Pages

Showing posts with label Amir. Show all posts
Showing posts with label Amir. Show all posts

Tuesday, November 27

Hari Lahir Ke-6 Amir

Masa memotong kek sedia beli

Family potrait

Alhamdulillah. Bulan November genap usia Amir 6 tahun. Sejak 2 minggu sebelum sambutan, setiap hari Amir mengulang, repeat, untuk kami buat sambutan hari lahir untuk dia di rumah. Pada asalnya, kami memang tiada rancangan untuk buat sambutan, tapi kerana desakan Amir hampir setiap hari, kami mengalah.

Tema tahun ini adalah Ultraman. Ku pun tak pasti dari mana Amir kenal Ultraman kerana selama ini dia tak ambil port langsung dengan Ultraman walau setiap hari tayang dalam televisyen. Memandangkan kek bergambar Ultraman sudah selamat masa sambutan di Sekolah Little Caliphs, kami hanya sediakan kek sedia beli dari kedai.

Hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja, Amir dah kenal hampir semua karekter Ultra. Ku yang kaki Ultraman masa zaman kecil dulu pun hanya ingat father of Ultra je. Amir, siap kenal Nexus, Gaia, Mebius, apa lagi.. tak ingat..


Antara hadiah Ultraman yang diterima

Tak menyempat nak cuba

Berikut adalah senarai tema hari lahir sejak Amir berumur satu tahun.

Tahun satu:
Tahun dua:
Tahun tiga:
Tahun empat:
Tahun lima:

// chiss!! lupa pula.. nanti akan cari dan up gambar tema dalam post akan datang.

Kenangan bersama rakan

Untuk post ini, anda boleh lihat, ianya disambut bersama anak jiran [Azizul dan Sakinah]. Ini tak cukup corumn ni, anak Nasran si Adam takde, kalau tak, lagi meriah. Seperti biasa, bila buat makan-makan, parent, adik beradik ngan makcik pakcik pasti dijemput.


Bruupp.. Terima kasih Shima, pastry sangat sedap, spageti sedap, air paling sedap [yang ni, ku yang buat]. ekekek.


Read More! and Comments

Monday, November 26

Little Caliphs November and December Birthday Bash


Amir bersama Pengetua Tadika Little Caliphs Seri Serdang

Kebetulan, minggu sambutan hari lahir anjuran bulanan sekolah Little Caliphs Seri Serdang adalah minggu dimana ku berada di shift kerja sebelah malam. Dapatlah ku hadirkan diri sebagai wakil memandangkan wife ku tidak dapat bercuti pada hari sambutan ini.

Beberapa hari sebelumnya, kami bertungkus lumus menyediakan 83 pax goodies untuk diedarkan kepada semua pelajar yang bersekolah di Little Caliphs Seri Serdang. Cerita banyak tak guna, lihat gambar sahaja.


Inilah goodies yang dikatakan tadi


November dan December birthday boy and girl


Otanjyoby omedetou!  UltrAmir..!!


Kenangan Bersama rakan










Read More! and Comments

Saturday, November 24

November 04, 2012 - Little Caliphs Mini Concert and Convocation

Cuti sekolah pun sudah lama bermula. Ketika zaman ku bersekolah dulu, cuti akhir tahunlah yang paling ditunggu kerana ketika ini, tidak perlu pergi sekolah, hanya duduk rumah main game dan bermain bole pada belah petangnya.

Ianya mungkin akan agak serupa kitaranya terhadap anak ku. Musim cuti ini, masa dihabiskan dengan menonton kartun di saluran Astro Ceria. oh!! ku dah agak merepek.
Tahun hadapan, Amir akan menjengah ke alam persekolahan darjah satu. Masa bersekolah di tadika sudah tamat.

Little Caliphs Seri Serdang telah bergabung bersama Little Caliph Bandar Seri Putra dan Little Caliph Puncak Utama telah menganjurkan majlis meraikan pelajar yang tamat program bertempat di Dewan Besar Institut Pertanian Serdang pada November 04, 2012 lepas.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan Amir memberitahu kami yang "Bestlah kat dewan tadi". Ikutkan, ia reaksi biasa Amir terhadap aktiviti yang dia ikuti ketika berada dalam program Little Caliphs.
Cukup.. Berikut antara image yang sempat diambil sebagai kenangan.  

 Event Booklet

Ucapan aluan dari Pengasas Program Little Caliphs

Persembahan Amir dan rakan rakan


Bersama Pengetua Little Caliphs Seri Serdang

Read More! and Comments

Saturday, September 22

Little Caliph: Sambutan Hari Raya dan Konsert Mini 2011


Pada Sabtu, September 15, 2012 yang lepas berlangsungnya satu sambutan meraikan hari raya oleh sekolah Little Caliph dimana ia telah berlangsung didewan Institut Pertanian Serdang, Universiti Putra Malaysia. Acara Melibatkan 3 sekolah bergabung, Little Caliph Seri Serdang, Little Caliph Bandar Seri Putra dan Little Caliph Puncak Utama. Alhamdulillah, kehadiran keluarga amat menggalakkan. Ia Barangkali faktor demi untuk melihat dan memberi sokongan kepada anak mereka yang beraksi dipentas mini konsert pada acara yang sama.

Hiasan pentas yang menarik pada pandangan ku.

Amir: Alaaa.. Amir nak pergi sekolah bu. Amir tak nak cuti. Amir nak buat persembahan dengan kawan-kawan.

Itu rengekkan Amir beberapa hari sebelum hari sambutan berlangsung. Ini kerana pada beberapa hari sebelum hari sabtu, atas sebab yang tidak dapat dielakkan pulang ke Alor Setar dengan mengejut.

Kami bersyukur kerana segala urusan di Alor Setar selesai dengan mudah dan tenang dan kami dapat pulang semula ke Kuala Lumpur sebelum hari acara Sambutan Hari Raya dan Konsert Mini 2011 ini berlangsung.

Amir ketika persembahan.

Amir dan rakan-rakan tahun 6 telah menyampaikan persembahan bacaan Yassin 10 ayat pada pagi itu... Walaupun telah terlepas menghadiri acara raptai tetapi Amir tetap"outstanding" pada hari persembahan. Sebagai bapa, pastilah bangga.

Tak banyak gambar yang ku ambil [banyak tak cantik sebenarnya] dan ini sahaja yang dapat ku tunjukkan.

Mana satu anak anda..!!?? ya.. kita patut berbangga..!!

Tak ingat pula ini persembahan tetang apa. 



Cat untuk kucing.. meoww.. meoww..!! Lagu tentang Binatang. Amir kata Animal. 

Ini persembahan tentang kerjaya. Occupation bak kata Amir. 

 Islam Is Way Of Life.

Ini persembahan tentang Bumi/Earth.

 Sekali costum macam dalam movie P. Ramlee.

 Serious lucu budak 2 orang ni. Boleh ketawa kalau ada video.

Ini gang tahun 6 Little Caliph Seri Serdang.

Barisan "teacher" dibelakang.

Dan terdapat beberapa lagi persembahan pelajar yang tidak ku sertakan dalam blog ini kerana masalah shot yang kurang memuaskan. Syabas kepada adik-adik kita dan selamat hari raya...


Read More! and Comments

Friday, September 21

Semasa: Bahagian Ke-Lapan



Semasa dalam perjalanan pulang kerumah

Ibu: Amir nak buat apa benda ni.

Ibu merujuk pada freebie yang telah diterima dari rumah kenduri kahwin yang telah dihadiri. 

Amir: Amir nak simpanlah
Ibu: Amir nak simpan buat apa?
Amir: Iyalah. Amir nak simpanlah. nanti Amir nak guna.
Ibu: Guna?
Amir: Nanti ayah dengan ibu lah kahwin.
Ibu: Laaa.. Tak payahlah, ibu dengan ayah dah kawin pun.
Amir: Takpelah.. Ayah dengan ibu kawinlah lagi..

Ayah: Ibu perempuanlah amir. Perempuan boleh kawin satu kali je. Tapi kalau ayah lelaki, bolehlah nak kawin lagi..
Ibu: E'eh..!!




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Wednesday, September 12

Semasa: Bahagian Ke-Tujuh



Semasa sedang di dalam perjalanan ke satu destinasi di Seri Serdang..

Amir: Ayah.. tengok..!! Jamek Maju tutup lagi..!!

Jamek Maju adalah sebuah kedai makan berkonsep mamak yang hanya sempat dibuka dalam satu atau satu bulan setengah sahaja sebelum ia diserbu pihak Majlis Perbandaran dan menyitar keseluruhan kedai.

Ayah: Memanglah.. Kedai tu kena denda sebab buka tiada lesen..
Amir: Ooo.. denda tu tu apa ayah..!!??

Ku dah sedikit cemas disini...

Ayah: Denda tu maksudnya, balasan kalau kita melakukan kesalahan.
Amir: Oooo.. Balasan tu apa ayah..!!??

Adoi..

Ayah: Balasan tu perkara yang kita dapat daripada apa yang kita buat. Jadi, orang kedai tu buat salah, dia kena dendalah.. Faham..!!?
Amir: Denda tu apa ayah..!?/

Hoho..

Ayah: Macam ni. Di school, kalau Amir buat bising, teacher akan denda Amir dengan rotan. Jadi, kena rotan tu balasan kepada Amir sebab buat bising.
Amir: Oooo.. orang kedai Jamek Maju tu kena denda rotanlah yea..!!??
Ayah: huh...!??




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Wednesday, September 5

Semasa: Bahagian Ke-Enam



Semasa sedang berhenti disebuah persimpangan lampu isyarat di Cyberjaya, ketika pagi mahu pulang kerumah selepas kerja, tiba-tiba berhenti sebuah kereta Proton Iswara berwarna kelabu. Selepas ku menoleh kearah kereta tersebut, pemandunya membuka tingkap. Seorang lelaki Cina mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta sambil melontarkan pertanyaan "Bagaimana mahu ke Hospital Putrajaya dari sini" dalam perkataan dialek bahasa Cina..

Lelaki Cina: Chong cheng.. piap piap... hiapp!! [Maaf, ku memang tak tahu langsung apa yang lelaki itu katakan semasa itu]
Ayah: Huh..!?
Lelaki Cina: Saya mau tau, macamana mau pergi Hospital Putrajaya..??
Ayah: Awak turun depan, exit depan Putrajaya. Hospital sebelah kiri.

Lelaki Cina itu bertanya lagi untuk kepastian sambil menunjukkan kearah simpang yang perlu dimasuk

Lelaki Cina: Oh!! ok ok.. turun sini aa..
Ayah: Yaa.. ya.. turun sini, nanti depan, naik kiri..

Lampu isyarat hijau.

Lelaki Cina: Oh!! ok.. Terima kasih aaa..

Lelaki Cina itu mengangkat tangan sambil berlalu..

Perkara ini yang paling menghantui ku sepanjang perjalanan, "muka ku ni ada muka Chinese man ke!!??"




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Friday, August 31

Semasa: Bahagian Ke-Lima


Semasa sedang bersiap-siap untuk ke pejabat satu pagi, ku dengan niat suci murni telah mencuba membuat 'try and match' sehelai baju kemeja yang dikenakan dengan sehelai seluar jeans dimana baju dimasukkan ke dalam seluar demi menampak atau kelihatan kemas.

Ibu yang dari tadi sama-sama bersiap terus menarik muka pahit.

Ibu: Iieee...!! macam bangla..
Ayah: Huh!!

Seraya itu, baju ku tarik, butang dibuka dan hati berkata, "pakai t-shirt je aa pergi kerja.."




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Sunday, August 26

Semasa: Bahagian Ke-Empat


Semasa sedang duduk di dalam keramaian hadirin ibu bapa pada satu temasya sekolah, ibu telah terdengan berberapa perbualan yang agak menarik.

Lelaki A: Rasanya ku nak tukarkan sekolah anak ku ke sekolah yang lain
Lelaki B: Oh!! mengapa ya..?
Lelaki A: Sekolah ni macam tak jaga disiplin budak-budak. Lagipun anak ku macam lambat je nak membaca dan menulis.
Lelaki B: Ahha..!! Ada juga ku terperasan tentang tu. Anak ku pun macam tu juga. Nak tukarkan ke sekolah mana lepas ni..??
Lelaki A: Mungkin ke sekolah tuuuttt [censored]... Orang yang pernah hantar anak ke sekolah tu kata bagus, anak cepat pandai menulis membaca.
Lelaki B: Mmmm.. Sekolah tu memang bagus. Cuma disana tiada subjek belajar agama islam macam kat sini. Aaahh..!! Tak mengapa tukar, yang penting budak tu cepat menulis membaca.

Lelaki B menyambung lagi perbualan dengan 'statement' mautnya..

Lelaki B: Setakat nak mengajar bab agama, alif ba ta.. kita boleh ajar sendiri...!!

Ibu yang mendengar.

Ibu: Fuuuu [dalam hati]

//ABC pun nak nak harap sekolah yang ajar, inikan nak mengajar alif ba ta...!!







//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Thursday, August 23

Semasa: Bahagian Ke-Tiga


Semasa memikirkan tentang apa yang kami akan makan untuk tengahari..

Ayah: Amir, lapar?
Amir: Amir lapar aaa..
Ayah: Ok, kalau amir lapar, kita pergi makan..
Amir: mmm
Ayah: Amir nak makan apa?
Amir: Ntah
Ayah: Laaa.. Tadi kata lapar, mesti kena makan..
Amir: Takpelah, pergilah kedai dulu..
Ayah: Tapi amir nak makan apa? baru tahu nak pergi kedai mana..
Amir: Takpe, kita pergi kedai dulu, nanti amir pilis..
Ayah: Huh!? Pilis??




//Setiap perbualan yang ada baca diatas adalah seperti yang benar pernah berlaku.

Anda mungkin juga ingin mengikuti:

Semasa: Bahagian Ke-Satu
Semasa: Bahagian Ke-Dua
Semasa: Bahagian Ke-Kiga
Semasa: Bahagian Ke-Empat
Semasa: Bahagian Ke-Lima
Semasa: Bahagian Ke-Enam
Semasa: Bahagian Ke-Tujuh
Semasa: Bahagian Ke-Lapan

Read More! and Comments

Thursday, August 16

Semasa: Bahagian Ke-Dua


Semasa didalam kereta dalam perjalanan mengambil ibu di LRT..

Ayah: Kita nak pergi mana ni amir?
Amir: Nak ambil ibu kat LRT
Ayah: Good.. Amir sebut macam ni. Saya mahu pergi mengambil ibu di LRT
Amir: Saya mahu pergi mengambil ibu di LRT
Ayah: Ok.. Good. Kalau dalam English Amir nak cakap macamana?
Amir: aaaa.. Amir tak tahulah ayah.
Ayah: Takpe, Amir ikut ayah sebut.
Ayah: Ok sebut.. I..
Amir: I..
Ayah: Want
Amir: Want

Belum sempat ayah sambung, Amir dah dapat tangkap dulu.

Amir: I one, two, three, four, five
Ayah: laa..

Read More! and Comments

Monday, August 13

Semasa: Bahagian Ke-Satu


Semasa menonton 'Dora The Explorer' dan Dora menyebut 'lobak merah' dan perbualan berterusan begini..

Amir: Bukanlah, itu carrot.
Ayah: Betullah, itu lobak merah.
Amir: Bukan.. Carrot.
Ayah: Betullah. Carrot dalam bahasa melayu lobak merah..
Amir: Tak.. bukan.. itu lobak oren.. [sambil menunjuk ke lobak color oren diTV]
Ayah: aaa.. iyalahhh..




Read More! and Comments

Monday, May 7

Nasi Goreng Untuk Amir




Hari ini ku off, tak kerja. Kebiasaan bila tak kerja, kesempatan tidur tidak boleh dilupa.

Tapi hari ni lain sikit, konon nak memasak konon-kononnya.

Pergi ke dapur, ada nasi yang dah dimasak, masih elok dan tidak boleh dibiarkan basi. Jadi buka peti sejuk, keluarkan ayam, sayur bawang dan beberapa bahan yang korang tak berapa nampak seperti dalam gambar.

Niatnya, nak masakkan nasi goreng sementara menunggu Amir balik dari sekolah. Baik murni sungguh niat ku hari ini...

Campak punya campak, adoi..!! Terpedas pula nasi ni jadinya.. Sudah curah kicap pun masih tidak mampu menutup rasa pedas yang tekak dewasa je yang mampu.

Setelah di'review' semula, kesilapan yang telah dilakukan adalah terlalu banyak cili giling disenduk kedalam kuali.. Mungkin masa tu ku terlalu high sampai tak terperasan tentang itu..

Jadi, Amir..

Kita pergi kedai makan nasi ayam je lah..!!


Read More! and Comments

Tuesday, January 31

Parents Course: Little Caliphs Reading Technique

"Towards getting our child to read"

Adoi... Ku cuba menterjemahkan perkataan yang ada dalam tajuk yang ku pilih kali ini, tapi gagal. Jadi macam tak sedap pula bunyinya. Jadi, ku putuskan untuk terus menggunakan tajuk Bahasa Inggeris walaupun ku lebih terarah untuk menaip isi kandungan dalam bahasa.

