Pages

Wednesday, January 4

Cerita Sejuk: Amir dan Little Caliphs 2012


Hari yang ditunggu sudah tiba. Semalam, Amir telah memulakan hari persekolahan iaitu pada January 03, 2011 awal sehari dari sekolah yang menggunakan modul Kementerian Pelajaran. Tidak kisahlah.

Tahun lepas ku tidak membuat intro berkenaan persekolahan Amir memandangkan ia adalah sekadar kemasukan syarat untuk mendedahkan Amir pada alam sekolah dan pelajaran. Masa itu, Amir berumur 5 tahun. Oh!! Tetapi ku ada buat posting penutup tentang majlis graduasi Tadika Perpaduan 2011.

Tahun ini, Amir perlu didedahkan dengan pelajaran dengan lebih total dan intensive berbanding tahun lepas demi persedian untuk melangkau ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Justeru, dengan keputusan muktamad yang dibuat Shima, kami pindahkan Amir dari sekolah lama, Tadika Perpaduan Taman Seri Serdang ke Tadika Little Caliphs Nur Iman Taman Seri Serdang.



Tak perlu cerita tentang yurannya, memang berbeza, hampir 10 kali ganda dari sekolah lama. Tetapi, itu hakikat sekarang, jika mahu yang terbaik, bersedialah dengan pengerasnya. Semoga Amir dapat mempelajari lebih banyak ilmu dan manafaat yang berguna untuk masa depannya. 

Hari ini, jalan depan sekolah sesak kerana ramai ibu bapa yang bercuti untuk meneman atau menghantar anak mereka yang baru menjejak kaki ke sekolah rendah. Tahniah diucapkan kepada adik-adik.. Mak Ayah juga tahniah, jangan lupa bayar yuran PIBG, jangan nanti sibuk kondem sekolah macam ni, sekolah macam tu tapi hakikatnya, mereka sendiri tak pernah nak memberikan sumbangan pada sekolah.

Hari ini juga pastu banyak gelagat adik adik yang akan kita lihat dalam berita jam lapan. Ada yang termenung, ada yang touching dan ada juga yang tak boleh duduk diam. Amir semalam steady, walaupun sekolah baru, dia act macam biasa. Keadaan seperti tahun lepas juga dimana tidak memerlukan kami untuk tercongok depan pintu tadika kerana anak buat hal. Kesian juga pada ibu bapa yang menghadapi masalah anak tidak boleh ditinggalkan. Ada juga berlaku semalam seorang adik yang menangis.. menangis.. menangis kerana tidak mahu mak dan ayah pergi. Yang membuatkan keadaan lebih extreme, adik tadi menangis teresak-esak sambil nak buat buat macam nak muntah [ia mungkin benar tapi jika sesiapa yang ada disitu pasti akan merasa lucu]..

huuuuu.. uueekk!!
huuuuu.. uueekk!!

Lebih kurang begitu. Shima membuat andaian yang adik yang acting tu mungkin merasa sangat nervous hingga tidak mampu mengawal diri. Tapi semua itu normal, seminggu selepas itu pasti keadaan lebih baik.

Ada sesiapa yang terbaca post ni pernah hantar anak ke Tadika Little Caliphs Nur Iman Taman Seri Serdang  atau anak sedang berada satu batch dengan Amir. Mai komen sikit..!!