Pages

Monday, August 30

Ramai Kata Streamyx Sucks, Tapi KTM Komuter lagi Worst...


Pengenalan Koc Wanita ini adalah bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Walau bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring/saudara wanita mereka dibenarkan menaiki koc ini.
KTMB

Hebat bukan, menjamin keselesaan dan jaminan keselamatan dari gangguan seksual. Tapi, adakah ianya diambil tahu atau dikuat kuasakan dengan kadar yang sangat ketat. Tidak...



Jumaat lepas boleh dikatakan pengalaman paling buruk yang telah ku alami selama ku pernah menggunakan perkhidmatan komuter. Kali terakhir ku gunakan komuter adalah pada 11 bulan lepas. Sepanjang 11 bulan masa ku tidak menggunakan komuter, kurasakan seperti tiada perubahan ketara yang berlaku pada perkhidmatan ini melainkan pengenalan "coach khas untuk wanita".

Apa yang ku lihat, coach yang sepatutnya dikhaskan untuk kaum wanita telah dinoda juga tanpa dapat dihalang oleh wanita wanita yang tidak berupaya bersuara. buyi macam kena rogol lak... Dinoda ku maksudkan adalah, masih ada segelintir laki-laki yang tidak menghiraukan tentang peraturan pembahagian coach ini. Mereka masih dengan selamba berebut rebut menaiki coach tanpa rasa bersalah dan berasak mencari tempat dengan menolak-nolak penumpang wanita yang berada didalam. Ku hairan, bagaimana ini boleh berlaku. Shima menjelaskan, stiker yang bertampal ditingkap coach tidak dapat dilihat jelas.

Mungkin benar begitu kerana stiker yang ditampal tidak begitu jelas tetapi laki-laki tersebut patut sedia maklum pihak KTM sudah memaklumkan tentang tempat menunggu wanita yang dilekatkan dengan penanda-penanda merah jambu.. Tetapi, manusia tetap manusia, manusia lebih seronok melanggar peraturan dari mengikutnya...

Penguatkuasaan perlu diketatkan bagi memastikan mereka kaum wanita benar benar merasa selesa dan selamat. Janganlah membuat peraturan seperti seorang ayah yang sedang duduk di kerusi malas, menghambur asap dari dada sambil menasihati anak-anak yang memerhati dengan nasihat "anak anak ku, bila besar nanti, jangan hisap dadah, jangan hisap rokok, jadi orang yang berguna..." Jika begini, memang tak jadi...

Masalah kelewatan juga menjadi masalah paling utama. Masa menunggu yang teramat lama membuatkan perkhidmatan ini tidak "reliable" bagi mereka yang memang mengejar waktu. Kami terpaksa mengharung waktu menunggu dan perjalan untuk jarak 1 stesen selama 2 jam...!! Diulangi, 1 stesen 2 jam...!!

Dalam masa menunggu, beberapa kali masa berlepas yang terpampang dipapan tanda elektronik berubah. Berubah bukan semakin cepat, tetapi berubah semakin lewat. Ia membuatkan perasaan ku menyirap dan panas hati. Bagaimana mereka yang setiap hari menggunakan perkhidmatan ini boleh tahan dengan situasi begini.

Oleh kerana ketibaan train yang sangat lewat, orang ramai berasak di terminal mengambil tempat untuk menjadi orang terdahulu masuk. Dan berlaku tolak menolak yang amat dahsyat sehingga kami tak terpaksa melepaskan 2 kali train kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Jika ku dan Shima sahaja, mungkin kami gagahkan, tapi oleh kerana ada Amir dan stroller, kami mengalah. Nasib kami baik kerana Amir tidak banyak merungut walaupun seharian mengikut kami berjalan-jalan mencari barang-barang persiapan raya...


Walaupun letih, tapi tetap gembira

 Ingat lagi, Bekas Perdana Menteri kita, Pak Lah pernah merasai pengalaman ini dan beliau telah mengarahkan pihak pengurusan agar mengkaji tentang perkara ini, tapi haram... takde tindakan...!!

Ini mungkin berbau complaint, tapi ini juga pengalaman yang ku hadapi. Sungguh perkhidmatan ini perlu diperbaiki. Seperti yang Shima beritahu ku, perlu tambah kekerapan, kekerapan sahaja jalan yang mampu menyelesaikan masalah menunggu dan kesesakan dalam coach. Mungkin juga kerajaan kita perlu memikirkan perancangan untuk mewujudkan sistem perkhidmatan keretapi yang lebih menyeluruh dan integrated.

6 comments:

  1. oh ye?
    tak penah berpeluang riding the ladies' coach. tak pernah nak naik KTM pun. sesekali je.
    baca: jika sangat2 terpaksa.
    hoho!

    ReplyDelete
  2. ah. gile lama aku tak naik komuter. bentuk komuter pun aku dah lupa agaknya. hahahaha

    ReplyDelete
  3. @clarky
    yaa.. worst ever service yang ku pernah terima... dan kami naik tu sebab terpaksa sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. @ben
    ben, ko naik aa sekali, boleh aa rasa azab yang orang lain rasa hari hari...

    ReplyDelete
  5. kalau bukan kerana perkhidmatan yg hampeh, saya memang suka dan berbesar hati untuk naik komuter ni.. tapi dari dulu sampai sekarang memang mengecewakan!
    setelah ada kereta, memang malas nak guna komuter ni.

    ReplyDelete
  6. @yan...
    kami tiada pilihan.. terpaksa

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks