Orang kata, perpisahan memang amat memilukan, tetapi hakikatnya, perpisahan memang kadang kala tidak dapat kita elakkan. Perasaan pilu ini juga yang dirasakan pengasuh Amir, Kak Ani [panggilan kami], dimana hari ini, December 30 2011 adalah hari terakhir Kak Ani mengasuh Amir. Lima tahun kami rasakan sekejap sahaja, dari Amir berusia 2 bulan sehinggalah Amir bakal masuk ke Tadika Tahun 6.
Awal pagi, sebelum menghantar Amir, Shima meminta ku singgah ke dimana kedai untuk carikan makanan bekalan untuk Amir dan anak anak lain yang diasuh Kak Ani. Kami singgah di KFC dan se'bucket' ayam Shima bekalkan ke sana.
Rutin kebiasaannya, Amir akan dibawa balik pada waktu petang oleh samada ayah atau adikku, tetapi tidak hari ini. Mungkin jika Amir awal awal dibawa balik oleh mereka, ku dan Shima bakal tidak berkesempatan untuk berjumpa Kak Ani dan suaminya, Abang Mokhtar.
Kami sampai lewat kerana shift kerja ku yang tidak memungkinkan ku keluar dari pejabat sebelum jam 830pm. Sampai kerumah, Amir seperti biasa, ceria bermain dengan Kak Wa dan kak Kila [panggilan Amir]. Tak tahu pula mereka tu main apa, yang pasti, ada banyak guli dalam bekas mainan.
Segala barangan kepunyaan Amir sudah sedia terbungkus dan diletakkan diatas pangkin [orang putih panggil bench] dihadapan rumah. Sebuah beg dan sebungkus plastik hitam yang ku masih belum buka lagi kerana akan terus membawa barangan itu kerumah ibu ku. Tahun depan, Amir akan mula tinggal dengan Atok dan Tok Ma selepas balik dari sekolah.
Sebagai pengasuh yang memerhatikan setiap detik pembesaran Amir, dari kecil sehingga pandai bergolek, kemudiannya merangkak dan memanjat, dari terkedek bertahtih belajar berjalan sehingga mampu berlari laju, dan dari hanya menangis sehinggakan Amir pandai Alif Ba Tha A B C, ku amat yakin, Kak Ani cuba sembunyikan rasa sedihnya. Kami masih mampu berbual kosong sehinggalah saat kami bersalaman mengundur diri, masa itulah emosi tidak dapat dibendung lagi. Sebab hati dan air mata tidak tertahan lagi.
Ku akui, ku juga merasa sebab bila dalam keadaan emosi sedih sebegitu, Shima juga mungkin begitu. Berat juga hati nak keluar tetapi kami segerakan juga takut takut ia akan meleret panjang. Terasa umpama kami putuskan hubungan erat Amir dan Kak Ani walaupun nanti, kami masih boleh kerap bejumpa, jarak antara rumah keluarga ku dan rumah Kak Ani tak sampai sebatu.
Episod emosi tidak habis dipagar rumah sahaja, ia bersambung didalam kereta. Shima yang ku sangkakan kuat, tidak terkesan rupanya tidak mampu menahan sebak. Ya, takkala ku menaip sambil teringat peristiwa tadi, ku juga rasa ter'touching.
Terima kasih Kepada Kak Ani dan Abang Mokhtar kerana sepanjang 5 tahun, menjaga, membesar dan memberikan Amir kasih sayang seperti anak sendiri. Amir juga bak kata Shima lebih patuh dengan arahan Kak Ani berbanding arahan dari kami.
Amir mungkin tak faham tentang hari ini tapi InsyaAllah, ku akan pastikan sentiasa berpesan pada Amir tentang, jangan pernah lupakan jasa meraka.
//nak taip panjang lagi pun ku dah rasa sedih..