Tiga hari lepas saya ada pergi berjumpa doctor di klinik yang biasa saya kunjung kerana inginkan perkhidmatan percuma berdasarkan kad ING yang saya ada. Doktor tersebut telah membuat pemeriksaan yang agak teliti pada penyakit yang saya alami dan telah memberi ubat ubat yang sesuai demi mengurangkan sakit yang saya tanggung.
"Jadi, bagaimana? sakit berkurang atau tidak?" tanya doktor di satu lagi klinik lain selepas mendengar penjelasan saya yang diatas.
Satu lagi penerangan panjang lebar ku membuatkan doktor terus mencapai dan melekapkan teropong telingannya kebahagian tengah dada ku.. Tak semena-mena, secara automatik ku menarik nafas dalam-dalam.
"Oww..!! ini angin..." reaksi doktor sambil melompat sandar ke kerusi.
Doktor juga menyatakan bahawa mungkin terdapat kecederaan seperti luka berlaku di bahagian ulu hati ku yang membuatkan selama ini ku merasa pedih pedih sepanjang hari. Sambung doktor juga, ia juga umpama luka di tangan kiri, jika kamu ingin ia baik dengan cepat, kamu mesti jaga luka itu baik baik.
Perkara yang menakutkan pada ayat akhir penjelasan adalah, ini boleh jadi petanda awal gastrik..
Fuuu... ku dah terfikir, kalau betul-betul ku ada gastrik, maknanya, boleh aa ku ambil lunch bersama-sama Calvin di meja bulat semasa bulan puasa yang mendatang nanti.. mmm...!
"Jadi kamu kena elakkan makanan pedah, cabai, kari semua tu jangan. Makanan keras atau minuman seperti kopi o'kaw juga tak boleh dan jangan minum minuman berais," solutions yang doktor berikan sambil menyambung, kamu kena elakkan makanan ini sekurang-kurangnya satu bulan...
makanan gorengan boleh sedikit-sedikit tetapi mesti terkawal. doktor menjawab pertanyaan Shima yang inginkan kepastian...
Konsultansi berakhir dengan ku mendapat MC pada hari esoknya...
Nampaknya, ku awal-awal sudah pre-puasa...