Yaa.. itu yang telah ku fikirkan takkala menonton siaran langsung Piala FA di stadium TV1 [separuh masa pertama] dan kemudian tukar venue ke stadium arena pada separuh masa kedua.
ku rasa perlawanan seimbang, walau separuh masa pertama, Negeri Sembilan bermain secara long ball ["bola terus" kata Haji Hasbulah Awang] dan hantaran pendek digunakan pasukan Kedah bagi memperlihatkan serangan yang tersusun.
Separuh masa kedua, perlawanan berubah menjadi laju. Tapi masih kurang mantap dari kedua pasukan. Masih tiada build up dibuat yang diakui mampu membikin emosi lawan terganggu, memerangkap pertahanan pihak lawan dengan larian atau sekurang kurangnya melalaikan pemain lawan dengan hantaran build up dari tengah. Peluang yang terhidang yang sekali sekali datang juga tidak dimanfaatkan dan 90 min perlawanan masih mampu membuatkan ku tidak menukar channel ke EPL. 30 min masa tambahan memang sudah diduga apa yang berlaku. Keletihan pasti terserlah walaupun ada antara pemain Negeri Sembilan yang kelihatan punya tenaga atau berhabisan mencipta peluang agar permainan tidak berterusan ke sepakan penalti.
jadi,
Kenapa Negeri Sembilan menang...??
Sebab keeper... Keeper Negeri Sembilan ni kecil atau dia pakai kit saiz besar, seious, memang itu yang ku fikirkan pada masa tu. Badan pun macam budak sekolah menengah je...!! walaupun keeper ini punya positioning yang meragukan, beliau tetap bermain cemerlang dalam usaha membantu pasukan dari terbolos dari asakan pemain Kedah yang ku kira lebih bahaya dari Negeri Sembilan. Gol pertama Kedah pun terbolos kerana keeper sudah keluar dari garisan gol dan dengan sedikit lambungan, keeper yang berbadan kecil ni memang terus gagal untuk menampan bola dari masuk ke gawang.
Kenapa Kedah kalah...??
Kerana keeper Kedah sibuk nak ambil penalti...
//Tahniah kepada Wan Jamak Hassan dan pemain Negeri Sembilan, dan cuba lagi tahun hadapan kepada Haji Ahmad Yusof dan pemain kedah. Masih ada lagi peluang dipertandingan Liga dan Piala Malaysia. Itu pun jika anda mampu untuk menyekat kemaraan Selangor laaa...!!
hahaha keeper tu terer.
ReplyDelete