Pages

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Saturday, March 27

Matapelajaran Seks... Wow...!!

Saya sayang awak...!!
Awak segala galanya...!!
Saya tak sanggup kehilangan awak...!!

Pernah korang dengan antara bait perkataan diatas...? mesti, ku sangat yakin, Dalam cerita cerita drama, cerpen mahupun novel banyak terucap atau tertulis akan perkataan diatas. Ini kerana, ayat ayat diatas mampu menjerumuskan seseorang ke arah seksual bagi mereka yang masih cetek tahap pemikiran.

Merujuk pula pada post yang lalu Google cadang bukan bukan, ia berkenaan cadangan carian dari google. Jika dikaitkan tentang tajuk diatas, ia boleh menjadi petunjuk bahawasanya, apakah releven mewujudkan matapelajaran seks disekolah.

Apakah kandungan silibus yang akan diajar kepada pelajar nanti? itulah yang menjadi persoalan bagi ramai orang termasuk ku sendiri. Adakah salah satu pelajaran yang akan diajar adalah, "menguruskan anak luar nikah" bagi mengurangkan gejala pembuangan bayi yang dikatakan menjadi penyebab idea untuk mewujudkan matapelajaran seks disekolah.

Adakah mereka akan memasukkan pelajaran posisi aksi diranjang? Dan ooh!! pasti tidak cukup untuk seseorang murid itu mempelajari teorinya sahaja, yakin bahawasanya, praktikal akan melengkapkan apa yang telah diajar pada mereka. Korang ingat lagikah bagaimana rasanya belajar mata pelajaran biologi yang memaparkan tentang sistem badan manusia? Pasti anda ingat, sebab ku ingat lagi, ku bukan seorang pelajar kelas sains tapi ponteng kelas perdangang kerana menurut ajakan rakan kelas sains untuk belajar tentang perkara itu. Ku juga merasakan, pengenalan begitu sudah cukup dan selebihnya, terpulang pada penerimaan.

Bukan itu sahaja, bahkan mereka boleh mendapatkan sumber berkenaan kesihatan, penjagaan dan pelbagai lagi. Hanya gunakan google, beribu ribu link [link bahasa melayu apa ek??] ke laman web akan diberikan. Pelajaran sekas bagi ku bukan satu langkah penyelesaian yang patut kita ambil bagi membendung masalah yang kita hadapi sekarang.

Apa yang perlu diberikan kepada pelajar ini adalah
Pendidikan Agama

Tidak kira apa jua agama, seks itu adalah sangat tidak digalakkan sebelum berkahwin dan perkara itu yang perlu ditekankan. Dalam islam, perbuatan seks yang tidak halal adalah diharamkan. Ku tidak arif bagi ajaran agama bukan islam, tetapi, pasti agama mereka juga mempunyai pandangan yang serupa. Penekanan pendidikan agama [pelajaran islam] dan moral [pelajar bukan islam] patut lebih ditekankan berbanding pelajaran seks yang ingin diwujudkan.

Pendidikan dirumah juga adalah sangat penting bagi mewujudkan individu yang terbaik dalam masyarakat. Ibu bapa perlu memikul lebih tanggungjawab dalam perkara ini. Anak perlu dididik oleh ibu bapa berkenaan ilmu aqidah fiqah yang boleh membentuk akhlak seseorang anak sebelum mereka terdedah dengan dunia luar yang sangat luas. Setiap apa yang dilarang dalam islam ada sebabnya, dan perkara ini yang perlu dijelaskan dengan sejelasnya kepada anak.

Masalah remaja yang berlaku sekarang adalah kerana kurangnya didikan dirumah. Jadi, tidak perlu pendidikan seks disekolah sekirannya ibu dan bapa menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik...!!

Anak adalah umpama kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka, jika putih, putih jadinya dan jika hitam, makin menjadi jadilah masalah keruntuhan akhlak remaja...!!

Ku tak pernah mendapat pelajaran seks tapi alhamdulillah, rumahtangga tetap bahagia dan paling hebat, sudah ada anak satu.

