Ramai yang memberikan reaksi terhadap pengenalan cukai yang akan dikenakan kepada pengguna pada setiap kali membuat tambah nilai selepas September 15 2011 ini. Ada yang menyokong, ada yang "ada aku kisah" dan ada yang membantah sekeras-kerasnya.
Ramai juga pengguna yang salah mentafsir cukai ini dan menganggap cukai yang dikenakan ini adalah kenaikan harga terhadap tambah nilai. Ianya bagiku adalah salah sama sekali.
Jadi, pada yang masih bingung:
Cukai 6% yang akan diperkenalkan nanti adalah telah wujud sejak 10 tahun dahulu semasa perkhidmatan prabayar diperkenalkan dan selama itu juga, cukai ini telah ditanggung 100% oleh pihak telco. Ia umpama subsidi yang diberi oleh pihak telco kepada pengguna. Kalau tak percaya, pergi beli kad tambah nilai RM10 dan aktivkan tambah nilai tersebut. Pengguna prepaid akan mendapat nilai RM10 dalam account tanpa satu sen pun pengurangan dari process tambah nilai.
Ku pengguna postpaid yang melanggan RM30 sebulan dan setiap kali bil, 6% itu memang telah tersedia dikira. RM31.80 adalah amaun yang tepat setiap kali bil telco tiba. Jadi, ku dan pengguna postpaid yang lain telah lama mula membayar cukai tersebut.
Memandangkan kos pengendalian dan perkembangan perkhidmatan telah bertambah masa kini, semua penyedia perkhidmatan telco telah sepakat dengan kelulusan kerajaan untuk memindahkan tanggungan cukai 6% ini kepada pengguna.
Ia umpama kes seperti cukai perkhidmatan restoran makanan yang telah mengalihkan cukai perkhidmatan yang perlu dibayar oleh pemakan bila dine in kedalam restauran. Sekiranya cukai ini terus ditanggung pemberi perkhidmatan, kos yang mereka perlu tanggung adalah tinggi dan agak sukar untuk mereka mengembangkan perkhidmatan pada jangka masa panjang jika peruntukan pulangan adalah sedikit.
6% ini tiada kena mengena dengan pengambilan cukai oleh kerajaan kerana selama ini memang kerajaan telah sedia menerimanya dari pembayaran pihak telco tanpa kita sedari.
Jadi,
Tidak perlu kita besarkan perkara ini kerana cukai ini bukan baru diperkenalkan oleh kerajaan demi nak menampung perbelanjaan atau membeli bling-bling untuk wanita nombor satu Malaysia, tetapi ianya adalah kerana "pihak telco tidak mampu lagi menanggung perbelanjaan cukai tersebut bagi pihak pengguna".