Pages

Thursday, April 15

Scam Mail

Ada siapa siapa yang datang sini punya account bank...? pasti setiap warga Malaysia berumur 18 tahun dan keatas punya sekurang kurangnya satu buku akaun bank biasa dan ada juga yang ambil package berserta ATM kad yang akan di charge RM8 setahun sebagai bayaran perkhidmatan.

Bagaimana pula dengan electronic banking?? tak ramai yang menggunakan perkhidmatan ini walaupun diakui kelebihannya akan mendatangkan satu keadaan yang sangat menyenangkan kepada pengguna dan juga kepantasan yang tiada tanding [cepat atau lambat bergantung pada ISP anda].

Setiap yang baik akan ada yang buruknya. Pernah dengar tentang laman web palsu yang dihantar ke email pengguna menyatakan "akaun anda digantung" dan meminta pengguna untuk re-login bagi menghidupkan semula account mereka yang telah dikatakan digantung tadi. sebelum ini sudah telalu ramai pengguna yang menggunakan akaun maybank2u.com yang terperangkap dengan email scam ini. Ia berlaku mungkin kerana kecuaian atau ada antara mereka yang kurang savvy dalam penggunaannya.

Lihat Junk box dalam email ku seperti dibawah.



Terdapat 4 scam mails yang dihantar kepada ku [ni tak termasuk yang sudah dilupuskan] dari akaun Public Bank palsu meminta untuk ku activate kan semula account yang sudah tidak aktiv. Ya.. Sekarang mereka sedang menyerang dengan menggunakan nama Public Bank Berhad. Subjek pun tak seimbang, kejap "confirm identity" kemudian kata ada message dalam inbox [bengong, mana ada inbox dalam public bank online account] dan yang lucunya adalah "Account PBeBank dikunci kerana beberapa masalah dalaman".



URL dalam mail biasanya tertulis alamat atau URL yang betul, sebagai contoh dalam mail ku ni, www.pbebank.com, tapi jika mouseover pada URL yang dihantar, ianya akan membawa kita ke alamat siap ada tulis nama orang lagi... brandon... siot...!! tapi guna hosting kat India...!!

//Sila jangan sekali kali anda masuk ke URL seperti diatas. Segala masalah jangka panjang ditanggung sendiri



Apahal, kalau korang tak perasan, Public Bank Berhad yang bikin untung berjuta atau ntahnya berbilion RM setahun ada server sendiri tapi masih nak kena upload image kat imageshack. Memang kelakar aa kalau betul sebab imageshack ni free image hosting. Nak hebat lagi, ku pun ada gak account kat imageshack tu... kira setaraf aaa dengan bank skang ni... ekekek

Tapi pelik aaa... banyak gila hantar scam [hampir 1 hari satu email] macam tau je ku memang pengguna pbebank.com yang aktiv. Tapi hantar message kata account ku tak aktiv...

Apabila mula untuk login mana mana site perbankan, sila pastikan anda berada pada address yang seperti berikut dan pastikan terdapat https dihadapan web address.



Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) bermaksud website ini menyediakan keselamatan terhadap segala informasi yang bakal anda buat. Dalam bahasa Inggeris nya...

Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) is a combination of the Hypertext Transfer Protocol with the SSL/TLS protocol to provide encryption and secure (website security testing) identification of the server. HTTPS connections are often used for payment transactions on the World Wide Web and for sensitive transactions in corporate information systems.
Source

Jadinya, sila berhati hati... mungkin selepas ini akan ada giliran cimbbank.com.my atau rhb.com.my pula menyusul.

//tengok tui... ku menang £750,000.00 dari email yang dihantar dari Microsoft & Yahoo Inc melalui address (do010@dodo.com.au) siot. Orang ni kat Australia je ni tapi nak bayar guna paun... Kena balas ni...

1 comment:

You may leave your wise comments here... Thanks