Ahad lepas, di Dewan Besar Institut Pertanian Serdang telah berlangsung satu seminar tentang teknik pembacaan yang digunakan oleh Tadika Little Caliph dalam mengajar anak-anak dalam sesi persekolahan. Tujuan utama adalah untuk memberi idea dan tunjuk ajar tentang teknik yang digunakan sekolah untuk diterapkan atau disinambungkan oleh ibu bapa dalam pembelajaran dirumah. [betul ke perkataan disinambungkan??]

Keseluruhannya, seminar ini adalah baik bagi pendapat ku. Jika tak pergi, tak tahu.

Acara dimulakan dengan sesi motivasi dari Dr. Azizan Ahmad [ini bukan Dr. Azizan yang bergambar psycho letak jari tepi dahi dalam akhbar Metro yea]. Ceramahnya ringkas tapi padat dan ada sesetengah perkara yang dibincangkan sudah ku sedia maklum. Pengakhiran perbincangan motivasi adalah menarik kerana beliau membincangkan beberapa kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak.. Okay!! Ku tak nafi ada beberapa poin yang dibincangkan terkena pada ku dan sudah tentu akan ku cuba untuk tidak mengulanginya lain kali.

Kemuncak acara adalah perbincangan tentang teknik pengajaran yang disampaikan oleh Puan Hjh Sabariah Faridah Jamaluddin. Terlalu banyak perkara yang dibincangkan memang tidak pernah ku tahu. Tentang bagaimana mengajar anak membaca dengan betul, bagaimana meningkatkan memori anak-anak kepada huruf dan macam-macam lagi. Seperti yang telah diberitahu oleh puan Faridah, cara mengajar anak pada zaman teknologi adalah amat berlainan dengan zaman pelita dahulu. Cara mengajar pun jauh berbeza dan ku akuinya.

Amatlah rugi kepada ibu bapa yang tidak hadir walau dijemput kerana terlalu banyak manfaat yang diperoleh jangka panjang.

Terima Kasih

Read More! and Comments

Thursday, January 26

Pantai Buatan Hotel Pullman Putrajaya


Panorama dari tempat parking

Sampai juga kami akhirnya ke tempat ni setelah lama membuat perancangan. Rasa dari bulan lepas kononnya hendak menyambut hari lahir Amir sambil bermandi manda.

Serious gila cantik tempat ni. Pantai buatan, tempat yang memang menjadi tempat tujuan kedatangan kami itu sebenarnya hanya tambahan kepada keindahan buatan yang ada disini. Nak datang sini pun tidaklah terlalu jauh dari rumah. Kami duduk di Bayu Parkville..

Awan mendung berarak datang

Ada beberapa kompleks yang salah satunya ku dapat detect adalah kompleks renang. Amir mengekek nak ke kolam renang mulanya, mujur dapat dipujuk untuk ke pantai buatan.

Pantai buatan Pullman Hotel Putrajaya ni tidaklah besar, cukup untuk kanak-kanak berstatus budak kecil sahaja kerana paras kedalaman yang menyedihkan untuk yang dah berstatus abang atau remaja.. Kira Amir masih relevan untuk berada dalam pantai buatan tu. Dan yang penting, keadaan sekelilingnya yang bersih.

Kami tak lama disana, dalam 45 min barangkali kerana kedatangan awan hitam yang berarak laju dari seberang tasik. Sempatlah Amir merasa mandi walau tidak lama.


sabar, sabar..


Akhirnya


Read More! and Comments

Wednesday, January 4

Cerita Sejuk: Amir dan Little Caliphs 2012


Hari yang ditunggu sudah tiba. Semalam, Amir telah memulakan hari persekolahan iaitu pada January 03, 2011 awal sehari dari sekolah yang menggunakan modul Kementerian Pelajaran. Tidak kisahlah.

Tahun lepas ku tidak membuat intro berkenaan persekolahan Amir memandangkan ia adalah sekadar kemasukan syarat untuk mendedahkan Amir pada alam sekolah dan pelajaran. Masa itu, Amir berumur 5 tahun. Oh!! Tetapi ku ada buat posting penutup tentang majlis graduasi Tadika Perpaduan 2011.

