Saturday, June 12
Perebutan Kejuaraan Bermula
Malam semalam, bermula pesta bolasepak terbesar dunia yang ramai sedia maklum berlangsung di Afrika Selatan. World Cup 2010. Kenapa ku macam terlambat [malam semalam], ia adalah kerana karangan ku ini di buat semasa ku sedang bekerja shift malam pada minit ke 23 perlawanan kedua antara Uruguay dan France.
Sebentar lagi, selepas selesai mengadap segala request dari client yang jauh, ku akan keluar sebentar ke kedai untuk lunch dan menonton baki perlawanan Uruguay dan France. Sekarang masih kosong-kosong, dan dua kat kuning kepada pemain France. Oh!! ku merujuk pada Livescore yang mana menjadi rujukan utama ku sejak dahulu bagi mengetahui perkembangan perlawanan bolasepak seluruh dunia. Lepas ni sapa yang tak tau, boleh aa guna. Promote free je nih...!!
Bagaimana dengan pasukan pilihan anda? Pasukan pilihan utama sama nampaknya tidak bertanding pada tahun ini, jadi perlu tunggu temasya yang akan datang iaitu 4 tahun dari sekarang, atau 8 tahun atau mungkin 16 tahun lagi. Jadi, oleh kerana pasukan pilihan saya tidak bertanding tahun ini, saya telah memilih pasukan pilihan alternative saya yang terdiri dari pasukan Italy dari Eropah dan Japan dari Asia [saya baru beli jersi pasukan Japan versi WC2010 yang baru].
Pundits, pakar-pakar analisa dan juga pengulas sukan dunia kebanyakannya memilih Spain dan Brazil sebagai pasukan pilihan merangkul kejuaraan. Mereka membuat analisa berdasarkan maklumat serta pemantauan pemain yang bermain dalam liga liga utama eropah serta pencapaian kelab. Atas dasar itu jugalah, ramai rakyat Malaysia yang ditemuramah menyatakan mereka memilih Spain sebagai juara temasya ini kerana Spain punya Torres dan Fabregas yang sangat cemerlang bermain di Barclay Premier League ataupun mungkin kerana mereka terpengaruh dengan kata kata pundits, pakar-pakar analisa dan juga pengulas sukan dunia tadi.
Bukan saya ingin memperkecilkan kemampuan mereka yang pakar tetapi mereka dan saya punya pendapat yang tersendiri. Argentina punya Messi, tapi mereka tidak akan berjaya, Portugal punya Ronaldo, tetapi mana mampu hanya dia, dan mereka mengkelaskan England sebagai pasukan gergasi, tetapi tidak saya. Mengapa? Pasukan itu terlalu 'overated'. Saya menjangkakan England akan hanya akan merasa sejauh suku akhir sahaja.
France, mereka memerlukan pemain pemain seperti L. Blanc, Pires, Viera, Zidane dan sekutu sezaman mereka jika mahu mengecap kembali kejayaan merangkul kejuaraan. Germany tidak disebut langsung sebagai antara pasukan yang bakal bergelar juara tetapi mereka masih tercari-cari rentak kemenangan seperti yang telah mereka peroleh pada zaman Beckenbauer dan Matthäus. Belanda pula selalu diangkat sebagai pasukan contender kerana keupayaan pemain mereka yang pada tahap tertinggi dan jika juara, pasukan ini akan mencatat sejarah pasukan Netherland yang pertama membawa balik Piala Dunia
Saya sangat setuju jika pemilihan Brazil sebagai juara dibuat. Meraka mempunyai pasukan yang seimbang disetiap sudut posisi. Belakang, depan, tepi dan luar terisi dengan pemain yang berkemampuan tinggi. Mereka tidak merasa goyah walaupun tidak menyenaraikan pemain hebat seperti Ronaldinho dan Ronaldo. Ini kerana, mereka punya terlalu ramai pemain yang mampu menggalas tanggungjawab bermain dan terlalu ramai itu bermaksud, pemain mereka berada di mana mana. Deco dan Amauri adalah contoh pemain hebat yang datang dari brazil tetapi mewakili negara lain.
Sekarang sudah minit ke 45 separuh masa. Tiba masa saya untuk keluar dan apa yang saya fikirkan adalah "Italy akan menjadi juara dunia..."
Labels:
Sukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mungkin antara spain dan netherlands. best sungguh musim bola nih..
ReplyDelete