Pages

Saturday, December 31

Saat Sayu Hati Seorang Pengasuh..

Orang kata, perpisahan memang amat memilukan, tetapi hakikatnya, perpisahan memang kadang kala tidak dapat kita elakkan. Perasaan pilu ini juga yang dirasakan pengasuh Amir, Kak Ani [panggilan kami], dimana hari ini, December 30 2011 adalah hari terakhir Kak Ani mengasuh Amir. Lima tahun kami rasakan sekejap sahaja, dari Amir berusia 2 bulan sehinggalah Amir bakal masuk ke Tadika Tahun 6.

Awal pagi, sebelum menghantar Amir, Shima meminta ku singgah ke dimana kedai untuk carikan makanan bekalan untuk Amir dan anak anak lain yang diasuh Kak Ani. Kami singgah di KFC dan se'bucket' ayam Shima bekalkan ke sana.

Rutin kebiasaannya, Amir akan dibawa balik pada waktu petang oleh samada ayah atau adikku, tetapi tidak hari ini. Mungkin jika Amir awal awal dibawa balik oleh mereka, ku dan Shima bakal tidak berkesempatan untuk berjumpa Kak Ani dan suaminya, Abang Mokhtar.

Kami sampai lewat kerana shift kerja ku yang tidak memungkinkan ku keluar dari pejabat sebelum jam 830pm. Sampai kerumah, Amir seperti biasa, ceria bermain dengan Kak Wa dan kak Kila [panggilan Amir]. Tak tahu pula mereka tu main apa, yang pasti, ada banyak guli dalam bekas mainan.

Segala barangan kepunyaan Amir sudah sedia terbungkus dan diletakkan diatas pangkin [orang putih panggil bench] dihadapan rumah. Sebuah beg dan sebungkus plastik hitam yang ku masih belum buka lagi kerana akan terus membawa barangan itu kerumah ibu ku. Tahun depan, Amir akan mula tinggal dengan Atok dan Tok Ma selepas balik dari sekolah.

Sebagai pengasuh yang memerhatikan setiap detik pembesaran Amir, dari kecil sehingga pandai bergolek, kemudiannya merangkak dan memanjat, dari terkedek bertahtih belajar berjalan sehingga mampu berlari laju, dan dari hanya menangis sehinggakan Amir pandai Alif Ba Tha A B C, ku amat yakin, Kak Ani cuba sembunyikan rasa sedihnya. Kami masih mampu berbual kosong sehinggalah saat kami bersalaman mengundur diri, masa itulah emosi tidak dapat dibendung lagi. Sebab hati dan air mata tidak tertahan lagi.

Ku akui, ku juga merasa sebab bila dalam keadaan emosi sedih sebegitu, Shima juga mungkin begitu. Berat juga hati nak keluar tetapi kami segerakan juga takut takut ia akan meleret panjang. Terasa umpama kami putuskan hubungan erat Amir dan Kak Ani walaupun nanti, kami masih boleh kerap bejumpa, jarak antara rumah keluarga ku dan rumah Kak Ani tak sampai sebatu. 

Episod emosi tidak habis dipagar rumah sahaja, ia bersambung didalam kereta. Shima yang ku sangkakan kuat, tidak terkesan rupanya tidak mampu menahan sebak. Ya, takkala ku menaip sambil teringat peristiwa tadi, ku juga rasa ter'touching.

Terima kasih Kepada Kak Ani dan Abang Mokhtar kerana sepanjang 5 tahun, menjaga, membesar dan memberikan Amir kasih sayang seperti anak sendiri. Amir juga bak kata Shima lebih patuh dengan arahan Kak Ani berbanding arahan dari kami.

Amir mungkin tak faham tentang hari ini tapi InsyaAllah, ku akan pastikan sentiasa berpesan pada Amir tentang, jangan pernah lupakan jasa meraka.

//nak taip panjang lagi pun ku dah rasa sedih..

Read More! and Comments

Sunday, December 11

MPH Carnival 2011, Mid Valley Exhibition Centre




Sekali lagi kami bertandang ke Mid Valley untuk kali ke-3 dalam 5 minggu dimana kali ini bertujuan untuk berkunjung ke Karnival MPH 2011.

News event boleh click sini

Dalam gagah balik kerja dari shift malam, terus ke sini. Mengantuk tu tak boleh nak kira, balik terus hanyut.

Pada mereka yang ada anak, nak cari barang-barang kelengkapan sekolah, memang sangat sesuai ke karnival ni sebab barang-barang, alat tulis berjenama dijual pada harga yang jauh lebih murah dari biasa. Hadirin pun boleh tahan ramai walau kami sampai awal pagi.

Antara pemangkin yang membuatkan kami tiba awal bila mengetahui MPH akan memberikan "freebie", 500 pengunjung terawal setiap hari dan haram jadahnya, mereka tidak menyatakan, pengunjung perlu membuat belian dari mana-mana booth peserta karnival untuk menuntuk freebie itu. Tetapi akhirnya, kami dapat juga.. hehehe..!!

Perhatian: Hati-hati jika pergi dengan anak kecil, agent Grolier yang aggresive akan senantiasa memburu anda walau dimana lorong pun anda masuk. Jika dilayan, confirm melarat. Ku memang tak layan diorang ni...!!

Read More! and Comments

Saturday, December 10

Phishing Lagi, Window Live




Click image untuk tumbesaran.

Sekali pandang pada mail yang ku terima seperti dalam image seperti tulen, dengan menggunakan tajuk yang sedikit pelik *WindowsLive*: E-mail Alert! Dec 10 , 2011?, ia sebenarnya adalah palsu.

Sebelum ni banyak sudah yang terkena, maybank2u paling ramai mangsa, ini yang terbaru yang ku terima.

Palsu kerana alamat sender juga adalah amat-amat tidak meyakinkan, langsung tidak menggunakan alamat windows live yang sepatutnya.

Jika penerima tidak alert / sedar, mereka akan menjadi mangsa.

-------------------------------

This e-mail has been sent to you by WindowsLive Hotmail to inform you that we were unable to verify your account details. This might be due to either of the following reasons:


1. A recent change in your personal information. (eg:  address, phone)
2. Submitting incorrect information during register process.
                                
Due to this, to ensure that your email service is not interrupted, we request you to confirm and update your information today by following the link below


https://login.hotmail.com/wlive05192/windwoslive52111/login_verify2?puser=alamatemail@hotmail.com
  
If you have already confirmed your  information then please  disregard this message.

-------------------------------

Itu adalah isi kandungan e-mail yang sekali baca memang terpengaruh tapi sekali bila mouse over pada link, http://progin.ch/modules/mod_wdbanners/acwliveuk/wliveprsx05108622/index.php, bila click, memang layout sama macam windows live yang asli. Ok.. ku tak tertipu...

Jadi, jika yang terbaca message ni, sila berhati-hati dari di'hijacked oleh orang-orang yang tidak dikenali..!! Diorang tu memang takde kerja lain nak buat..


Read More! and Comments

Sunday, November 20

Facebook CEO: Mark Zuckerberg Masuk Islam..


Mesti ramai yang bakal terkejut, ku pertama kali baca pun rasa begitu juga. Tetapi berita ini hanya baru rumours, belum disahkan sahih lagi.

Mark Abu-bakar [a.k.a. Mark Zuckerberg] said:

I've been wanting to convert since a very long time. Yesterday, when we finally decided to shut down Facebook for 24 hours in October, i took some time out to think about what actually defines my life. I came to the conclusion that if there's no Facebook, there's no Mark Zuckerberg. That's when it hit me. I was lucky that someone on Facebook had a web app for online conversion, so i went forward with it. Yes, its true. The app also posted a notification on my wall, you can check it out. May the lord be with you.

Baca Lagi diSource Menjilat Jari

Untuk memastikan berita ini benar, kita tunggulah berita susulannya nanti. Kita tak boleh sewenang-wenangnya percaya. Bahaya dakyah yahudi ni weehh...!!

Read More! and Comments

Saturday, November 19

Majlis Graduasi Sekolah Tadika Perpaduan Taman Seri Serdang


Hari ini bermulanya cuti sekolah..



Semalam November 18, 2011 adalah "hari kenangan yang tak dapat dilupakan" oleh Amir. Ia adalah kerana Sekolah Tadika Perpaduan tempat kami tempatkan Amir telah mengadakan majlis Graduasi yang berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya di Taman Seri Serdang. Majlis ini juga telah dengan 'Tele'nya berlangsung sekali sempena sambutan Hari Raya Deepavali yang ku rasa sudah tiada langsung rasa bahangnya.

Seperti yang termaktub dalam surat jemputan, majlis akan bermula pada jam 8pm dimana kami, ku ngan Shima terpaksa bergegas balik dari pejabat demi untuk mengejar masa yang telah diberikan. Mujur kadar kesesakan tidak telalu teruk seperti hari-hari jumaat yang kebiasaan.



Amir dengan pakaian baju melayu siap bersamping dan bersongkok segak sampai ke dewan dalam jam 7:45 PM demi memastikan cikgu mudah untuk mengatur pelajar untuk sesi persembahan.

Jika dilihat pada banner seperti diatas, majlis ini adalah Majlis Jamuan Deeparaya & Graduasi Tadika Perpaduan dan oleh kerana penganjuran jamuan ini dibuat oleh Jabatan Perpaduan iaitu dibawah kementerian atau bahasa pasarnya dibawah kendalian 'gomen', pasti perlu ada orang-orang penting atau panggilan biasanya VIP-VIP.

Tidak kisahlah siapa pun VIP yang dijemput tetapi yang menimbulkan rasa kejengkelan, letih [sebab siang tadi kerja] dan sedikit bosan bagi ku bila majlis yang sepatutnya bermula pada jam 8:00 PM telah tertangguh 40 minit gara-gara menunggu kedatangan VIP yang lewat. Ia adalah protokol majlis kerajaan untuk menunggu kedatangan VIP jemputan sebelum majlis boleh dimulakan.

Kanak kanak tadika yang seramai 28 orang termasuk Amir mungkin tidak terasa kerana mereka sibuk bermain, bergurau dan berbising antara mereka, tetapi, ku sebagai ibubapa yang bekerja di syarikat swasta, terasa masa yang terbuang itu amat-amat berharga.



Okay.. tidak apalah meraka lambat, mungkin jalan jam. Itulah lebih kurang ayat Shima. Tetapi apa yang makin membuatkan hadirin semakin bosan bila VIP memberi sepatah dua ribu kata. Majlis yang melibatkan kanak-kanak sepatutnya dilakukan dengan cepat. Kelihatan segelintir sahaja yang benar-benar 'attentive' mendengar ucapan dan selebihnya lebih seronok berbual sesama sendiri atau sibuk resah melihat anak-anak mereka yang sibuk bergurau.

Masa yang digunakan untuk perberian hadiah hanya berlangsung 15 minit bila mana pula 3 persembahan pelajar masing-masing berlanggsung sekitar 4 minit. Hanya itu sahaja masa yang diperuntukkan untuk majlis graduasi. Majlis yang pendek telah dipanjangkan kerana perkara yang tidak perlu. Majlis tamat pada jam lebih kurang 10:40 dan Shima berbisik pada ku..

"Patutlah dalam tentatif tulis 8 PM-11 PM"..



Lupa pula nak bagitahu, 3 persembahan pelajar terbahagi kepada, tarian Cina [tarian naga], tarian India dan tarian melayu [tarian endang]. Amir terpilih untuk beraksi dalam tarian endang. dan tahniah dan terima kasih kepada cikgu dan AJK yang terlibat dalam kelancaran majlis yang memang ku rasa berjaya...

Read More! and Comments

Saturday, November 12

Berakhirnya 111111 Ku Yang Tak Seberapa Hebat...


Jadi, apa yang berlaku pada anda pada tarikh ini. Ramai juga yang teruja menanti akan tarikh ini tiba. Satu pagi beberapa hari lepas, takkala ku mengimbas stesen radio ketika dalam kereta, tersinggah ke stesen radio hotfm yang menjadikan tajuk sebelas hari bulan sebelas tahun dua ribu sebelas sebagai topik pagi. Dan kemudian, berduyun posting dari rakan yang ku jangka mendengar stesen itu pada pagi itu tentang sebelas hari bulan sebelas tahun dua ribu sebelas timbul dalam newsfeed Facebook ku.

Ku tidak ada rasa teruja apa apa kerana ia hanyalah seperti hari yang biasa iaitu kerja, balik tidur, dan pergi kerja semula. Demm..!! Sejak ku bekerja ditempat sekarang, concept hidup ku berubah sama sekali iaitu, "hidup untuk berkerja". Sehinggakan kadang timbul rasa tiada keseronokan lagi untuk pergi kerja kerana masa hidupku banyak dihabiskan berkerja berbanding masa digunakan bersama keluarga.

Orang lama ada berkata, muda-muda ini kerjalah kuat, nanti dah tua senang sebab dah tuai hasilnya.

Tapi..

Itu jika kita berkerja sendiri. Contoh seperti membuka perniagaan, menjual insuran, atau bercucuk tanam diladang. Memang semakin kuat berusaha, semakin besar hasil tuaiannya.

Masalahnya..

Jika kita bekerja makan gaji, fiiuuu..!! Andai majikan prihatin dengan berkongsi keuntungan bersama pekerja, itu sudah cukup bernasib baik. Jika tidak, hanya gaji sahaja yang kita terima sepanjang kita berkerja. Segala penat lelah usaha, mengalir seperti air lalu sahaja.

Tapi kena juga beringat, orang lain masih ramai yang tidak bekerja, tidak ada pendapatan tetap dan bagi mereka yang punya pekerjaan yang stabil, harus bersyukur.

Jadi, itulah dia hari-hari tarikh sebelas hari bulan sebelas tahun dua ribu sebelas keramat ku.

Tahniah kepada Azwan Washmatic dan isteri kerana dikurniakan kelahiran anak sulung lelaki 111111 pada jam 2015 di Hospital Putrajaya [ikut yang dia sms tadi].

Juga tahniah kepada Dalila dan Azie yang selamat diijabkabul pada 111111 dengan pasangan masing masing. Maaf, mungkin ku tak dapat nak ke keduri kerana tarikh keramat 121111 adalah; hari sambutan hari lahir Amir..!!

//Hanya ada 1 lagi tarikh keramat yang akan bakal timbul. 121212.. Mungkin adakah yang berkira kira untuk berkahwin pada 121212 kerana 121212 adalah pada pertengahan minggu hari rabu!! Buatlah juga perkiraan yang betul jika ada pasangan yang berkira kira ingin menyambut kelahiran tepat pada hari 121212..!!

Read More! and Comments

Tuesday, November 8

Perhimpunan Mempromosikan Seks Bebas Seksualiti Merdeka 2011



Manusia hari ini termasuk warga Malaysia sudah mula cuba melakukan, membuat perkara-perkara yang yang pelik. Barangkali mereka sudah bosan melakukan rutin harian yang statik dan mencari alternatif lain untuk memuaskan diri.

Rempit antara salah satu cara alternatif yang ku maksudkan seperti diatas.

Kemahuan melakukan perkara pelik ini mungkin juga disebabkan oleh perubahan emosi yang yang banyak dipengaruhi dari perubahan persekitaran samada secara terus atau tidak terus kepada seseorang itu.

Ok.. Itu sudah lain, perkara pelik yang penat orang kita fikirkan sekarang adalah percubaan penganjuran mempromosi seks bebas seksualiti merdeka 2011 yang penganjurnya, [sila cari sendiri dari sumber yang boleh dipercayai..] ku tidak mahu mendapat dosa kering kerana menulis sesuatu yang bakal tidak betul atau tidak tepat.

Adakah perlu untuk kita memberi sokongan kepada penganjuran aktiviti seperti ini..!!?

Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir yang turut berada di pejabat Tenaganita, mempertahankan penganjuran program itu dengan alasan program bertujuan mempertahankan hak asasi manusia.

[Piiaakkk]

[Daku menepuk dahi]

Hak asasi manusia wa-te-hel..!?

Tidak terfikirkah mereka kesan jangka panjang pada masyarakat jika perkara-perkara begini tidak dihalang berleluasa? Masalah sosial yang melanda sekarang pun masih gagal kita bendung, bagaimana jika masalah baru pula timbul.

Walaupun negara Malaysia ini bertunjangkan majmuk, berbilang kaum dan agama, sensitiviti agama perlu dijaga. Bukan sekadar Islam, agama lain juga mengharamkan aktiviti seksual bebas malah mengutuk hubungan sejenis [yang semakin banyak kurasakan..]

Ok, siap-siapkan bahtera kerana banjir besar bakal melanda atas kemurkaan manusia-manusia. Maaf, ku bukan buat lawak akidah, tapi, perkara ini terjadi pada zaman Nabi dulu. 

Bagi yang membaca tulisan ku ini, muhasabah diri, lihat semula amalan kita. Berpesan-pesanlah antara kita agak tidak ada yang terleka.

Adakah kita sudah cukup bersedia mengadapNya..?? Kerana; didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Meremang pula seluruh badan ku nak menyiapkan perenggan terakhir ini.

Tamat.

Read More! and Comments

Tuesday, November 1

Malang Tidak Berbau, Kemalangan Memang Haru...


Kesian, ini berlaku beberapa hari sebelum sambutan hari Deepavali tempoh hari.

Malas nak taip panjang panjang, tengok sahaja gambar yang ada.

Gambar pecahan penuh pada bumper.


Tempat asal number plat yang dah tak boleh guna.


Bonet sumbing sikit.


Signal yang sudah retak sedikit.


Berapa hari ni, banyak juga tempat yang telah ku survey. Mudah, Lowyat dan kedai accessories.

Ada juga terfikir, tukar bumper standard atau, Custom made atau, coure atau mungkin gino set. Tapi set coure mahupun gino adalah sangat mahal.

Demm..

Read More! and Comments

Thursday, October 13

Big Bad Wolf Books di MAEPS


October 08, 2011, sabtu lepas, kami pergi membuang masa berjalan-jalan dengan tujuan menghabiskan masa petang sabtu yang ada kelapangan. Pada belah pagi, kami telah habiskan masa di TGV The Mines menonton tayangan "Johnny English - Reborn" yang memang kelakar tahap dewasa. Ini nanti ku akan tuliskan jika berkesempatan.

Jadi, pada sebelah petangnya, kami menuju ke Maeps, sempena pameran buku bawah nama Big Bad Wolf Books. Sebenarnya, ku pun tidak berapa alert tentang pameran ni, ikut wife je. Dia ajak, ku pergi. Pameran ini berlangsung dari 7-16 Oktober 2011.

Pameran ini seperti kurang promosi mungkin kerana tiada penyertaan penerbit tempatan. Juga rasanya tiada sponsor besar dari syarikat tempatan kecuali dari OCBC Bank. Itu pun sebab poster OCBC merata dalam pamplet mahupun bunting.

Letak kereta, naik bas [charted bus] itu standard kalau pergi pameran di MAEPS Serdang. Tiada orang rasanya yang sanggup nak parking dan jalan jauh untuk ke dewan pameran kecuali kalau mereka pergi ke Stadium untuk tengok Konsert Jom Heboh.

Dari luar dewan A, macam sunyi je masa kami turun dari bas berhadapan pintu masuk Dewan A MAEPS. Tidak seramai umat manusia takkala ku menghadiri sesi peperiksaan SPA beberapa tahun lepas ditempat yang sama dimana bukan sahaja keadaan yang terlalu sesak didalam dewan, malah berkalu kesesakan dilebuh raya sepanjang 5km.. Itu cerita lama, SPA dah ambil pengajaran rasanya.

Masuk je kedalam dewan.. WTF!! [dalam hari], banyak gila buku. Buku yang dipamer untuk dibeli pun. Seperti juga yang di beritahu dalam website mereka, ada hampir 1.5 juta naskah buku dipamer dan menunggu untuk dibeli pembaca. Memang gila banyak. TeFak!! [dalam hati], murah gila. Harga juga benar benar runtuh. Buku yang kita biasa peroleh dalam pasaran berharga beratus-ratus ringgit dijual hanya berbelas-belas ringgit sahaja. Itu belum yang berharga lima ringgit, lapan ringgit.. rambang mata.



Sempat kami sambar 2 beg plastik buku dari sana yang diantaranya:
- Tuesday With Morrie - For One More Day
- This I Believe
- Think Like Champion
- The Sages
- 10,001 Time Saving Ideas
dan banyak lagi title yang kami dapat angkut pada hari itu.

Pergilah jika sempat cuma yang tak menariknya nanti OCBC Credit Card Sales Person sedikit mengganggu. Hampir setiap lorong ruang laluan pameran akan ada orang yang menegur. Ku tahu, itu kerja mereka, dan ku juga menolak tawaran kad platinum yang mereka cuba tawarkan berserta kupon RM10 tiga keping berbelanja di... mmm..!! mungkin MPH. Maaf, ku tidak mengambil perhatian bila mana mereka sibuk berkata, "Abang, mari apply credit card, kami akan beri kupon percuma". [ayat mereka lain sikit dari ini.]

Read More! and Comments

Wednesday, October 5

Minta K-Pop dapat H-Pop

Sejak dari zaman persekolahan dahulu, perkara yang paling menjadi admirer pada diri ku ini adalah menyimpan rambut panjang. Tak tahu kenapa tapi memang ku minat menyimpan rambut panjang.

Pernah juga sekali dua rambut di cantas oleh cikgu disiplin hingga sukar di'oter' semula oleh kedai, solusi terakhir yang terpaksa dilakukan adalah potong pendek mesin mata satu.

Di institut/universiti teknologi juga hampir setiap semeste kad 'outing' ku ditahan pak guard gara-gara rambut yang senantiasa panjang. Pernah di semester 4, pak guard dah siap siap tunggu tepi padang boleh demi nak kasi ceramah tentang rambut.

Sekarang, di ofis, takde masalah nak berambut panjang, janji ia disisir kemas, malangnya, ada banyak tentangan untuk melakukan itu. Dapat aa panjang sikit, lepas tu kena potong. Ini pengalaman terbaru ku berkenaan potong rambut. Selalunya ku dah ada kedai yang regular yang ku selalu pergi samada di Seri Serdang atau pun Sakura Saloon di Bandar Kajang.

Tapi hari tu, sebab nak potong juga, ku balun sahaja pergi ke satu kedai saloon indian [tak sure namanya] di kawasan tempat tinggal ku. Masuk kedai, ada 3 orang sedang menunggu, jadi kena duduk dulu.

Sepanjang masa menunggu, hampir 45 minit, lagu bahasa Thailand kedengaran dari radio speaker kecil dalam kedai mungkin kepunyaan pemilik atau penggunting rambut yang ku tidak tahu apa namanya. Ajaibnya, penggunting rambut India itu selamba mengikut bait-bait lagu yang berkumandang sambil mengulum tembakau dalam mulut. Sesekali dia ke satu sudut bawah tangga dalam kedai untuk meludah cebisan air liur.

"ok, awak boleh duduk". Sambil mengibas-ngibas kerusi dengan kain. Selepas ku duduk, ku akan mula dengan kebiasaan rutin sebelum majlis gunting iaitu menerangkan bagaimana 'end product' yang ku inginkan dari penggunting.

"Potong pendek biasa, tak mahu slope", penerangan ringkas ku yang kebiasaanya akan mudah difahami mana mana penggunting rambut amatur mahupun professional. Ku juga ada menambah sedikit 'instruction' untuk mendapatkan gaya yang ku mahukan.

"Sini kasi pendek sikit", "sini you biarkan", "sini macam ni" dan beberapa lagi yang ku minta dengan harapan satu, 'end product'nya akan menjadi ala-ala K-Pop Star punya rambut.

Pengalaman ku dengan kawan serumah, ku pernah minta dia potongkan ala-ala 'Brad Pitt', alih alih, mesin mata satu. Sorry aa Soleh, ku termasukkan ko dalam tulisan ku kali ini.

Jadi, selepas dalam lebih kurang 10-15 minit, siap..!!

"Ini atas tak boleh kasi pendek, sini pun kena kasi ini macam, kalau tidak, tak cantik..", terang tukan gunting.

Ku apa nak buat, terpaksa terima. Hanya arahan 'tak mahu slope' je yang dia ikut sedang arahan lain, dia langgar.

Akhirnya, dari hendakkan rambut ala-ala Korean Pop [K-Pop] Star, apa yang ku dapat adalah rambut ala-ala Hindi Pop [H-Pop] Star.

//Cilakak, mas Umar kata rambut ku ala-ala budak sekolah menengah. Lagi menusuk kalbu..!!

Read More! and Comments

Friday, September 9

Selepas September 15, 2011, Penggunaan Talian Prepaid Perlu Menanggung Cukai 6%..!!

Ramai yang memberikan reaksi terhadap pengenalan cukai yang akan dikenakan kepada pengguna pada setiap kali membuat tambah nilai selepas September 15 2011 ini. Ada yang menyokong, ada yang "ada aku kisah" dan ada yang membantah sekeras-kerasnya.

Ramai juga pengguna yang salah mentafsir cukai ini dan menganggap cukai yang dikenakan ini adalah kenaikan harga terhadap tambah nilai. Ianya bagiku adalah salah sama sekali.

Jadi, pada yang masih bingung:

Cukai 6% yang akan diperkenalkan nanti adalah telah wujud sejak 10 tahun dahulu semasa perkhidmatan prabayar diperkenalkan dan selama itu juga, cukai ini telah ditanggung 100% oleh pihak telco. Ia umpama subsidi yang diberi oleh pihak telco kepada pengguna. Kalau tak percaya, pergi beli kad tambah nilai RM10 dan aktivkan tambah nilai tersebut. Pengguna prepaid akan mendapat nilai RM10 dalam account tanpa satu sen pun pengurangan dari process tambah nilai.

Ku pengguna postpaid yang melanggan RM30 sebulan dan setiap kali bil, 6% itu memang telah tersedia dikira. RM31.80 adalah amaun yang tepat setiap kali bil telco tiba. Jadi, ku dan pengguna postpaid yang lain telah lama mula membayar cukai tersebut.

Memandangkan kos pengendalian dan perkembangan perkhidmatan telah bertambah masa kini, semua penyedia perkhidmatan telco telah sepakat dengan kelulusan kerajaan untuk memindahkan tanggungan cukai 6% ini kepada pengguna.

Ia umpama kes seperti cukai perkhidmatan restoran makanan yang telah mengalihkan cukai perkhidmatan yang perlu dibayar oleh pemakan bila dine in kedalam restauran. Sekiranya cukai ini terus ditanggung pemberi perkhidmatan, kos yang mereka perlu tanggung adalah tinggi dan agak sukar untuk mereka mengembangkan perkhidmatan pada jangka masa panjang jika peruntukan pulangan adalah sedikit.

6% ini tiada kena mengena dengan pengambilan cukai oleh kerajaan kerana selama ini memang kerajaan telah sedia menerimanya dari pembayaran pihak telco tanpa kita sedari.

Jadi,

Tidak perlu kita besarkan perkara ini kerana cukai ini bukan baru diperkenalkan oleh kerajaan demi nak menampung perbelanjaan atau membeli bling-bling untuk wanita nombor satu Malaysia, tetapi ianya adalah kerana "pihak telco tidak mampu lagi menanggung perbelanjaan cukai tersebut bagi pihak pengguna".



Read More! and Comments

Tuesday, September 6

Basikal Biru Dari Gurun

Tajuk macam gempak je, basikal dari Gurun. Tetapi basikal ini memang benar-benar datang dari gurun. Dan pembelian ini adalah tidak dirancang.

Transaksi berlaku pada hari terakhir sebelum Ramadhan 2011, iaitu pada July 31, 2011.

Agak lama juga Amir menginginkan sebuah basikal sejak kami berpindah ke Bayu Parkville setengah tahun lepas. Ia gara-gara melihat adik beradik dari rumah atas yang gembira mengayuh basikal mereka masing masing sedang Amir hanya tunggu mereka berhenti mengayuh ditepi pagar dengan memegang bola untuk main bersama.

Ku tak ingat nama kilang tempat basikal ini dibeli. Ya.. ia dibeli terus dari kilang, tidak melalui taukeh-taukeh kedai basikal yang biasa mengambil keuntungan produk yang mereka jual sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus.


Mula mula ni dia gayat sikit, tapi lepas dah sampai rumah, laju dia berkayuh.


Peace, sebelum basikal diangkut masuk ke dalam kereta..

Terima kasih kepada Uncle At [panggil Amir kepada adik Shima] yang meluang masa membawa kami kesana.

//Basikal ini bakal sampai dari Alor Setar ke Bayu Parkville dalam masa beberapa hari lagi.. Pasti ia akan menambah keterujaan Amir.

Read More! and Comments

Monday, September 5

Cars 2 [2011] - Penuh Aksi


>>Ini poster untuk tayangan 3D

Seperti yang telah ku janjikan pada Amir beberapa bulan yang lalu [selepas kami bawa dia masuk panggung tonton Kungfu Panda 2], Ahad lepas kami masuk lagi panggung TGV The Mines untuk Animasi terbaru dari Pixar, Cars 2.


>>Punyalah semangat, pintu The Mines belum buka, kami dah sampai.

Tidak seperti bahagian pertama dahulu, penceritaan kali ini lebih tertumpu pada karekter Sir Tow Mater berbanding watak utama bahagian pertama, Lightning McQueen yang sibuk dicabar Francesco Bernoulli tentang, siapa lebih hebat. Tapi adat cerita Hollywood, pelakon utama [atau watak baik] mesti last nanti menang punya..!!

Setiap karekter punya identiti sendiri. Watak Mater yang kelam kabut, alang bodoh serta perangai yang huru hara disesuaikan bersama jalan cerita dengan baik. Antara plot yang lawak adalah bila mana Mater menganggap wasabi adalah aiskrim Japan.

Cars 2 juga menyajikan aksi hampir keseluruhan masa tayangan. Pembukaan Finn McMissile yang ala ala James Bond [memang terinspirasi dari itu rasanya] bikin ku terpukau. Terpukau kerana kebijaksanaan dan gadget yang McMissile yang tak masuk akal.

Tapi akhirnya, Mater lebih bijaksana dari McMissile.. hehe!! Sebab apa? sebab Mater yang menyelesaikan kes Allinol Oil dengan selamba sahaja. Jika korang pernah tonton Detektif Conan, ala ala macam itulah Mater selesaikan persoalan tentang kes dalam filem ini.


>>Sarapan popcorn dahulu sebelum tayangan.

Pada mula sebelum kami ke panggung, ku ada juga terbaca satu kolum akhbar tempatan yang menulis tentang ketidak sesuaian filem ini untuk tontonan kanak kanak kerana terlalu banyak adegan tembak menembak senjata serta lawan by hand [Mater terel karate]. Ku agak rasa sceptical dan bila dah tonton, 'persetankan artikel itu'.

Kalau tak mahu bagi anak tonton adegan lawan atau tembak tembak, jangan bawa anak tonton wayang, pergi kedai video, beli dvd 'Lat' ke, tak pun vcd 'Sesame Street' atau 'Barney'.

Read More! and Comments

AXE Body Spray - Provoke



Korang perati original video di atas dan tengok image dibawah.



Ku dah beli, yang model Provoke lagi.Konon beli untuk diguna sepanjang Ramadhan termasuklah bergaya sepanjang syawal.

Masalahnya.

Dah banyak ku guna, pergi shopping mall, pergi beraya, malah ke office juga, tapi apasal takde angel datang kejar ku pun. Jangan kata diluar, di opis pun takde seorang pun yang tertarik pada ku...

Demm!! korang rasa ku patut saman diorang ke??

Bom chicka wahwah..

Read More! and Comments

Sunday, August 28

Langkah Keselamatan Tambahan Sebelum Meninggalkan Rumah

Ini adalah antara yang ku praktikkan sebelum meninggalkan rumah untuk pulang beraya nanti. Image yang ku sertakan ini diambil ketika kami bercuti dan meninggalkan rumah selama seminggu pada awal Ramadhan lepas.

Mungkin anda pembaca boleh cuba mempraktikan apa yang ku lakukan ini, sekadar penambahan keselamatan selain grille dan mangga kunci.

Untuk sliding door, ku masukkan satu benda keras demi menghalang ia dibuka. Seperti sedia maklum, untuk membuka sliding door, tuil perlu disungkit kebawah dan jika ia ditahan, InsyaAllah, percubaan untuk membukanya akan sedikit gagal..


Lekatkan dengan muskin tape untuk pastikan benda itu tidak jatuh

Untuk bahagian tingkap pula, jika rumah anda punya jenis yang sama begini, ku ikatkan kedua dua pengunci agar ia sukar untuk kuis digerakkan dari luar.


Buatkan pada seluruh tinggap yang ada.

Untuk bahagian pintu dapur, sendalkan sahaja benda berat ke pintu, ku guna mesin basuh yang seperti dalam gambar.


Front loaded tu berat beb..

Untuk pintu depan [pintu untuk keluar rumah], tawakkan sahaja dengan harapan jika ada percubaan masuk, jiran kita tolong ambil tindakan seperti contoh memanggil security ataupun menjerit saja "hoi"...

Ku tidak memberi jaminan jika ada yang sudah mencuba tapi masih tidak berkesan, tetapi sekurang-kurangnya, ini bakal melengahkan langkah masuk orang tidak berkenaan..

Selamat menyambut aidilfitri.
Selamat memandu, ingat orang tersayang.

Read More! and Comments

Salam Aidilfitri 2011/1432H



Tahun ini, Syawal semakin tiba, Ramadhan semakin melabuhkan hari, tapi mood raya ku masih tak sampai. Pasanglah lagu raya back to back pun kat radio, perasaan nak beraya tu masih kosong.

Ada banyak juga faktor yang menjadi penyebab. 5% pun dah cukup menjentik kalbu..

Tahun ini, kami sekeluarga akan beraya di Kuantan. Meh!! Jemput datang rumah di Kampung Jawa, Kuantan. Cuti pun dapat lama sikit dari tahun tahun sebelumnya.

Kepada pembaca, kawan kawan mahupun saudara mara yang selalu menghabiskan sedikit masa datang membaca, daku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat bercuti, selamat hari mereka dan selamat hari raya aidilfitri.



Semoga selamat pergi dan balik dari kampung. Kepada officemate yang tak cuti dan beraya di ofis, takyah buat rajinlah, takde increament mahupun bonus akhir tahun nanti.


Read More! and Comments

Thursday, August 18

David Villa Hina Islam!?

Tulisan ku pendek sahaja kali ini

Betul ke David Villa Hina Islam! terhadap Mesut Ozil atau memang bersengketa dah lama sedangkan ada player ramai Muslim lain yang bermain untuk Barca dan Real malam tu, Eric Abidal, Seydou Keita, Sami Khedira, Benzema.

Jangan cepat melatah..
Sumber sahih pun takde.

Read More! and Comments

Tuesday, August 16

Welcome To Myemail

So, abang-abang, akak-akak, adik-adik. Here we go.

The multimillion email project by Malaysia government is up in Beta now.



Click here to join

Its a free signup. Process will need you to fill in your personal detail including your mycard number to make sure you are genuine, i mean, you are Malaysia citizen lah.

Read More! and Comments

Sunday, August 14

Old Ikea Catalogue for RM12??



Click image for greater view.

I was like OMG! when i see this ad.
Someone is selling a free Ikea Malaysia Catalogue Magazine 2010 for price of RM12.

We know that Ikea has already publish their latest 2012 Catalogue and this doesn't mean the old catalogue become rare and valueable.

The price of shipping is not reaching RM10 and yes, people will do everything to survive and continue live in Klang Valley.

To that seller, wish you good luck in your sale..

And a happy weekend.

//Will be in Ikano this evening for 'iftar', buka puasa beramai-ramai. Looking forward to grab a latest 2012 catalogue from Ikea. Who want? FOC, if i manage to bring it out from showroom.. hehe!!

Read More! and Comments

Thursday, August 11

Ada apa dengan 5...

Huruf 5 yang ada bersangkutan dengan perniagaan yang dapat ku fikirkan dalam 1 jam sebelum posting ini dicipta..

5;
Adalah ibu negara pusat komersil untuk Peru.

2 kali 5;
Jawabnya 10. Kebiasaannya, tercatat dalam buku kira kira untuk mendapatkan amaun yang tepat dalam kunci kira kira [betul ke ni??]

5 Bintang;
Harga pakej berbuka puasa dihotel 5 bintang lebih mahal dari restoran mamak terkemuka.

Kaki 5 dan 5 kaki;
Asal nama panggilan kaki 5 adalah kerana saiz lebar ruang jalan kaki adalah selebar 5 kaki. Ia mampu memberi perlindungan kepada pelanggan dari hujan dan panas.

Buku 5;
Penggunaan buku 5 dalam pergaduhan mampu mewujudkan tahap kesakitan yang amat luar biasa. Ada juga orang menggelarkannya, buku hutang.

555;
Segala hutang-hutang yang dibuat mestilah dicatatkan didalam buku yang bernama 555. Ia di praktikkan secara meluas pada zaman awal awal kemerdekaan dahulu.

5.5;
Sabun yang digunakan para pekerja mesti punya paras 5.5 PH agar kulit dan seterusnya kebersihan mereka dapat dikekalkan. Ia membawa pada produktiviti kerja yang tinggi.

500;
Jumlah bonus yang diperoleh penjawat awam sebelum sambutan hari raya 2011 menjelma.. Untung diorang, tak sokong kerajaan, hentam kerajaan, buat rally, tulis fitnah, tapi kerajaan bagi juga korang bonus..

5 percent;
Huh!! Oh!! Tiiidddaaaaakkkkkkk....


Read More! and Comments

Monday, August 8

Metallica Live in Malaysia

It's going to be a huge, huger, hugest event for closing year 2011 here in Malaysia this December. Rumors are now circulated everywhere now. Facebook, Tweet, Forum or even Blogs.

i don't have a specific fact resource but, bopefully this really happen. It is first time they'll come and of cause, me and everyone here cant wait to see them play here. [siap siap simpan wang untuk tiket.]

Wait for the official news.

Master

Master of puppets
I'm pulling your strings
Twisting your mind and smashing your dreams

Blinded by me
You can't see a thing
Just call my name 'cause I'll hear you scream

Master
Master

Read More! and Comments

Wednesday, August 3

Nak Caie Apa..? Mai Tengok lu..

Sepanjang ku berada di Alor Setar ni, ku dan Shima rajin juga menghabiskan masa keluar berjalan ke town. Hari ini giliran pekan rabu pula kami serbu.

Pergi pun atas sebab kenangkan ada pesanan dari orang di Kuala Lumpur, nasib baik pesanan tidak terlalu banyak. Mereka pun tahu, berapa banyak barang sangat pun yang kami mampu bawa masuk ke dalam perut kapal terbang masa balik nanti.

Sempat aa sambar beberapa peket ikan pekasam, dodol dan macam-macam lagi barang yang rata-rata sama sahaja dijual oleh makcik-makcik, kakak-kakak dan adik-adik di pasar ini. Jika kedai ini ada jual dodoi, semua kedai sekitar ada jual dodoi.

Dodoi = Dodol

Jika ada jual serunding, kerepek mahupun makanan ringan lain, semua kedai sekitar jua ada menjualnya. Bak kata, susah nak jumpa barang 'rare' kat pekan rabu.

Apa yang menarik yang baru ku discover kali ini adalah, cara mereka menyambut pelanggan.

Nak caie apa..? Mai tengok lu..!!

Ku tak tau camne nak interprete atau membunyikan sebutan dengan betul, tapi jika bahasa Kuala Lumpur nya berbunyi;

Nak cari apa..? Mari tengok dahulu..!!

Bunyi macam biasa sajakan?

Tapi tahukah anda, setiap kedai tak kira dalam bangunan Pekan Rabu atau di sekitar kawasan kanopi, mereka akan menggunakan cara yang sama iaitu, Nak cari apa..? Mari tengok dahulu..!!

Ku suspect, mereka pergi kursus...

Read More! and Comments

Tuesday, August 2

Ikan Masin, Skirt Pendek dan Lidah Lembu.

Terlebih dahulu ingin ku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang beragama islam yang berkesempatan baru atau yang sudah acap kali membaca nota di blog ku ini.

Melihat pada tajuk diatas, anda pembaca dapat tangkap apa yang ingin ku ceritakan pada posting kali ini.

Teeett.. betul..

Tiada salah pun tanggapan atau apa yang anda semua fikir apabila sekilas membaca tajuk posting ku kali ini.

Ketiga-tiga perkara diatas tidak ada langsung pertalian antara satu sama lain tetapi ianya ada pada satu Ramadhan ku kali ini. Ia berkait rapat dengan hidangan Ramadhan.

Jadi apa lauk sahur anda semua untuk sahur hari pertama berpuasa. Lauk kami simple, ikan masin. Itu adalah menu utama kami yang dimakan sedap dengan nasi putih dan sambal tumis ikan bilis. Dihidangkan sekali dengan air milo panas se jar. bau ikan masin dan milo bercampur mencipta aroma yang menyelerakan untuk badan bersedia menerima makanan pertama jam 5:15 am selepas kali terakhir berbuat demikian 11 bulan lepas.

Skirt pendek pula adalah hidangan tengahari ku yang sebenarnya memang tidak terasa kelaparan. Cuma skirt pendek ini memang sedikit mengganggu tidak pada nafsu makan tetapi pada nafsu pancaindera penglihatan. Lagi ingin dielakkan, lagi dia datang. Datang sahaja tak mengapa, tapi jika sudah tertonggek didepan mata, syukurkan sahaja. Kira ada juga hasil berjalan-jalan ke Pasific Alor Setar tengahari tu.

Mereka masih kurang awareness tentang perkara ini. Hendak salahkan mereka pun, ini negara demokrasi, negara bebas. Jika ditegur mereka riot pula. Tapi kalau skirt paras lutut mungkin kurang kesannya, hidangan tengahari ku pada Ramadhan pertama adalah skirt pendek paras kangkang...!!

