Pages

Tuesday, March 2

2010 = Angka 4



Selamat kembali. Seperti yang tertulis tajuk diatas, angka 4 adalah sangat related untuk ku, mungkin boleh dijadikan nombor bertuah ku pada tahun ini. Jadi apa ek rahsia nombor 4 ni... selamat membaca.

Semalam adalah genap ku berada 4 tahun di syarikat tempat ku bekerja ni dan hari ini sesungguhnya adalah hari pertama untuk capaian tahun ke lima. Banyak sungguh pengalaman yang diperoleh di sini tidak kiralah pengalaman langsung dan secara tidak langsung. dari pendapatan disini jugalah tempatnya ku memperoleh apa yang ku mampu peroleh sekarang ni. Alhamdulillah Syukur walaupun banyak juga perkara yang tidak memuaskan hati berlaku sepanjang disini.

Pengalaman langsung ku klasifikasikan ia sebagai pengalaman hands-on. Ia ku peroleh dari perbuatan [nature kerja] dan pergaulan rakan sekerja. Rakan sekerja menjadi antara pemangkin semangat untuk hadir bekerja walaupun terpaksa mengharung pelbagai shift yang mungkin tidak ada ditempat tempat lain. Rasanya, shift pengawal keselamatan ada 2 jenis je, shift siang dan shift malam, tapi ku, ada empat umpama musim musin di negara sejuk. Nature kerja ku pun boleh dikatakan mudah dan ia akan menjadi semakin mudah menjelang cuti panjang christmas dan tahun baru. Apa yang sering membawa sedikit kesusahkan adalah peraturan peraturan yang tersedia pakai, dimana seorang rakan pernah bertanya, "opis ko ni dalam gua ke apa...!??"

Pengalaman tidak langsung adalah pengalaman paling hebat yang ku pernah pelajari. Ia kebanyakkannya adalah diperoleh dari pada mendengar dan melihat. Terlalu banyak yang negative yang selalunya timbul dari positive. Dan ia timbul apabila berlaku keadaan dimana seseorang dilanda stress dan tekanan melampau yang kebiasaannya nampak timbul lebih dari pihak pengurusan. Dari situ jugalah dapat ku dan mungkin staff lain dapat kumpulkan menjadi satu dari pengalaman yang sangat berguna yang mana pengalaman itu boleh menjawab persoalan "Bagaimana menjadi seorang ketua yang baik"...

Selama 4 tahun ini juga memperlihatkan memperkenalkan ku kepada hampir beratus kenalan baru yang mustahil untuk dikecapi dimana mana syarikat yang bukan berpaksikan "customer servise". Dengan hanya duduk di depan PC, satu tahun, confirm akan dapat sekurang kurangnya 60-80 kenalan tanpa perlu buat advertising atau apa kejadah show off lain. Facebook tidak termasuk dalam kategori seperti ini walaupun concept hampir serupa, duduk depan pc dan mampu punya connection seramai 50 orang dalam sejam. Tidak, Ia tidak semestinya berkualiti, kerana apa? kerana sesetengahnya hanyalah rakan online game yang tidak dikenali. Account lama FB ku terpaksa ku RESET kerana terlalu ramai connection hingga mencecah 2K orang dimana hanya 150-200 adalah rakan yang betul betul berkualiti. Sekarang, selepas di RESET, sudah melebihi 1K... pening aku...!!

Untuk beberapa hari ini nanti, genap juga usia perkahwinan dengan pasangan kecil molek ku, Shima. 4 tahun penuh suka duka, tetapi alhamdulillah, semoga hubungan kami kekal bahagia, di kurniakan keberkatan dan kaya raya [semua orang nak ni]... Tiada candle light dinner maupun sambutan yang hebat, cukup sekadar ucapan manis dan hadiah...?? Tahun ini, kali ke 4 juga sambutan ulang tahun perkahwinan kami yang tidak ber hadiah... semua kerana masalah gaji kami yang huru hara sehinggakan kami kadangkala kami punya tunggakan gaji 2 bulan. Harapannya, agak ianya akan berkeadaan baik menjelang bulan 4.

Tahun ini juga akan genap usia anak lelaki kami, Muhammad Amir yang akan menyambut nya pada bulan November nanti. Dan selama 4 kali juga, kami terpaksa menyediakan kek yang berlainan ikon diatasnya. Pada sambutan pertama, kerana terlalu kecil, kami sediakan kek yang biasa berserta buahan sebagai hiasan. Pada tahun kelahiran kedua, kami sediakan kek berwajah "Elmo" sebagai perhiasan dan untuk ulang tahun ketiga adalah "Barney"... Pada ulang tahun yang keempat nanti, kami cukup yakin kek berbentuk "Thomas the Train" akan menjadi pilihan. Kerana Amir sekarang berpaksikan kepada Thomas. Segalanya Thomas sehinggakan pada suatu hari, di MPH Mid Valley, ku dan Shima sedang memerhatikan buku buku dibahagian Music, Amir menjerit jerit, "Ayah!! Thomas... Thomas...". Thomas yang dimaksudkan adalah bukan Thomas the Train tetapi adalah Thomas penulis buku berkenaan penciptaan lagu dan cara permainan piano...!!

Ok... sudah panjang...!! Cukuplah, takut anda tidak habis membaca andaikata ku buat sambungan cerita yang berjela... dan oh!! ada 1 lagi...!! Gaji bulan February ku akan masuk/diterima pada 4 haribulan ni...

Terima kasih kerana sudi membuang 4 minit anda untuk membaca posting ini.

3 comments:

  1. tahniah di atas pengalaman awk di 'sana'.

    "A memorandum is written not to inform the reader but to protect the writer." ;)

    ReplyDelete
  2. ya, banyak kaitan dengan 4. ada satu lagi 4 yg sensitif disentuh.hehe..

    ReplyDelete
  3. hoho.. tahniah2.. sgt byk kenangan 4 kamu itu..

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks