Monday, September 5
Cars 2 [2011] - Penuh Aksi
>>Ini poster untuk tayangan 3D
Seperti yang telah ku janjikan pada Amir beberapa bulan yang lalu [selepas kami bawa dia masuk panggung tonton Kungfu Panda 2], Ahad lepas kami masuk lagi panggung TGV The Mines untuk Animasi terbaru dari Pixar, Cars 2.
>>Punyalah semangat, pintu The Mines belum buka, kami dah sampai.
Tidak seperti bahagian pertama dahulu, penceritaan kali ini lebih tertumpu pada karekter Sir Tow Mater berbanding watak utama bahagian pertama, Lightning McQueen yang sibuk dicabar Francesco Bernoulli tentang, siapa lebih hebat. Tapi adat cerita Hollywood, pelakon utama [atau watak baik] mesti last nanti menang punya..!!
Setiap karekter punya identiti sendiri. Watak Mater yang kelam kabut, alang bodoh serta perangai yang huru hara disesuaikan bersama jalan cerita dengan baik. Antara plot yang lawak adalah bila mana Mater menganggap wasabi adalah aiskrim Japan.
Cars 2 juga menyajikan aksi hampir keseluruhan masa tayangan. Pembukaan Finn McMissile yang ala ala James Bond [memang terinspirasi dari itu rasanya] bikin ku terpukau. Terpukau kerana kebijaksanaan dan gadget yang McMissile yang tak masuk akal.
Tapi akhirnya, Mater lebih bijaksana dari McMissile.. hehe!! Sebab apa? sebab Mater yang menyelesaikan kes Allinol Oil dengan selamba sahaja. Jika korang pernah tonton Detektif Conan, ala ala macam itulah Mater selesaikan persoalan tentang kes dalam filem ini.
>>Sarapan popcorn dahulu sebelum tayangan.
Pada mula sebelum kami ke panggung, ku ada juga terbaca satu kolum akhbar tempatan yang menulis tentang ketidak sesuaian filem ini untuk tontonan kanak kanak kerana terlalu banyak adegan tembak menembak senjata serta lawan by hand [Mater terel karate]. Ku agak rasa sceptical dan bila dah tonton, 'persetankan artikel itu'.
Kalau tak mahu bagi anak tonton adegan lawan atau tembak tembak, jangan bawa anak tonton wayang, pergi kedai video, beli dvd 'Lat' ke, tak pun vcd 'Sesame Street' atau 'Barney'.
Labels:
Filem