Pages

Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Monday, September 5

Cars 2 [2011] - Penuh Aksi


>>Ini poster untuk tayangan 3D

Seperti yang telah ku janjikan pada Amir beberapa bulan yang lalu [selepas kami bawa dia masuk panggung tonton Kungfu Panda 2], Ahad lepas kami masuk lagi panggung TGV The Mines untuk Animasi terbaru dari Pixar, Cars 2.


>>Punyalah semangat, pintu The Mines belum buka, kami dah sampai.

Tidak seperti bahagian pertama dahulu, penceritaan kali ini lebih tertumpu pada karekter Sir Tow Mater berbanding watak utama bahagian pertama, Lightning McQueen yang sibuk dicabar Francesco Bernoulli tentang, siapa lebih hebat. Tapi adat cerita Hollywood, pelakon utama [atau watak baik] mesti last nanti menang punya..!!

Setiap karekter punya identiti sendiri. Watak Mater yang kelam kabut, alang bodoh serta perangai yang huru hara disesuaikan bersama jalan cerita dengan baik. Antara plot yang lawak adalah bila mana Mater menganggap wasabi adalah aiskrim Japan.

Cars 2 juga menyajikan aksi hampir keseluruhan masa tayangan. Pembukaan Finn McMissile yang ala ala James Bond [memang terinspirasi dari itu rasanya] bikin ku terpukau. Terpukau kerana kebijaksanaan dan gadget yang McMissile yang tak masuk akal.

Tapi akhirnya, Mater lebih bijaksana dari McMissile.. hehe!! Sebab apa? sebab Mater yang menyelesaikan kes Allinol Oil dengan selamba sahaja. Jika korang pernah tonton Detektif Conan, ala ala macam itulah Mater selesaikan persoalan tentang kes dalam filem ini.


>>Sarapan popcorn dahulu sebelum tayangan.

Pada mula sebelum kami ke panggung, ku ada juga terbaca satu kolum akhbar tempatan yang menulis tentang ketidak sesuaian filem ini untuk tontonan kanak kanak kerana terlalu banyak adegan tembak menembak senjata serta lawan by hand [Mater terel karate]. Ku agak rasa sceptical dan bila dah tonton, 'persetankan artikel itu'.

Kalau tak mahu bagi anak tonton adegan lawan atau tembak tembak, jangan bawa anak tonton wayang, pergi kedai video, beli dvd 'Lat' ke, tak pun vcd 'Sesame Street' atau 'Barney'.

Read More! and Comments

Sunday, July 17

Korean Drama [Historic] - 60 Episodes of "Dong Yi"



Ku baru siap habis tonton 60 episod untuk drama ini. Ia tidaklah sehebat graphic hollywood mahupun se'mudah drama melayu, tetapi ia punya penceritaan yang boleh buat ku tak tidur malam kerana ketagih untuk menyambung tontonan. Kesan yang hebat ini memungkinkan drama ini memenangi anugerah drama Korea terbaik 2010

disamping memenangi anugerah utama kategori pelakon. Boleh baca sini.

Set during the reign of King Sukjong in the Joseon dynasty, the story focuses on Dong Yi, a water maid who gains the trust of Queen Inhyeon and later the favour of the king when he is moved by her prayers for the health of the Queen during the court disputes caused by Jang Hee Bin. Dong Yi becomes a concubine with the rank of sook-bin and bears a son who will later become the 21st king of Joseon, Yeongjo.

Cerita sedikit.

Ceritanya berkisar tentang pada zaman pemerintahan Raja Sukjong yang Raja ke-19 Dinasti Joseon - tahun 1683-1724. Cerita ini juga lebih memfokuskkan tentang kehidupan Choi Dong Yi yang dari golongan rendah [lowborns] sehingga menjadi Royal Noble dan melahirkan seorang anak lelaki yang kemudiannya menjadi raja Joseon yang ke-21.