Tahun ini, Amir perlu didedahkan dengan pelajaran dengan lebih total dan intensive berbanding tahun lepas demi persedian untuk melangkau ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Justeru, dengan keputusan muktamad yang dibuat Shima, kami pindahkan Amir dari sekolah lama, Tadika Perpaduan Taman Seri Serdang ke Tadika Little Caliphs Nur Iman Taman Seri Serdang.



Tak perlu cerita tentang yurannya, memang berbeza, hampir 10 kali ganda dari sekolah lama. Tetapi, itu hakikat sekarang, jika mahu yang terbaik, bersedialah dengan pengerasnya. Semoga Amir dapat mempelajari lebih banyak ilmu dan manafaat yang berguna untuk masa depannya. 

Hari ini, jalan depan sekolah sesak kerana ramai ibu bapa yang bercuti untuk meneman atau menghantar anak mereka yang baru menjejak kaki ke sekolah rendah. Tahniah diucapkan kepada adik-adik.. Mak Ayah juga tahniah, jangan lupa bayar yuran PIBG, jangan nanti sibuk kondem sekolah macam ni, sekolah macam tu tapi hakikatnya, mereka sendiri tak pernah nak memberikan sumbangan pada sekolah.

Hari ini juga pastu banyak gelagat adik adik yang akan kita lihat dalam berita jam lapan. Ada yang termenung, ada yang touching dan ada juga yang tak boleh duduk diam. Amir semalam steady, walaupun sekolah baru, dia act macam biasa. Keadaan seperti tahun lepas juga dimana tidak memerlukan kami untuk tercongok depan pintu tadika kerana anak buat hal. Kesian juga pada ibu bapa yang menghadapi masalah anak tidak boleh ditinggalkan. Ada juga berlaku semalam seorang adik yang menangis.. menangis.. menangis kerana tidak mahu mak dan ayah pergi. Yang membuatkan keadaan lebih extreme, adik tadi menangis teresak-esak sambil nak buat buat macam nak muntah [ia mungkin benar tapi jika sesiapa yang ada disitu pasti akan merasa lucu]..

huuuuu.. uueekk!!
huuuuu.. uueekk!!

Lebih kurang begitu. Shima membuat andaian yang adik yang acting tu mungkin merasa sangat nervous hingga tidak mampu mengawal diri. Tapi semua itu normal, seminggu selepas itu pasti keadaan lebih baik.

Ada sesiapa yang terbaca post ni pernah hantar anak ke Tadika Little Caliphs Nur Iman Taman Seri Serdang  atau anak sedang berada satu batch dengan Amir. Mai komen sikit..!!



Read More! and Comments

Saturday, December 31

Saat Sayu Hati Seorang Pengasuh..

Orang kata, perpisahan memang amat memilukan, tetapi hakikatnya, perpisahan memang kadang kala tidak dapat kita elakkan. Perasaan pilu ini juga yang dirasakan pengasuh Amir, Kak Ani [panggilan kami], dimana hari ini, December 30 2011 adalah hari terakhir Kak Ani mengasuh Amir. Lima tahun kami rasakan sekejap sahaja, dari Amir berusia 2 bulan sehinggalah Amir bakal masuk ke Tadika Tahun 6.

Awal pagi, sebelum menghantar Amir, Shima meminta ku singgah ke dimana kedai untuk carikan makanan bekalan untuk Amir dan anak anak lain yang diasuh Kak Ani. Kami singgah di KFC dan se'bucket' ayam Shima bekalkan ke sana.

Rutin kebiasaannya, Amir akan dibawa balik pada waktu petang oleh samada ayah atau adikku, tetapi tidak hari ini. Mungkin jika Amir awal awal dibawa balik oleh mereka, ku dan Shima bakal tidak berkesempatan untuk berjumpa Kak Ani dan suaminya, Abang Mokhtar.

Kami sampai lewat kerana shift kerja ku yang tidak memungkinkan ku keluar dari pejabat sebelum jam 830pm. Sampai kerumah, Amir seperti biasa, ceria bermain dengan Kak Wa dan kak Kila [panggilan Amir]. Tak tahu pula mereka tu main apa, yang pasti, ada banyak guli dalam bekas mainan.

Segala barangan kepunyaan Amir sudah sedia terbungkus dan diletakkan diatas pangkin [orang putih panggil bench] dihadapan rumah. Sebuah beg dan sebungkus plastik hitam yang ku masih belum buka lagi kerana akan terus membawa barangan itu kerumah ibu ku. Tahun depan, Amir akan mula tinggal dengan Atok dan Tok Ma selepas balik dari sekolah.