Jadi, fikir fikirkan... dan selamat beramal... [pinjam quote Prof. Azizi Ali]

Read More! and Comments

Monday, December 14

1.6 juta penduduk Kelantan risiko HIV



MACHANG - Kira-kira 1.6 juta penduduk Kelantan yang mengesyaki diri berisiko tinggi dijangkiti virus HIV perlu menjalani saringan untuk mengesahkannya bagi mengurangkan jumlah penghidap yang tertinggi berbanding negeri lain.

Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr. Abu Hassan Ashaari berkata, ini disebabkan pihaknya mengesan jangkitan virus itu menyerang mangsa tanpa mengira umur walaupun warga emas 60 tahun ke atas.

Kosmo

Wow... Seandainya jumlah ini menjadi kenyataan, ia adalah satu angka yang sangat mengejutkan. Dari 28 juta++ jumlah penduduk berdaftar di Malaysia, 1.6 juta adalah mewakili, 5.7% dari keseluruhan jumlah penduduk...!! Anggaran populasi penduduk Kelantan pada tahun 2007 adalah lebih kurang 2.1 juta dan sekiranya jumlah ini bertambah 2 juta pun pada akhir tahun 2009, jumlah pengidap adalah lebih dari separuh penduduk Kelantan yang ada. Dan sebab itu, ianya seperti sangat berbahaya...

---

Bagaimana HIV menular...??
1. Hubungan kelamin dan hubungan seks oral
2. Penggunaan jarum suntikan bersama
3. Pemindahan darah
4. Kelahiran bayi dari ibu yang terjangkit

Agaknya, yang mana satu yang menjadi penyebab utama masalah diatas...!!?? Dan cara untuk membendung, anda semua tahu bagaimana...

Read More! and Comments

Monday, September 7

This Week Topic: Appendicitis


Hospital

Sept 02, 2008 Lebih kurang jam lepas lunch

"Halo... Assalamualaikum" [macam biasa ku angkat phone]
"Halo... Ni along ke??" suara cemas yang tak sepatutnya berada dalam talian sekarang. Ini kerana suara yang lain itu telah menggunakan phone mak ku untuk menghubungi ku...
"Huh" jawab ku ringkas
"Along ku ni" sekali lagi soalan tu menerjah ke telinga yang kedengaran semakin cemas...
"Huh, ya...!!" dalam fikiran, sapa lak nih??
"Ni Untie Nonie kawan mama" cuba untuk explain...
ku yang dari tadi macam kaget hanya menjawab "huh!!??"
"Ingat tak, Untie Nonie, kawan kerja mama..."
"huh..."
"Untie cuba call angah, call ayah, tapi tak dapat..."

"Oh!!" ku masih blur
"Nasib along ada ni..." dan menyambung "Mama kena tahan di ward..."
"Gulp" dan "Huh...!!" baru ku rasa clear tentang panggilan tadi
"Doctor suspect Appendicitis, Sekarang kat KPJ Kajang Specialist Hospital...""
dan jawapan ku... "OK... OK"


Dah Sampai



No Bilik


----------------------------------------

Appendicitis is a condition characterized by inflammation of the appendix. It is a medical emergency. All cases require removal of the inflamed appendix, either by laparotomy or laparoscopy. Untreated, mortality is high, mainly because of peritonitis and shock.[1] Reginald Fitz first described acute and chronic appendicitis in 1886,[2] and it has been recognized as one of the most common causes of severe acute abdominal pain worldwide.

----------------------------------------

"Long, kak ngah dah sampai, nanti sampai terus naik bilik N410B..." dan hari tu, ku telah mengambil cuti separuh hari emergency untuk ke hospital... Petang tu, kami sekeluarga berbuka di Ward N410B dengan sandwich dan air kotak...!! takpe laaa, dah takdir...


Ayah yang setia disisi ibu



Inilah benda yang dimaksudkan


----------------------------------------

Sept 03, 2009 Lebih kurang jam 230pm

Ibu ku dibawa masuk ke bilik pembedahan untuk persediaan operasi membuang Benda tu... tu pun ku peroleh maklumat petang selepas keluar dari pejabat... Al-maklum, company tempat ku kerja ni berkira pasal kedatangan... keluar Solat Jumaat lebih sikit pun kena ganti masa, inikan kalau ku nak keluar awal walau ada masalah kesihatan dalam keluarga...!! Alhamdulillah, Ibu ku selamat dalam operasi pembedahan dan takkala ku sampai ke hospital dalam lebih kurang jam 7pm, dia kelihatan gembira dan tersenyum dan siap boleh ketawa dalam sakit bila mendengar lawak lawak yang kami bualkan sambil menunggu waktu berbuka puasa...

