Dengan perubahan tahun dari 2012 ke 2013, usia kita melangkau setahun lagi. Sudah pastinya, kehidupan juga bakal berubah. Ramai yang mengharapkan agar tahun yang baru akan memberi harapan yang lebih baik berbanding tahun yang telah berlalu. Jika dilihat semula, apakah pencapaian yang telah saya diperoleh sepanjang tahun lepas..
Tiada..
Huh!! