Seperti yang ku sudah jangkakan, pasukan badminton Malaysia akan gagal dalam usaha memenangi perlawanan separuh akhir kejohanan Piala Thomas 2010 tadi walaupun mempunyai sedikit kelebihan digelanggang sendiri. Ia adalah dari analisa yang ku buat dari perlawanan pertama yang menunjukkan pasukan kita tidak ada satu "WOW" faktor yang boleh membawa kepada kejayaan.
Sebelum kejohanan bermula, ku ada terbaca laporan akhbar yang menemuramah pemain perseorangan badminton dari Indonesia, Taufik Hidayat yang menyebut;
"Malaysia hanya ada Chong Wei tetapi tidak mempunyai barisan skuad yang seimbang dan kemungkinan kami mendahului mereka secara 51-49 peratus"
Bernama
Selaku rakyat dan penyokong pasukan Malaysia, pastinya kenyataan itu membuatkan ku berbulu tetapi sebaliknya, kenyataan itu sememangnya menjadi kenyataan dan realistik. Mengapa ku katakan begitu?
Sebagai antara pemegang status pasukan elit dalam arena badminton dunia, pasukan kita tidak sepatutnya terlalu "struggled" dalam perlawanan peringkat pertama kumpulan yang memperlihatkan kita kalah pada pasukan Japan dan kita mungkin nyaris mendapat "upset" sekiranya pasukan Nigeria tiba ke Kuala Lumpur pada masa yang sepatutnya. Pasukan Japan telah menunjukkan peningkatan yang ketara dan tidak mustahil mereka mampu mengatasi pemain pasukan Malaysia tidak lama lagi sekiranya pemain Malaysia masih berasa selesa pada tahap mereka sekarang.
Kita boleh lihat pada sukan lain juga. Bagaimana bola sepak Japan yang hanya memerlukan 2 musim liga professional untuk mereka layak ke pertandingan piala dunia sedang kita sudah professional lebih lama dari mereka. Kita perlu belajar dari situ...
Jika kita mahu merampas kejuaraan, kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 orang Lin Dan berada dalam pasukan. Semangat sahaja tidak mencukupi jika keupayaan tidak mencapai standard yang sepatutnya. Jadi ayuh!! kita berusaha lagi. Pemain juga perlu meningkatkan permainnan kerana anda yang bermain dan pengurusan, hantarlah pemain ke pertandingan berstatus besar untuk mereka menimba pengalaman kerana terlalu banyak latihan akan membuatkan pemain tepu...
No comments:
Post a Comment
You may leave your wise comments here... Thanks