Saturday, November 19
Majlis Graduasi Sekolah Tadika Perpaduan Taman Seri Serdang
Hari ini bermulanya cuti sekolah..
Semalam November 18, 2011 adalah "hari kenangan yang tak dapat dilupakan" oleh Amir. Ia adalah kerana Sekolah Tadika Perpaduan tempat kami tempatkan Amir telah mengadakan majlis Graduasi yang berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya di Taman Seri Serdang. Majlis ini juga telah dengan 'Tele'nya berlangsung sekali sempena sambutan Hari Raya Deepavali yang ku rasa sudah tiada langsung rasa bahangnya.
Seperti yang termaktub dalam surat jemputan, majlis akan bermula pada jam 8pm dimana kami, ku ngan Shima terpaksa bergegas balik dari pejabat demi untuk mengejar masa yang telah diberikan. Mujur kadar kesesakan tidak telalu teruk seperti hari-hari jumaat yang kebiasaan.
Amir dengan pakaian baju melayu siap bersamping dan bersongkok segak sampai ke dewan dalam jam 7:45 PM demi memastikan cikgu mudah untuk mengatur pelajar untuk sesi persembahan.
Jika dilihat pada banner seperti diatas, majlis ini adalah Majlis Jamuan Deeparaya & Graduasi Tadika Perpaduan dan oleh kerana penganjuran jamuan ini dibuat oleh Jabatan Perpaduan iaitu dibawah kementerian atau bahasa pasarnya dibawah kendalian 'gomen', pasti perlu ada orang-orang penting atau panggilan biasanya VIP-VIP.
Tidak kisahlah siapa pun VIP yang dijemput tetapi yang menimbulkan rasa kejengkelan, letih [sebab siang tadi kerja] dan sedikit bosan bagi ku bila majlis yang sepatutnya bermula pada jam 8:00 PM telah tertangguh 40 minit gara-gara menunggu kedatangan VIP yang lewat. Ia adalah protokol majlis kerajaan untuk menunggu kedatangan VIP jemputan sebelum majlis boleh dimulakan.
Kanak kanak tadika yang seramai 28 orang termasuk Amir mungkin tidak terasa kerana mereka sibuk bermain, bergurau dan berbising antara mereka, tetapi, ku sebagai ibubapa yang bekerja di syarikat swasta, terasa masa yang terbuang itu amat-amat berharga.
Okay.. tidak apalah meraka lambat, mungkin jalan jam. Itulah lebih kurang ayat Shima. Tetapi apa yang makin membuatkan hadirin semakin bosan bila VIP memberi sepatah dua ribu kata. Majlis yang melibatkan kanak-kanak sepatutnya dilakukan dengan cepat. Kelihatan segelintir sahaja yang benar-benar 'attentive' mendengar ucapan dan selebihnya lebih seronok berbual sesama sendiri atau sibuk resah melihat anak-anak mereka yang sibuk bergurau.
Masa yang digunakan untuk perberian hadiah hanya berlangsung 15 minit bila mana pula 3 persembahan pelajar masing-masing berlanggsung sekitar 4 minit. Hanya itu sahaja masa yang diperuntukkan untuk majlis graduasi. Majlis yang pendek telah dipanjangkan kerana perkara yang tidak perlu. Majlis tamat pada jam lebih kurang 10:40 dan Shima berbisik pada ku..
"Patutlah dalam tentatif tulis 8 PM-11 PM"..
Lupa pula nak bagitahu, 3 persembahan pelajar terbahagi kepada, tarian Cina [tarian naga], tarian India dan tarian melayu [tarian endang]. Amir terpilih untuk beraksi dalam tarian endang. dan tahniah dan terima kasih kepada cikgu dan AJK yang terlibat dalam kelancaran majlis yang memang ku rasa berjaya...
Labels:
Amir