Pages

Monday, April 12

Ku Pergi Peperiksaan Laaa Sabtu Lepas

Berapa ramai pembaca yang masuk atau termasuk ke blog ku ni yang pernah hadir peperiksaan?? takpe, ku jawab... semua pernah kerana pendidikan dinegara kita ni berpaksikan belajar untuk lulus periksa. Jika tak belajar, confirm tak dapat jawab soalan periksa dan dengan secara hormatnya, "anda gagal". Ini kerana sudah dari azali, jika gagal periksa, "anda takkan kemana..." Itu semua kepercayaan orang dahulu yang ku rasa sudah tidak relevant dengan keadaan sekarang dimana jika gagal periksa pun, masih terbentang ruang untuk sesiapapun berjaya. Oh!! yaa... ku merujuk pada peperiksaan SPM...

Jadi, takpe, tak perlu belajar bersungguh jika rasa mampu berjaya dikemudian hari [sila renung sedalam dalamnya maksud ayat yang disebut tadi...]

Peperiksaan yang ku maksudkan ni lain. Ini bukan exam untuk sijil tapi peperiksaan penilaian untuk jawatan pekerja sektor kerajaan. Berapa ramai yang sudah menghadirkan diri ke peperiksaan ini?? Tidak kira jenis pun... ku dah berbelas kali sejak tarikh graduasi 7 tahun lepas. Berapa ramai yang pernah lulus dan dapat ke peringkat seterusnya. Ku dah 4 kali layak hingga ke peringkat temuduga PTD [Pegawai Tadbir dan Diplomatik] tetapi bukan rezeki ku untuk mendapatkan jawatan itu. Peperiksaan terakhir telah ku hadiri sekitar hujung tahun lepaas tapi kali ini "dukacitanya gagal".

Sabtu lepas, April 10, 2010, ku telah meluangkan masa untuk menghadiri satu lagi peperiksaan anjuran SPA dimana ia dilangsungkan bagi lantikan Pegawai Perkhidmatan Awam gred 41 yang sebelum ini tidak pernah ku dapat keputusan lulus. Ntah kenapa, ringan pula rasa nak hadir peperiksaan ini walaupun ku pernah memperoleh sumber dari orang di SPA sendiri yang mengatakan peperiksaan gred 41 ini sebenarnya adalah untuk memenuhi tuntutan acara tahunan. Maaf sekiranya info ini tidak sahih tetapi memang benar ianya ku peroleh dari pergaulan sepanjang menunggu giliran temuduga jawatan PTD beberapa tahun lepas.

Perjalan dari rumah keluarga ku di Taman Seri Serdang ke UPM sepatutnya mengambil masa kurang dari 8 min dan akan mungkin 5 min jika ditolak lampu isyarat yang ada disepanjang jalan. Tetapi, pagi itu keadaan berbeza kerana dalam hujan gerimis, kereta ku masih dihadapan Masjid UPM pada jam 8:40 am walaupun keluar dari rumah jam 8:15 am. Melihatkan keadaan kesesakan luar biasa tu, ku ambil keputusan untuk mengambil jalan lain tapi malangnya, keadaan tadi telah menyebabkan kesesakan sepanjang dari simpang tol UPM hingga ke Mines Shopping dan mungkin panjang lagi. Peperiksaan bermula jam 9:00 am dan 8:55 am, ku berangkat dengan motor walaupun hujan renyai tadi semakin nak lebat. Motor ku yang tak berapa laju ini mengambil masa dalam 5-6 min untuk sampai ke Dewan MAEPS dimana ku lihat masih ramai calon yang tersangkut dalam kesesakan dan ada juga terpaksa meninggalkan kereta dan berjalan sejauh mungkin 1-2 KM untuk ke dewan. Puncanya, tiada kawan di simpang masuk ke pintu MAEPS dan kereta tersekat dari kesemua arah.

Dengan keadaan yang huru hara, jadual perjalanan perperiksaan juga telah terlewat selama 1 jam. Kami juga terpaksa mengerah segala kelajuan yang boleh dalam memenuhi tuntutan keadaan. Apapun, segalanya berjalan lancar, tiada calon yang mengamuk membakar kerusi atau meja, dan calon yang sampai ke dewan lewat 1-2 jam masih punya peluang untuk menghabiskan kesemua kertas ujian dalam keadaan kesejukan [ku yang sejuk sebenarnya]. Cuma satu yang tak best, waktu rehat tengahari juga terpaksa dipendekkan kerana tidak cukup masa. Dengan itu, ku hanya sempat melayan RM2 keropok leko dan segelas air asam boi buat pengalas perut sambil berborak bersama Siti Zahirah [staff p2i kenal aa dia ni...!!] yang singgah kerana terserempak ku yang sedang khuyuk makan sambil memerhatikan orang orang yang ramai [lebih specific: gadis gadis]... ekekeke

Apa lagi nak cerita..?? takde dah... Pada yang hadir peperiksaan sabtu lepas, semoga anda berjaya, kepada yang tak berjaya, sila daftar lagi...

No comments:

Post a Comment

You may leave your wise comments here... Thanks