Pages

Tuesday, January 11

dRbook Ganti FB...!? dRbook Pengganti Facebook...!? Biar Betul Dr Jusmate...!!


Sos Bawang Putih


Ada korang terbaca tentang ura ura mengenai penutupan laman Facebook yang dikatakan akan berlaku pada bulan march ini? Pasti semua pengguna mengetahuinya memandangkan berita tak rasmi ni telang mengejutkan seluruh dunia dan menjadi cerita paling panas bulan ini... Ku tidak kisah pun sekiranya perkara ini berlaku, kerana masih ada banyak cara lagi boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan sesama rakan rakan... Kita tinggalkan itu...

Dia Buat Lagi... Image diatas adalah statement paling boleh bikin orang pengsan.. Dr Rozmey mahu buka laman sosial baru yang bernama dRbook kononnya untuk menggantikan laman Facebook yang akan ditamatkan perkhidmatannya.. Ya, ia adalah satu tindakan yang ambitious walaupun kita tidak tahu kebenaran tentang penutupan Facebook.

Ku optimis yang Facebook tidak akan ditutup.. ianya kerana:

1. Impact yang akan berlaku pada keseluruhan structure kehidupan manusia akan berubah.
2. Facebook adalah business, dan jika business berkembang pesat, sapa nak tutup
3. Jika benar mark zuckerberg dan rakannya sudah tidak mampu menanggung beban stress atau lain lain, pasti akan ada syarikat besar internet [contoh google atau yahoo atau mana mana syarikat yahudi (demi untuk memegang hak informasi database)] akan mengambil alih pertadbiran keseluruhan operasi laman ini...

Dan ku optimis, cadangan Dr Rozmey bakal menerima nasib seperti yang berlaku pada filem 2 Alam, kerana:

1. Berita ini bukan sahih kerana ia tidak dilaporkan oleh mana mana laman akhbar yang paling berpengaruh... [kecuali akhbar berbahasa Melayu di Malaysia]
2. Jika ia dilancarkan juga, dan Facebook tidak tutup, hanya ahli ahli yang ada kena mengena dengan HPA sahaja yang akan guna.. sama macam internal forum juga.
3. Mengapa berhabis wang semata untuk meniru apa yang Facebook dah ada... Useless dan damn fool...!!
4. Jika benar ingin mewujudkan fenomena, sila create benda yang baru, yang orang tidak pernah tahu, tidak pernah guna, tidak pernah tengok dan benda yang FRESH...!! luar dari kebiasaan... [contoh jusmate yang orang tak pernah jumpa yang membuatkan nama Dr Rozmey meletup letup...]

dan lain lain.. korang tambah sendiri...!!

ok.. Bubbye..!!