Dan hidangan yang terakhir adalah untuk hidangan berbuka puasa. Lidah lembu. Ini pertama kali lidah lembu mencecah ke lidah ku dan seterusnya kedalam tekak dan perut ku. Keluarga disini sudah terbiasa dengan hidangan ini, Lidah lembu masak merah. Ia boleh dilihat dari cara mereka mengunyah dengan sungguh amat menyelerakan sedang ku, hanya dapat pergi 4 hirisan kecil sahaja. Itu pun setiap kali satu hiris yang masuk ke mulut, kepala otak terbayang muka lembu tapak expo mardi sedang tersenyum sinis sambil menjelir lidah tanda memperli ku. Nasib baik ada sup tulang, itulah yang ku baham untuk mengisi kekosongan perut untuk hari pertama berpuasa tahun ini.

Terima Kasih.
Selamat menjalani ibadah puasa

Read More! and Comments

Thursday, July 28

Andaikata Wartawan Menemuramah Ku Untuk Ulasan Perlawanan Malaysia Dan Singapura Malam Ini..

Ku akan berikan jawapan seperti yang dibawah...

Seorang wartawan sukan menegur dan meminta pandangan.

Kita terus ke bahagian paling Vital.

"Jadi En. Rizal, apa pandangan en. tentang perlawanan malam ni?". Soalan wartawan dengan perasaan ingin tahu yang menebal.

saya dengan angkuh menjawab,

"Dengan sokongan ticket yang sold out, Malaysia tidak mustahil untuk memenangi perlawanan malahan Malaysia juga terkenal dengan gelaran jaguh kampungnya sejak dahulu lagi".

Sambil dengan selamba menambah,

"Tetapi, untuk mara ke peringkat seterusnya, TIDAK MUNGKIN..."

//confirm jawapan macam ni takkan disiarkan dimana-mana media termasuk cetak atau pun media massa.

Read More! and Comments

Sunday, July 17

Korean Drama [Historic] - 60 Episodes of "Dong Yi"



Ku baru siap habis tonton 60 episod untuk drama ini. Ia tidaklah sehebat graphic hollywood mahupun se'mudah drama melayu, tetapi ia punya penceritaan yang boleh buat ku tak tidur malam kerana ketagih untuk menyambung tontonan. Kesan yang hebat ini memungkinkan drama ini memenangi anugerah drama Korea terbaik 2010

disamping memenangi anugerah utama kategori pelakon. Boleh baca sini.

Set during the reign of King Sukjong in the Joseon dynasty, the story focuses on Dong Yi, a water maid who gains the trust of Queen Inhyeon and later the favour of the king when he is moved by her prayers for the health of the Queen during the court disputes caused by Jang Hee Bin. Dong Yi becomes a concubine with the rank of sook-bin and bears a son who will later become the 21st king of Joseon, Yeongjo.

Cerita sedikit.

Ceritanya berkisar tentang pada zaman pemerintahan Raja Sukjong yang Raja ke-19 Dinasti Joseon - tahun 1683-1724. Cerita ini juga lebih memfokuskkan tentang kehidupan Choi Dong Yi yang dari golongan rendah [lowborns] sehingga menjadi Royal Noble dan melahirkan seorang anak lelaki yang kemudiannya menjadi raja Joseon yang ke-21.

Cerita ini bermula apabila Dong Yi kehilangan ayahnya (Choi Hyo Won) dan abangnya (Choi Dong Ju) setelah diperangkap atas kesalahan yang tidak pernah mereka lakukan. Ayahnya adalah ketua organisasi bagi golongan rendah yang bertindak melindung dan mencari keadilan dari salah laku golongan atasan [bangsawan].

Dong Yi mendapat petunjuk tentang penglibatan orang bangsawan atas kematian ayahnya dan beberapa pembesar istana. Petunjuk itu datang dari seorang Court Lady yang dia pernah jumpa ketika melarikan diri dari buruan Chief Suh [ketua polis yang tegas]. Untuk itu, DOng yi mengambil keputusan untuk tinggal didalam istana, dalam Biro Muzik sebagai hamba.

Dong Yi mempunyai sifat rajin, pintar, berani, ingin tahu, kadang-kadang degil tetapi sentiasa cuba yang terbaik untuk membantu lain. Dari situ, Dong Yi bertemu dengan Raja Sukjong semasa menyiasat tentang plot membuang Lady Jang [Court Lady] dari istana. Masa mereka berjumpa ni memang kelakar kerana Dong Yi tidak mengetahui, lelaki yang mengaku sebagai pegawai penyiasat yang dia jumpa itu adalah Raja Joseon ke-19.

Kemudian banyak lagi plot menarik yang bakal buat penonton melekat ingin menyambung episod demi episod. Dari Lady Investigator, Dong Yi dinaikkan taraf jawatan satu demi satu oleh Raja SukJong bukan kerana Raja jatuh cinta pada DOng Yi, tetapi kerana sifat-sifat Dong Yi yang disebut diatas.

Cukup aa tu, ku memang berpuas hati dengan drama ini, 60 jam masa tidur yang dihabiskan rasa tidak sia-sia [walau hakikatnya, macam sia-sia buang masa]. Tonton aa kalau nak tau perasaan sebenar.

Itu belum dengan lagu soundtrack nya lagi, buat ku rindu untuk tonton semula. Mungkin sebab rindu juga, kawan kawan ku yang lain dah masuk 2nd round tonton drama ini tanpa jemu.

Trailer ambil dari youtube


Mana nak tonton, boleh stream [cari sendiri, mysoju pun boleh korang cuba], download atau datang jumpa ku dan sediakan sekurang-kurangnya 42GB storage harddisk untuk episod lengkap.

Sekian.

Credit pada Jamil [introducer] dan Quek [copy kan untuk ku]

Read More! and Comments

Wednesday, July 13

Bersih: Mahu Tuntut Memorandum 8 Perkara atau Mahu Revolusi Malaysia?

"Kita sudah tidak punya lagi kepercayaan pada pemerintah, jadi Najib sebaiknya menanggapi tuntutan kami dengan serius, karena situasi semakin dekat dengan revolusi," tegas Anwar.
Sosnya Mana

Apa maksud statement Anwar Ibrahim tentang revolusi?

Adakah menggunakan media luar bertujuan untuk mendapat sokongan pihak luar?

Kenapa mahu terus demonstrasi yang terang terang merugikan kesemua pihak?

Mana semua bukti yang konon mengaitkan salah laku pilihanraya yang selama ini di perbesarkan kepada kami [rakyat]?

atau;

Adakah Perhimpunan Bersih ini adalah satu agenda untuk beliau mendapat kuasa?

oh!!

Kenapa ku terlalu emosi dengan perkara ini...??

Read More! and Comments

Friday, July 8

Bersih 2.0 - Takde Cara Lainkah Untuk Mereka Menyampaikan Propaganda Dengan Tidak Menyusahkan Orang Ramai

The rally's original plan was to have protestors gather at the KL Sogo shopping center, Kuala Lumpur City Hall building, and the Kampung Baru Mosque at 14:00 MST before marching to the Istana Negara to deliver a memorandum to the Yang di-Pertuan Agong.
sos halal

Maaf, ku tak jumpa pula ayat paling sesuai dalam Bahasa Melayu untuk di"quote" berkenaan plan yang diatur oleh gang bersih sempena perhimpunan yang bakal mereka lakukan esok di..

Secara asasnya, perhimpunan ini dilakukan demi untuk berarak dari satu check point dengan membawa memoradum 8 Perkara Tuntutan Bersih untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ku ada terbaca beberapa hari lepas, wakil penganjur perhimpunan sudah berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat pekenan meneruskan perhimpunan ini. Apa yang menghairankan,

Mengapa mahu meneruskan perhimpunan sedang anda [Ambiga Sreenevasan] sudah bersua muka dengan Yang di-Pertuan Agong..?? Dan anda dengan suka hati boleh menyerahkan memorandum tersebut tanpa perlu menghimpunkan pak turut bebal yang bakal mencetuskan huru hara sekitar bandaraya..

Bukankah itu tujuan sebenar perhimpunan Bersih ni hendak dijalankan..??

Ku jadi keliru bila memikirkan perkara ini. Dan mungkin juga Ambiga and Co. ada muslihat lain [tersirat] yang mereka ingin capai disebalik menganjurkan perhimpunan ini?

Jawapan ku: Mungkin ada.

Ku mulanya malas nak taip tentang ini, tapi bila ku dah terkena tempias sikit-sikit, rasa tidak kepuasan hati ku pun membuak. Tulisan ini bukan bermakna ku menyokong kerajaan mahupun pakatan sayap kiri. Ini adalah pandangan peribadi yang tercetus dari pemikiran intelektual ku yang sangat berisi [cheewahh]..

Kerana bersih 2.0,
- Polis terpaksa menutup jalan. Dan jalan yang ditutup itu pula bersambung dengan jalan yang ku gunakan untuk balik ke rumah dari mana-mana destinasi. Ya, hanya itu sahaja jalan yang ada untuk balik dan bila jalan sesak, perjalanan 5 min menjadi 1 jam.. demm..!! Bazir minyak kereta dan masa perjalanan ku.

- Wife ku jadi mangsa cyber trooper diorang. Account mail dan facebook wife ku diorang hijacked dan mereka gunakan account tu sebagai pengasas site dan group yang menyokong kuat Bersih. Nasib wife ku pun boleh di'consider sebagai cyber army. Dapatlah juga dia hijacked semula mail dan facebook account kepunyaan sendiri dan bertindak menutup semua site yang dibuka dengan menggunakan namanya. confirm, mereka [Bersih dan Pakatan Rakyat] akan gunakan perkara macam ini [tutup site] untuk menghentam kerajaan.

- Macam-macam lagi hal timbul [antaranya keluhan peniaga yang berada dalam radius perjalanan perarakan] yang korang boleh baca dari e-paper, blog, forum atau tonton dari saluran berita tempatan [antarabangsa tidak tahu ada atau tidak sebab ku memang banned 'Astro' dah lama]

Berbaloikah perhimpunan ini bila ia memberi banyak kesan buruk pada masyarakat..??

Jawapan ku: Tidak

Dan takde cara lainkah untuk mereka menyampaikan propaganda dengan tidak menyusahkan orang ramai...!!??

//Kasihan pada masyarakat kita yang raminya jadi Pak Turut tanpa menyedari perkara tersirat yang bakal memakan diri...

Read More! and Comments

Tuesday, July 5

Apa itu Bersih - Kenapa Kena Bersih??

Merata ceruk ruang internet ku cari apa penerangan yang sesuai tentang bersih ni, akhirnya, jumpa juga disatu site Indonesia yang memberikan erti yang jelas tentang bersih.

adjective

1. 1 bebas dr kotoran: supaya kita sehat, segala sesuatu diusahakan tetap --; sebelum tidur cucilah kaki dan tanganmu hingga --;

Sos Halal

Ku ambil satu sahaja walau ada 8 poin yang diberi. Bersih adalah bebas dari kotoran. Kotoran tu ada dalam banyak bentuk dan kotoran juga mengandungi bahan cemaran mahupun bakteria yang mampu memberi kesan buruk pada tubuh badan manusia.

Rumah yang bersih akan mewujudkan persekitaran yang sihat. Kawasan perumahan yang bersih akan mewujudkan komuniti yang baik. Begitu juga tempat-tempat perlancongan yang bersih akan menarik minat lebih ramai pengunjung untuk datang dan seterusnya akan menjana pendapatan penduduk dan negara.

Tandas atau tandas awam yang bersih mencerminkan masyarakat yang cemerlang. Kotornya tandas, maka, pengotorlah mereka ini.

Ku pun baru menjalankan program membersih keliling dalam rumah juga tanah luar laman sekangkang kera. Semuanya demi memastikan kami sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas..

Jadi, jika anda yang baca merasakan artikel ini berkenaan;

"Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0".

Anda silap.

Read More! and Comments

Tuesday, June 14

6 Facebook Pages Percuma Untuk Harga 1.8 Million...!?

Satu lagi kes pembaziran atau ku kelaskan sebagai, pegawai kerajaan mengambil kesempatan. Sedang pihak kerajaan sibuk menguar-uarkan kisah sedih duka tentang masalah kecairan wang kerajaan, kerajaan bakal bankrupt dan macam-macam yang memaksa rakyat menanggung harga tinggi dengan kenaikan harga segala benda, kisah ini pula timbul yang bakal menyentap hati semua.

Sumber Yang Dibaca

Kita pernah dulu... tak lamaa... dah dikejutkan dengan kisah hitam e-mail 1Malaysia, website community 1Malaysia serta yang terbaru website 1pengguna yang dikatakan membazir.

Kini;

Carilah dan nilai sendiri fan page yang dibuka oleh pihak kerajaan untuk tujuan promosi barangkali yang telah di rate sebagai sangat membazir..

a) Cuti-Cuti 1Malaysia
- Ku terjumpa adalah sebuah application game yang dibawah nama citrawarna. memandangkan ku dah tak layan facebook game, ku tak cuba.

b) Citrawarna 1Malaysia
- Hanya plain fan page yang biasa. Setakat upload image beberapa sahaja.

Serious ku tak jumpa fan page yang seterusnya dibawah;
c) Karnival Jualan Mega 1Malaysia and Karnival Jualan Akhir Tahun
d) Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia
e) Kempen 1Malaysia Bersih, 1Malaysia
f) Fabulous Food 1Malaysia

Ok.. ini adalah antara perbelanjaan kerajaan yang tidak masuk akal yang menjadi punca mengapa segala subsidi dan harga barang barang naik.

Oh!! Siapakah pegawai yang sangat sangat hebat sampai boleh meluluskan perbelanjaan RM300k sebegini banyak semata untuk buka sebuah facebook fan page yang diketahui umum adalah percuma. Dan juga SPRM, tolong siasat mat atau minah yang handle project tu, tengok berapa jumlah amount yang masuk dalam account mereka.

Sila jangan ungkit tentang application kerana ku hanya menjumpai 1 game application sahaja dalam salah satu fan page yang boleh dijejaki. Dan ku jangka, memang hanya ada 1 game application sahaja yang dibangunkan dan itulah yang sedang pihak kementerian gunakan sebagai defend menangkis serangan pihak yang inginkan penjelasan. Ku masih tetap rasa perbelanjaan ini tidak masuk akal.

//Baru je tadi ku propose pada bos, ku nak bukakan fan page facebook untuk company. Bayaran untuk buka fan page sahaja ku kenakan RM10k dan jika mahu ku maintain, ku charge RM1k sebulan. Tapi, proposal ku ditolak.. demmm!!

Read More! and Comments

Friday, June 10

This site is blocked because of inappropriate content...!!??

This summary is not available. Please click here to view the post.

Read More! and Comments

Monday, May 30

Inner Peace..

"Inner Peace" adalah tagline bagi filem terbaru Kung Fu Panda 2.

"Inner Peace"

Ahh.. takleh lupa aa betapa terhiburnya kami dan penonton lain takkala menonton filem ni pada ahad lepas. Terhibur maknanya puas aa menonton dan terlaksanan jugalah hajat ku membawa Amir menonton wayang untuk memberikan dia pengalaman pertama menonton TV besar [itu yang ku beritahu dia sebelum kami masuk panggung].


Muka boring bila disuruh posing...

Ada lagi kosong, tapi row depan je.. huh!! "jam satu?". Ada, sama juga, tinggal row depan dan belakang depan.. demm.. tinggal row A dan B. Memandangkan kami sudah berada di Mines Shopping Mall dan masa sudah 1050, ku ambil keputusan untuk masuk panggung jam 1100. tapi duduk row A, kalau kat Istana Budaya, row A adalah untuk VIP tapi kalau TGV, row A adalah kerusi yang paling.. paling.. paling.. orang nak elak.

Jika bahagian pertama dulu, bagaimana kita lihat process Po belajar kung fu setelah terpilih sebagai Dragon Warrior secara tak sengaja [sebab dia masuk gelanggang secara terbang beserta apa... ok, korang pegi tengok yang bahagian satu dulu].

Untuk bahagian dua ini, Po sudah memang dikira tahap legend dah. Ada dua subject yang diceritakan dalam filem ini iaitu tentang asal usul Po dan misi menyelamat dan mengalahkan Lord Shen [burung merak yang banyak pisau] yang bercita cita menakluk dunia dengan penciptaan senjata baru yang dikatakan mampu melenyapkan kuasa kung fu.

Dari segi graphic, memang tidak dapat dinafikan sangat terbaik, malah ku perasan ada satu scene, pemandangan laut, air laut dan kapal, biasan matahari, dan bandar keluahatan seperti real.. mereka memang advance habis. Adlib kelakar memang sentiasa ada, dan kebiasaan unsur kelakar itu biasanya berkenaan kelemahan yang ada pada Po.

"mmm, my old enemy... stairs!!" [kat part ni korang mesti ketawa punya...]

Satu lagi yang best adalah masa bab lawan. Memandangkan ku duduk di row A, untuk adegan lawan close up, ku dak dapat nak tangkap detail. Tapi, martial arts choreography memang terbaik. Yaa.. Terbaik lagi. Setiap character punya power moves dan bila mereka berkolabor, tiada musuh yang setanding mereka. Cilakak, emo lak ku rasa penulisan ni.

Pergi je aa korang tengok sendiri.

Cuma, pada mereka yang nak tonton bersama rakan kuliah, rakan kerja atau berdua dengan isteri, atau berdua berdating, tolong aa ambil tayangan antara petang dan malam, bagi aaa seat korang untuk mak ayah yang datang bawa anak anak, kesian dowh, kesian kat anak anak, mak ayah dah janji, bangun awal pagi, sampai panggung, tiket tayangan pagi dan tengahari dah habis.

Selamat menonton..

Read More! and Comments

Monday, May 16

Aku Tiada Memori Baik Hari Guru...

Puas ku fikirkan, apa memori indah waktu sekolah yang tercoret tentang Hari Guru... demm!! zero. Tiada satu pun peristiwa hebat pada hari guru yang singgah dalam ingatan kecuali beratur dipadang assembly sambil mendengar ucapan guru besar dan mendengar para cikgu menyanyikan satu iaitu lagu tema hari guru...!! Walaupun ku tahu, kebanyakan cikgu yang menyanyi hanyalah sekadar miming, tapi masih ada cikgu yang kental hati tidak mengikuti nyanyian dengan hanya sekadar menggerak-gerakkan mulut malas dan...

bamm..!!

"Bahasa tubuh cikgu pun sudah cukup menunjukkan cikgu boring."

Begitulah boringnya kami setiap kali hari Isnin perlu menyanyikan 4 buah; Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Patriotik [tak ingat tajuk] dan Lagu Sekolah dan cikgu masih menyatakan yang tidak semua kami menyanyi dan kami umpama tidak punya semangat. Takpelah, cikgu yang betul. Sebab Cikgu...;

"Cikgu...!!"

Kami perlu patuh segala kata cikgu. Kami perlu hormat pada cikgu...


//Tunggulah, jika rajin, tahun depan ku sambung lagi...!!

Read More! and Comments

Saturday, May 14

Vote for your favourite flavour.

Who can vote? Anyone!

In conjunction with its 4th World Milk Day, Dutch Lady Milk Elections is developed to find the newest flavour for their UHT milk, to encourage Malaysians to drink more milk

Why? Because you have the power to determine a stronger Malaysia with MILK!

Candidates:
1. Dutch Lady Red Bean
2. Dutch Lady Sweet Corn
3. Dutch Lady Moo Melon
4. Dutch Lady Caramel Toffee

VOTE HERE

Have fun...!!

Read More! and Comments

Thursday, May 5

[Edisi Korang Jangan Baca] Kenapa Saya Sangat Ingin Memiliki Sony Playstation 3.

Inilah antara sebab musababnya... sluurrppp..!!


[[Gambar Hiasan. Suka tak?]]

Binatang alah ni bukan stakat dimainkan oleh budak budak geek yang bercermin mata tebal, atau budak-budak bawah umur yang obes, malah semua orang suka akan keupayaan konsol ini...

Playstation One [PSOne] sudah dijual, yang ada sekarang Playstation Portable [PSP] sahaja ditangan. Rasa tak puas pun ada bila main game screen kecil ni sedangkan TV LCD dirumah yang baru beberapa hari keluar kotak bersedia untuk memberikan impak HDMI yang tiada tandingan.

Oh yaa.. 5 sebab mengapa saya ingin sangat memiliki Sony Playstation 3 [PS3]
1. Saya dapat beriadah bersama keluarga tanpa keluar rumah.
2. Menajamkan daya konsentrasi dan alert untuk saya dan anak dan isteri [jika dia main sekali]
3. Saya tiada rancangan memasang TV satellite dirumah yang terang terang menyembelih pengguna dengan package yang tidak berguna.
4. Saya ada 2 TV, rugi aaa kalau guna satu sahaja.
5. Saya boleh ajak kawan kawan berjamming di rumah sahaja tanpa membayar yuran studio RM30 sejam dan ianya sangat yakin, tidak akan mengganggu jiran tetanggan dengan kebisingan ketukan drum dan mainan solo gitar nanti.
6. Kawan saya, Calvin, selalu racun suruh angkat satu.

