Tuesday, January 4
Hari Pertama Amir Di Tadika Dan Seluruh Penyusunan Masa Kehidupan Akan Datang Ku Berubah Hari Ini...
Amir bangun lebih awal dari kebiasaan hari ini walaupun menghadapi sedikit masalah untuk berbuat demikian. Almaklum, ianya adalah pertama kali dan pada malam semalamnya, Amir tidur agak terlewat sedikit.
Kami menghantar Amir ke Tadika Perpaduan Taman Seri Serdang [Nama tadika pun dah 1Malaysia...]
Walaupun ia hari pertama, Amir tidak menunjukkan tanda-tanda tidak mahu atau berkeras sedih untuk masuk ke kelas. Malah Amir menunjukkan keterujaan yang luar biasa yang hanya memerlukan kami berada didalam kawasan tadika sepuluh minit sahaja. Ya, dengan umur Amir yang baru lima tahun tahun ini, kami sangat bersyukur kerana keadaan terkawal dan tidak menyusahkan...
Kami juga mampu balik sambung tidur dengan tenang selepas itu...
Waktu pelajaran sekolah Amir adalah bermula jam lapan pagi dan tamat pada jam dua belas tengahari.
Dan kerana keterujaan kami juga, selepas kami mengambil Amir dari sekolah, kami sekeluarga meraikan kejayaan Amir ini dengan pergi makan tengahari di KFC...!! nom... nom... nom...!!
Labels:
Amir