Pages

Sunday, July 25

Bagaimana Kami Membelanjakan Sisa Sisa RM40 Yang Tinggal



Ya... Itulah jumlah keseluruhan yang tinggal setelah mendapat gaji terakhir bulan lalu. Diakui bahawa jumlah ini memang sedikit tetapi munasabah memandangkan kewangan kami yang sedikit terganggu dek kerana masalah pembayaran gaji yang gagal dilakukan oleh tempat kerja Shima sejak 2 bulan dahulu.

"Diaper Amir dah habis langsung"

Itulah ayat pemberitahuan dari shima melalui IM semasa ku masih berada diofis semalam. Mmm.. takpelah, nampaknya kena beli juga kerana Amir masih belum pandai untuk bangun ke bilik air semasa tidur malam dan diaper akan menjadi sistem pertahanan penting dari air takungan empangan pecah dan melimpah membasahi tilam pengantin kami yang sudah 5 tahun usianya tahun ini...!!



Ku tak teragak-agak untuk membawa Shima dan Amir ke Jusco Taman Equine pada malam selepas balik dari kerja kerana sangat maklum yang kami masih punya banyak lagi Voucher Jusco yang kami simpan yang masih belum digunakan lagi. Apa yang malangnya, setelah tinggal mengharung 3/4 perjalanan baru ku teringat yang voucher yang sepatutnya kami jadikan wang perbelanjaan bagi membayar jumlah bayaran di Jusco telah tertinggal. Nak patah balik rumah, tak berbaloi.

Kami hanya membayar jumlah pembelian diaper jenis Huggies warna biru XL56 dengan jumlah RM35 [dibundarkan]. Selesai transaksi, kami mengambil keputusan untuk round-round dulu. Nak balik awal lagi, iyalah, sampai terus ke pasar, ambil diaper dan bayar..

Ku juga terselamat dari membuat bayaran RM4 ketika Amir tiba tiba excited untuk masuk dan bermain didalam arked. Amir bukan nak main game arked tapi ada kawasan permainan kanak kanak yang jika mahu main, bayar RM4 untuk holiday dan RM3 untuk Weekdays. Pada mulanya Amir kelihatan seperti ingin berada lama disana tapi mujur dia keluar selepas ku betul betul ingin menyerahkan RM4 ke pada gadis penjaga arked disana. Demi mebuatkan Amir keluar dan meninggalkan arked, terpaksalah Amir ku sogokkan dengan kata kata "jom pergi beli aiskrim".

Dan kami masuk semula ke pasar, ambil 2 kotak aiskrim berwarna biru dan merah jambu dan membayarnya dengan harga RM2.50.

Perbelanjaan tidak berakhir disitu, selepas keluar dari Jusco [mujur siapa ada kad Jusco, boleh claim parking percuma], kami singgah di Kembangan Paradise untuk makan malam. Kami makan perkara yang simple, sepinggan nasi goreng ayam, sepinggan nasi goreng daging merah, segelas air cincau ais dan segelas air suam dan diiringai dengan desert dua kotak aiskrim berwarna biru dan merah jambu. Jumlah perbelanjaan untuk makanan hanyalah RM10 [tepat]..

Seterusnya, kami pulang dengan gembira kerana misi terlaksana...

-------------------------------------

Hari ini [hari ku menaip ini] ahad... demi meraikan kami seluruh keluarga yang bercuti dan berada dirumah, ibu dan ayah ku telah menyediakan masakan "Chicken Chop" untuk makan tengahari beramai ramai...

nom... nom... nom... yuummm...

{Sila terliur melihat image yang disediakan dibawah}







-------------------------------------

Dan esok, pengharapan agar gaji ku masuk seperti yang telah diuar-uarkan

Amin...

No comments:

Post a Comment

You may leave your wise comments here... Thanks