Pages

Monday, May 10

Kapasitor.net

Ku sekarang cam sibuk sibuk kat satu lama bernama kapasitor.net. Apa yang ada disana, banyak bahan bacaan yang menarik sehingga membuatkan ku terlupa tentang posting terbaru untuk blog ini disamping mengurangkan terus keterujaan ku kepada facebook yang telah sekian lama beraja dihati. Bukan apa, facebook hanya boleh di 'access' di rumah [firewall opis tidak mengizinkan kami melayari IP nya] sedang kapasitor.net boleh di layari bila bila yang ku suka...!!

bagi yang masih belum tahu tentang lama ini, boleh click pada kapasitor.net. Kiranya anda punya karya yang mungkin tersimpan sekian lama dalam buku nota atau diari, mungkin disana tempat yang sesuai untuk anda pamerkan buah fikiran anda itu... selamat membaca dan berkarya...!!

//ini salah satu bahan yang telah ku sumbangkan di sana.

aku bukan siapa siapa...

Ini bukan puisi serius,
Bukan mengkritik bukan jenaka,
Mungkin layak yang sedang sahaja,
Sebagai cabaran ahli,
Cuba menghantar pertama kali.
Assalamualaikum,
salam sejahtera,
Sebagai pemula bicara,
Dari aku yang bukan istimewa.

Aku bukanlah mahir dalam penulisan,
Mampu berkias dua makna,
Berbunga bunga mengarap cerita.
Bukan juga penglipur lara,
Yang tidak pernah henti bercerita,
Mencipta adrenalin merentas masa,
Mencatat pengalaman menyampai pengajaran,
Mengambar keindahan kehebatan alam,
Gambaran alam suka dan duka.

Aku tidak juga mahir melukis,
Berkawan, bermain dengan tona warna,
Menyatu asas, sekunder dan premier,
Mencatat, menggambar segala peristiwa.
Lakaran sebagai medium bercerita,
Potret, contengan, abstrak penuh tanda tanya,
Memberi sentuhan intepretasi akal dan rasa,
Bersenjatakan strok dan berus sakti,
Jari magis memukau dunia.

Juga aku tidak mahir bersyair,
Tidak juga mahir bersajak,
Mahupun bergelar seorang menyanyi,
Aku bangga tersumbang suara,
Pernah dahulu, itu cerita lama.
Bukan pengalun bait puisi,
Terkadang lembut,
Terkadang terasa kerasnya,
Agar ia diterima dengan penuh makna,
Menjadi penyeri pengubat lara,
Menanam unggul jati diri serta membakar semangat jiwa.

Bertemakan kau kapasitor, aku LEDnya,
Aku disini usah ditanya,
Hanya pasrah mengotakan janji,
Salah silap harap dibetulkan,
Tulisan ini sekadar suka suka,
Kerana aku bukan siapa siapa...

3 comments:

  1. nampak mcm tak berbunga tapi berbunga sebenarnya :P
    dh lama tinggalkan bidang ni..dulu selalu hantar puisi ke utusan/mingguan malaysia...cerita lama masa sekolah menengah.

    ReplyDelete
  2. kalau lu nak tau...si jojo ni memang aku respek...dulu masa kat mmu dia sempoi gila...sampai skang pun kalo jumpa dia still merendah diri...eh lu tau ke jojo ni sapa ??

    ReplyDelete
  3. tak pernah jumpa diorang lagi... insyaAllah, kalau ada activity yang suit dengan jadual kerja, jumpa dan berkenalan aa kut...

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks