Pages

Monday, December 30

Mengapa Sekadar Membantah Kerana Perhimpunan Haram Sahaja??

Memetik kenyataan pembantah perhimpunan awam ambang tahun baru:

Pembatah A: "Perhimpunan ini buat kita susah nak keluar rumah"
Pembantah B: "Kita tidak mahu ambang tahun baru ini menjadi ambang kejatuhan Malaysia"

Ku: Dafuq.. apa kedangkalan ini??

Apakah ini??

Mengapa mesti ada 1,300 laporan polis hanya kerana ada desas desus peganjuran perhimpunan guling kerajaan pada malam tahun baru nanti?

Mereka mereka berfikiran tidak meluas dan panjang?

Bukankan sejak 56 tahun sejak merdeka dahulu memang telah ada perhimpunan ambang tahun baru?

Tidak sedarkah mereka yang sejak 56 tahun lalu, setiap kali malam ambang tahun baru kita akan sukar untuk keluar rumah kerana kesesakan?

Tidak sedarkah mereka yang sejak 56 tahun lalu, setiap kali malam ambang tahun baru kita sebenarnya memang kita mencipta kehancuran kita sendiri?

Dafuq.. apa kemerepekan ku ini?

Mengapa tiada seorang pun membuat laporan polis membantah perhimpunan beramai-ramai tahun baru yang mencetus dan menjurus pada kesan negatif setiap tahun?

Mengapa tiada seorang pun yang tampil berusaha untuk memaksa kerajaan membatalkan segala sambutan tahun baru setiap tahun?

Mengapa dengan desas desus sahaja mereka sudah melompat?

Tidak tahukah mereka, macam-macam boleh berlaku pada malam perhimpunan ambang tahun baru??

Tidak perasankan mereka, perhimpunan halal mampu menjadi haram dengan sendiri apabila manusia sudah berkumpul secara berkumpulan?

Tidak tahukah mereka atau mereka buat-buat tak tahu yang kesan perhimpunan ambang tahun baru hanya membuatkan anak muda kita lemah dan semakin lemah?

Tidak perasankah mereka, mabuk, pergaulan bebas, seks bebas dan mungkin juga rela pecah dara berlaku pada perhimpunan ambang tahun baru?

Tidak sedarkah mereka, remaja kita sebenarnya yang perlu diselamatkan?

Anda kata remaja bakal pemimpin masa depan dan jika remaja kita tidak diselamatkan dari sekarang, bagaimana Malaysia akan datang??

ah!! Benci pula ku nak memikirkannya..

kthxbai

Read More! and Comments

Sunday, December 29

Menyambut 2014 Tahun Cabaran

Sejak kebelakangan ini, atau lebih tepat, sejak kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya ke tiga belas, kejutan demi kejutan telah berlaku dalam Malaysia. Tidak kiralah ianya datang dari barisan kepimpinan negara mahupun datang dari kepimpinan parti yang tidak berjaya merebut tempat di pilihanraya.

Bukan itu sahaja, telah berlaku banyak kekeliruan dalam fikiran pengikut pengikut atau lebih sesuai ku katakan pengamal politik sekarang ini.

'tak suka keluar'

Ini adalah terma lama yang baru diguna pakai secara komersil sejak kebelakangan ini. terma diatas sebenarnya telah lama digunakan didalam sebuah forum yang ku telah ikut sejak berbelas tahun dulu.

Terma ini amatlah tidak sesuai digunakan pengamal politik sebagai provokasi kepada pihak lain yang tidak setuju dengan idea mahupun usul yang telah dicadang dan bakal direncanakan oleh pihak pentadbir yang mereka ikut. Ku kira ia adalah kenyataan yang dangkal, bengap serta bodoh piang.

Tahun 2014 pastinya akan menghadirkan cabaran yang sangat berat. Cabaran pastinya bakal dirasai oleh golongan pertengahan dan bawah yang tinggal dibandar.

Setelah kenaikan RM0.20 RON95, gula dan pengenalan cukai GST yang bakal diaplikasikan pada tahun 2015 yang mendapat tentangan hebat dari rakyat, kita telah di kejutkan dengan pengumuman kenaikan harga yang tidak dijangka.

Paling terbaru adalah pengumuman kenaikan pembayaran tol atas semua konsesi kecuali kosesi yang ada kena mengena dengan PLUS. Terdapat desas desus tentang harga baru tol tetapi lebih baik jika pengumuman akhir diberitahu. Ku boleh katakan, jika benar bayaran tol akan dikenakan terhadap penunggang motorsikal seperti yang diusulkan keperingkat kementerian, ku amat yakin kepimpinan hari ini bakal dilupakan untuk selama-lamanya

Selamat tahun baru kepada semua dah ku harap anda semua tabah menghadapi cabaran tahun baru..

Sekian

Read More! and Comments

Tahun Baru Lagi

Tahun baru bakal tiba lagi. Tinggal beberapa hari lagi atau lebih tepat, 2 hari lagi perkiraan dari hari ku menulis pos ini.

Setiap kali tiba tahun baru pastinya ramai yang akan bercerita tentang azam. Ku juga mempunyai azam yang ianya tersendiri dah tidak pernah berubah azam ku sejak dari dahulu.

Tidak perlu bercerita tentang azam ku kerana pastinya ianya amat kurang menarik. Lebih baik jika ku menulis berkenaan apa yang . Harapnya apa yang keluar dari kotak fikiran ku nanti menepati subjek yang telah dipilih.

Tahun 2013 semestinya tahun yang mencabar untuk ku. Pastinya rakan rakan pembaca sekelian juga merasainya seperti ku.

Perubahan career pada saat 'vital' adalah perkara paling hebat mampu ku capai pada tahun 2013. Vital yang ku maksudkan adalah jika tidak berubah, ku bakal menjalani kehidupan yang sukar untuk beberapa tahun lagi. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa dan permintaan hambanya. Ku juga mendoakan agar wife ku bakal memperoleh pekerjaan yang baru pada 2014 nanti.

