Pages

Sunday, July 18

Saham Neraka

KEGHAIRAHAN untuk cepat kaya sehingga mencagarkan harta benda yang sedia ternyata membawa padah kepada keluarga Pak Halim.

Ditambah pula dengan sikap tamak haloba menyebabkan kekayaan yang diimpikan akhirnya menjadi bala dan penderitaan yang tidak berkesudahan.
Baca Penuh

Ini cerita semalam dalam slot Cerekarama TV3. Lucu... itu je yang boleh ku katakan selepas selesai cerita jam 12 tengah malam. Jalan cerita tidaklah menarik kerana plot yang kita boleh jangka dari isu yang diperkatakan, tetapi walau ia hampir dapat dijangka, ku tetap menanti bagaimana plot yang seterusnya akan diceritakan dan apa yang akan terjadi pada watak watak dalam cerita itu.



Cerita ini juga memaparkan serba sedikit tentang kesan kesan yang bakal berlaku jika kita tersalah langkah melabur dalam saham saham atau apa jenis MLM yang kabur. Bagaimana keuntungannya hanyalah bersifat sementara.

Realitinya, pada masa sekarang, orang berlumba-lumba mencari pendapatan sampingan atas alasan kenaikan harga minyak dan barang barang serta gaji yang tidak naik-naik sejak 4 tahun lalu [gaji ku sorang je yang dah 4 tahun tak naik...]

Kerana keterdesakan itu, tiada lagi halal haram diambil kira, janji untung. Tidak kiralah jenis yang menindas downline, yang hanya cari 2 kaki mahupun yang kononnya jenis kebajikan, bagi ku ianya sama... tidak betul!!?? Malah ada juga terbaca didalam sesawang dimana mereka sanggup mempertikaikan fatwa ulama bila ulama mengatakan perkara yang mereka lakukan itu salah dan haram. Lagi mereka kutuk, keji ulama itu adalah dan ada juga yang "Ustaz ni siapa?? tak pernah dengan nama pun"... haha, jahil sungguh umat manusia sekarang ini...!!

Jika benar-benar anda mahu memasuki atau melabur dalam mana-mana skim, tolong;

- Selidik latar Syarikat
- Jangan terlalu mudah terpengaruh
- Jangan terlalu tamak

Bio-Spray, Island Red Cafe, Lampe Berger [sekadar menyebut beberapa] antara syarikat pakej MLM yang berjaya mengikis wang orang orang Cina dan Melayu. bagi mereka yang pernah terjebak, munkin mereka tahu. Ia adalah normal bagi satu satu syarikat dimana setelah BOD [Tuan punya syarikat] sudah mencapai target keuntungan yang mereka cari, meraka dengan sewenang-wenangnya meninggalkan syarikat, menutup terus segala operasi atau menukar nama syarikat bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa sebelum mereka datang siasat. Jadi, sila berhati-hati, carilah perniagaan yang lebih memberikan kepuasan, yang penuh keberkatan dan halal.

Bagi mereka yang dah kaya, tahniah usaha anda mendapat ganjarannya, dan bagi mereka yang pernah melalui kerugian, belajarlah dari kesilapan. Duit bukanlah segalanya... Rezeki datang dari Allah. Allah tidak pernah lupa memberi rahmat kepada umat manusia sedangkan manusia selalu lupa untuk berterima kasih kepadaNya...

2 comments:

  1. ya, jangan terburu-buru untuk masok dalam skim-skim tu. kita takkan dapat duit tanpa usaha dan kerja yang menyeluruh.

    usaha tangga kejayaan.

    ReplyDelete
  2. ooo, ini rupanya entri yang kau cakap tadi, cis menyesal tak tengok.. hahahah

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks