Pages

Saturday, January 15

Alahan laa tu...!!

Suatu hari takkala ku berasa kurang sihat, ku ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Setelah menunggu beberapa ketika, nama ku dipanggil.

"Encik Rizal, encik boleh masuk sekarang." ujar penolong jururawat yang kelihatan sedikit berusia.

Terdetik juga dalam hati yang kakak jururawat itu pastinya tidak punya kelulusan yang setanding dengan kerja ini. Mungkin juga pemilik klinik ini mahu mengurangkan kos dengan mengaji jururawat tidak terlatih asalkan mereka mampu menjalankan tugasan dengan baik.

"uhuk.. uhuk.." Kedengaran suara batukkan doktor disebalik pintu.



Doktor juga seorang manusia, pasti ada masa sihat dan ada masa sakit. Terfikir juga ku tentang persoalan yang pernah diajukan oleh adik ipar ku satu masa dahulu, apakah antara kareer/pekerjaan yang memberikan pulangan pendapatan paling baik didunia?

Jawapannya subjektif serta menarik dan sesungguhnya, membuka klinik sendiri adalah antara bukan termasuk dalam kareer/pekerjaan yang memberikan pulangan pendapatan paling baik didunia. Alasannya juga masuk akal.

Seorang doktor membuka kliniknya sendiri demi untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada orang awam selain yang diberikan oleh klinik klinik kerajaan. Apabila beliau sudah mempunyai reputasi yang baik dikalangan pesakit, klinik akan menerima kunjungan lebih ramai pesakit. Apabila ramai pesakit, pendapatan doktor atau tuan punya klinik akan menjadi lebih besar. Tetapi, ianya hanya sementara.

Bagaimana jika doctor itu jatuh sakit? Beliau tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di kliniknya sendiri. Jika beliau sakit teruk berhari-hari, berhari-hari jugalah kliniknya akan ditutup dan ia akan menjejaskan pendapatan harian kliniknya. bagaimana jika beliau sakit dan terus mati? Oleh kerana inilah, kareer membuka klinik sendiri tidak termasuk dalam kareer/pekerjaan yang memberikan pulangan pendapatan paling baik didunia. [tiada fakta yang tepat, ia hanya sekadar pendapat.]

Ku dipersilakan duduk oleh doktor Mokhtar selepas beliau menjawab salam yang telah ku berikan. Seraya itu, doktor Mokhtar bertanya tentang apakan masalah yang ku alami.

"Saya rasa tak sihatlah doctor. Rasa pening, ada selesema dan badan pun rasa sengal-sengal." Ujar ku dengan nada meminta simpati sambil membuat mimik muka umpama orang sakit tenat.

Seperti kebiasaan, doktor akan menanyakan soalan-soalan susulan demi untuk menganalisa tentang penyakit dan ubat yang sesuai untuk diberikan.

"Kamu ada ini?"

"Kamu ada itu?"

Soalan-soalan doctor menerjah keseluruhan bilik konsultansi sehinggalah ke soalan,

"Kamu ada alergi ubat?" Soal doktor.

"Tiada doctor." Ku menjawab yakin

"Ada alergi makanan?" Soal doktor lagi.

"Tiada doctor." Sekali lagi jawapan yang meyakinkan keluar dari mulut ku.

"Jadi selesema ni ada batuk tak?" Satu lagi soalan doktor demi kepastian.

"Batuk ada sikit sahaja." terang ku kepada doktor.

Seraya itu ku menyambung, "Tapi doctor, selesema saya ni kadang tak tentu. Kadang masa bangun tidur dia datang, lepas mandi pun kadang ada."

Ku juga dengan yakin menerangkan, "Paling saya tak boleh kalau kena habuk. Sikit pun jadilah, mesti akan selesema"

Doktor menjeling..

"Awak kata takde alergi, tapi tu kalau tak boleh kena habuk tu ADA ALERGI lah tu." Ujar doktor Mokhtar sambil tidak melepaskan jelingnya.

"Oh!! iya ke? Itu alergi ek?" Soal ku seakan kebodohan

"Haaa.. Alergi lah tu." ulang doctor yang membuatkan ku terdiam malu.

Tak sangka, selama ini, takkala mengisi borang yang ada menanyakkan tentang tahap kesihatan, ku akan menandakan TIDAK pada bahagian ruang alahan sedangkan sebenarnya, ku ada mengidap alahan...