Banyak lagi yang ingin ku  tuliskan tetapi ku menghadapi masalah untuk menyusun isi tulisan kerana tumpuan ku diganggu Chef Wan yang sedang beraksi dalam rancangan masakan di televisyen.

Tonton Chef Wan dulu, lepas ni ku sambung lagi..

Read More! and Comments

Tuesday, September 24

Candy Crush Bukan Untuk Melepaskan Tekanan



Pada awal permainan, 1 jam and boleh melepasi sehingga 30 peringkat dengan syarat rakan anda memberikan respon yang pantas untuk tiket.

Apabila mencecah ke peringkat 100, keadaan anda masih ok walaupun tanda tanda awal kekecewaan timbul oleh kerana halangan permainan yang semakin mencabar.

Apabila mencecah peringkat 200, mimik kekecewaan akan terhasil kerana "candy bom" dan "kilang coklat" yang hanya menyusah/melambatkan anda memenuhi objektif dan seterusnya mara ke peringkat seterusnya.

Apabila mencecah peringkat 300 dan keatas, saya seperti rasa permainan ini tidak sesuai untuk ku melepaskan tekanan.

Makin lama makin susah..!! Makin lama makin susah..!!


Read More! and Comments

Tuesday, August 27

Ini Kilang Apple Ni..

Jumaat lepas, ku telah kehilangan sepasang jaket hitam yang memang selalunya ditinggalkan diatas motor di parkir bawah bangunan Bangsar South. Misteri serta motif kehilangan tidak dapat dipastikan. Ini kerana kondisi jaket yang sudah lama, tiada jenama dan tidak berzip (zip sudah rosak) masih mampu menambat hari orang yang mengambilnya.

Tidak mengapa, ku redha. Jaket pun didapati secara percuma dan ia hanya digunakan ketika menuggang motorsikal sahaja.

Semalam, seperti selalu, ku akan bermotorsikal untuk ke pejabat. Tanpa fikir, ku sambar satu jaket dari bilik adik lelaki ku yang ku rasa dia pun tidak menggunakannya lagi. Oleh kerana, tidak mahu pisang berbuah dua kali, jaket yang ku pakai kali ini dibawa naik masuk ke pejabat.

Ketika perjalanan balik petang semalam, ku singgah di sebuah stesen minyak yang terletak di Kerinchi. Ketika sampai, pekerja lelaki melayu stesen minyak itu mengarahkan ku pergi ke pam 12. Ku matikan enjin, tongkat dan terus ke kaunter bayaran untuk belian petrol.

Selepas membuat pembayar, terus ku menuju ke pam 12 tempat ku letakkan motor tadi. ketika muncung pam dimasukkan kedalam mulut tangki minyak, pekerja lelaki tadi datang seraya bertanya,

"Abang kerja di CSL ke??". Pertanyaan itu merujuk pada jaket yang ku pakai yang jelas terpampang logo tulisan CSL berserta dengan maksud, Commitment Service Loyatly.

Ku yang dari tadi khusyuk melihat nombor berlari dipaparan pam minyak agak tersentak.

"Takdelah, ini baju orang bagi", jawab ku ikhlas tak ikhlas.

Muncung pengepam diletakkan ditempatnya, tangki minyak ditutup dan ku sudah sedia untuk naik ke atas motor.

"Bang.. CSL ini kilang Apple ni", seperti masih ada sesuatu terbuku dalam hati.

"Huh.. Iya ke..", nada ku seperti bertanya.

"Iya bang.. CSL ni kilang buat Apple", dan dalam masa sama ku sudah menghidupkan enjin..

Oleh kerana enjin dan ekzos motor Yamaha 125z ku akan kuat ditambah beberapa motor lagi meraung-raung dikeliling kami, ku tak dapat mendengar dengan jelas apa butiran lanjut yang pekerja lelaki tadi katakan. Sebelum beredar ku hanya mengangkat tangan dan memberi senyuman sambil dibalas sama.

Rentetan pengajaran yang ku peroleh dari peristiwa tersebut, janganlah kita pandang rendah seseorang kerana orang itu pekerjaannya bertaraf rendah. Berkemungkinan, mereka adalah seorang yang terpelajar cuma nasib mereka kurang berbanding mereka yang memperoleh pekerjaan bertaraf tinggi.

Read More! and Comments

Monday, August 19

Kalau Gua Lah..

Pelakon lelaki tu..


Kalau dah Marsha Milan Londoh seksi macam itu, memang gua kasi henjut betul-betul..

Sekian

** image taken from google.com

Read More! and Comments

Wednesday, August 14

Agak lama juga ku tidak tidak mengemaskini entri dalam blog ini. Kesibukan di tempat kerja baru dan kurangnya idea menulis di rumah menjadi penyebab utama permasaalahan ini.

Ramadhan sudah berlalu, Syawal juga sudah masuk satu minggu, masa agak pantas berlalu.

Jika masih tidak terlewat, daku mohon maaf jika selama ini tulisan ku menyentuh perasaan sesiapa yang membaca. Kepada yang sudi menjengah blog tulisan ku ini, terima kasih.

In Shaa Allah, ku akan cuba cari subjek yang sesuai untuk entri akan datang. Boring aa kalau nak tulis tentang Syiah, tentang kecoh satu Malaysia sebab beraya dengan anjing atau pun gempar semua orang melompat bila penganut agama buddha menggunakan surau untuk dijadikan tempat ibadah untuk mereka. Tak payah nak touching, semua tu salah kita sendiri..

Selamat Menyambut Syawal, ombak rumah terbuka masih belum sampai jadi sebelum terlewat, makan tu, beragak-agaklah..

kthxbai

Read More! and Comments

Sunday, June 23

Azroy The Dashingmen Luas Pengaruh [Versi Online]




Biarpun meminati genre yang berlainan, kerjasama antara Roy (kiri), Aan dan rakan lain dalam memperjuangkan industri muzik tempatan tidak seharusnya diperkecilkan kerana mereka nyata berbakat.


SETELAH kumpulan The Rocketts dibubarkan akhir tahun 2010, Mohd. Royzilee Mustaffa atau lebih dikenali sebagai Roy memutuskan untuk menerokai laluan baharu muzik Rock dan Roll.
Dengan tertubuhnya Azroy The Dashing Men (ATDM), dia bersama beberapa pemuzik lain mula mengumpul pengalaman sedia ada untuk dipertaruhkan dalam kumpulan baru itu.

Roy memasukkan kesemua pengetahuan dan kebolehan beliau untuk memaksimumkan genre muzik alternatif yang dibawanya sebelum ini ke peringkat yang lebih jauh.
Ketika dia menganggotai The Rocketts, kumpulan tersebut berjaya menembusi pasaran bawah tanah di Britain, Indonesia dan Malaysia.

Memandangkan kumpulan ini masih baharu, maka dia tidak kisah jika bermula dari bawah semula tetapi memandangkan dia sudah mempunyai pengaruh dan peminat tersendiri, maka proses perjalanan kumpulan itu lebih mudah jika dibandingkan dengan kumpulan lain.

Bagi yang masih tidak mengenali kumpulan ini, Azroy The Dashing Men sebenarnya ditubuhkan pada pertengahan 2012 dengan mendapat sentuhan daripada bekas anggota gabungan dari The Rocketts, Dazeychains dan The Goggle.

Keputusan untuk bersama itu dilihat peminat sebagai sebuah projek yang berjaya malah setiap karya lagu mereka lebih berbisa dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Pada mulanya, setiap kali mereka berkumpul, idea mereka agak tersekat memandangkan pengaruh genre dan gaya muzik kumpulan lama masih menghantui mereka.

Bagaimanapun, setelah beberapa bulan bersama, barulah mereka serasi dan penjelmaan tersebut bagaikan kelahiran semula, lebih-lebih lagi selepas mendapat sentuhan muzik yang dicari mereka untuk dinyanyikan dalam bahasa ibunda dan bahasa Inggeris.

Melihatkan himpunan lagu mereka semakin meningkat, experimentasi mereka akhirnya berhasil dengan melodi tersendiri yang memiliki campuran unsur alternatif serta punk dan rock and roll yang mudah disesuaikan dengan halwa telinga pendengar tempatan.

Campuran kebolehan unik daripada individu berbakat iaitu Aan, Roy, Rizal dan Zakri berjaya menghasilkan sebuah cita rasa muzik berdasarkan pengaruh The Beatles, The Boys Beach, KISS, Led Zeppelin, The Ramones, Polis, Guns & Roses, Metallica, Foo Fighters, Weezer, Green Day, MUSE, Radiohead, Sound Garden dan beberapa kumpulan J-Rock.

Buat peminat indie, dengar sendiri lagu mereka di laman web www.facebook.com/ pages/Azroy-The-DashingMen-Band, www. twitter.com/ATD_band, www.reverbnation. com/azroythedashingmen, www.facebook. com/pages/azroythedashingmen dan www. myspace.com/595584501. - SYAHRIL


SOS: ATD Luas Pengaruh




Read More! and Comments

Azroy The Dashingmen Luas Pengaruh [Versi Offline]







Read More! and Comments

Monday, June 3

Malu Juga Rasanya

Ku bukanlah seorang tegar yang menggunakan perkhidmatan LRT untuk ke tempat kerja setiap hari. Hanya pada beberapa keadaaan sahaja yang akan membuatkan ku terpaksa menggunakannya. Ku lebih memilih menaiki motorsikal yang mengambil kurang masa perjalanan dari menggunakan LRT. Walaupun begitu, setiap kali menaiki LRT, pasti akan ada pengalaman baru yang akan ku timba tidak kira ia pengalaman baik mahupun yang sedikit hambar.

Apabila ramai penumpang berhimpit dalam satu koc, ia bermakna pelbagai perangai mahupun sifat yang dapat kita lihat. Yang bercakap kuat, yang suka berhimpit, yang bermain-main mata, yang bermain Candy Crush Saga, yang macam-macam, boleh kata semua boleh dilihat. Sebelum itu, ku ingin katakan, tulisan ini bukanlah bertujuan mahupun bersifat racist. Ia hanya tulisan yang ku buat berdasarkan dari apa yang ku lihat demi menjadi peringatan antara kita agar kita.

Koc Putra LRT yang membawa penumpang menuju ke Kelana Jaya kebiasaannya agak lengang walaupun ku menaikinya dari Stesen Masjid Jamek, stesen yang ku kelaskan sebagai paling sibuk dalam Kuala Lumpur. Oleh kerana keadaan dalam koc lengang, apa sahaja penumpang lain lakukan tidak kira yang sedang berdiri mahupun duduk dapat dilihat.

Ketika di satu bahagian dalam koc tadi, dimana berdekatan bahagian ku berdiri, terdapat 8 penumpang yang sedang duduk dikerusi yang disusun secara bertentangan. Dari raut wajah, 3 daripada 8 penumpang tadi adalah berusia lewat 40an manakala 5 lagi berkemungkinan adalah berusia muda dan mungkin ada yang lebih muda dari ku. Salah seorang yang duduk dibahagian kerusi tadi adalah seorang gadis muda yang berbangsa Cina yang ku labelkan sebagai gadis A dan 7 lagi adalah berbangsa Melayu.

Ketika LRT berhenti di satu stesen, masuk satu pasangan bangsa cina yang lanjut usia dimana yang lelakinya adalah seorang warga emas yang kurang upaya (buta). Yang perempuan (barangkali atau yakin isterinya) memimpin suaminya yang buta masuk kedalam koc dan terus menghala ke tiang tengah koc untuk berpaut demi melawan sesaran yang bakal terhasil bila LRT mula bergerak.

Atas dasar perikemanusiaan, gadis A terus bangun dan memberikan tempat duduknya kepada pasangan tadi. Agak membanggakan, gadis A telah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan penuh ikhlas dan kelihatan suami buta tadi agak terhuyung-hayang menuju ke kerusi takkala LRT mula bergerak.

Apa yang agak memilukan hati ku bilamana, 3 lagi penumpang muda yang duduk sebaris tempat duduk tempat gadis A serahkan pada warga emas tadi hanya melihat tanpa mengambil apa apa tindakan.

Hairan, mereka seperti tidak memperdulikan keadaan seorang lagi warga emas perempuan yang terpaksa berdiri terhoyong-hayang walaupun pada ketika itu, warga emas tersebut berdiri betul-betul dihadapan tempat mereka duduk.

Persoalan yang berlegar difikiran ku ketika itu;

1. Adakah dengan seorang memberi tempat duduk kepada warga emas kurang upaya mereka rasa sudah cukup walau pengiringnya juga adalah seorang warga emas yang kelihatan sihat??
2. Adakah kerana 2 orang warga emas tadi adalah berbangsa cina dan mereka tidak dipedulikan oleh penumpang lain kerana meraka berlainan bangsa??
3. Apa yang berlaku kepada warga emas perempuan berdiri terhoyong-hayang tadi jika LRT terpaksa berhenti mengejut??

Dan ketika itu, sebagai seorang melayu, ku malu dengan situasi tersebut.

LRT menghampiri stesen tujuan ku. Gadis A tadi sempat memberikan senyuman manis kepada ku sebelum ku turun, barangkali dia perasan tindakannya tadi diperhatikan.

Jika mahu orang lain menghormati kita, kita perlu tunjukkan sikap hormat kepada orang lain terlebih dahulu.

Sekian

Read More! and Comments

Friday, May 31

Azroy The Dashingmen Di Pentas Festival Belia Negara 2013



Buat julung-julung kalinya selepas 7 tahun, ku dapat menikmati cuti hujung minggu yang konsisten dan paling nikmatnya, cuti umum yang bersambung dengan cuti hujung minggu menjadikan cuti ku agak panjang dari biasa. Seriously, bila tiba hari isnin berikutnya, rasa kemalasan amat menebal dalam hati dan fikiran. Sekarang, ku agak faham bagaimana rasa menghadapi sindrom monday blues.

Pada May 24, 2013 bersempena cuti hari Wesak, Band Azroy The Dashingmen telah mendapat jemputan untuk beraksi dipentas .com (Citra Orang Muda). Ia dianjurkan oleh kumpulan Utusan dan acara music 3 hari telah dijayakan oleh hampir 70 band / artis tidak kira yang popular mahupun yang langsung tidak dikenali seperti band Azroy The Dashingmen.

Ia adalah satu pengalaman yang memenatkan. Masa berada dipentas persembahan hanya mengambil masa selama 10-15 minit sahaja manakala masa persiapan (latihan, perbincangan sambil ngeteh, sound check dan process menunggu) mengambil masa berjam-jam. Walau bagaimanapun, ada rasa keseronokan dan sedikit kepuasan.

Azroy The Dashingmen hanya diberi kebenaran memainkan hanya dua lagu walaupun pada asal jemputan, kami diberikan masa untuk bermain 3 buah lagi. Dua lagu yang dipilih pada saat 30 minit sebelum menaiki pentas adalah Sesuatu dan Porak Peranda. Azroy The Dashingmen ada membuat lathan untuk satu lagi lagu, Waited For You, tapi tidak mengapa, mungkin ia untuk acara yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Azroy The Dashingmen, sila layari URL seperti dibawah.





Read More! and Comments

Monday, May 6

Keputusan Muktamad Dan Harap Diterima Dengan Tenang


Keputusan pilihanraya umum ke-13 sudah muktamad, keputusan sudah diketahui dan kita semua boleh sambung kerja yang tertangguh sebelum pilihanraya.

Pastinya akan ada raut wajah kepuasan dan raut wajah kekecewaan terpahat pada wajah individu yang benar-benar mengikuti perkembangan pilihanraya. Pagi ini, dikala ku menulis posting ini, pasti ramai, tidak kira dipejabat, bersarapan dikedai-kedai mamak atau diruangan siber, berbicara tentang keputusan mahupun kontroversi yang berlaku pada hari mengundi yang berlangsung semalam, May 05, 2013. Ku berani bertaruh sepinggan nasi ayam, pasti tiada langsung yang akan bercerita tentang kemenangan Chelsea terhadap Manchester United dalam kejuaraan liga Inggeris yang mana keputusan kemenangan itu bakal membuatkan 'Interim Manager' Chelsea berasa lebih lagak dari sebelumnya pagi ini.

Membaca 'News Feed' akaun Facebook ku malam semalam dan sedikit untuk pagi ini, hampir 80% posting yang dibuat rakan-rakan adalah berkaitan dengan pilihanraya. Terlalu banyak maklumat yang boleh diperolehi disitu. Ada yang sempat bergambar ala-ala 'gathering' dengan rakan lama, ada rakan ku yang menghantar gambar jari telunjuk yang berwarna seakan lebam tersepit pintu bilik air dan ada yang lebih banyak berkongsi maklumat-maklumat benar serta barangkali palsu untuk dibaca oleh rakan-rakan mereka. Semua itu hak mereka dalam menggunakan media sosial yang tiada batasan.

Paling tidak masuk akal bilamana ku membaca tentang 'Sup Telinga' pilihanraya. Ramai yang mahukan ia menjadi kenyataan walaupun ku pasti ia tidak akan dizahirkan. Pada firasat fikiran ku, hairan, ada juga pemimpin kita yang akalnya pendek, sependek akal budak-budak sekolah. Jika tidak cerdik pun, janganlah membuat cabaran yang akhirnya menyerlahkan ketidak cerdikkan dan seterusnya memakan diri sendiri. Barangkali, itu mungkin menjadi penyebab beliau kalah bertanding kali ini.

Terdapat juga kenyataan yang mengatakan pihak Suruhanjaya Pilihanraya tidak berlaku adil. Ramai yang mengatakan terdapat karung peti tambahan dihantar lewat, Blackout dan juga kiraan semula yang tidak adil. Ku perlu ulas tentang ini kerana terlalu banyak versi tuduhan dan jalan cerita sehingga tuduhan yang tersebut kelihatan seperti direka-reka. Seperti yang ku telah katakan, ku akan berikan kepercayaan kepada pihak berwajib untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Ku juga percaya, mereka melakukannya dengan adil dan saksama.

