Pages

Tuesday, April 13

SGE, Pak Samad dan Suara Dari Dinding Dewan

Lama juga masa yang ku ambil untuk tulis tentang Suara Dari Dinding Dewan... Ini kerana ku perlu faham betul betul tentang isi puisi Suara Dari Dinding Dewan. Terus terang, ku masih sedang cuba memahami keseluruhan puisi ini.

Track ini masih belum di rilis atau di edar dan hanya mungkin mereka yang dijemput oleh Kamal dari SGE yang memperoleh access kepada track ini. Ku mulanya ragu ragu juga untuk menerima tetapi ianya adalah sesuatu yang jarang diterima. Maksudku perlawaan seperti ini.

Ya... ku tidak akan sekali kali menyentuh tentang isi kandungan puisi ini kerana siapalah ku untuk memberi komen pada karya puisi ini. Pernah pada tahun tahun semasa di universiti dulu puisi ini ku baca tetapi ianya terlalu lama dulu, mungkin dalam sekitar tahun 1997. Baru juga ku perasan, ianya boleh diperoleh didalam sebuah buku kompilasi Pak Samad yang bertajuk "Suara Dari Dinding Dewan".

"Suara Dari Dinding Dewan lahir daripada inti rasa dan jernih kata yang dianugerahi oleh kagum dan gerunnya akan pembangunan yang kurang berimbang; benci dan kasihnya terhadap pemimpin yang gusar; gamam dan fahamnya akan peristiwa mencerut dan meledak; goyah dan marahnya akan nasib bahasa yang separuh terbela separuh tercerca; resah dan bahagianyan di alam rohaniah; serat hanyut dan kembaranya dalam pelbagai masalah luar dan dalam negara. Sebagaimana selalu, puisi Samad banyak dicerna daripada peristiwa-peristiwa penting dan genting, tokoh-tokoh sasa dan jelata, dan puncak krisis tempatan dan dunia."

Petikan atas telah ku ambil dari SINI berkenaan rilisan buku kompilasi Suara Dari Dinding Dewan.

Ku pernah juga mengambil matapelajaran sastera dan belajar tentang puisi sajak serta pelbagai lagi literatures semasa di tingkatan 4 dulu tapi telah dengan gembiranya menolak untuk meneruskan kelas pada tingkatan lima kerana ku merasakan, kelas sastera adalah kelas yang boring. Padahal sebenarnya kerana ku masih belum betul betul discover kemampuan yang ada sehinggalah ia sedikit demi sedikit disedari setelah beberapa tahun selepas tingkatan 4 tadi. Oh!! sudah terkeluar tajuk. Satu lagi, dulu, ku pernah jadi juara tak rasmi dalam acara membaca puisi di sekolah rendah...!!

C Am F G
Itulah asas bunyi minimal elektro yang di sulam sambil kemasukan petikan gambus yang ringkas bunyinya mampu memberi impact pada pembacaaan pembacaan puisi Pak Samad dalam track ini.

Project sebegini ku rasakan mampu memberikan satu nafas baru pada puisi puisi khazanah yang telah mungkin dilupakan oleh generasi kini. Ianya juga mampu memikat penerimaan golongan muda terhadap sastera terutamanya puisi. Syabas Kamal dan Zul...

Kesusasteraan itu sangat luas dan untuk mengetahuinya, kita kena menjelajahinya. Janganlah menganggap "kesusasteraan" itu adalah "kesusahteraan" dan kepada pelajar pelajar sekelian, sila jangan ikut apa yang pernah abang lakukan dulu.

Kumpulan Kembara dan Kopratasa mungkin sudah lama mempelopori cara persembahan puisi dalam bentuk lagu tetapi persembahan puisi itu tidak terlalu mantap [perlu mengikut melodi jika berlagu]. Tetapi dalam Pak Samad track ini, jika diamati, kita boleh dapat rasa perasaan yang cuba dilontarkan seperti suara kekecewaan dan kemarahan. Ia tidak akan dapat dirasai jika ia dibaca sebagai lagu.

Kita tunggu pula project SGE yang baru selepas ini. Sebelum tu, ambil laa sedikit petikan dibawah dan cubalah faham kalau dapat... ekekekek!! yakin korang kena baca text penuh baru betul betul paham...!!

Dari renyai abjad
ke gerimis kata – suara itu silap mata:
kita tanam tunggul
mercup keris, berubah menjadi ular,
berkisar menjadi istana, beransur
menjadi buaya, bergegas menjadi
biawak, terjelir menjadi lidah,
dan sedetik menjadi wira.
Sedetik saja.


//Ku berkata kata tentang sastera tetapi ayat yang ku guna untuk menulis seperti pasar...!! harap maaf...!!

2 comments:

  1. fantastic! well done.
    terima kasih yang tidak terhingga dari kami SGE ;)

    + mohon kebenaran untuk republishkan di FB dan di Blog saya.

    sahabatmu
    Kamal Sabran
    ipoh

    ReplyDelete
  2. takde masalah bro...!! kalau boleh on... kita on...!!

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks