Pages

Monday, April 5

Sepatutnya Posting SGE Berkabolarsi Dengan Pak Samad Menjadi Posting Hari Ini Tapi,

... Ku perlu melihat semula apa yang ditulis kerana apa yang ku tulis nanti adalah ada kena mengena dengan Pak Samad dan ku rasa ia perlu dibuat/di edit dengan sebaik mungkin. Iya lah, siapa laa ku nak menulis tentang beliau. Jadi,

Ku beralih pada tulisan yang lebih santai dan boleh juga dikategorikan sebagai popular. Anugerah Bintang Popular 2009 Berita Harian menjadi tajuk pilihan. Pasti semalam ramai yang menghabiskan masa sebelum tidur menonton acara anugerah bintang popular di tv3. Mungkin ada yang bersetuju dengan pilihan umum ini dan mungkin juga ada yang kurang puas hati kerana majoriti tidak memilih arits yang menjadi pilihan mereka.

Pada awalannya, memang ku tak teringat langsung tentang acara ini, ini kerana, tumpuan ku lebih terarah kepada 'malam ni nak tgk Liverpool' sebab semalamnya dah tengok 'Man Yoo kalah' sehinggalah pada waktu siaran, tv diluar telah terpasang dan acara ini sudah bersedia untuk ditonton oleh keluarga ku. Jadi, terpaksa aaa ku pun layan. Gandingan 2 pengacara semalam memang ok, tak boleh, kerana mereka punya common sense yang cukup tinggi dalam mengawal suasana pentas dan penonton. Tidak dinafikan yang ku sangat terhibur melihat mereka beraksi.

Noorkhiriah telah menyuarakan hati mengatakan beliau tak sangka selama ini punya peminat. Apa yang menghairankan adalah, beliau sepatutnya lebih layak memenangi anugerah palakon tv dimana beliau lebih menyerlah sebagai pelakon berbanding sebagai komedi atau pengundi tidak punya pilihan yang kerana 5 calon dalam kategori itu tidak terserlah kredibiliti komedi mereka.

Tapi yang terpaling humor bila Remy Ishak tergagap hingga terpaksa ucapan beliau di'cover Rosyam Noor yang selepas tu memberitau 'takpe... takpe... abang dah biasa'. Jangan salahkan beliau jika terkedu mungkin terkejut kerana tanpa sangka yang beliau punya ramai peminat. Rosyam Noor juga mempamerkan humornya sekali lagi dengan mencelah dengan membuat tafsiran bahasa melayu atas ucapan kemenangan Tiz Zaqyah. "paham tak?? kepada ibu bapa... blaa... blaa". Ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan kontroversi seperti yang pernah berlaku sebelum ini tentang ucapan bahasa english dari salah seorang pemenang. Kemenangan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah ini pula mungkin boleh di agak kerana semasa acara undian ini berlangsung, mini siri 'nur kasih sedang hangat' diperkatakan. Dan jika adalah anugerah drama tv popular, pasti siri tu akan menggondol hadiah utama.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, Penyampai Radio Wanita Popular, Pengacara TV Lelaki Popular pula tak perlu cerita, memang boleh jangka penyampai Hot FM dan Aznil paling menyerlah. Al maklum, anugerah pun anugerah popular, cuba tanya orang, kenal tak DJ Syed di Radio Selangor? mampus orang tak kenal sebab mat tu tak popular pun. Ku pun tak kenal sangat tapi ku tau dia pernah bekerja sebagai DJ dibawah kendalian rakan ku di Radio Putra FM Universiti Putra Malaysia Serdang tak lama dulu. Kalau ada yang nak mengenali beliau, buka Selangor FM dan dengar.

Oh!! yaa... ku tak sambung menonton lepas, atau lebih tepat semasa kumpulan rabbani membuat persembahan dan kurang berminat untuk mengetahui keputusan kerana ku lebih tertarik untuk melihat keputusan bola sepak yang sesungguhnya lebih menjadi minat ku sejak azali. Akhirnya, liverpool seri dan harapan mereka sekurang-kurangnya untuk mendapat slot kelayakan ke liga eropah semakin malam. kepada penyokong liverpool, sila jangan kecewa.

Apa pun keputusan Anugerah Bintang Popular 2009 semalam, ia bukan pengukur kepada tahap pencapaian seseorang artis itu. Ini kerana ia hanya mengukur tahap betapa seseorang itu dikenali dalam pasaran berbanding mengukur tahap quality seseorang artis dalam bidang yang mereka ceburi.

Selain itu, keputusan undian juga bagi ku tidak menunjukkan tahap ketelusan yang tinggi. Ini kerana, pasti ada peratus undian yang dibuat adalah berpaksikan kepada hadiah kereta yang dijadikan habuan kepada pembaca bertuah yang mengundi. Maksud ku disini adalah, pengundi tidak akan membuat undian memilih arwah din beramboi atau pengundi tidak akan mengorbankan undian mereka dengan menandakan pada kertas undian Gambit sebagai artis baru lelaki popular. Ini kerana, mereka akan memilih calon yang mampu memberikan mereka hadiah seperti yang telah disediakan dan dijanjikan oleh pihak penganjur. Dan dengan itu, mereka tiada pilihan untuk memilih dan pilihan mereka akan pilih sesungguhnya adalah pilihan yang akan dipilih ramai.

Cuba lihat pada Mawi, apa sudah jadi? dimana Mawi yang pernah diagung agungkan dulu? Mana undian beratus ribu yang pernah beliau dapat dulu? Mana peminat peminat yang dulu 'claimed' mereka peminat setia...?? Itulah dia juara undian umum, satu ketika dulu, semua orang pilih Mawi tapi sekarang, adakah peminat peminat juara ini sudah beralih angin dan sudah mula sedikit sedikit melupakan kewujudan beliau...!!? Tepuk dada tanya akal... Sekiranya benar mawi itu bukan seasonal, ku yakin, sepatutnya, beliau akan naik kepentas memegang trofi kemenangan penyanyi lelaki popular.

Jadi, sila jangan sebut prestig pada anugerah anugerah yang diadili oleh orang orang bukan professional kerana keputusannya tidak berdasarkan qualiti. Tahniah pada mereka yang menang. Apa yang pasti, mereka yang menang akan lebih banyak dapat masuk tv dan job pun banyak mari...!!

//ps: apa kes Ameng Sping dapat datuk??


No comments:

Post a Comment

You may leave your wise comments here... Thanks