Pages

Tuesday, March 19

Akak Bagi Sepuluh Sepuluh Tadi


Sebuah kereta buatan Jepun telah tersedia diletakkan bersebelahan pam ketika kereta ku menyusur masuk ke dalam sebuah sebuah stesen minyak. Seperti rutin membeli petrol, ku perlu pergi ke kaunter untuk membuat bayaran terlebih dahulu. Perempuan yang ku rasakan pemilik kenderaan Jepun tadi telah selesai urusan di kaunter dan menuju kearah keretanya ketika ku baru menutup pintu kereta ku.

Seperti yang telah kerap ditunjukkan contoh didalam media elektronik, ku memulakan bahasa lembut dengan senyuman.

"Saya mahu minyak RM30 pam 5 yea kak", seru ku sopan.

Kakak penjaga kaunter menunjuk-nunjukkan jari ke paparan monitor sambil mengira-ngira wang baki.

"Ini bakinya yea dik", balas kakak penjaga kaunter.

Selesai berurusan dikaunter bayaran, ku terpandang perempuan pemilik kereta Jepun tadi melambai-lambaikan tangan ke arah kaunter. Seraya, seorang attendant keluar untuk memeriksakan keadaan.

"Saya bayar tadi RM40, kenapa minyak ni saya dapat RM20 je", ujar perempuan kereta Jepun kepada attendant stesen tadi sambil jari menunjuk-nunjuk kearah meter pam.

Dengan sedikit nada tinggi, perempuan kereta Jepun tadi meneruskan bicara seperti mengomel yang tidak dapat ku pastikan butirannya.

"Tapi kak, akan cuma beri RM20 sahaja pada kawan saya tadi", terang attendant tadi dengan berhemah. Sikap begini yang kita perlukan jika berkhidmat dalam industri perkhidmatan.

"Saya disebelah dia pun sendiri nampak tadi", sambung attendant tadi untuk menguatkan hujan.

"Mana boleh", riak perempuan kereta Jepun tadi seakan hampir marah tetapi dapat dikawal.

"Kan saya bagi tadi sepuluh sepuluh", ujar perempuan kereta Jepun dengan yakin.

Keadaan seperti terdiam. Barangkali attendant stesen minyak tadi sedikit terkejut. Perempuan kereta Jepun tadi sudah mula membuka pintu depan keretanya sambil mencari cari sesuatu. Barangkali mencari beg duit demi mengira semula baki wang yang ada.

Seraya perempuan kereta Jepun itu mengeluarkan kepala, attendant tadi membuka suara.

"Kak.. kakak bagi sepuluh sepuluh bukan ke jumlahnya RM20??", soal attendant tadi sambil tangan menggayakan isyarat 'peace' tanda dua.

Kakak kereta Jepun seperti terpana. Riak muka terkejut amat ketara kelihatan. Sambil tangan kanannya memegang dada,

"Eh!! yealah. Akak silaplah ni?", akui perempuan kereta Jepun.

"Dik, akak minta maaf yea.. maaf yea", ujar perempuan kereta Jepun beberapa kali sambil tangan menunjukkan 'high five' pada attendant tadi. Enjin kereta Jepun tadi dihidupkan dipandu berhati hati keluar dari stesen dan attendant tadi masuk semula ke dalam sambil tersenyum.

Ku yang sudah selesai mengepam minyak, masuk kedalam kereta. Isteri ku yang dari tadi perasan tingkahlaku ku di luar bertanya, "Dengar ke?".

"Dengar, jelas", ujar ku sambil tangan memusingkan kunci enjin.

"Pasal apa tadi?", tanya isteri ku untuk mendapatkan cerita.

Jika anda semua mahu tahu apa yang ku ceritakan pada isteri ku selepas itu, sila scroll ke atas dan mula membaca dari perenggan pertama.




Read More! and Comments