"Towards getting our child to read"
Adoi... Ku cuba menterjemahkan perkataan yang ada dalam tajuk yang ku pilih kali ini, tapi gagal. Jadi macam tak sedap pula bunyinya. Jadi, ku putuskan untuk terus menggunakan tajuk Bahasa Inggeris walaupun ku lebih terarah untuk menaip isi kandungan dalam bahasa.
Ahad lepas, di Dewan Besar Institut Pertanian Serdang telah berlangsung satu seminar tentang teknik pembacaan yang digunakan oleh Tadika Little Caliph dalam mengajar anak-anak dalam sesi persekolahan. Tujuan utama adalah untuk memberi idea dan tunjuk ajar tentang teknik yang digunakan sekolah untuk diterapkan atau disinambungkan oleh ibu bapa dalam pembelajaran dirumah. [betul ke perkataan disinambungkan??]
Keseluruhannya, seminar ini adalah baik bagi pendapat ku. Jika tak pergi, tak tahu.
Acara dimulakan dengan sesi motivasi dari Dr. Azizan Ahmad [ini bukan Dr. Azizan yang bergambar psycho letak jari tepi dahi dalam akhbar Metro yea]. Ceramahnya ringkas tapi padat dan ada sesetengah perkara yang dibincangkan sudah ku sedia maklum. Pengakhiran perbincangan motivasi adalah menarik kerana beliau membincangkan beberapa kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak.. Okay!! Ku tak nafi ada beberapa poin yang dibincangkan terkena pada ku dan sudah tentu akan ku cuba untuk tidak mengulanginya lain kali.
Kemuncak acara adalah perbincangan tentang teknik pengajaran yang disampaikan oleh Puan Hjh Sabariah Faridah Jamaluddin. Terlalu banyak perkara yang dibincangkan memang tidak pernah ku tahu. Tentang bagaimana mengajar anak membaca dengan betul, bagaimana meningkatkan memori anak-anak kepada huruf dan macam-macam lagi. Seperti yang telah diberitahu oleh puan Faridah, cara mengajar anak pada zaman teknologi adalah amat berlainan dengan zaman pelita dahulu. Cara mengajar pun jauh berbeza dan ku akuinya.
Amatlah rugi kepada ibu bapa yang tidak hadir walau dijemput kerana terlalu banyak manfaat yang diperoleh jangka panjang.
Terima Kasih