Terima kasih kepada petugas pilihanraya yang bertungkus-lumus bekerja dari awal pagi hingga lewat malam demi kelancaran proses hari pengundian.

Perkara yang paling melucukan adalah bilamana ada berita mengatakan sekumpulan warga Bangladesh ditahan dan dihalau konon ceritanya mereka ini adalah sebahagian dari pengundi berdaftar. Tiada siapa yang dapat membuktikan kenyataan tersebut sehingga kini. Mohon jika ada, bagitau ku. Mereka kata ada video, tapi ku tidak boleh menontonnya ketika ini. Jika ia benar berlaku, ia adalah sesuatu yang sangat patut ditegah. Tetapi bagaimana jika sekumpulan warga Bangladesh itu hanya berniat untuk keluar bersiar-siar hujung minggu? Kita sedia maklum, mereka memang menjadikan KLCC sebagai 'Port' sosial hujung minggu mereka. Dan mungkin ada logiknya jika mereka beramai-ramai berjalan menuju ke arah pusat mengundi kerana disana, didepan sekolah, adalah tempat hentian mereka menunggu bas.

Apa pun mulai hari ini, keputusan kiraan sudah selesai. Jika ada rasa tidak kepuasan hati, itu adalah normal. Mana mana pertandingan pun pasti berlaku begitu. Jika punya bukti untuk dijadikan kes, harap bangkitkan sekarang. Tidak perlu panjangkan cerita sampai pembaca nanti meluat.

Diharapkan juga, calon yang tidak berjaya tidak putus asa, kerja kuat lagi, buktikan yang anda berwibawa dan layak untuk menang bertanding pada pilihanraya yang akan datang dan pada calon yang telah menang, anda memegang tanggungjawab besar kepada rakyat. Jalankan tanggungjawab anda dengan bersih, saksama dan ikhlas.

Sekian.

Read More! and Comments

Friday, May 3

Jom Kita Mengundi.. Jom Kita Mengundi..


Warga kota dan bandar terutamanya Kuala Lumpur telah mula meninggalkan kota dan bandar memandangkan tinggal beberapa hari lagi (2 hari kiraan bundaran paling tepat) akan berlangsungnya pilihanraya umum Malaysia yang ke-13. Pastinya yang ditunggu adalah keputusan parti manakah yang bakal menerajui negara untuk tempoh lima tahun akan datang. Seperti sebelum sebelumnya, hanya dia parti atau kumpulan besar yang bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Barisan National terdiri dari percantuman 3 parti, UMNO, MCA dan MIC manakala Pakatan terdiri dari Pakatan Rakyat, PAS dan DAP. Pertembungan antara parti kali ini boleh dikatakan agak sengit memandangkan kekuatan antara 2 kumpulan parti yang disebut diatas agak hampir sama. Tidak dilupakan juga calon dari parti bebas yang bakal memecah undi dibeberapa kawasan yang mereka daftar bertanding.

Terlalu banyak kontroversi yang ditimbulkan dari pihak yang bertanding. Tidak kira dari pihak kerajaan sekarang mahupun dari pihak pembangkang. Bukan hanya di Facebook malahan di blog, di forum-forum, pelbagai cerita yang kadangkala tidak logic atau luar dari persekitaran pemikiran manusia dapat diperoleh.

Fungsi 'sharing' yang terdapat dalam laman sosial Facebook banyak memainkan peranan dalam penyebaran cerita kontroversi. Paling baru sudah pastinya berkenaan penggunaan dakwat yang bakal dicalit ke jari setiap pengundi demi memastikan tiada pengundi berulang akan berlaku. Ia juga telah jauh tersebar ke media cetak dan elektronik dan pastinya, bakal pengundi sudah maklum tentang itu.

Diharapkan juga agar penyokong mana mana parti yang bertanding tidak membuat huru-hara pada hari pengiraan kertas undi. Pihak yang berwajib sudah cuba sedaya upaya untuk memenuhi segala keperluan yang telah diminta. Juga tiada gangguan yang akan dicetuskan dengan niat yang tidak baik. In Shaa Allah, pihak berwajib akan melakukan kerja mereka dengan adil dan saksama.

Bagi pengundi,

diharapkan mereka, sudah tentu melihat pemilihan bakal pemimpin dilakukan dengan pertimbangan yang paling tinggi. 5 tahun bukanlah masa yang sekejap, jika pemimpin yang dipilih adalah dalam golongan yang kurang berkelayakkan, pengundi sendiri yang akan merasa nikmatnya.

Pertimbangan yang ku maksudkan, biarlah ianya ditimbang-tara dengan adil, bukan kerana mereka datang dari mana mana parti tetapi lebih kepada pertimbangan terhadap individu bertanding itu sendiri. Mengundilah dengan yakin dan tidak mengikut emosi. Pilihlah orang yang mampu memimpin kawasan anda agar kawasan anda dapat ditambah baik, maju dan selamat. Ku katakan kawasan kerana proses membuang undi ini melibatkan pemilihan wakil kawasan kita.

Lupakan dahulu tentang siapa yang akan menjadi menteri mahupun perdana menteri, kerana kertas undi kita tidak mampu untuk sampai hingga ke pemilihan undi untuk siapa yang akan naik menjadi perdana menteri.

Jika sekalipun yang menang dikawasan anda nanti adalah datangnya dari seorang calon parti bebas, tetapi beliau mampu menyelesaikan masalah kawasan, membantu penduduk setempat dan bersedia mendengar keluhan penduduk.. Itu adalah yang sebaiknya. Secara automatisnya, kita telah memilih calon pemimpin negara yang berwibawa.

Sekian.

Read More! and Comments

Tuesday, April 16

Di Satu Petang Yang Tidak Hujan


Salam sejahtera,

Minggu ini pastinya minggu yang agak sibuk yang bukan akan tetapi memang pasti aku lalui. Seperti yang ramai rakan yang mengetahui, ku sudah berpindah ke tempat kerja baharu.