Tetapi, nak beli tu ada masalah sikit.

Sekian.

//Huh.. Xperia Arc pun sekarang mengganggu daya logikal ku...!! demm.. best pula phone tu..!!

Read More! and Comments

Saturday, April 30

Hilang Rasa Cinta

Cilakak... ku pun tak perasan ini single diorang yang ke berapa tah. Tapi yang ini paling ku suka.

Single terbaru yang sedang galak on air di radio xfm.

Melodi dan variasi vocal pada chorus lagu ni dah cukup buat ku nak dengar lagu ni berkali kali kali kali kali kali...!!

Grey Sky Morning - Hilang Rasa Cinta

aku bukan yang sempurna,
ibarat kaca dan permata,
aku insan atas nama cinta,
kau menerima cintaku dalam apa saja....

Aku, hilang rasa sayang,
hilang rasa benci,
hilang segala janji,
termetera di hati,
tinggal hanya mimpi,
untuk selamanya....

Aku, membiar engkau pergi,
jangan kau tangisi,
ku korban cinta suci,
berakhir di sini,
ku doa kau bahagia bersama dirinya...

berkecai kasih yang tercipta,
ibarat kaca dan permata,
aku insan atas nama cinta,
kau menerima cintaku dalam apa saja....

Aku, hilang rasa sayang,
hilang rasa benci,
hilang segala janji,
di sini,
ku doa kau bahagia bersama dirinya...

Nah!! ku embed audio dari youtube pada mana mana yang tak pernah dengar lagi.



enjoy!!

Read More! and Comments

Thursday, April 28

Gemuk? Takdelah, Saya Kiut...!!

Pasti ramai yang sedia maklum tentang isu nasi lemak yang ditimbulkan beberapa minggu lepas. Sebelum sebelum ini pun, ada juga isu nasi lemak yang timbul, tapi ianya tidaklah menjadi bualan hangat kerana ia hanyalah "nasi lemak lima puluh sen."

Ramai yang menjadi sedikit sasau dan ketidak keruan bila mendengar usul pelarangan jualan nasi lemak di kantin sekolah dan ia terbawa bawa kepada pelarangan penjualan jenis makanan lain yang dikatakan menjadi penyebab obesiti kepada pelajar. Ada lima belas semuanya.

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.

-Sumber Berita Harian

Dari pemikiran singkat ku ini, punca utama obesiti bukanlah datangnya dari sekolah, tetapi ianya datang dari rumah. Juga jika kita lihat, gejala keruntuhan akhlak, rempit, throw baby into dustbin dan macam-macam lagi yang kita boleh baca dengan seronoknya dalam tabloit metro boleh kita kaitkan penyebabnya datang dari rumah.

Ni ku nak ce crita.. ce crita.. ni..!!

Semalam, ku bawa Amir pergi ke bank dalam jam 650pm. Balik dari bank, ku terpaksa lalu jalan dibelakang sekolah menengah [sekolah lama ku..] Apa yang dapat ku perhati, terdapat banyak gerai/kiosk bergerak yang dibuka dikawasan jalan belakang sekolah yang berhadapan dengan blok komersial yang menempatkan bank yang ku pergi tadi.

Satu dari gerai/kiosk yang menarik perhatian ku adalah dijaga oleh 2 orang pemuda yang gerai/kiosk terletak betul betul bersebelahan pintu belakang keluar masuk sekolah. Hanya berbekalkan 2 meja lipat, mereka dilihat selamba je menjual pelbagai jenis kuih, nuget cucuk macam satay dan juga burger siap bungkus.

Lain-lain gerai/kiosk adalah, ayam madu, nasi lemak kukus, ice blended yang dijual atas lori kecil jenama daihatsu, char kuey tiau, jambu madu dan pelbagai lagi yang ku suspect boleh pengsan orang-orang kementerian kalau tengok. Hujung komersial blok menghadap pintu belakang sekolah pula ada sebuah kedai makan mamak. Situ lagi ku rasakan lubuk segala lemak dan kolestrol yang ku tak nafi, ku juga tidak dapat menahan diri untuk menyumbatkan sekeping roti kosong berkuah kari ikan bersama segelas besar teh panas.

100 meter dari sekolah pula, boleh dilihat kedai makanan segera McDonald, Kentucky Fried Chiken dan Rasamas..!!

Ku juga hanya tersenyum melihat gelagat seorang pelajar dalam satu klik budak-budak yang melintas jalan dihadapan ku sambil melambai-lambai wang kertas hijau kepada rakannya yang di seberang jalan.

Rasional memperkenalkan usul ini mungkin ada baiknya, untuk mengawal pemakanan pelajar agar mereka mendapat zat makan yang terbaik dari kantin tetapi bagaimana jika mereka diluar sekolah? Bukankah sepatutnya dikawal pemakanan mereka secara menyeluruh? Inilah yang ku katakan awal tadi, rumah memainkan peranan penting dalam membentuk pelajar. Baik dari akhlak, pemakanan serta lain-lain.

Saranan serta kempen kesedaran perlu diterapkan pada masyarakat khusunya ibu bapa. Mungkin disekolah, pelajar selalu diingatkan tetapi tidak dirumah.

Benda ni macam buaya. Buaya tak makan orang. Tapi bila dia dah rasa sedap daging orang, dia ketagih.

Read More! and Comments

Wednesday, April 20

Sunway Lagoon.

Serious, ini pertama kali kami menjejak masuk ke dalam taman tema air yang boleh dikatakan kedua di buka dalam Malaysia selepas taman tema air Genting Highland.

Kami tiba agak lewat dari yang dirancang. Rancangannya kami patut bertolak dari Shah Alam jam 10 pagi, tapi oleh kerana masalah masalah teknikal, kami keluar rumah jam 2++ petang. Itu tak campur hujan lagi tengahari tu. Dah hampir hampir cancel nak pergi tapi mengenangkan kami sudah berjanji dengan budak budak (actually, Amir seorang je, Mayya consider belum reti apa apa...), kami jalan juga.

OK lah sesi hari tu, walaupun kami tak explore habisan sebab masa yang suntuk. Tambahan pula, takkala menyusuri zon zon permainan dan mini zoo, Amir asyik bertanya,

"Bila kita nak mandi nih..!?"

"Dekat mana kita nak mandi nih..!?"

"nanti kita mandikan..!?"

"Cepatlah kita nak mandi nih..!?"

Bila sampai kat area nak masuk wet park, laju jee...

"eh!! eh!! eh!! baju tak tukar lagi...!!"






Read More! and Comments

Wednesday, April 13

Kami Cancel Flight Ke Japan...

Kami sepatutnya sudah touchdown di Tokyo sebentar tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines MH88 Boeing 777-200. Jika ikut pada tiket, kami berlepas dari KLIA Tue, 12 Apr, 23:30 dan sampai ke Tokyo pada Wed, 13 Apr, 07:40. Tapi? Oh!! Kami tidak jadi pergi. Segala pelan perjalanan yang dirangka sejak setahun lalu telah di'washed' oleh tsunami. Kesian isteri saya...!!

Ya.. Trip percutian 9 hari kami ke Japan terpaksa dibatalkan atas masalah kesan tsunami yang masih berpanjangan. Demi keselamatan, dan prihatinan Malaysia Airline, tiket kami dapat pulangkan walaupun kami dikenakan sedikit penalti atas pembatalan tu.

Cadangnya, mula mula nak pergi winter, boleh rasa camne main salji, tak jadi, lepas tu nak pergi time 1 Jan, nak join hari jualan murah besaran, tak jadi, kemudian nak pergi bulan March, ada ahli rombongan kena attend important meeting, tangguh ke bulan April dan zaasss.. tsunami...!! Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya batal juga...!!

Antara faktor lain yang menyebabkan pembatalan perjalanan adalah kerana sesetengah tempat utama yang kami mahu kunjungi masih ditutup untuk kunjungan awam. Ku pun tak berapa nak setuju dengan plan B yang diusulkan ahli keluarga lain iaitu jalan jalan dan site seeing ke bahagian selatan Japan area Hiroshima, tengok kesan kesan peninggalan bom nuklear. Area tu jauh dari kesan tsunami.

Saya tak mahu tengok kesan sejarah, saya mahu pergi Tokyo tengok Miyabi dengan skirt pendek jalan tergedik gedik sambil menghisap lolipop...!! Oh!! mungkin niat ku yang sedikit kotor ini mendapat murka dari Allah Yang Maha Agung.


Ini image pokok sakura berbunga, cantik kan, ku baru terima melalui MMS dari Japan untuk tatapan semua...!!

Read More! and Comments

Sunday, March 27

Rational Disebalik Kegelapan Earth Hour

Earth Hour by WWF

Earth Hour is organized by WWF. With almost 5 million supporters and a global network in over 100 countries/territories, it’s one of the world's largest and most respected independent conservation organizations. WWF’s mission is to stop the degradation of the Earth's natural environment and build a future where people live in harmony with nature.
sosialah

Tahun lepas, tidak dinafikan yang kami seisi keluarga memberi sokongan yang agak penuh pada usaha 60 minit berada dalam kegelapan, boleh rujuk posting ini, demm... ku siap tulis bangga lagi dengan langkah yang telah kami ambil pada masa itu... almaklum, jahil dan mengikut sahaja...

Jadi tahun ini, tidak, kami stay dalam terang..

Kenapa?

Mungkin ku ada terpengaruh dengan tulisan tulisan dan artikel yang telah ku baca dari laman sesawang tentang baik buruk menyertai Eart Hour dan subject yang menjadi titik tolak atau major issue dalam perbincangan adalah "apa yang lampu dapat lakukan dan apa pertaliannya dengan masalah global environment selama ini..."

Persoalannya,

- Adakah lampu menyumbang kepada penipisan ruang ozon yang selama ini menjadi lapisan penapis terpenting bumi?
- Adakah lampu menyebabkan bumi menjadi panas?
- Adakah lampu menyumbang pada penambahan karbon dioksida atau pelbagai lagi gas gas beracun yang merosakkan bumi?
- Adakah lampu menyumbang pada radiasi...??

Hampir semua soalan diatas berjawapan tidak.. Jadi, mengapa kita perlu bergelap??

Menjimatkan tenaga? menjimatkan Bil bulanan? Itu semua lagilah tidak rational. Berapa sangat bil yang mampu dijimatkan dengan bergelap selama 60 minit. Sumber bekalan tenaga elektrik juga tidak terjejas. Tenaga Nasional takdenya nak tutup turbin empangan, atau tutup generator tenaga, atau matikan api charcoal di logi Putrajaya kerana tahu, penggunaan elektrik akan berada pada kadar minimum pada 60 minit Earth Hour.

