Pages

Saturday, May 22

Pac Man... Mari Makan Raksasa Hantu...!!



Malam tadi, anak ku ada beritau;

"Ayah, tengok ni... hitam... ni... sini... tengok..!!"

Ku yang sedang enak enak berbaring di atas tilam sambil melayan PSP hanya menjawab...

"Yea.. yea... haaa... nampak"

Walaupun sebenarnya bukan nampak sangat kerana kedudukan screen laptop yang sedikit keatas. apa yang ku nampak hanyalah satu petak hitam di atas interface screen google yang keluar takkala anak ku membuka firefox browser.

Sehingga pagi ini, baru ku perasan, oh!! anak ku memang cuba memberitahu ku tentang ini tapi dia tidak tau bagaimana meng'expresi'kan kenyataan yang perlu dia beri kecuali "Ayah, tengok ni... hitam... ni... sini... tengok..!!"

Google sedang meraikan ulang tahun ke 30 permainan Pac Man yang sangat popular satu ketika dahulu. Ini dapat dilihat pada logo Google yang direka di pada permainan Pac Man yang terdapat di sini.

Ku sedang menghabiskan sedikit masa terluang bermain dengan permainan interaktif ini.

Mari, kita bersama makan kacang dan makan raksasa hantu...!!

2 comments:

  1. nk mkn yg mana 1 ni..kacang ke raksasa hantu? hehe

    ReplyDelete
  2. aku minat giler pacman nih! =)

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks