Pages

Thursday, April 28

Gemuk? Takdelah, Saya Kiut...!!

Pasti ramai yang sedia maklum tentang isu nasi lemak yang ditimbulkan beberapa minggu lepas. Sebelum sebelum ini pun, ada juga isu nasi lemak yang timbul, tapi ianya tidaklah menjadi bualan hangat kerana ia hanyalah "nasi lemak lima puluh sen."

Ramai yang menjadi sedikit sasau dan ketidak keruan bila mendengar usul pelarangan jualan nasi lemak di kantin sekolah dan ia terbawa bawa kepada pelarangan penjualan jenis makanan lain yang dikatakan menjadi penyebab obesiti kepada pelajar. Ada lima belas semuanya.

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.

-Sumber Berita Harian

Dari pemikiran singkat ku ini, punca utama obesiti bukanlah datangnya dari sekolah, tetapi ianya datang dari rumah. Juga jika kita lihat, gejala keruntuhan akhlak, rempit, throw baby into dustbin dan macam-macam lagi yang kita boleh baca dengan seronoknya dalam tabloit metro boleh kita kaitkan penyebabnya datang dari rumah.

Ni ku nak ce crita.. ce crita.. ni..!!

Semalam, ku bawa Amir pergi ke bank dalam jam 650pm. Balik dari bank, ku terpaksa lalu jalan dibelakang sekolah menengah [sekolah lama ku..] Apa yang dapat ku perhati, terdapat banyak gerai/kiosk bergerak yang dibuka dikawasan jalan belakang sekolah yang berhadapan dengan blok komersial yang menempatkan bank yang ku pergi tadi.

Satu dari gerai/kiosk yang menarik perhatian ku adalah dijaga oleh 2 orang pemuda yang gerai/kiosk terletak betul betul bersebelahan pintu belakang keluar masuk sekolah. Hanya berbekalkan 2 meja lipat, mereka dilihat selamba je menjual pelbagai jenis kuih, nuget cucuk macam satay dan juga burger siap bungkus.

Lain-lain gerai/kiosk adalah, ayam madu, nasi lemak kukus, ice blended yang dijual atas lori kecil jenama daihatsu, char kuey tiau, jambu madu dan pelbagai lagi yang ku suspect boleh pengsan orang-orang kementerian kalau tengok. Hujung komersial blok menghadap pintu belakang sekolah pula ada sebuah kedai makan mamak. Situ lagi ku rasakan lubuk segala lemak dan kolestrol yang ku tak nafi, ku juga tidak dapat menahan diri untuk menyumbatkan sekeping roti kosong berkuah kari ikan bersama segelas besar teh panas.

100 meter dari sekolah pula, boleh dilihat kedai makanan segera McDonald, Kentucky Fried Chiken dan Rasamas..!!

Ku juga hanya tersenyum melihat gelagat seorang pelajar dalam satu klik budak-budak yang melintas jalan dihadapan ku sambil melambai-lambai wang kertas hijau kepada rakannya yang di seberang jalan.

Rasional memperkenalkan usul ini mungkin ada baiknya, untuk mengawal pemakanan pelajar agar mereka mendapat zat makan yang terbaik dari kantin tetapi bagaimana jika mereka diluar sekolah? Bukankah sepatutnya dikawal pemakanan mereka secara menyeluruh? Inilah yang ku katakan awal tadi, rumah memainkan peranan penting dalam membentuk pelajar. Baik dari akhlak, pemakanan serta lain-lain.

Saranan serta kempen kesedaran perlu diterapkan pada masyarakat khusunya ibu bapa. Mungkin disekolah, pelajar selalu diingatkan tetapi tidak dirumah.

Benda ni macam buaya. Buaya tak makan orang. Tapi bila dia dah rasa sedap daging orang, dia ketagih.