Banyak juga perkara yang ku nak post sebelum menjelang Aidilfitri ni, tapi, ku tangguhkanlah.
Di Live Feed FB ku sudah penuh dengan rakan rakan ku ramai yang mengeluh "malas nak kerja", "bos! bila nak bagi saya cuti" dan macam-macam lagi yang ku rasa tidak sepatutnya berlaku. Ku yakin, jika bos korang baca status macam tu, sure beliau akan rasa kecil hati dan mungkin akan terdetik rasa menyesal kerana mengagihkan wang ehsan raya beberapa minggu lepas... Jadi rakan-rakan ku sekalian, fikir-fikirkanlah...!!
Cadangnya, ku hendak mencipta ["design" dalam bahasa orang putih] satu atau lebih kad ucapan raya elektronic untuk tahun ini, tetapi, kerana masalah teknikal, perkara itu terpaksa ditangguhkan sehingga raya akan datang. Shima dah suspect ku beriya-iya cakap tapi tiada action, tapi, masalahnya, segala tutorial dan plugins yang ku download beberapa minggu yang lalu tidak compatible dengan photoshop yang ada terpasang di PC opis ku. Kat opis photoshop 6.0 dan requirement untuk plugins adalah CS2 dan keatas... Jadi ku cilok je mana mana kad yang ada kat FB dan ku selitkan di atas itu buat ubat...
Apa kes video iklan TV3 yang hangat diperkatakan sekarang. Semua yang menonton jadi kaget. Terus terang, ku tak pernah lagi menonton iklan itu [dan tidak akan dapat menontonnya di tivi kerana penarikan tanyangan], sehinggalah ku dapat menontonnya dari URL yang telah diberikan. Memang ada banyak unsur bukan islam didalam clip iklan tersebut seperti yang telah dikupas dalam satu blog yang ku tak ingat URL nya. Ada ramai yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju clip iklan itu berunsur iluminati... Ku juga merasakan tiada unsur unsur sambutan hari raya langsung dalam iklan tersebut sehinggakan mengacau dodol pun bukan dibuat didalam kuali, tetapi dikacau didalam bunga teratai...!!
Bagi mengibau kenangan clip iklan raya yang hebat, yang lebih membawa erti Aidilfitri kepada kita, ku embed clip dibawah untuk tontonan korang. Banyak lagi yang ada, tapi yang ini ku rasa yang mampu menggambarkan tentang Aidilfitri... [iklan yang terbaik untuk Aidilfitri biasanya adalah ber"genre" sedih-sedih]
ada satu lagi iklan petronas yang best:
//satu, ada dialog "Aiman, kalau pokok cempedak ayah berdaun emas, jangan kata kereta kayuh, kereta kebal pun ayah beli"... [jenis kelakal]
//satu lagi, "Abah dengan mak makan sini, kakak dan adik makan kat dalam" [sangat menginsafkan story iklan ini...]
Jadi, pada semua pembaca dan penulis blog bebas yang beragama islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga keajaiban Aidilfitri kali ini membawa makna dan lebih kebahagiaan dalam hidup dan nikmatilah keajaiban dengan seadanya. Bagi yang akan memandu, semoga selamat dalam perjalanan pulang dan selamat juga kembali. Untuk semua, Happy Holidays!!
Berjumpa lagi kita diminggu hadapan...!!
Maaf Zahir dan Batin
Rizal