Pages

Showing posts with label Kapasitor. Show all posts
Showing posts with label Kapasitor. Show all posts

Monday, May 31

Youth 2010

Itu hari ku telah merajinkan diri menghadirkan diri ke event yang dihadiri ramai budak budak muda dan remaja iaitu, Youth 2010 di PWTC. Reason, sebab nak beri sokongan kepada rakan se pejabat yang telah selamat membuat persembahan bacaan puisi di sana. Persembahan itu bagi mewakili laman sosial Kapasitor.net. Dan pada masa yang sama, ku juga ingin berjumpa dan berkenalan lebih dekat dengan mereka yang hanya sebelumnya ku kenali melalui ID samaran sahaja.

Persembahan jam 1:30 pm dan perjalanan dari SS27 Shah Alam ke PWTC yang sepatutnya mengambil masa hanya 30min menjadi 70min gara gara kesesakan luar biasa yang sepatutnya berlaku hanya pada hari bekerja sahaja. Oh!! rupanya sebab musababnya adalah kerana kemalangan yang melibatkan satu lori kontena telah merempuh sebuah hentian bas di kawasan Sungai Way. Ku jumpa image kemalangan kat sini. Elok lepas je dari kawasan kejadian, jalan raya sepi dan kereta bergerak laju seperti yang sepatutnya.



Oleh kerana ku datang kesana dengan imej yang tidak kelihatan seperti remaja, ku muda lagi, ramai exhibitor tidak berani menawarkan apa yang booth mereka tawarkan kepada ku. Dan satu lagi, Hampeh tul masuk kena bayar RM5. Menyesal tak register untuk free ticket... tapi memang tak register awal pasal tak confirm pergi. Berikut senarai yang ku peroleh sepanjang ku berada disana [barang free dan freebies];

- Air kotak cap Dutch Lady [ku ambil masa 0.05 saat je untuk habiskan]
- Paper Varsity yang ku lipat lipat dan tak baca
- Pamplet minyak lintah [ku gagah lagi siot]
- Dan beberapa lagi pamplet yang ku tak minat nak baca

perkara yang paling best, ku telah dengan tak malunya willing to take a survey question semata mata nak bawa balik sekotak pen+thumbdrive yang tak tau boleh digunakan atau tidak. Ini minta tak, bukan amoi tu panggil buat survey. Semua ini adalah kerana Halim, kalau dia tak tunjuk, takdenya ku nak terhegeh-hegeh...

Apa lagi yea... tentang aktiviti yang ada disana, baik korang baca je kat website diorang. Banyak sangat yang nak di copy nanti, lagipun, memang ku tak pergi ke semua bahagian. Perkara paling menarik sepanjang disana adalah hang out dengan rakan rakan baru.

Persembahan ahli berjaya walaupun terlewat hampir 35 min. Ia bukan kerana ahli ahli kapasitor sampai lewat kerana kesesakan luar biasa akibat kemalangan tetapi ianya disebabkan oleh over run presentation dari kelab kelab yang membuat persembahan sebelumnya.


Gelang tangan macam masuk taman air, cop macam masuk pusat hiburan malam


Adrenalin meningkat


Pentas Battle of The Band


Teknik apa tah namanya nih..!!


Ben sebagai pembuka acara

Ben, Syud dan lagu Yuna... [ku upload kemudian]


Jojo dengan ucapan aluan dan pengenalan Kapasitor.net


Kurusawa dengan rock sekali... [wartawan NSTP panggil interview lepas persembahan... syabas!!]


Macam hari keluarga P2i kan...


Album [full 10 songs] yang ku masih belum dengar lagi... Siap autograph Rizzy lagi tu gua dapat...

Ku balik 45min selepas persembahan.

[Ayat pun dah macam ayat remaja huru hara]
[Azwan, ku dah jumpa Jojo...!!]

Read More! and Comments

Monday, May 10

Kapasitor.net

Ku sekarang cam sibuk sibuk kat satu lama bernama kapasitor.net. Apa yang ada disana, banyak bahan bacaan yang menarik sehingga membuatkan ku terlupa tentang posting terbaru untuk blog ini disamping mengurangkan terus keterujaan ku kepada facebook yang telah sekian lama beraja dihati. Bukan apa, facebook hanya boleh di 'access' di rumah [firewall opis tidak mengizinkan kami melayari IP nya] sedang kapasitor.net boleh di layari bila bila yang ku suka...!!

bagi yang masih belum tahu tentang lama ini, boleh click pada kapasitor.net. Kiranya anda punya karya yang mungkin tersimpan sekian lama dalam buku nota atau diari, mungkin disana tempat yang sesuai untuk anda pamerkan buah fikiran anda itu... selamat membaca dan berkarya...!!

//ini salah satu bahan yang telah ku sumbangkan di sana.

aku bukan siapa siapa...

Ini bukan puisi serius,
Bukan mengkritik bukan jenaka,
Mungkin layak yang sedang sahaja,
Sebagai cabaran ahli,
Cuba menghantar pertama kali.
Assalamualaikum,
salam sejahtera,
Sebagai pemula bicara,
Dari aku yang bukan istimewa.

Aku bukanlah mahir dalam penulisan,
Mampu berkias dua makna,
Berbunga bunga mengarap cerita.
Bukan juga penglipur lara,
Yang tidak pernah henti bercerita,
Mencipta adrenalin merentas masa,
Mencatat pengalaman menyampai pengajaran,
Mengambar keindahan kehebatan alam,
Gambaran alam suka dan duka.

Aku tidak juga mahir melukis,
Berkawan, bermain dengan tona warna,
Menyatu asas, sekunder dan premier,
Mencatat, menggambar segala peristiwa.
Lakaran sebagai medium bercerita,
Potret, contengan, abstrak penuh tanda tanya,
Memberi sentuhan intepretasi akal dan rasa,
Bersenjatakan strok dan berus sakti,
Jari magis memukau dunia.

Juga aku tidak mahir bersyair,
Tidak juga mahir bersajak,
Mahupun bergelar seorang menyanyi,
Aku bangga tersumbang suara,
Pernah dahulu, itu cerita lama.
Bukan pengalun bait puisi,
Terkadang lembut,
Terkadang terasa kerasnya,
Agar ia diterima dengan penuh makna,
Menjadi penyeri pengubat lara,
Menanam unggul jati diri serta membakar semangat jiwa.

Bertemakan kau kapasitor, aku LEDnya,
Aku disini usah ditanya,
Hanya pasrah mengotakan janji,
Salah silap harap dibetulkan,
Tulisan ini sekadar suka suka,
Kerana aku bukan siapa siapa...

Read More! and Comments