Cerita ini bermula apabila Dong Yi kehilangan ayahnya (Choi Hyo Won) dan abangnya (Choi Dong Ju) setelah diperangkap atas kesalahan yang tidak pernah mereka lakukan. Ayahnya adalah ketua organisasi bagi golongan rendah yang bertindak melindung dan mencari keadilan dari salah laku golongan atasan [bangsawan].

Dong Yi mendapat petunjuk tentang penglibatan orang bangsawan atas kematian ayahnya dan beberapa pembesar istana. Petunjuk itu datang dari seorang Court Lady yang dia pernah jumpa ketika melarikan diri dari buruan Chief Suh [ketua polis yang tegas]. Untuk itu, DOng yi mengambil keputusan untuk tinggal didalam istana, dalam Biro Muzik sebagai hamba.

Dong Yi mempunyai sifat rajin, pintar, berani, ingin tahu, kadang-kadang degil tetapi sentiasa cuba yang terbaik untuk membantu lain. Dari situ, Dong Yi bertemu dengan Raja Sukjong semasa menyiasat tentang plot membuang Lady Jang [Court Lady] dari istana. Masa mereka berjumpa ni memang kelakar kerana Dong Yi tidak mengetahui, lelaki yang mengaku sebagai pegawai penyiasat yang dia jumpa itu adalah Raja Joseon ke-19.

Kemudian banyak lagi plot menarik yang bakal buat penonton melekat ingin menyambung episod demi episod. Dari Lady Investigator, Dong Yi dinaikkan taraf jawatan satu demi satu oleh Raja SukJong bukan kerana Raja jatuh cinta pada DOng Yi, tetapi kerana sifat-sifat Dong Yi yang disebut diatas.

Cukup aa tu, ku memang berpuas hati dengan drama ini, 60 jam masa tidur yang dihabiskan rasa tidak sia-sia [walau hakikatnya, macam sia-sia buang masa]. Tonton aa kalau nak tau perasaan sebenar.

Itu belum dengan lagu soundtrack nya lagi, buat ku rindu untuk tonton semula. Mungkin sebab rindu juga, kawan kawan ku yang lain dah masuk 2nd round tonton drama ini tanpa jemu.

Trailer ambil dari youtube


Mana nak tonton, boleh stream [cari sendiri, mysoju pun boleh korang cuba], download atau datang jumpa ku dan sediakan sekurang-kurangnya 42GB storage harddisk untuk episod lengkap.

Sekian.

Credit pada Jamil [introducer] dan Quek [copy kan untuk ku]

Read More! and Comments

Monday, May 30

Inner Peace..

"Inner Peace" adalah tagline bagi filem terbaru Kung Fu Panda 2.

"Inner Peace"

Ahh.. takleh lupa aa betapa terhiburnya kami dan penonton lain takkala menonton filem ni pada ahad lepas. Terhibur maknanya puas aa menonton dan terlaksanan jugalah hajat ku membawa Amir menonton wayang untuk memberikan dia pengalaman pertama menonton TV besar [itu yang ku beritahu dia sebelum kami masuk panggung].


Muka boring bila disuruh posing...

Ada lagi kosong, tapi row depan je.. huh!! "jam satu?". Ada, sama juga, tinggal row depan dan belakang depan.. demm.. tinggal row A dan B. Memandangkan kami sudah berada di Mines Shopping Mall dan masa sudah 1050, ku ambil keputusan untuk masuk panggung jam 1100. tapi duduk row A, kalau kat Istana Budaya, row A adalah untuk VIP tapi kalau TGV, row A adalah kerusi yang paling.. paling.. paling.. orang nak elak.

Jika bahagian pertama dulu, bagaimana kita lihat process Po belajar kung fu setelah terpilih sebagai Dragon Warrior secara tak sengaja [sebab dia masuk gelanggang secara terbang beserta apa... ok, korang pegi tengok yang bahagian satu dulu].

Untuk bahagian dua ini, Po sudah memang dikira tahap legend dah. Ada dua subject yang diceritakan dalam filem ini iaitu tentang asal usul Po dan misi menyelamat dan mengalahkan Lord Shen [burung merak yang banyak pisau] yang bercita cita menakluk dunia dengan penciptaan senjata baru yang dikatakan mampu melenyapkan kuasa kung fu.

