Pages

Tuesday, August 17

Selepas Empat Tayar DiTukar, Tidak Lagi Ku Perasan Kereta DiPandu Laju

Itulah dia, bila pemanduan sudah tidak lagi belenggu oleh gegaran seperti memandu takkala bumi sedang dilanda gempa. Walaupun Dashboard masih utuh tidak seperti barang lain yang berada di salam kereta. Ia kedengaran seperti orkestra yang menghasilkan bunyian lagu yang mengikut sama tempo. Bekas air besi, duit syiling dan orange man semuanya bersama sama menari takkala kereta melunsur laju dan mengeluarkan ketukan selari sebagai bunyian latar kepada tarian. Kami juga sudah terbiasa juga terikut menari [sikik-sikit] dengan alunan tarian yang kadang kala terasa kuat dan kadang kala tidak terlalu kuat. Tidak lagi perlu buka XFM ataupun Sinar FM untuk hiburan dalam kereta kerana bunyian dan tarian sudah cukup membuatkan ku kalis mengantuk ketika memandu [tapi kadang ada gak rasa nak terlelap... hhoohoo!!].



Igauan ngeri yang sejak sekian lama dulu sudah berakhir dan terima kasih kepada abang yang ku tak tahu namanya dari kedai Sumitomo yang telah membuat setup stering dan tayar kereta ku hingga berada pada paras prestasi paling hebat. Kalau setup sikit lagi boleh jadi memukau. Apa yang hebat, ku hanya perlu menjelaskan wang pokok bunga dengan sedikit bayaran penggunaan mesin alignment dimana perkhidmatan lain untuk memastikan prestasi tayar berada dalam keadaan terhebat dilakukan percuma... Wow!! Mungkin ini adalah kesinambungan balasan dari kesetiaan yang ku berikan sejak empat tahun dulu.

Empat biji 165/55/R14 memang telah beberapa bulan ku idamkan. Demi menunggu wang kertas jatuh dari pohon kurma depan rumah mak ku, ku tahankan sahaja dan berserah pada situasi yang melanda sehinggalah masa yang ditunggu tiba.

Alhamdulillah, sekarang kami sudah tidak berasa takut-takut untuk berjalan lebih jauh dari perjalanan yang kami selalu lakukan iaitu dari serdang ke Shah Alam Seksyen 27 malah kami lebih berasa selamat untuk pulang ke Alor Setar bagi menyambut Aidilfitri pada bulan hadapan. Yaa... pohon kurma yang tumbuh dihadapan rumah mak ku sudah menggugurkan wang kertas.

Allah senantiasa menurunkan rezeki kepada hambanya dan kita hamba perlu senantiasa bersyukur pada rahmatNya.

//7 Ramadhan yang hebat