Sebagai pengasuh yang memerhatikan setiap detik pembesaran Amir, dari kecil sehingga pandai bergolek, kemudiannya merangkak dan memanjat, dari terkedek bertahtih belajar berjalan sehingga mampu berlari laju, dan dari hanya menangis sehinggakan Amir pandai Alif Ba Tha A B C, ku amat yakin, Kak Ani cuba sembunyikan rasa sedihnya. Kami masih mampu berbual kosong sehinggalah saat kami bersalaman mengundur diri, masa itulah emosi tidak dapat dibendung lagi. Sebab hati dan air mata tidak tertahan lagi.

Ku akui, ku juga merasa sebab bila dalam keadaan emosi sedih sebegitu, Shima juga mungkin begitu. Berat juga hati nak keluar tetapi kami segerakan juga takut takut ia akan meleret panjang. Terasa umpama kami putuskan hubungan erat Amir dan Kak Ani walaupun nanti, kami masih boleh kerap bejumpa, jarak antara rumah keluarga ku dan rumah Kak Ani tak sampai sebatu. 

Episod emosi tidak habis dipagar rumah sahaja, ia bersambung didalam kereta. Shima yang ku sangkakan kuat, tidak terkesan rupanya tidak mampu menahan sebak. Ya, takkala ku menaip sambil teringat peristiwa tadi, ku juga rasa ter'touching.

Terima kasih Kepada Kak Ani dan Abang Mokhtar kerana sepanjang 5 tahun, menjaga, membesar dan memberikan Amir kasih sayang seperti anak sendiri. Amir juga bak kata Shima lebih patuh dengan arahan Kak Ani berbanding arahan dari kami.

Amir mungkin tak faham tentang hari ini tapi InsyaAllah, ku akan pastikan sentiasa berpesan pada Amir tentang, jangan pernah lupakan jasa meraka.

//nak taip panjang lagi pun ku dah rasa sedih..

Read More! and Comments

Saturday, November 19

Majlis Graduasi Sekolah Tadika Perpaduan Taman Seri Serdang


Hari ini bermulanya cuti sekolah..



Semalam November 18, 2011 adalah "hari kenangan yang tak dapat dilupakan" oleh Amir. Ia adalah kerana Sekolah Tadika Perpaduan tempat kami tempatkan Amir telah mengadakan majlis Graduasi yang berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya di Taman Seri Serdang. Majlis ini juga telah dengan 'Tele'nya berlangsung sekali sempena sambutan Hari Raya Deepavali yang ku rasa sudah tiada langsung rasa bahangnya.

Seperti yang termaktub dalam surat jemputan, majlis akan bermula pada jam 8pm dimana kami, ku ngan Shima terpaksa bergegas balik dari pejabat demi untuk mengejar masa yang telah diberikan. Mujur kadar kesesakan tidak telalu teruk seperti hari-hari jumaat yang kebiasaan.



Amir dengan pakaian baju melayu siap bersamping dan bersongkok segak sampai ke dewan dalam jam 7:45 PM demi memastikan cikgu mudah untuk mengatur pelajar untuk sesi persembahan.

Jika dilihat pada banner seperti diatas, majlis ini adalah Majlis Jamuan Deeparaya & Graduasi Tadika Perpaduan dan oleh kerana penganjuran jamuan ini dibuat oleh Jabatan Perpaduan iaitu dibawah kementerian atau bahasa pasarnya dibawah kendalian 'gomen', pasti perlu ada orang-orang penting atau panggilan biasanya VIP-VIP.

Tidak kisahlah siapa pun VIP yang dijemput tetapi yang menimbulkan rasa kejengkelan, letih [sebab siang tadi kerja] dan sedikit bosan bagi ku bila majlis yang sepatutnya bermula pada jam 8:00 PM telah tertangguh 40 minit gara-gara menunggu kedatangan VIP yang lewat. Ia adalah protokol majlis kerajaan untuk menunggu kedatangan VIP jemputan sebelum majlis boleh dimulakan.

Kanak kanak tadika yang seramai 28 orang termasuk Amir mungkin tidak terasa kerana mereka sibuk bermain, bergurau dan berbising antara mereka, tetapi, ku sebagai ibubapa yang bekerja di syarikat swasta, terasa masa yang terbuang itu amat-amat berharga.



