Pages

Sunday, March 28

Kami Bangga Mengambil Bahagian Dalam Earth Our Campaign



Berikut adalah hasil dari Google Translation yang telah ku guna bagi penterjemahan dari Bahasa English ke Bahasa Melayu. Edisi English boleh di baca dari sini.

Earth Hour [yang ini translator tak dapat nak identify... satu jam bumi?]

Earth Hour merupakan acara global yang diselenggarakan oleh WWF (World Wide Fund for Nature, juga dikenali sebagai World Wildlife Fund) dan diadakan pada hari Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun, meminta rumah tangga dan perniagaan untuk mematikan partisi non-esensial lampu dan peralatan elektrik lain selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran terhadap keperluan untuk mengambil tindakan tentang perubahan iklim.

Kami telah dengan izin tuan rumah memadamkan semua sumber lampu dan peralatan elektrik yang berkenaan [kecuali kipas] bagi memberi sokongan kepada kempen earth hour bagi tahun kedua secara global ini semalam. Kami berada di rumah cik di Shah Alam pada hari kejadian.

u sedang layan FM2010 handheld
Cahaya dari PSP

Setelah mematikan segala lampu, orang yang paling teruja dalam kegelapan adalah Amir. Ini kerana, selepas keadaan rumah gelap, Shima telah menyalakan beberapa buah lilin bertujuan untuk memudahkan pergerakan didalam rumah. Tetapi Amir menganggapnya lain, mungkin ia pengalaman baru yang dia alami [bergelap secara terancang] walaupun beberapa kali dia telah berada dalam gelap kerana "black out" takkala hujan dan petir diluar rumah.

sila berimaginasi
Dalam ni ada Shima sedang berada ditengah memegang lilin dan cik duduk di kerusi di bahagian belakang sambil memegang handphone menghantar sms barangkali...!!

"
ai be dei tu u
ai be dei tu u
ai be dei tu Amir
ai be dei tu u
"

sila berimaginasi
Amir sedang tersenyum girang sambil posisi bersedia umpama ingin meniup lilin hari lahir

sila berimaginasi
Tak pasti siapa didalam ini, perlu tanya orang yang mengambilnya samada Shima atau Amir

Itulah dia, lagu yang Amir nyanyikan semasa membawa sebuah lilin [kenapa sebuah? kerana ini bukan lilin biasa...] dari dapur ke ruang tamu dihadapan rumah. Ku yang semasa itu sedang baring baring menunggu waktu untuk berangkat ke ofis [shift malam semalam] merasa seakan lucu...!! Lucu dengan keghairahan yang ditunjukkan Amir. Kami terpaksa menyalakan lampu awal 10 min dari jam 9.30 pm atas sebab sebab persediaan ku yang perlu mengisi perut sebelum berangkat ke tempat kerja.

Apa bila kereta menghampiri Cyberjaya, oouwhh!! kenapa banyak polis? kenapa jalan masuk ni ditutup? hati ku bergetus...!! Rupanya, ku lupa yang malam semalam juga berlangsungnya Larian Malam Cyberjaya 2010 anjuran Energizer yang ku tak dapat/tak mahu untuk mendaftarkan diri. Alasannya, 7.7km larian malam Putrajaya pun dan macam nak pecah dada, inikan larian malam Cyberjaya yang jarak minimumnya adalah 10km. Nasib ku baik dan tak lewat sampai ke office kerana satu lorong dibuka untuk laluan kereta walaupu laluan satu lagi digunakan sebagai laluan larian. Ku punch pada jam 9.59 pm, 2 min lagi merah...!!

2 comments:

  1. image akhir ialah seketul lilin yg comel menari-nari dgn cahayanya. Tiada siapa-siapa pun di dalamnya..

    ReplyDelete
  2. tahniah kerana berjaya gak join earth hour sekalipun berada di rumah org lain.. hehe!

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks