Ramai yang bercerita dan mengaitkan tentang perkara makanan bila menyebut tentang berjimat di bulan Ramadhan. Mereka mengandaikan bahawa, tidak mengambil makanan pagi, tengahari serta malam akan membuatkan mereka mampu mengumpul wang penuh setabung. Beriya-iya adanya mereka menegakkan kebenaran yang tidak pernah nyata yang sememangnya ku rasakan tidak pernah benar nyata. Ianya ku rasanya hanya angan-angan kosong yang amat sukar untuk dicapai. Sehinggakan mereka lupa, berjimat bukan hanya melibatkan makan tetapi ianya adalah melibatkan perbelanjaan keseluruhan harian mahupun bulanan.
Ku kerap mendengar kenyataan seperti ini,
"Save duit aku bulan ni, selalu seminggu 3, 4 kotak, tapi bulan-bulan puasa ni sekotak seminggu..."
Hebat bukan, seorang perokok tegar amat berbangga dapat mengurangkan jumlah belian belian kotak rokok pada bulan ramadhan dari memikirkan dan beriktiar mencari jalan untuk berhenti terus daripada tabiat buruk mereka itu. Apalah sangat kurang 3, 4 kotak seminggu selama sebulan ini jika mereka kembali terus terusan dengan tabiat buruk mereka itu sehingga menjelang ramadhan akan datang.
Penat lelah berkerja, lapar dan dahaga berpuasa pasti akan sekelip mata hilang sejurus selepas kaki melangkah masuk kedalam pasar ramadhan yang kemeriahan peniaganya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tapi memang ianya sudah menjadi satu trend setiap tahun dan kebetulan tahun ini, hujan setiap petang. Takziah kepada keluarga mangsa ribut yang berlaku di pasar ramadhan di Stadium Jasin. Al-Fatihah
Pasar Ramadhan adalah perangkap paling maut bagi seseorang jika nafsu gagal dikawal. Keterujaan melihat kuih muih pelbagai bentuk, bau wangian arang ayam golek serta mata rambang melihat aweks-aweks [bahasa benarnya adalah gadis-gadis] mampu meruntuhkan tembok-tembok iman yang telah dipertahankan dari mula azan Subuh pagi tadi...
Ku sangat yakin bahawasanya, perbelanjaan yang dilakukan di pasar ramadhan adalah berkemungkinan lebih banyak dari yang dibelanjakan seseorang untuk makan tengahari dan malam setiap hari. Ini belum termasuk harga barang makanan yang terjual di beberapa pasar ramadhan sekitar Lembah Klang. Mahalnya mencekik darah, tapi produknya sangat menghampakan. Pasti ada antara anda yang pernah terbeli kuih basi? lauk basi? yaa, ayah dan ibu ku punya pengalaman itu... tapi mereka tidak serik-serik. Pergilah ke pasar ramadhan Putrajaya, anda akan pasti terkejut bila mana harga makanan yang dijual disana setiap tahun akan meningkat. Adakah ini ada kena mengena dengan kenaikan harga barang dan petrol...?? atau mereka, peniaga cendawan ingin mengaut keuntungan yang berlebihan, menyimpang dari ini asal untuk mencari pendapatan lebih...!! Akhirnya, wang yang kita jangka terselamat kerana tidak perlu membayar harga makan tengahari habis disedut oleh para cendawan beracun yang racunnya tidak kelihatan secara lahiriah...
Tanpa kita sedari kita akan berbelanja lebih pada bulan ramadhan tidak seperti hari-hari lain kebiasaannya. Persiapan sambutan raya, sebagai contoh, pembelian baju baru untuk raya menjadi kewajipan pada bulan ini disamping pembelian perhiasan rumah, langsir serta lampu kelip-kelip bagi memeriahkan sambutan Syawal yang bakal tiba. Bahan-bahan mentah untuk rendang dan pelbagai juga perlu diambil kira. Makanan perlu dimasak sendiri kerana jika hendak beli dikedai, mahu beratus ratus harganya. Anda boleh rangka sendiri, berapa yang akan anda habiskan untuk perkara-perkara yang disebutkan di perenggan ini. Seorang perempuan sesungguh benarnya pasti akan menyediakan tidak banyak, satu pasang baju baru yang akan dipasangkan dengan sehelai tudung jenama terkenal yang jumlah perbelanjaannya paling sikit kurang mampu menampung perbelanjaan pergi dan balik ketempat kerja selama 2 minggu. Yang lelaki pun ada yang sama juga. Semasa bujang dahulu, 8 kali hari raya aidilfitri ku sarungkan baju melayu yang sama, tapi, sekarang, setahun sekali nak kena tukar warna*... Itu belum lagi dikira perbelanjaan seorang lelaki dan perempuan untuk anak-anak mereka. Semuanya kerana mentaliti, setahun sekali, apa salahnya...!!?
"setahun, hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini..."
- Lirik lagu Selamat Hari Raya - Saloma
Mereka mungkin terlalu menjiwai lirik lagu diatas...!!
Kita sekarang lebih cenderung untuk membeli atau membeli "Kuih Tunjuk" iaitu gelaran popular bagi kuih raya yang dibeli siap di kedai. Sebalang atau sebekas kuih biasanya "standard" berharga RM22-25 dan bagi mereka yang tidak meneruskan tradisi bersengkang mata membuat kuih raya seperti yang dilakukan oleh ibu kita lama dahulu, 1, 2 jenis pastinya tidak akan mencukupi. Ianya juga termasuklah pembelian pelbagai jenis kerepek dan makanan sampingan yang kadang-kadang tidak langsung dijamah oleh tetamu takkala bertandang kerumah kita pada pagi hari raya. Takkan nak bagi air kosong dengan biskut kering...?? Yaa... setahun sekali orang bertandang kerumah, mesti perlu sediakan jenisan makanan yang mampu mengenyangkan pengunjung walau mungkin hanya 20 peratus sahaja yang datang akan makan kuih kita itu...!! Sebab diorang pun dah ada beli kuih yang sama juga dirumah...
Saya bukan kedekut tapi tak kisah jika sesekali berbuka puasa diluar. Dahulu, ayah ku selalu bawa sekeluarga keluar membeli barangan persiapan hari raya dan seterusnya singgah untuk berbuka diluar. Saya tidak lupa setiap tahun, ayah akan bawa kami meredah kepanasan dan kepenatan menyusur kedai-kedai sepanjang Jalan Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Tempat pilihan untuk membeli baju baru ku adalah sebuah plaza yang bernama Hankyu Jaya dan selapas itu kami akan berbuka di gerai area pasar Jalan Chow Kit. Makan malam diluar mungkin menjadi rutin bulanan bagi sesebuah keluarga bagi memupuk sifat kekeluargaan dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Maka, yang membazirnya apabila keluarga dibawa berbuka di hotel atau tempat-tempat yang menawarkan pakej berbuka dengan 100 jenis lauk pauk dengan harga yang sangat berpatutan [RM80 seorang]. Banyak mana sangat seseorang tembolok perutnya yang sudah mengecil untuk makan mahupun merasa 100 jenis lauk pauk dalam satu masa. Dan ini ku rasakan perbelanjaan yang sia-sia.
Sudah berapa agaknya perbelanjaan yang kita boleh hitung berbanding penjimatan yang kita sudah sahih lakukan pada bulan Ramadhan ini...? Tunggu... ada lagi...