Dari segi graphic, memang tidak dapat dinafikan sangat terbaik, malah ku perasan ada satu scene, pemandangan laut, air laut dan kapal, biasan matahari, dan bandar keluahatan seperti real.. mereka memang advance habis. Adlib kelakar memang sentiasa ada, dan kebiasaan unsur kelakar itu biasanya berkenaan kelemahan yang ada pada Po.

"mmm, my old enemy... stairs!!" [kat part ni korang mesti ketawa punya...]

Satu lagi yang best adalah masa bab lawan. Memandangkan ku duduk di row A, untuk adegan lawan close up, ku dak dapat nak tangkap detail. Tapi, martial arts choreography memang terbaik. Yaa.. Terbaik lagi. Setiap character punya power moves dan bila mereka berkolabor, tiada musuh yang setanding mereka. Cilakak, emo lak ku rasa penulisan ni.

Pergi je aa korang tengok sendiri.

Cuma, pada mereka yang nak tonton bersama rakan kuliah, rakan kerja atau berdua dengan isteri, atau berdua berdating, tolong aa ambil tayangan antara petang dan malam, bagi aaa seat korang untuk mak ayah yang datang bawa anak anak, kesian dowh, kesian kat anak anak, mak ayah dah janji, bangun awal pagi, sampai panggung, tiket tayangan pagi dan tengahari dah habis.

Selamat menonton..

Read More! and Comments

Thursday, March 10

March 10, Hikayat Merong Mahawangsa... Terbaik Dowh...

"OK.. ni sapa nak cuti esok ni..?" soal bos pada barisan pekerjanya.

"Bos. kalau takde orang nak amik, biar ku ambil je aa cuti esok", balas ku yang memang biasa membahasakan diri ku dengan aku dengan bos. hehe.

Hantar borang cuti dan yahuu..

Hari ini, rutin biasa menerjah. hantar Amir ke sekolah lalu balik ke rumah untuk bersiap. Ku yang mengambil cuti semalam telah bersetju untuk celebrate hari lahir Shima pada hari ini [March, 10]..

Selamat Menyambut Hari Lahir. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Kami plan terus ke TGV The Mines untuk grabbed tiket 1st screening movie Merong Mahawangsa. OK.. Sila korang yang baca ni pergi ke panggung. Jika ramai lagi producer yang berani buat movie macam ni, korang producer memang boleh kaya aaa...


Show jam 11:20am. [HMM = Hikayat Merong Mahawangsa]

Ku takde aa nak review ke apa tentang movie ni, ku masih dalam situasi speechless selepas menonton. Memang bukan seperti movie Melayu yang sceptical, jauh lagi stereotype. Ah.. terima kasih KRU Group.

Watak paling ku suka adalah watak 'Kemawas'. Gila Khir Rahman memang lanun habis. Memang muka dia muka jahat aaa.. Watak lain pun semua sama kuat, tiada yang lebih tiada yang terkurang dalam pembentukan plot yang ku rasa bertunjangkan pada petikan pantun [tak ingat laa..] yang disampaikan oleh ibu Merong pada satu masa dia kecil..

Jadi, berbaloi aah kalau ke panggung menonton movie macam ni...


Ini antara sebab kenapa kami ambil 1st screening pada hari pertama tayangan.


Lengang sahaja pintu masuk.

Read More! and Comments

Sunday, November 21

Pamela pulak... Macam macamlah Uncle Jusmate ni...!??





KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.

"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan saya memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti.

Terima kasih RONI HIDAYAT RIDWAN



Kelakar sungguh ku rasakan bila membaca artikel seperti diatas. Selepas kecoh dengan statement 40 juta pecah panggungnya, ini kali keluar pulak cerita nak hire Pamela Anderson jadi pelakon utama dalam movie baru dia tahun depan.

Mengikut artikel, jalan cerita berkenaan seorang wanita yang stranded di sebuah pulau. Amacam, ada ala-ala survivalkah? Adakah sepanjang durasi cerita, watak utama akan berpakaian menjolok mata [ini pasti menarik penonton muda untuk ke panggung]..!? Adakah akan ada scene "hot" di dalam bot lakonan Pamela dan Tommy seperti yang pernah satu ketika dulu ku tonton...!! Astagfirullah...!! Ku memang tak nafi, banyak telah melakukan perkara-perkara yang mungkar...!!

Ku suspect ini salah satu gimik cara mempromosi diri ni.. Tiada satu pun producer filem dalam Malaysia ni sanggup menghabiskan wang demi membayar seorang pelakon luar yang mana hasil pulangan dari filem itu nanti belum tentu melebihi kos produksi...!!

Macam-macam aaa sekarang ni...!! Datuk Dr. Rozmey dan AC Mizal boleh jadi celeb paling hot tahun ini. Hot dengan kontroversi yang tak masuk akal..

Datuk Dr. Rozmey dengan 40 jutanya, AC Mizal [tak lama kena panggil Datuk AC] pula dengan gelang ajaibnya...




Read More! and Comments

Saturday, November 20

Lagu.. Movie.. Lagu.. Movie.. Eh!! Malam ni Shoot Award...

Sementara ku sedang tak rajin ni, nah!! Baca je aaa posting ku yang paling simple ni.

Mula-Mula ingatkan nak buat posting tentang Movie "RM40 juta" 2 Alam terbitan jutawan Jusmate5, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din, tapi ku belum pergi panggung lagi. Masuk ni dah 2 hari tayangan.. Harapannya, kutipan dalam 2 hari ni mencecah angka RM5,714,286 (dibundarkan). Jika angka ini consistent, fantasi kutipan RM40 juta pecah panggung Dr. Rozmey akan menjadi kenyataan selepas tamat tempoh wajib tayang 14 hari.

//Kenapa ek!!?? movie hebat 2 Alam tak terpilih ke masuk Shout Award?



Berbalik pada tujuan posting. Berikut adalah senarai 5 lagu dalam playlist October-November 2010 yang kerap ku dengar.

Artis - Lagu

Gary Moore - Parisienne Walkways
Intro lead lagu ni je dah boleh bikin ku meleleh dan nangis depan workstation...

Bittersweet - 1234
Catchy, macam lagu Mambo #5, tapi ini versi sisi lain dari Bittersweet yang memang seronok didengar. Boleh tune ke XFM kalau nak dengar lagu ni, stesen lain tak sure ada atau tak...

Filianti Vlee - Bila Cinta
Lama dah dengar lagu ni tapi tak tau sapa nyanyi. Ku memang tak pernah tonton movie Legenda Budak Setan tapi confirm pernah baca novelnya masa zaman sekolah dulu. Apapun, melodi lagu ni semacam...

6ixth Sense - Menyesal
Ini semua gara-gara drama bersiri Asmara. Kalau ku tak layan mini siri ni, confirm tak layan sampai serious... ekeke

Maher Zain - For The Rest Of My Life
Sangat tersentuh dengan lirik yang ku suspect ditujukan khas untuk isteri beliau... Ok!! mungkin tak lama ku akan dedicate lagu ni pada isteri ku pula... "to the end of my time, I be loving you"

Terima kasih laaa... anda yang membaca ni pasti ada list sendiri...!!



Read More! and Comments

Saturday, October 30

Nasi Lemak Mu Berapa Posen...??

Banyak yang telah ku baca tentang perkembangan filem dalam negara. Kebanyakan yang ku baca adalah komen yang datang dari penonton dan terlalu sedikit yang ku baca komen datang dari pengusaha atau orang orang yang berada dalam industri filem kita.

Oh yea...!! Adalah beberapa kolum dalam surat kabar yang ku sempat jeling jeling, banyak komen dari mereka dalam industri yang mengatakan, "industri filem kita semakin berkembang"

WTF..!!?



Bagaimana mereka boleh kata berkembang jika tahun lepas, contoh; 30 filem yang dikeluarkan, 25 filem adalah berkisar tentang genre hantu..?? Hanya beberapa produksi sahaja yang mengamalkan konsep berani mati dengan mengeluarkan filem yang bercorak lain dari filem hantu... Filem yang konon akan meraih 40 juta kutipan tiket yang masih tak tayang tayang lagi pun adalah ber genre hantu...!! Cilakak... 40 juta angka kutipan dengan yakin diberikan produser yang juga jutawan produk perlangsingan badan yang setiap hari keluar muka dalam satu kolum harian metro...!!

Beberapa tahun lepas, bila movie professor Razak meletup, semua mau ikut buat movie macam beliau. Sekarang...? Mereka sudah kering idea...!! Genre hantu sudah basi [nasib aaa filem 40 juta tu...] dan tahun ini, mungkin ada pelbagai genre, cerita superhero pun ada, tapi adoi...!! Satu pun tak membangkitkan nafsu untuk ku turun ke panggung...!!

Yang terbaru, Cuti Cuti Cinta, bunyi cam Cuti Cuti Malaysia. Ku belum lagi menonton filem ini dan mungkin tidak akan berbuat demikian walaupun ia akan keluar di tivi pada tahun hadapan. Sinopsis pun ku takde rasa nak baca tapi ku suspect, ia adalah kesinambungan dari cerita "Lagenda Budak Setan". Mereka masih mengamalkan formula lama, kasi cerita cintan cintan, tambah ada kelakar kelakar sikit baru budak budak masuk panggung dan baru kutipan pulang modal. Adoi...

Magika... Juga ku tak berapa rasa nak tengok walaupun mendapat credit tinggi dari rakan rakan ku yang sudah pergi ke panggung. Mungkin ianya amat berpatutan untuk filem itu diangkat sebagai filem terbaik kerana unsur unsur cerita yang jauh dari kebiasaan [serious ku tak tau camne cerita ni...]


Bilalah filem kita ni nak ada yang berjenis membuatkan penonton "berfikir" bukan "mengelamun". Jika tengok cerita cinta, sure ramai mengelamun... Tidak perlu unsur ganas atau seksual yang penting jalan penceritaan...!!

Dan tolonglah, hindarkan dari menggunakan dialog murahan seperti "Nasi Lemak 50 sen".


Read More! and Comments

Sunday, July 18

Saham Neraka

KEGHAIRAHAN untuk cepat kaya sehingga mencagarkan harta benda yang sedia ternyata membawa padah kepada keluarga Pak Halim.

Ditambah pula dengan sikap tamak haloba menyebabkan kekayaan yang diimpikan akhirnya menjadi bala dan penderitaan yang tidak berkesudahan.
Baca Penuh

Ini cerita semalam dalam slot Cerekarama TV3. Lucu... itu je yang boleh ku katakan selepas selesai cerita jam 12 tengah malam. Jalan cerita tidaklah menarik kerana plot yang kita boleh jangka dari isu yang diperkatakan, tetapi walau ia hampir dapat dijangka, ku tetap menanti bagaimana plot yang seterusnya akan diceritakan dan apa yang akan terjadi pada watak watak dalam cerita itu.



Cerita ini juga memaparkan serba sedikit tentang kesan kesan yang bakal berlaku jika kita tersalah langkah melabur dalam saham saham atau apa jenis MLM yang kabur. Bagaimana keuntungannya hanyalah bersifat sementara.

Realitinya, pada masa sekarang, orang berlumba-lumba mencari pendapatan sampingan atas alasan kenaikan harga minyak dan barang barang serta gaji yang tidak naik-naik sejak 4 tahun lalu [gaji ku sorang je yang dah 4 tahun tak naik...]

Kerana keterdesakan itu, tiada lagi halal haram diambil kira, janji untung. Tidak kiralah jenis yang menindas downline, yang hanya cari 2 kaki mahupun yang kononnya jenis kebajikan, bagi ku ianya sama... tidak betul!!?? Malah ada juga terbaca didalam sesawang dimana mereka sanggup mempertikaikan fatwa ulama bila ulama mengatakan perkara yang mereka lakukan itu salah dan haram. Lagi mereka kutuk, keji ulama itu adalah dan ada juga yang "Ustaz ni siapa?? tak pernah dengan nama pun"... haha, jahil sungguh umat manusia sekarang ini...!!