----------------------------------------

Hari ni, ibu ku dah ada dirumah dan dia kesihatannya sudah berangsur pulih... mungkin ada lagi rasa sakit yang masih terasa tetapi masih gagah nak melakukan kerja kerja mengemas walau dihalang bapa ku...!!

Terima kasih kepada rakan rakan yang sama sama mendoakan keselamatan proses pembedahan tempoh hari... terima kasih juga kepada yang datang melawat, ku tak tau laaa berapa jumlah kerana kerja tetapi sepupu ku yang berada didalam kawasan lembah klang telah datang menjenguk, kawan kawan ofis ibuku, dan yang paling gagah, achong [panggilan manja] yang datang dengan bas dari Kuantan untuk melawat ke hospital [dia datang tak inform... nasib bawa banyak kuih raya... terima kasih]. Yang terakhir rombongan lawatan kerumah sebelum ku publish post ni adalah keluarga pakcik Kadir yang datang sekeluarga bersama adik ipar [adik Shima] walaupun tak semua yang datang [kerana masalah tertentu] kami tetap merasa terharu...


Anak En. Kadir



Mistress En. Kadir



Anak buah saya, Sumayya


Topic of the day: Appendicitis


Terima kasih...!!
Selamat bersahur dan berbuka dengan ayam percik...

Read More! and Comments

Sunday, August 23

H1N1 (swine flu) Virus

The World Health Organization pandemic alert level is Phase 6

The Phase 6 alert is the highest level of the WHO pandemic phases and has not been declared since 1968. According to the WHO pandemic response guidelines, Phase 6 confirms that there is human-to-human spread of the H1N1 (swine flu) virusin at least two countries in two different world regions. This classification means that a worldwide pandemic is imminent and that countries must finalize preparations to deal with the H1N1 (swine flu) outbreak.
Tracking & Statistics
Sunday August 23, 2009
205,785 infections
1,569 deaths
157 countries

Infections statistic shows increasing in number we should be more cautious for what and where we go. Click here for more information about the flu...

Read More! and Comments

Sunday, August 16

Selesema Babi Semakin Mengganas...!! [babi betul aaaa...]



Dari masa ku menulis posting ni, sudah ada 59 kematian di Malaysia akibat dari jangkitan selesema babi atau manja yang tertulis dalam dada dada akhbar iaitu H1N1. Jumlah ini sudah sepatutnya membuatkan kita mengambil langkah langkah pencegahan lebih ketat atau sekurang kurangnya "kita dah start menggelabah" bak kata bahasa pasarnya...!!

langkah langkah pencegahan yang disarankan termasuklah
1. Pemakaian penutup mulut, hidung
2. Sentiasa membersihkan tangan
3. Kurangkan aktiviti luaran
4. Pantau kesihatan keluarga
5. Dan pelbagai lagi yang anda tahu

Persoalannya, bagaimanakah jangkitan ini menjadai semakin meluas...?? Adakah kita lalai dalam melaksanakan saranan yang telah dikemukan...??

Ku baru balik dari menghadiri pameran Miccos [Malaysia International Commodity Conference & Showcase 2009] di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Kehadiran pengunjung tidak seramai dan sepadat pameran MAHA tetapi apa yang ku sangat concern adalah, hanya segelintir sahaja pengunjung yang menyahut saranan pemakaian topeng muka di tempat awam...



Pada pendapat ku, aktiviti harian kita kebanyakannya memjadi penyebab dari meluasnya jangkitan... aktiviti tersebut termasuklah sesuatu yang rutin atau pun memang saja saja mencari pasal. Maksud saja saja mencari pasal tu adalah sesuatu yang boleh dielakkan tetapi nak juga dibuat... Yang tu anda semua sedia maklum aa...!! Rutin pula termasuklah bersesak menaiki pengangkutan awam untuk ke pejabat tanpa lain lain option... [kesian wife ku setiap hari travel dari rumah ke sentul untuk mencari sesuap pizza hot pan panas]

Ramadhan semakin hampir, dan berkemungkinan penyebaran penyakit ini akan menjadi bertambah tambah luas. Kenapa?? mudah... Pasar Ramadhan...!! Pastinya, tempat ini adalah tumpuan paling utama setiap petang Ramadhan dan dalam masa yang sama penyebaran akan lebih mudah berlaku... Satu lagi, pasraya dan shopping complex pasti akan menjadi satu lagi tempat tumpuan untuk persiapan berbuka atau pun memborong persiapan untuk hari raya...

Sebelum berlaku perkara yang kita tidak ingini, harap agar anda berhati hati dan sentiasa memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai...

Selamat menyambut kedatangan RAMADHAN kepada yang beragam Islam dan ingat;

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT

Read More! and Comments

Sunday, April 22

Shaken Infant Syndrome


Assalamualaikum,
Pernah dengar tak tajuk di atas? Saya rasa ramai yang dah pernah baca tentang ni. Terutamanya para ibubapa, anda perlu tahu tentang bahaya menggoncang anak. Biasala kalau anak menangis kita pujuk mcm2 cara. Henjut anak sampai diam tapi tanpa kita sedar, perbuatan tu rupanya memudaratkan anak kita. Pastinya sebagai ibu bapa yang penyayang, kita tak mau kemudharatan berlaku pada anak kan?

Izinkan saya mengulang fakta tentang fenomena ni. Terdapat kajian di negara Barat yang membuktikan xtvt menggoncang, melambung atau menyentak baby especially budak bawah 2 tahun. Kenapa? Sbb dgn memvibratekan diorang ni akan menyebabkan salur darah dalam otak diorg terkoyak atau pecah.

Bayi berusia dua tahun ke bawah mempunyai otot tengkuk yang lembut dan lazimnya ia akan hanya terbentuk dengan sempurna secara berperingkat- peringkat bagi menyokong serta mengawal kepala. Jadi, jika tubuh mereka digoncang, kepala mereka akan bergoyang-goyang ke depan dan belakang, yang mana boleh menyebabkan kerosakan otak dan pendarahan sama ada di dalam atau di atas otak.

dibawah ini disenaraikan antara perbuatan kita yang membawa kepada kerosakan yang sama :

Berulang kali menjulang anak kecil anda.
Berjoging sambil membawa bayi atau kanak-kanak sama ada dengan mendukungnya di belakang atau di bahu.
Membawa mereka menunggang kuda.
Memusingkan anak kecil anda.

Apakah masalah yang boleh dialami akibat perbuatan itu?

Kerosakan otak.
Kecederaan tulang spinal.
Buta.
Kecederaan mata.
Sawan.
Patah tulang.
Terseliuh.
Kecacatan fizikal.

Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya:

Jangan menggoncang kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.
Pastikan anda menyediakan alat penyokong pada kepala bayi anda sama ada ketika mendukung, bermain dan mengajaknya keluar.
Pastikan anda mengawasi individu lain yang akan turut mendukungnya, seperti penjaga, pengasuh atau anak-anak lain yang mengangkatnya.
Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila mendapati bayi terus menangis.



Apa yang perlu dilakukan jika anda menggoncang bayi secara tidak sengaja atau sengaja?

Pergila bawak anak tu untuk mendapatkan pemeriksaan Doktor dan mengaku, “Doc, saya dah tergoncang anak saya tadi.” Bila kita mengaku, masalah ini akan dapat diselesaikan dengan segera oleh doktor sbb doktor ni mcm James Bond juga, diorg perlukan klu untuk menyiasat kondisi seseorg.

Sbbnya, memang kita tak nafikan sekalipun kita parents yang penyayang tapi sabar is very limited. Manusia biasa kan? Time marah tu, anak kecik tu memang selalu kena especially diorg kacau kita tak betul timing. Kita pun apa lagi, vibrate dia sekuat mungkin tapi kita kene ingat la, anak tu kurniaan Tuhan… kalau jadi pape kita yang kene tanggung. So, ingatan ini untuk diri saya dan pada yang membaca… salam!!!


-->> kredit to sitisifir10 through email...

Read More! and Comments