Okay.. tidak apalah meraka lambat, mungkin jalan jam. Itulah lebih kurang ayat Shima. Tetapi apa yang makin membuatkan hadirin semakin bosan bila VIP memberi sepatah dua ribu kata. Majlis yang melibatkan kanak-kanak sepatutnya dilakukan dengan cepat. Kelihatan segelintir sahaja yang benar-benar 'attentive' mendengar ucapan dan selebihnya lebih seronok berbual sesama sendiri atau sibuk resah melihat anak-anak mereka yang sibuk bergurau.

Masa yang digunakan untuk perberian hadiah hanya berlangsung 15 minit bila mana pula 3 persembahan pelajar masing-masing berlanggsung sekitar 4 minit. Hanya itu sahaja masa yang diperuntukkan untuk majlis graduasi. Majlis yang pendek telah dipanjangkan kerana perkara yang tidak perlu. Majlis tamat pada jam lebih kurang 10:40 dan Shima berbisik pada ku..

"Patutlah dalam tentatif tulis 8 PM-11 PM"..



Lupa pula nak bagitahu, 3 persembahan pelajar terbahagi kepada, tarian Cina [tarian naga], tarian India dan tarian melayu [tarian endang]. Amir terpilih untuk beraksi dalam tarian endang. dan tahniah dan terima kasih kepada cikgu dan AJK yang terlibat dalam kelancaran majlis yang memang ku rasa berjaya...

Read More! and Comments

Tuesday, September 6

Basikal Biru Dari Gurun

Tajuk macam gempak je, basikal dari Gurun. Tetapi basikal ini memang benar-benar datang dari gurun. Dan pembelian ini adalah tidak dirancang.

Transaksi berlaku pada hari terakhir sebelum Ramadhan 2011, iaitu pada July 31, 2011.

Agak lama juga Amir menginginkan sebuah basikal sejak kami berpindah ke Bayu Parkville setengah tahun lepas. Ia gara-gara melihat adik beradik dari rumah atas yang gembira mengayuh basikal mereka masing masing sedang Amir hanya tunggu mereka berhenti mengayuh ditepi pagar dengan memegang bola untuk main bersama.

Ku tak ingat nama kilang tempat basikal ini dibeli. Ya.. ia dibeli terus dari kilang, tidak melalui taukeh-taukeh kedai basikal yang biasa mengambil keuntungan produk yang mereka jual sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus.


Mula mula ni dia gayat sikit, tapi lepas dah sampai rumah, laju dia berkayuh.


Peace, sebelum basikal diangkut masuk ke dalam kereta..

Terima kasih kepada Uncle At [panggil Amir kepada adik Shima] yang meluang masa membawa kami kesana.

//Basikal ini bakal sampai dari Alor Setar ke Bayu Parkville dalam masa beberapa hari lagi.. Pasti ia akan menambah keterujaan Amir.

Read More! and Comments

Tuesday, January 4

Hari Pertama Amir Di Tadika Dan Seluruh Penyusunan Masa Kehidupan Akan Datang Ku Berubah Hari Ini...



Amir bangun lebih awal dari kebiasaan hari ini walaupun menghadapi sedikit masalah untuk berbuat demikian. Almaklum, ianya adalah pertama kali dan pada malam semalamnya, Amir tidur agak terlewat sedikit.

Kami menghantar Amir ke Tadika Perpaduan Taman Seri Serdang [Nama tadika pun dah 1Malaysia...]

Walaupun ia hari pertama, Amir tidak menunjukkan tanda-tanda tidak mahu atau berkeras sedih untuk masuk ke kelas. Malah Amir menunjukkan keterujaan yang luar biasa yang hanya memerlukan kami berada didalam kawasan tadika sepuluh minit sahaja. Ya, dengan umur Amir yang baru lima tahun tahun ini, kami sangat bersyukur kerana keadaan terkawal dan tidak menyusahkan...

Kami juga mampu balik sambung tidur dengan tenang selepas itu...

Waktu pelajaran sekolah Amir adalah bermula jam lapan pagi dan tamat pada jam dua belas tengahari.

Dan kerana keterujaan kami juga, selepas kami mengambil Amir dari sekolah, kami sekeluarga meraikan kejayaan Amir ini dengan pergi makan tengahari di KFC...!! nom... nom... nom...!!

Read More! and Comments