Jika benar-benar anda mahu memasuki atau melabur dalam mana-mana skim, tolong;

- Selidik latar Syarikat
- Jangan terlalu mudah terpengaruh
- Jangan terlalu tamak

Bio-Spray, Island Red Cafe, Lampe Berger [sekadar menyebut beberapa] antara syarikat pakej MLM yang berjaya mengikis wang orang orang Cina dan Melayu. bagi mereka yang pernah terjebak, munkin mereka tahu. Ia adalah normal bagi satu satu syarikat dimana setelah BOD [Tuan punya syarikat] sudah mencapai target keuntungan yang mereka cari, meraka dengan sewenang-wenangnya meninggalkan syarikat, menutup terus segala operasi atau menukar nama syarikat bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa sebelum mereka datang siasat. Jadi, sila berhati-hati, carilah perniagaan yang lebih memberikan kepuasan, yang penuh keberkatan dan halal.

Bagi mereka yang dah kaya, tahniah usaha anda mendapat ganjarannya, dan bagi mereka yang pernah melalui kerugian, belajarlah dari kesilapan. Duit bukanlah segalanya... Rezeki datang dari Allah. Allah tidak pernah lupa memberi rahmat kepada umat manusia sedangkan manusia selalu lupa untuk berterima kasih kepadaNya...

Read More! and Comments

Monday, April 5

Sepatutnya Posting SGE Berkabolarsi Dengan Pak Samad Menjadi Posting Hari Ini Tapi,

... Ku perlu melihat semula apa yang ditulis kerana apa yang ku tulis nanti adalah ada kena mengena dengan Pak Samad dan ku rasa ia perlu dibuat/di edit dengan sebaik mungkin. Iya lah, siapa laa ku nak menulis tentang beliau. Jadi,

Ku beralih pada tulisan yang lebih santai dan boleh juga dikategorikan sebagai popular. Anugerah Bintang Popular 2009 Berita Harian menjadi tajuk pilihan. Pasti semalam ramai yang menghabiskan masa sebelum tidur menonton acara anugerah bintang popular di tv3. Mungkin ada yang bersetuju dengan pilihan umum ini dan mungkin juga ada yang kurang puas hati kerana majoriti tidak memilih arits yang menjadi pilihan mereka.

Pada awalannya, memang ku tak teringat langsung tentang acara ini, ini kerana, tumpuan ku lebih terarah kepada 'malam ni nak tgk Liverpool' sebab semalamnya dah tengok 'Man Yoo kalah' sehinggalah pada waktu siaran, tv diluar telah terpasang dan acara ini sudah bersedia untuk ditonton oleh keluarga ku. Jadi, terpaksa aaa ku pun layan. Gandingan 2 pengacara semalam memang ok, tak boleh, kerana mereka punya common sense yang cukup tinggi dalam mengawal suasana pentas dan penonton. Tidak dinafikan yang ku sangat terhibur melihat mereka beraksi.

Noorkhiriah telah menyuarakan hati mengatakan beliau tak sangka selama ini punya peminat. Apa yang menghairankan adalah, beliau sepatutnya lebih layak memenangi anugerah palakon tv dimana beliau lebih menyerlah sebagai pelakon berbanding sebagai komedi atau pengundi tidak punya pilihan yang kerana 5 calon dalam kategori itu tidak terserlah kredibiliti komedi mereka.

