.

Dan debaran tadi bertukar hangin kerana Man Utd menang lagi...!!

2 comments:

  1. aku pun x paham dgn fenomena AF nih. ape2 pun rancangan realiti, aku rasa rancangan tu hebat takat musim pertama atau 2 je. lebih dr tu (ni dah smpai 8 plak!). xde yg menarik lar, buang masa aku tgk je sbb xde kualiti.. sorry pd peminat tegar AF di luar sana..

    ReplyDelete
  2. betul aa.. ku pun tak nafi, musim pertama memang best, sebab benda baru, tapi lepas tu... aahh!! 1 season dah climax, season2 lain memang dah tak best sebab sama je...!! nyanyi nyanyi... nangis...!!

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks