Pages

Wednesday, June 2

Hobi Saya Dulu Dulu...

Satu masa dahulu, sekitar tahun 80-an, Semasa zaman sekolah rendah dulu, cikgu pernah bertanya 3 cita cita anda dan 3 hobi anda sebagai rekod peribadi pelajar sekolah. 3 hobi yang klise adalah jawapan ku yang memang pendek akal, "Polis, Askar, Bomba"... dan hampir keseluruhan pelajar lelaki memberikan jawapan yang sama ketika itu. Budak budak sekarang pasti punya jawapan yang lebih advance yang memerlukan kemampuan lidah orang putih untuk menyebutnya. Tapi ku bukan nak bercerita tentang cita cita, ku nak bercerita tentang hobi.

Apabila cikgu bertanya, apa hobi kamu, 90% pelajar dalam kelas kelas ku menjawab membaca, melukis dan bermain bola sepak. Dan bagi pelajar perempuan, sesungguhnya memasak adalah hobi klise yang selalu dijawab bila ditanya cikgu. Dan ku antara pelajar yang mempunyai sedikit kelainan dalam jawapan walaupun 2 jawapan yang diisi sebelumnya adalah klise. Apa yang pasti, ku telah berjaya menerapkan jati diri dalam menceburkan diri dalam bidang PENGUMPULAN SETEM.



Setem ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya berbentuk helaian kertas segiempat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.
Sumber

Anda juga boleh lihat kepelbagaian jenis setem di di sini.

Banyak juga koleksi jenis setem yang terkumpul, yang besar, kecil, segi empat sama, segi empat tak sama dan jenis segi tiga pun ada. Image buah, bunga, binatang dan permandangan juga banyak dalam koleksi. Jumlah keseluruhan kumpulan setem yang ku ada adalah terkumpul dalam 3 buah buku setem besar yang jumlahnya tidak dapat ku pastikan kesahihannya. Apa yang ku suka sangat tentang koleksi yang ku ada ni adalah boleh "Show off" bila bawa ke sekolah takkala "presentation" apa hobi anda. Yaa.. buku setem ku pernah dikagumi rakan sekelas atas isi kandungannya dan buku setem ku jugalah yang memberi sedikit inspirasi kepada pelajar lain dalam menceburi bidang pengumpulan setem. [cilakak!! lepas tu, diorang minta mak ayah diorang beli setem yang lebih canggih dari yang ku ada...]

Setem RM0.30 bergambar buah nanas mendominasi pengumpulan. Kerana terlalu banyak, ada juga setem yang masih elok atau berjaya ditanggal dakwat cop nya digunakan semula bagi tujuan menghantar kad hari raya buat rakan. [walaupun kad yang dipos itu penerimanya hanyalah berada selang 2 bangku dari bangku tempat duduk ku di kelas...]

Setem dari luar negara, England, United State, Australia dan New Zealand antara yang banyak diperoleh dari ibu ku. Ia diambil dari surat surat pejabat yang sampulnya sudah tidak digunakan lagi. Ada juga setem sama yang ku ada di"barter"kan kepada rakan sekelas yang punya jenis setem yang lebih canggih seperti ku telah beritahu diperenggan atas.

Ku tidak lagi meneruskan hobi ini malah ku pasti aktiviti mengumpul setem adalah antara hobi yang asing bagi remaja sekarang.

Mungkin kurang galakan ibu bapa...??

Tidak mustahil;

Mungkin juga akan diperlekehkan rakan sekelas jika mereka tahu yang salah seorang rakan mereka punya hobi mengumpul setem...??

atau pun;

Mungkin juga punya hobi yang lebih hebat seperti bermain alat muzik, contoh gitar, walau tahu petik beberapa chord mampu menarik 2 3 rakan sekelas perempuan duduk ke riba...??

Bagi ku, mengapa hobi mengumpul setem sudah hampir pupus. Jawapannya adalah mudah, tengok surat surat yang sampai kat umah ku sekarang;





CHISS...!! MANA SETEM-SETEMNYA...!!??