Dan ini pasti, Suasana pastinya baru, rakan juga baru walau ada rakan lama yang berada dibangunan berdekatan, Masa kerja juga berubah dan yang pastinya, cara kerja juga jauh berubah. Cara kerja memang amat-amat berlainan berbanding cara kerja ditempat lama. Tidak perlu ku perincikan tentang ini, kerana ia akan membuatkan menaip lebih panjang dari yang sepatutnya.

Takkala ku mula menaip ini, jam tinggal 30 minit menghampiri enam petang, enam petang tepat adalah masa untuk balik. Jika dalam bahasa pasarnya, masa untuk cabut. Disini, tidak perlu stay back melainkan jika benar-benar-benar-benar perlu. Maknanya, kerja yang dibuat boleh disambung keesokkannya bergantung pada tahap kesegeraannya.

Semalam adalah pengalaman hari pertama ditempat baru. Tidak banyak sumbangan yang dapat ku beri memandangkan segala carta aliran kerja dan semua perkara tentang kerja secara amnya masih belum ku pelajari. Walaupun begitu, mesyuarat bersama pengurus tetap perlu ku hadiri dengan fikiran yang kosong.

Hari ini, setelah dua hari disini, ku telah menerima empat tugasan. Empat tugasan yang ku kira agak mudah untuk diselesaikan jika tidak perlu melalui pelbagai saluran untuk dilaksanakan. Itu tidak mengapa, ku menerima tunjuk ajar yang baik dari senior disini dan perlahan-lahan menyerap segala tugasan dengan baik.

Esok, hari ketiga, ku perlu menghadiri mesyuarat dengan para pengarah. Nasib baik selepas dimaklumkan, ku tidak perlu membuat perbentangan dalam mesyuarat tersebut walaupun nama ku naik dalam agenda sebagai salah seorang yang menaikkan isu yang perlu dibincangkan pada hari tersebut.

Jadi, sudah lima belas minit masa terluang untuk tulisan ini. Mungkin pada hari-hari mendatang, ku tiada lagi tetingkap masa seperti ini. Mampu menaip dan memikir perkataan apa yang hendak diturunkan.

In shaa Allah, jika ada kelapangan, akan ku tulis lagi. Untuk masa ini, sepuluh minit lagi, emosi ku lebih terarah untuk balik..!!



Read More! and Comments

Tuesday, April 9



Takkala ini, hampir kebanyakkan orang, terutamanya, sebilangan rakan ku yang sibuk memperkatakan tentang perubahan pemerintahan. Perkara yang dikongikan samada benar atau salah, fakta atau fitnah, bercampur-baur. Biarkanlah mereka, itu hak mereka bersuara walaupun kadang-kadang ia sedikit menjengkelkan bila penuh "newsfeed" akaun Facebook ku dengan cerita-cerita tersebut.

Sebelum negara menikmati angin perubahan pemerintahan [jika berlaku], perubahan angin yang paling besar akan berlaku kepada ku..!!

Ku memang percaya, setiap orang akan ada bahagiannya. Samada ia cepat atau lambat. Rakan juga banyak memberi dorongan dan kadang-kala bantuan dan kata-kata demi untuk ku tidak patah semangat.

Jadi Isnin depan..

Bangsar South.. I come thereeeeeee...


Read More! and Comments

Tuesday, March 19

Akak Bagi Sepuluh Sepuluh Tadi


Sebuah kereta buatan Jepun telah tersedia diletakkan bersebelahan pam ketika kereta ku menyusur masuk ke dalam sebuah sebuah stesen minyak. Seperti rutin membeli petrol, ku perlu pergi ke kaunter untuk membuat bayaran terlebih dahulu. Perempuan yang ku rasakan pemilik kenderaan Jepun tadi telah selesai urusan di kaunter dan menuju kearah keretanya ketika ku baru menutup pintu kereta ku.

Seperti yang telah kerap ditunjukkan contoh didalam media elektronik, ku memulakan bahasa lembut dengan senyuman.

"Saya mahu minyak RM30 pam 5 yea kak", seru ku sopan.

Kakak penjaga kaunter menunjuk-nunjukkan jari ke paparan monitor sambil mengira-ngira wang baki.

"Ini bakinya yea dik", balas kakak penjaga kaunter.

Selesai berurusan dikaunter bayaran, ku terpandang perempuan pemilik kereta Jepun tadi melambai-lambaikan tangan ke arah kaunter. Seraya, seorang attendant keluar untuk memeriksakan keadaan.

"Saya bayar tadi RM40, kenapa minyak ni saya dapat RM20 je", ujar perempuan kereta Jepun kepada attendant stesen tadi sambil jari menunjuk-nunjuk kearah meter pam.

Dengan sedikit nada tinggi, perempuan kereta Jepun tadi meneruskan bicara seperti mengomel yang tidak dapat ku pastikan butirannya.

"Tapi kak, akan cuma beri RM20 sahaja pada kawan saya tadi", terang attendant tadi dengan berhemah. Sikap begini yang kita perlukan jika berkhidmat dalam industri perkhidmatan.

"Saya disebelah dia pun sendiri nampak tadi", sambung attendant tadi untuk menguatkan hujan.

"Mana boleh", riak perempuan kereta Jepun tadi seakan hampir marah tetapi dapat dikawal.

"Kan saya bagi tadi sepuluh sepuluh", ujar perempuan kereta Jepun dengan yakin.

Keadaan seperti terdiam. Barangkali attendant stesen minyak tadi sedikit terkejut. Perempuan kereta Jepun tadi sudah mula membuka pintu depan keretanya sambil mencari cari sesuatu. Barangkali mencari beg duit demi mengira semula baki wang yang ada.

Seraya perempuan kereta Jepun itu mengeluarkan kepala, attendant tadi membuka suara.

"Kak.. kakak bagi sepuluh sepuluh bukan ke jumlahnya RM20??", soal attendant tadi sambil tangan menggayakan isyarat 'peace' tanda dua.

Kakak kereta Jepun seperti terpana. Riak muka terkejut amat ketara kelihatan. Sambil tangan kanannya memegang dada,

"Eh!! yealah. Akak silaplah ni?", akui perempuan kereta Jepun.

"Dik, akak minta maaf yea.. maaf yea", ujar perempuan kereta Jepun beberapa kali sambil tangan menunjukkan 'high five' pada attendant tadi. Enjin kereta Jepun tadi dihidupkan dipandu berhati hati keluar dari stesen dan attendant tadi masuk semula ke dalam sambil tersenyum.

Ku yang sudah selesai mengepam minyak, masuk kedalam kereta. Isteri ku yang dari tadi perasan tingkahlaku ku di luar bertanya, "Dengar ke?".

"Dengar, jelas", ujar ku sambil tangan memusingkan kunci enjin.

"Pasal apa tadi?", tanya isteri ku untuk mendapatkan cerita.

Jika anda semua mahu tahu apa yang ku ceritakan pada isteri ku selepas itu, sila scroll ke atas dan mula membaca dari perenggan pertama.




Read More! and Comments

Tuesday, February 19

First Step Into Inner Space - Space Gambus Experiment

Jika bertanyakan pada segerombolan pihak pendengar mainstream, pernah dengar tentang Space Gambus Experiment?? Siapa kenal Space Gambus Experiment?? pasti ramai dikalangan gerombolan tersebut akan menyorokkan tangan mereka.

Seingat ku, mereka pernah keluar dalam rancangan Majalah 3, artikel tentang gambus. Tetapi ketika itu, exposure lebih diberikan pada Fauziah Gambul berbanding Space Gambus Experiment. Kepada yang masih belum mengenali tentang Space Gambus Experiment, anda boleh dapatkan maklumat tentang Space Gambus Experiment serta senarai lagu mereka seperti di pautan yang saya sediakan dibawah.


Ketika artikel ini ditulis, Space Gambus Experiment atau lebih dikenali sebagai SGE telah mengeluarkan rilisan terbaru pada hari ini bersamaan 15hb Februari 2013. Secara kebetulan, tarikh ketika ku mula menulis ini bersamaan dengan artikel 3 tahun terdahulu bila mana ku membuat posting pertama tentang SGE. Oh!! Harinya juga sama iaitu pada hari Jumaat. Tetapi artikel ini saya pos lewat sedikit.

Terjah disini untuk anda lihat kembali apa yang pernah saya tulis berkenaan mereka. Apabila saya diberi peluang untuk melakukannya untuk kali kedua, saya tidak menolak. Tiada ulasan teknikal yang akan diberi beri. Ku meletakkan diri ku ditempat pendengar agar ulasan dan pandangan pendengan ini akan menjadi lebih santai dan jujur.


Image ini ku peroleh dari blog Kamal Sabran dimana ia akan digunakan sebagai Cover Artwork untuk album terbaru. Album ini menggunakan tajuk First Step Into Inner Space sebagai pengenalannya namanya. Ia mengandungi 11 lagu yang agak panjang kesemuanya.

01 - The Earth is not My Home I'm Just Passing By
02 - At the Touch of Love Everyone Becomes Poet
03 - Follow Your Moonlight; Don't Hide The Madness
04 - Dalam Gelap Kenal Cahaya
05 - Living is Easy With Eyes Closed
06 - Inner Search Healing School
07 - What You Seek is Seeking You
08 - Ordinary Immortal Malay Boy Darkness is Your Candle
09 - The Light Traveller
10 - The Wound is The Place Where The Light Enters You
11 - One Day I Will Find The Right Words and They Will Be Simple

Gambus sudah pasti adalah instrument utama yang diketengahkan dalam setiap lagu. Agak lambat sedikit masa untuk ku hadam bunyian yang berbentuk seperti ini, kerana bunyiannya luar dari bunyian lagu yang kebiasaan yang kita dengar setiap hari tetapi ia berani. Melakukan sesuatu diluar kebiasaan memang kebiasaannya dilakukan oleh orang yang bukan biasa-biasa. Ia terbukti dengan album ini. Memang luar biasa.

Keseluruhan, album ini boleh dikategorikan sebagai album soundtrack walaupun ia tidak mewakili mana-mana produksi wayang gambar. Lagu-lagu yang terdapat didalam album ini memang sesuai jika ada mana-mana produksi filem gunakan sebagai musik latar untuk filem mereka kerana jika dinilai dari pendengaran ku, memang terdapat bunyi-bunyi suka, marah, cemas dalam lagu-lagu.

Ia juga diselang-seli dengan bacaan puisi dari penulis puisi jemputan. Puisi juga ada yang dibacakan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia dan barangkali Bahasa Sepanyol [saya agakkan sahaja]. Pengenalan untuk lagu pertama juga menggunakan suara perempuan yang bertutur dalam Bahasa Jepun. Kemasukan effect yang pelbagai juga dilakukan dengan bijak dan tidak keterlaluan. Dimana lagi kita nak dapat dengar instrument gambus dimainkan dengan effect delay dan time machine?? dalam album ini ada.

First Step Into Inner Space benar-benar mencuba membawa pendengar menyusuri bunyi-bunyi angkasa sesuai dengan tujuan Space Gambus tercipta dan boleh kata saya enjoy mendengarnya.   Song List  

Read More! and Comments

Tuesday, January 22

Oh!! Suami Ku

Post kali ini adalah kesinambungan pada post yang lepas yang bertajuk Oh!! isteri ku.

Kali ini, tajuk posting ku bertajuk, Oh!! Suami Ku.


Power2x!!

//Image diatas adalah viral dan diperoleh dari internet, tak tau nak kredit pada siap jadi siapa mahu, share sahaja..

Read More! and Comments

Friday, January 4

Nasi Lemak, Janda dan Hakikatnya


Nasi Lemak;

Bukan mudah untuk mencari nasi lemak yang benar-benar apabila memakannya akan menyentuh sanubari. Kerapnya, kita dapati nasi lemak yang dijual di pasaran, tidak kira dalam kedai mahupun di gerai-gerai sementara dipinggir jalan, rasanya tidaklah seperti yang sepatutnya berlemak. Maksud saya, nasi yang dijual tidak berlemak malah kadangkala seakan saya memakan nasi putih berlauk nasi lemak.

Nasi lemak dihidangkan dengan bermacam-macam lauk seperti telur, ayam, sotong, kerang dan lain-lain. Pilihan saya, nasi lemak lauk kerang.. yumm!! nom.. nom.. nom..

Pada masa sekarang, nasi lemak sudah tidak tertumpu untuk dimakan pada waktu pagi, sewaktu sarapan tetapi ia sekarang menjadi makanan versatile yang untuk makan tengahari, makan malam dan juga makan tengah malam. Oleh kerana itu, kita boleh dapati ia di jual oleh pelbagai penjual.

Janda;

Jika saya menonton drama atau filem melayu di pawagam atau televisyen, saya selalunya akan membuat kajian watak dan jalan cerita kerana memang begitulah saya selama ini. Saya lebih cenderung melihat dan memikirkan cerita dalam drama atau filem itu dari sudut lain. Saya juga dapati, banyak stereotype atau klise yang dipaparkan dalam kebanyakkan drama atau filem melayu kita.

Apabila sebuah cerita itu akan ada watak janda kampung, sang janda itu digambarkan seorang ratu yang amat cantik sehinggakan dia akan menjadi rebutan lelaki dalam kampung tempat janda itu tinggal. Tidak kira lelaki itu sudah beristeri beranak pinak atau pun yang lelaki yang masih teruna, semua berebut-rebut untuk mendapatkan sang janda.

Ada satu lagi yang, untuk menyara hidup, sang janda ini akan kerjanya menjual hasil air tangan untuk dijual. Apa yang menariknya, kebanyakan janda dalam filem atau drama akan menjadi pembekal nasi lemak samada dia akan menghantarkan nasi lemak bungkus ke gerai atau dia sendiri bekerja di gerai tersebut. Ada juga gambaran dalam drama dimana, sang janda ini akan bersolek serta berhias kebaya sekiranya dia sendiri adalah tuan kepada gerai atau kedai dengan tujuan untuk melariskan perniagaan nasi lemaknya. 

Hakikatnya;

Tiada satu pun gambaran dalam filem atau drama yang menyamai situasi sebenar. Tiada janda yang berhias kebaya, berdandan beriya-iya demi menarik pelanggan membeli nasi lemak. Malah janda yang merasakan dirinya cantik akan cenderung untuk melibatkan diri menjadi selebriti dengan matlamat, orang kaya atau dato' datang meminang.

Apa yang kita akan dapati adalah, hakikatnya, peniaga nasi lemak kebanyakkannya adalah dari golongan veteran, makcik-makcik yang sudah lanjut usia ataupun jika muda sekalipun, pekerja Indonesia yang diupah dengan bayaran yang tidak seberapa. Memburukkan lagi reputasinya bila nasi lemak banyak di jual dikedai mamak yang rata-rata pekerjanya datang dari belah negara lautan Hindi yang bau badan mereka menghampiri bau kari hangin. Tetapi pelanggan tidak kisah..

Nasi lemak, kalau nak sedap, masak sendirilah..



Read More! and Comments

Tuesday, January 1

Selamat Datang 2013

Dengan perubahan tahun dari 2012 ke 2013, usia kita melangkau setahun lagi. Sudah pastinya, kehidupan juga bakal berubah. Ramai yang mengharapkan agar tahun yang baru akan memberi harapan yang lebih baik berbanding tahun yang telah berlalu. Jika dilihat semula, apakah pencapaian yang telah saya diperoleh sepanjang tahun lepas..
Tiada..
Huh!! Tiada.. Jika ada orang bertanyakan tentang, apa yang anda mahu capai untuk tahun 2013, saya akan katakan yang saya perlu capai dahulu azam yang telah saya buat pada dua tahun yang lalu.
Dua tahun lalu, saya berazam untuk memperoleh pekerjaan atau tempat bekerja yang baru dan sehingga kini, usaha saya masih belum mendapatkan hasilnya. Saya redha dan akan terus berusaha untuk tahun yang ketiga.
Oleh yang demikian, saya tidak perlu membuat apa-apa azam baru sebelum azam lama yang telah dibuat tercapai.
Saya mungkin punya satu azam halus [keinginan] yang saya berkira-kira untuk saya azamkan cuma ia memerlukan masa yang agak lama untuk saya capai. Doa saya agar kedua-dua yang telah saya inginkan tercapai pada tahun ini.
Azam halus saya..??
Rahsia..!!

Read More! and Comments

2013 Selangor Public Holiday / Cuti Umum Selangor Tahun 2013


Below is a list of public holiday for Selangor state for year 2013. / Dibawah ini adalah senarai cuti umum untuk negeri Selangor untuk tahun 2013.

01 January
Selasa
Cuti Tahun Baru

24 January
Khamis
Cuti Maulidur Rasul

27 January
Ahad
Cuti Thaipusam

10-11 February
Ahad dan Isnin
Cuti Tahun Baru Cina

01 May
Rabu
Cuti Hari Pekerja

24 May
Jumaat
Cuti Hari Wesak

01 June
Sabtu
Cuti Hari Keputeraan Agong

26 July
Jumaat
Cuti Sambutan Nuzul Al-Quran

08-09 August
Khamis dan Jumaat
Cuti Hari Raya Puasa

31 August
Sabtu
Cuti Hari Merdeka

16 September
Isnin
Cuti Hari Malaysia

15 October
Selasa
Cuti Hari Raya Korban

02 November
Sabtu
Cuti Hari Deepavali

05 November
Selasa
Cuti Awal Muaharram

11 December
Rabu
Cuti Sambutan Hari Lahir Sultan Selangor

25 December
Rabu
Cuti Hari Natal

**Kepada warga Selangor, gunakan rujukan ini untuk merancang percutian anda. Selamat bercuti.

Read More! and Comments