Banyak yang telah ku baca tentang perkembangan filem dalam negara. Kebanyakan yang ku baca adalah komen yang datang dari penonton dan terlalu sedikit yang ku baca komen datang dari pengusaha atau orang orang yang berada dalam industri filem kita.
Oh yea...!! Adalah beberapa kolum dalam surat kabar yang ku sempat jeling jeling, banyak komen dari mereka dalam industri yang mengatakan, "industri filem kita semakin berkembang"
WTF..!!?
Bagaimana mereka boleh kata berkembang jika tahun lepas, contoh; 30 filem yang dikeluarkan, 25 filem adalah berkisar tentang genre hantu..?? Hanya beberapa produksi sahaja yang mengamalkan konsep berani mati dengan mengeluarkan filem yang bercorak lain dari filem hantu... Filem yang konon akan meraih 40 juta kutipan tiket yang masih tak tayang tayang lagi pun adalah ber genre hantu...!! Cilakak... 40 juta angka kutipan dengan yakin diberikan produser yang juga jutawan produk perlangsingan badan yang setiap hari keluar muka dalam satu kolum harian metro...!!
Beberapa tahun lepas, bila movie professor Razak meletup, semua mau ikut buat movie macam beliau. Sekarang...? Mereka sudah kering idea...!! Genre hantu sudah basi [nasib aaa filem 40 juta tu...] dan tahun ini, mungkin ada pelbagai genre, cerita superhero pun ada, tapi adoi...!! Satu pun tak membangkitkan nafsu untuk ku turun ke panggung...!!
Yang terbaru, Cuti Cuti Cinta, bunyi cam Cuti Cuti Malaysia. Ku belum lagi menonton filem ini dan mungkin tidak akan berbuat demikian walaupun ia akan keluar di tivi pada tahun hadapan. Sinopsis pun ku takde rasa nak baca tapi ku suspect, ia adalah kesinambungan dari cerita "Lagenda Budak Setan". Mereka masih mengamalkan formula lama, kasi cerita cintan cintan, tambah ada kelakar kelakar sikit baru budak budak masuk panggung dan baru kutipan pulang modal. Adoi...
Magika... Juga ku tak berapa rasa nak tengok walaupun mendapat credit tinggi dari rakan rakan ku yang sudah pergi ke panggung. Mungkin ianya amat berpatutan untuk filem itu diangkat sebagai filem terbaik kerana unsur unsur cerita yang jauh dari kebiasaan [serious ku tak tau camne cerita ni...]
Bilalah filem kita ni nak ada yang berjenis membuatkan penonton "berfikir" bukan "mengelamun". Jika tengok cerita cinta, sure ramai mengelamun... Tidak perlu unsur ganas atau seksual yang penting jalan penceritaan...!!
Dan tolonglah, hindarkan dari menggunakan dialog murahan seperti "Nasi Lemak 50 sen".