Didalam kereta, Disk Jockey, Najman, KE dan SY sedang rancak memulakan pagi di Sinar Pagi sambil berkumandang beberapa buah lagu termasuk lagi hari raya yang membuatkan ku sedikit bersemangat. 3 jam sebelumnya, ku, Mesa, Jamil dan Apat terpaksa menebalkan tahi telinga dalam usaha untuk membendung bunyi-bunyian lagu tamil dari yang disiarkan dari saluran Astro disebuah kedai makan sekitar Cyberjaya. Kami bertiga, tidak termasuk Mesa keluar bagi menunaikan amalan bersahur yang disarankan seperti dalam ajaran. Mesa bukan seorang muslim tetapi beliau sangat aktiv mengikuti kami dalam acara-acara keagamaan termasuklah "Solat Jumaat". Tapi, itu dahulu, sebelum beliau bertukar ke "permenant night shift". Kecuali Apat, kami bertiga hanya mengalas perut dengan segelas teh tarik gelas besar dan sekeping roti canai berkuahkan kari ikan. Apat makan lebih dari apa yang kami bertiga yang lain ambil. Mungkin sedikit berselera kerana jarang dia keluar sejak dua menjak ini.
Setelah sebuah lagi yang ku tidak ingat tajuk dan penyanyinya selesai, kedengaran bunyi tapak kaki kuda yang menandakan kemasukan "Wak" [nama samaran disk jockey] bagi memberikan tajuk perbincangan pagi di Sinar Pagi untuk pagi itu. Apa yang menarik adalah, perbincangan pagi itu berkisar tentang PERSIAPAN RAYA...
Sebuah lagi lagu raya malar segar berkumandang... lagu bertajuk Suasana Riang Di Hari Raya oleh Junainah M Amin [sila google untuk lirik] membuatkan suasana dalam kereta semakin semerbak raya...
Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya
Seraya selepas lagu ini habis, terus disk jockey memutarkan rakaman perbualan mereka dengan seorang pemanggil perempuan [nama tak ingat dan jika ingat, memang tidak ku reveal]. Ku katakan rakaman adalah kerana, kebanyakan radio digital sekarang di "on air" kan berdasarkan rakaman yang disk jockey telah rakamkan sebelum atau beberapa minit sebelum rakaman yang sedang mereka main hampir tamat.
Salah satu cara untuk detect siaran radio "on air" secara rakaman adalah dengan tiadanya seruan azan atau takzirah takkala masuk waktu solat seperti yang pernah kita dengar pada radio zaman dahulu. Mereka lebih cenderung mengumumkan masuk waktu lebih awal kerana kesukaran untuk "edit" rakaman yang telah dibuat...!! Radio bukan macam tivi, tengah sedap tgk movie tetiba potong iklan atau azan...!!
Jadi berbalik pada pemanggil tadi, dengan senang hati dan bersemangat menceritakan tentang persiapan raya yang telah beliau sediakan. Langsir baru antara yang ku ingat beliau katakan sedangkan tahun ini beliau dan keluarga tidak beraya dirumah tetapi akan pergi beraya dikampung di Negeri Sembilan. 6 pasang baju untuk anak tunggal, 5 pasang baju untuk beliau dan 3 pasang baju untuk suami disediakan untuk sambutan tahun ini membuatkan mulut dan mata ku terbuntang sedikit. Nasib baik stereng masih tidak gagal dikawal. Mungkin ada benarnya apa yang telah ku katakan pada post sebelum ini [klik untuk baca] Perbualan telepon tadi diakhir dengan lawak dari SY yang memang ternyata merapu tetapi lawak...
Perjalanan pagi yang lancar jauh dari kesesakan membuatkan fikiran ku sedikit melayang-layang mengingat kembali, apakah PERSIAPAN RAYA yang telah ku dan Shima sediakan tahun ini. Apa yang ku boleh katakan, Ianya menepati piawaian dan jauh kurang dari kemampuan yang kami ada.
Jadi, bagaimana persiapan raya anda...!!??