Tidak sah perayaan jika tidak disambut bersama ibu bapa [jika merantau], adik beradik dan saudara mara dikampung. Balik kampung juga memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi bergantung pada jenis kenderaan yang digunakan. Servis, Permeriksaan dan penukaran tayar dan kadang-kala "pimping ride" juga akan dilakukan sebelum menempuh perjalanan jah pulang kekampung. Pimped ride tu biasanya saja nak "show off" pada orang kampung selain nak kasi statement pada gadis kampung yang dulu masa mengorat pakai basikal, diorang tak layan. Ku perlu menyediakan sekurang kurangnya perbelanjaan perjalanan pergi balik kerja selama sebulan jika hendak pastikan kami sekeluarga dapat beraya bersama ibu dan ayah. Anda bagaimana?
Baiklah, ada banyak lagi sebenarnya, tapi ini yang terakhir...!! Jika anda punya kerjaya dan anak anak buah, pastinya, duit raya tidak boleh dilupa. Pasti anda tidak mahu dicap "kedekut tahi hidung masin" bila tiap kali pulang ke kampung atau pun takkala ziarah menziarah kerumah saudara. RM1 sudah tak lagi, paling kurang RM1 dua keping. Itu yang ramai, jika anak buah 1, 2 orang, paling kurang RM10.. kan!? Takkan anda sanggup dicap oleh anak anak buah anda yang berfikiran cerdas tu dengan gelaran "Haji Bakhil". Disitu je dah berapa habis??
Jadi bagaimana...?? Benarkan bulan Ramadhan bukan masa atau bulan untuk kita mampu berjimat cermat. Apa lagi yang perlu dijimatkan? Belanja pergi balik kerja adalah tetap dengan minyak dan tol, bayaran bil dan installment bulan juga adalah tetap. Melainkan anda sanggup menangguhkan bayar-bayar itu untuk pastikan anda dapat beraya dengan meriah,,, Anda hakiminya sendiri...
Jika benar bulan Ramadhan adalah bulan penjimatan, maka kita tidak akan mendengar keluhan-keluhan kakitangan kerajaan yang sibuk mengusulkan duit raya [bahasa pasarnya bonus] kepada majikan mereka dan sepatutnya juga tidak berlaku ketidak cukupan wang perbelanjaan selepas sambutan aidilfitri dimana kita dengar ada yang terpaksa berjimat dan berpuasa selepas raya serta ada yang kering terpaksa layan megi dan serbuk kuih raya menjelang gaji bulan hadapan... dan pelbagai lagi yang ada kena mengena dengan ketidak cukupan wang...
Segala keputusan perbelanjaan ditangan masing-masing, berbelanja dengan berhemah dan elakkanlah dari melakukan berbelanja berlebihan...
Hari raya adalah hari untuk kita meraikan kemenangan perjuangan kita melawan nafsu, jadi sambutlah ia dengan sewajarnya...!!
Wasalam
//Yan, memang diakui ada cara, tapi selalunya, orang langgar je...
[saya sudah berFB tentang ini dengan beliau sebelum ini]
dulu masa kecik-kecik membazir tu seronok. sebab bukan duit aku. hahahahaha...
ReplyDeletesekarang. jangan harap.
pasar ramadhan memang lubuk bai...aku arituh sekali turun kena rm32...hamekkk
ReplyDeleteJimat atau tidak adalah bergantung kepada diri kita, jangan terbawa2 dengan environment sekitar. Ramai yang dah tewas seawal minggu pertama puasa. Macam dah belanja untuk sebulan pula..
ReplyDeleteMungkin Mr Rizal tak percaya bulan Ramadhan boleh menjimatkan kerana belum berjaya (berjimat) tapi saya percaya. Saya memang membuat catatan belanja harian (macam budak2 kan). Cuba lagi tahun depan ehehe..
@bento
ReplyDeletesekarang anak ko pulak bersenang lenang membazirkan duit ko... ekeke
@bogus
ReplyDeleteko makan 2 orang pun rm32, makan atau mentedarah...
@humyrah
ReplyDeletesaya tidak pernah boros walau bukan bulan puasa pun, tetapi perbelanjaan luar jangka sering membelenggu...
perbelanjaan semasa berpuasa di bulan puasa boleh dijimatkan or at least sama saja dengan bln tak puasa pun. Cuma apa yg dijimatkan tu kita akn gunakan utk persiapan hari raya dan semasa raya yg rasanya lebih byk drpd perbelanjaan seharian semasa berpuasaa. hehe.. betul kan. senang ckp..bukannya membazir tapi berbelanja lebih dari bln2 biasa. Bazir atau tak terpulang mcmana duit tu dibelanjakan.
ReplyDeleteBerbelanja lebih tak semestinya boros/bazir. Klau berbelanja lebih ke arah perkara2 yg baik selagi mampu tak boros kan. Boros tu berbelanja diluar kemampuan kita dan ke atas perkara/benda yg tak diperlukan.
saya setuju sangat dgn shima. benar, masa bulan puasa kena lebihkan perbelanjaan untuk hari raya. apatah lagi untuk orang yang bakal jalan jauh macam kami sekeluarga. (Johor-KL-Johor)
ReplyDeleteKerana itu setiap tahun kami telah buat persiapan awal, percaya atau tidak, bulan Mei saja semua baju raya telah siap ditempah. Gila awal. Dan setiap bulan ada saja bajet yang disimpan, cth: Jun (simpanan utk kuih raya), Julai (simpanan utk langsir,alas meja dll) dan seterusnya. memang bila difikirkan, banyaknya yang perlu difikir!
ia adalah tips yg diajar oleh seorang ibu saudara, saya cuma sekadar berkongsi :)
1. selalunya kalau bulan posa nie kita akan tengok org dok berpusu-pusu ke tempat org juai makanan.
ReplyDelete2. Orang akan berlomba-lomba berniaga. seumpama cendawan tumboh selepas hujan.
3. Kalau nafsu tak dikontrol, maka duit akan keluaq banyak beli makanan dan tak abeh dimakan sehinggakan menjadi bahan makanan tong sampah dan plastik sampah had kaler hitam tu.
4. Orang berniaga kat pasar ramadhan nie kekadang berniaga tak ikhlas, harga macam biasa, tapi isi kandungan dan kualiti makanan tu tak mencapai standard SIRIM.
5. berbelanja besar seperti beli baju untuk anak, perhiasan rumah tu tak dinafikan sebab hari rayasetahun sekali, maka kita ingin merayakan hari yang mulia dengan rasa kesykuran. Tetapi jangan berlebih-lebih sangat udah la.
6. Pasai buffet yang disediakan oleh hotel atau mana-mana tempat makan, ianya suatu pembaziran duit karna kita menggunakan sejumlah duit yang banyak semata-mata hendak berbuka posa. Larat mana kita mau makan sangat? sehinggakan ada yang meninggalkan Teraweh yang dituntut melakukannya walaupon ianya sunat. Alangkah mulianya jika disalurkan sedikit kepada org yang lebih memerlukan.
7. Alhamdulillah ana dapat berjimat di bulan ramadhan dengan memasak makanan sendiri di rumah. Syukur ke Hadrat Ilahi karna mengurniakan ruzki sehingga ke hari ini.
MERDEKA!!
kadang-kadang, ada sesetengah benda terpaksa kita korbankan demi menjaga hati orang lain. jadi, macam pergi balik kg takyahla berkira.
ReplyDeletetapi kalau nak poyo baju liplapliplap anak mami, memang tak dapek ah den nak nolong ehhh. HOHO
p/s:
bercadang membeli baju kurung dengan banyak tahun ini. tapi bukan kategori membazir sebab nak guna untuk kerja. hi hu :)
@ahmad hambali
ReplyDeleteterima kasih kerana sama sama memberi pandangan... jika dibahaskan, mungkin takkan habis
@s.c.h.u.l.t
ReplyDeletesyud, dah berapa pasang beli...!?? hehe