Sejak dari zaman persekolahan dahulu, perkara yang paling menjadi admirer pada diri ku ini adalah menyimpan rambut panjang. Tak tahu kenapa tapi memang ku minat menyimpan rambut panjang.
Pernah juga sekali dua rambut di cantas oleh cikgu disiplin hingga sukar di'oter' semula oleh kedai, solusi terakhir yang terpaksa dilakukan adalah potong pendek mesin mata satu.
Di institut/universiti teknologi juga hampir setiap semeste kad 'outing' ku ditahan pak guard gara-gara rambut yang senantiasa panjang. Pernah di semester 4, pak guard dah siap siap tunggu tepi padang boleh demi nak kasi ceramah tentang rambut.
Sekarang, di ofis, takde masalah nak berambut panjang, janji ia disisir kemas, malangnya, ada banyak tentangan untuk melakukan itu. Dapat aa panjang sikit, lepas tu kena potong. Ini pengalaman terbaru ku berkenaan potong rambut. Selalunya ku dah ada kedai yang regular yang ku selalu pergi samada di Seri Serdang atau pun Sakura Saloon di Bandar Kajang.
Tapi hari tu, sebab nak potong juga, ku balun sahaja pergi ke satu kedai saloon indian [tak sure namanya] di kawasan tempat tinggal ku. Masuk kedai, ada 3 orang sedang menunggu, jadi kena duduk dulu.
Sepanjang masa menunggu, hampir 45 minit, lagu bahasa Thailand kedengaran dari radio speaker kecil dalam kedai mungkin kepunyaan pemilik atau penggunting rambut yang ku tidak tahu apa namanya. Ajaibnya, penggunting rambut India itu selamba mengikut bait-bait lagu yang berkumandang sambil mengulum tembakau dalam mulut. Sesekali dia ke satu sudut bawah tangga dalam kedai untuk meludah cebisan air liur.
"ok, awak boleh duduk". Sambil mengibas-ngibas kerusi dengan kain. Selepas ku duduk, ku akan mula dengan kebiasaan rutin sebelum majlis gunting iaitu menerangkan bagaimana 'end product' yang ku inginkan dari penggunting.
"Potong pendek biasa, tak mahu slope", penerangan ringkas ku yang kebiasaanya akan mudah difahami mana mana penggunting rambut amatur mahupun professional. Ku juga ada menambah sedikit 'instruction' untuk mendapatkan gaya yang ku mahukan.
"Sini kasi pendek sikit", "sini you biarkan", "sini macam ni" dan beberapa lagi yang ku minta dengan harapan satu, 'end product'nya akan menjadi ala-ala K-Pop Star punya rambut.
Pengalaman ku dengan kawan serumah, ku pernah minta dia potongkan ala-ala 'Brad Pitt', alih alih, mesin mata satu. Sorry aa Soleh, ku termasukkan ko dalam tulisan ku kali ini.
Jadi, selepas dalam lebih kurang 10-15 minit, siap..!!
"Ini atas tak boleh kasi pendek, sini pun kena kasi ini macam, kalau tidak, tak cantik..", terang tukan gunting.
Ku apa nak buat, terpaksa terima. Hanya arahan 'tak mahu slope' je yang dia ikut sedang arahan lain, dia langgar.
Akhirnya, dari hendakkan rambut ala-ala Korean Pop [K-Pop] Star, apa yang ku dapat adalah rambut ala-ala Hindi Pop [H-Pop] Star.
//Cilakak, mas Umar kata rambut ku ala-ala budak sekolah menengah. Lagi menusuk kalbu..!!