Tapi yang terpaling humor bila Remy Ishak tergagap hingga terpaksa ucapan beliau di'cover Rosyam Noor yang selepas tu memberitau 'takpe... takpe... abang dah biasa'. Jangan salahkan beliau jika terkedu mungkin terkejut kerana tanpa sangka yang beliau punya ramai peminat. Rosyam Noor juga mempamerkan humornya sekali lagi dengan mencelah dengan membuat tafsiran bahasa melayu atas ucapan kemenangan Tiz Zaqyah. "paham tak?? kepada ibu bapa... blaa... blaa". Ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan kontroversi seperti yang pernah berlaku sebelum ini tentang ucapan bahasa english dari salah seorang pemenang. Kemenangan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah ini pula mungkin boleh di agak kerana semasa acara undian ini berlangsung, mini siri 'nur kasih sedang hangat' diperkatakan. Dan jika adalah anugerah drama tv popular, pasti siri tu akan menggondol hadiah utama.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, Penyampai Radio Wanita Popular, Pengacara TV Lelaki Popular pula tak perlu cerita, memang boleh jangka penyampai Hot FM dan Aznil paling menyerlah. Al maklum, anugerah pun anugerah popular, cuba tanya orang, kenal tak DJ Syed di Radio Selangor? mampus orang tak kenal sebab mat tu tak popular pun. Ku pun tak kenal sangat tapi ku tau dia pernah bekerja sebagai DJ dibawah kendalian rakan ku di Radio Putra FM Universiti Putra Malaysia Serdang tak lama dulu. Kalau ada yang nak mengenali beliau, buka Selangor FM dan dengar.

Oh!! yaa... ku tak sambung menonton lepas, atau lebih tepat semasa kumpulan rabbani membuat persembahan dan kurang berminat untuk mengetahui keputusan kerana ku lebih tertarik untuk melihat keputusan bola sepak yang sesungguhnya lebih menjadi minat ku sejak azali. Akhirnya, liverpool seri dan harapan mereka sekurang-kurangnya untuk mendapat slot kelayakan ke liga eropah semakin malam. kepada penyokong liverpool, sila jangan kecewa.

Apa pun keputusan Anugerah Bintang Popular 2009 semalam, ia bukan pengukur kepada tahap pencapaian seseorang artis itu. Ini kerana ia hanya mengukur tahap betapa seseorang itu dikenali dalam pasaran berbanding mengukur tahap quality seseorang artis dalam bidang yang mereka ceburi.

Selain itu, keputusan undian juga bagi ku tidak menunjukkan tahap ketelusan yang tinggi. Ini kerana, pasti ada peratus undian yang dibuat adalah berpaksikan kepada hadiah kereta yang dijadikan habuan kepada pembaca bertuah yang mengundi. Maksud ku disini adalah, pengundi tidak akan membuat undian memilih arwah din beramboi atau pengundi tidak akan mengorbankan undian mereka dengan menandakan pada kertas undian Gambit sebagai artis baru lelaki popular. Ini kerana, mereka akan memilih calon yang mampu memberikan mereka hadiah seperti yang telah disediakan dan dijanjikan oleh pihak penganjur. Dan dengan itu, mereka tiada pilihan untuk memilih dan pilihan mereka akan pilih sesungguhnya adalah pilihan yang akan dipilih ramai.

Cuba lihat pada Mawi, apa sudah jadi? dimana Mawi yang pernah diagung agungkan dulu? Mana undian beratus ribu yang pernah beliau dapat dulu? Mana peminat peminat yang dulu 'claimed' mereka peminat setia...?? Itulah dia juara undian umum, satu ketika dulu, semua orang pilih Mawi tapi sekarang, adakah peminat peminat juara ini sudah beralih angin dan sudah mula sedikit sedikit melupakan kewujudan beliau...!!? Tepuk dada tanya akal... Sekiranya benar mawi itu bukan seasonal, ku yakin, sepatutnya, beliau akan naik kepentas memegang trofi kemenangan penyanyi lelaki popular.

Jadi, sila jangan sebut prestig pada anugerah anugerah yang diadili oleh orang orang bukan professional kerana keputusannya tidak berdasarkan qualiti. Tahniah pada mereka yang menang. Apa yang pasti, mereka yang menang akan lebih banyak dapat masuk tv dan job pun banyak mari...!!

//ps: apa kes Ameng Sping dapat datuk??


Read More! and Comments