Isu utama Earth Hour sekarang ini adalah,

BERLAKUNYA PENCEMARAN MAKSIMUM KERANA PENGGUNAAN LILIN, LAMPU MINYAK DAN PELBAGAI SUMBER API YANG MENGELUARKAN PELBAGAI JENIS GAS BERACUN.

Inilah masalah yang orang kita tidak sedar. Kita menyumbang lebih banyak pencemaran semasa kita mengambil bahagian dalam Earth Hour.

Sebab itu, ku lebih rela buka lampu selama 60 minit dari menjadi orang orang yang membuta tuli mengikut menyumbangkan kepada pencemaran yang lebih teruk..

Fikir fikirkanlah...

Read More! and Comments

Thursday, March 17

Fikirlah Sebelum Bertindak


Sos Melekit = beautifulnara

Kesian Fizz Fairuz statement lawak bodohnya, banyak sangat berlakon drama agaknya...

Ku juga sangat kasihan dengan kenyataan FLOM [First Lady of Malaysia] yang sangat sangat tak boleh diterima. Apa kaitan teknologi hijau dengan gempa bumi? kalau disebabkan pembangunan, Kuala Lumpur pun patut kena gempa... aahh!! memang kelakar...



"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau"

Sos Kelat

//moral: berfikir dahulu sebelum bertindak

oh!! ya.. apa relevannya Datin Rosmah buat sambutan Maulidur Rasul semalam ditengah tengah bulan Rabi' al-awwal [March 16, 2011]. Bukan ke Maulidur Rasul February 15, 2011... ku detect pembaziran..

Read More! and Comments

Sunday, March 13

Ultraman Lari Lintang Pukang Dari Ombak Tsunami Gara-Gara Gempa Bumi.

Ia memang nampak kelakar, tetapi watak Ultraman yang lari lintang pukang dari ombak Tsunami adalah menampakkan tiada unsur sensitiviti yang ditunjukkan keatas kejadian yang berlaku di Japan.

It really looks funny, but Ultraman characters who fled headlong from the Tsunami waves are showing no sensitivity shown on the elements of what is happening in Japan.

Ia mungkin nampak gurauan, ku tak nafi yang ia agak lucu tetapi mungkin ia kelihatan sedikit terlampau.

It may seem jest, I do not deny that it was quite funny, but maybe it looks a bit too.



Sos Cap Ultra

Walaupun pengumuman/notis minta maaf telah dikeluarkan dilaman web, ianya mungkin sudah terlambat... pulak tu, pengumuman kecil je, ni ku ada paste ayat penuh dari site diorang.

PENGUMUMAN: BERITA HARIAN memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini. Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun. - Pengarang

//kepada mereka yang ditimpa musibah gempa bumi dan tsunami di Japan, tak kira orang Japan, orang Malaysia, Orang Putih, harap anda kuat dalam menghadapi dugaan. Kepada yang kehilangan ahli keluarga, takziah diucapkan.

//To those who suffering from the earthquake and tsunami disaster in Japan, regardless of Japanese, or Foreigners hope you be strong throughout the situation. For those the loss of family members, condolence said.

Read More! and Comments

Learn how to be an eCitizen

Hi fellow friends, come to join us in rebuilding eMalaysia and make it a stronger nation! This is a game [web-based] where you can get another experience as citizen of the world! Such as becoming businessman, parliament members, country presidents, successful writters, politicians, and so many more!

homepage: Click Here

Come to eRepublik and make yourself an eCitizen today! eMalaysia needs your help!


We just conquered Sabah and we need more active people and larger population!

Be an eMalaysia

Below are several more screenshots of this game:


Homepage of the game (before login)


Homepage (after login)


Becoming a rich businessman, owning alot of companies


How war list looks like


Real condition of war! War simulation...


Marketplace of eWorld


Becoming Prez, congress, party prez!

//There always be a people/government who will guiding you in starting the game.

JOIN US TODAY!

Source: TeMing eMalaysia, Lowyat.net, Cari.com.my

Read More! and Comments

Thursday, March 10

March 10, Hikayat Merong Mahawangsa... Terbaik Dowh...

"OK.. ni sapa nak cuti esok ni..?" soal bos pada barisan pekerjanya.

"Bos. kalau takde orang nak amik, biar ku ambil je aa cuti esok", balas ku yang memang biasa membahasakan diri ku dengan aku dengan bos. hehe.

Hantar borang cuti dan yahuu..

Hari ini, rutin biasa menerjah. hantar Amir ke sekolah lalu balik ke rumah untuk bersiap. Ku yang mengambil cuti semalam telah bersetju untuk celebrate hari lahir Shima pada hari ini [March, 10]..

Selamat Menyambut Hari Lahir. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Kami plan terus ke TGV The Mines untuk grabbed tiket 1st screening movie Merong Mahawangsa. OK.. Sila korang yang baca ni pergi ke panggung. Jika ramai lagi producer yang berani buat movie macam ni, korang producer memang boleh kaya aaa...


Show jam 11:20am. [HMM = Hikayat Merong Mahawangsa]

Ku takde aa nak review ke apa tentang movie ni, ku masih dalam situasi speechless selepas menonton. Memang bukan seperti movie Melayu yang sceptical, jauh lagi stereotype. Ah.. terima kasih KRU Group.

Watak paling ku suka adalah watak 'Kemawas'. Gila Khir Rahman memang lanun habis. Memang muka dia muka jahat aaa.. Watak lain pun semua sama kuat, tiada yang lebih tiada yang terkurang dalam pembentukan plot yang ku rasa bertunjangkan pada petikan pantun [tak ingat laa..] yang disampaikan oleh ibu Merong pada satu masa dia kecil..

Jadi, berbaloi aah kalau ke panggung menonton movie macam ni...


Ini antara sebab kenapa kami ambil 1st screening pada hari pertama tayangan.


Lengang sahaja pintu masuk.

Read More! and Comments

Thursday, March 3

[Old School Item] Micro Genius IQ-501 Perfect



Inilah hasilnya bila berkemas-kemas memindahkan barang ke rumah baru, pelbagai benda benda lama yang ku dah lupa akan terjumpa semula. Ku boleh bet aa kalau ada lagi orang kat Malaysia ni yang masih simpan Old School consol game seperti yang ku ada sekarang ni.

Ku tak dapat info sangat tentang consol ni, even wiki site pun tak banyak info yang di masukkan disitu. Boleh rujuk sini.









Ku suspect benda ni masih boleh digunakan. Manual pun ada lagi tau. Kali terakhir ku guna atau bermain dengan game guna konsol ni ada pada [maaf, ku tak ingat] tapi ianya adalah beberapa bulan sebelum ku menerima wang PTPTN yang berjumlah banyak ribu. Sejak hari penerimaan tu, ku layan Playstation [PSone masa beli tu] pula. PSone lagi best aa graphic banding Micro Genius ni.

Ingat lagi, tujuan ayah ku beli konsol ni adalah untuk pastikan ku tak merayap keluar tak tentu hala, layan arked yang setiap saat tak lekang dengan bau asap rokok atau pun menghabiskan wang di kedai "Ichiban" bersama Shahrul, Syahrul dan arif menghabiskan wang bermain game disitu selepas habis sesi persekolahan waktu pagi. Jadi, balik sekolah terus layan benda ni.

"Ichiban tu adalah kedai kek dan bakery paling best kat Taman Seri Serdang sekitar lewat 80an dan awal 90an sebelum ia ditutup kerana persaingan dari kedai bakery berjenama yang tumbuh pesat. Walaupun ia kedai kek dan bakery, tokei kedai ni menyediakan satu bahagian dalam kedai dengan meletakkan 2 ketul tv set, 1 set Micro Genius dan 1 set Nintendo konsol dengan kadar sewa kalau tak salah RM1 setengah jam."



Jika lihat pada resit yang ku capture tu, ia menunjukkan tarikh sebenar ia dibeli dan kiralah sendiri berapa umur set ni sekarang. Kedai yang jual ni pun tak tentu ada lagi atau tidak.

Game kegemaran ku masa guna set ni adalah Super Mario dan Super Contra. Dua ni yang paling layan disamping beberapa game yang dikongsi dengan rakan lain yang selepas tu beli juga satu set seorang.

Nak beli satu tape game ni dulu bukan main mahal, kalau takde RM90 dan keatas, jangan mimpi aa nak main game baru tapi sekarang RM5 dan boleh dapat tape 1000 games in 1.

Plan ku untuk game ni??
Terus simpan buat kenangan. Memandangkan ku dah larat nak layan main 2D games lagi sekarang tambah pula memang ku takkan guna lagi konsol ni walau ia masih boleh beroperasi tapi ia takkan dijual. Ku pun skang dah macam menyesal sikit dah terjual Sony PSone yang ku sangat sayang dulu. Jual pun bagi harga timbang kati je. Skang ni, Sony PSP menjadi peneman walau kadang wife macam hangin sebab ku banyak habiskan masa dengan PSP. Itu kira ok aa sebab ku masih eyeing nak beli satu set Sony PS3 dari tahun lepas lagi. Nak kena tunggu masa sesuai je ni...





Read More! and Comments

Monday, February 21

Respect to Azizulhasni, True Champion, True Legend [In Making...]

PETALING JAYA: Track cyclist Azizulhasni Awang paid a heavy price for the successful defence of the World Cup overall title in keirin in Manchester as he now has to forgo participation in the upcoming World Championships in Apeldoorn from March 23-27.

Team manager Dauk Naim Mohamad said after discussion with coach John Beasley, it was better for Azizul to skip the world meet in Holland as a precautionary measure after his left calf muscle was pierced by a nine-inch long splinter in the keirin final in the last leg of the World Cup in Manchester on Saturday.

Azizul, who still managed to cross the finish line to win a bronze medal before collapsing, underwent an operation to remove the splinter at the Manchester Royal Infirmary yesterday afternoon.

Surat Khabar Bintang Atas Talian


Sumber Gamber Pegun

--> Owwchh.. nasty...!!


Sumber Gambar Gerak

Tak banyak yang ku nak perkatakan cuma kalau kebanyakan atlit kita punya "force" macam ni, dah lama sukan kita maju dan setanding dengan ahli sukan benua lain.

"He'll miss next month World Championships, but nevermine, world is in his hand in next few years.."

Semoga Azizulhasni cepat sembuh dan "you make us proud..."

May The Force Be With You...

Out

Read More! and Comments