Pages

Saturday, August 7

Gurau Pun Biar Berpada...

Pernah dulu kita digemparkan dengan kes "Ugutan Bunuh di Facebook!!". Tidak perlu ku panjangkan cerita tersebut kerana ia telah lama dikira selesai. Tapi kini;

Nor Azita Osman

Siapa?? Nama ini tiba-tiba mendapat hit yang tinggi dalam pencarian internet atas kisahnya menghina Negeri Johor kerana tiada kedai menjual biskut Famous Amos. Page bertajuk Nor Azita Osman Hina Negeri Johor (Blacklist People) yang dibuka untuk menghentam dan menyenarai hitamkan dia. Gadis biskut menjadi gelaran Nor Azita Osman dalam page ini.





Tujuan entry ini bukan untuk mencurah petrol di api yang marak, mahupun mengipas-ngipas api pembakar satay tapi ianya lebih bertujuan bagi ingatan, pesanan dan iktibar kepada pembaca tentang perkara seperti ini.

Sebagai pengguna Internet dan juga lawan web secara amnya tidak terlepas dengan kod etika kita sebagai pengguna. [maaf, saya tidak dapat untuk memberikan butiran yang sahih tentang ini..] Kita juga perlu sedar akan tertib dan batasan yang ada untuk kita walaupun ianya hanya bersifat gurauan. Gurauan bagi kita tidak semestinya boleh diterima semua.

Berhati-hati walaupun anda rasa tindakan anda tidak akan dapat dihidu oleh pihak lain. Jika tidak, padah mengundang.

Apa yang menariknya, perkara ini sudah tersebar luas ke seluruh negara melalui sebuah akhbar [yang ku tak tau korang baca atau tak]. Pergilah sini jika mahu baca.

Racist, memperkotak-katikkan orang lain, komen yang bersifat menghina tidak kira kaum, bangsa atau agama perlu dielakkan. Ini adalah bersifat sensitif dan fikirkan tentang orang lain jika mereka memperkatakan perkara sama tentang kita.

Kepada Nor Azita Osman, anda sudah meminta maaf, tetapi apa yang anda lakukan adalah satu kesilapan yang besar. Pada rakan rakan ku yang dikenali dan pembaca sekalian, sila gunakan internet dengan bijak dan jangan sekali-kali melakukan perkara "bodoh"
"bangang" "tolol" yang sama kecuali jika korang memang mengidamkan;


"One Hit Wonder"


3 comments:

  1. adeh. pasal biskutkah? hahahah, kacau betullah rakyat malaysia sekarang..macam-macam!

    ReplyDelete
  2. kekadang rasa hati baik dipendam je.. hehehe

    ReplyDelete
  3. mas umar... saya setuju...!! ada perkara sensitif yang boleh bikin kita jilat semula apa yang kita sudah ludahkan

    ReplyDelete

You may leave your wise comments here... Thanks