Pages

Saturday, September 11

Kesesakan Malam Raya Dan Seluar Jeans 4 Helai RM100

Selamat menyambut Aidilfitri... Pasti semua masih sibuk menyambut hari raya dengan menziarahi rumah kaum keluarga dan rakan rakan.

Kami selamat sampai ke Anak Bukit pada hari Khamis pada jam lebih kurang satu lima puluh petang selapas mengharungi perjalanan selama enam jam tiga puluh minit dari rumah. Perjalanan kami juga tidak diganggu oleh kesesakan tahap dewa yang sinonim berlaku dikala musim musm perayaan. Hanya kesesakan tahap kritikal berlaku di kilometer 330 bila mana sebuah treler sarat membawa muatan sayur telah terbalik di lorong jalan menghala ke selatan. Mujur ia terbalik di jalan arah selatan, jika arah utara, ku suspect masa perjalanan kami akan bertambah sekurang kurangnya dua jam. Seperti selalu, selepas memandu dan sampai, ku akan zzzzz... almaklum, ditambahkan lagi dengan kekurangan tenaga kesan dari berpuasa.



Rancangan malam raya lebih terarah kepada berjalan jalan mencari pakaian raya di bandar Alor Setar. Memang ia telah dirancang awal memandangkan jarak perjalanan antara rumah dan bandar kurang dari tiga minit [jika ditolak masa berhenti dilampu isyarat]. Awal awal ku dah minta adik ipar untuk survey harga seluar Jean yang dijual di pasar larut malam sekitar bandar Alor Setar.

kami, Ku ngan Shima berdua keluar dari rumah pada jam 12 tengah malam dan berjaya mendapat parking yang kosong pada kadang yang agak mudah. Mungkin parking di lorong kurang mendapat perhatian memandangkan kebanyakan pemandu lebih cenderung mencari parking di hadapan kedai atau jarak yang lebih dekat.

Ini adalah pengalaman pertama ku berjalan jalan ke bandar Alor Setar pada malam hari raya walaupun pada tahun tahun sebelum ku kahwin, kerap juga ku berkunjung ke pasar larut malam Jalan Tunku Abdul Rahman mahupun bandar Kuantan pada malam hari raya.

"Gerai tu betul betul kat depan Pekan Rabu... Murah, empat helai rm100"

Itu yang Adik ipar ku katakan selepas di pulang dari berjalan jalan dikawasan itu kira kira dua tiga lepas. Ku tidak terus ke gerai seluar tetapi bercadang menyusur sambil memerhatikan harga seluar Jeans Levis cap Thailand yang banyak di jual di sana. Perbezaan harga antara yang terjual di Kuala Lumpur adalah kira kira -rm15 sehelai dan mungkin boleh nego lagi jika serious. Seluar yang dijual juga punya pelbagai Variety.

Ku memang sangat terkejut bila sampai ke gerai yang diberitahu adik ipar ku, original Lois empat helai rm100... gila aaa... original bai...!! ada juga seluar berjenama BMW sehelai rm60 dua helai rm100... Selepas puas membelek, menanya dan berjalan, rupanya, nasib ku sangat malam. Semua size dalam lingkungan 34 keatas sudah sold out. Tiada stock lagi pada semua gerai yang menjual seluar jeans sekitar Pekan Rabu. Memang kecewa, tapi apa boleh buat, dah nasib. Keadaan kesesakan di bandar Alor Setar menjadi semakin teruk dan kami sampai ke rumah pada jam dua pagi selepas hampir empat puluh minit merangkak dalam kesesakan...

Nasib baik takde size, kalau tak, tahun ni ku beraya dengan empat helai seluar jeans baru...!!



No comments:

Post a Comment

You may leave your wise comments here... Thanks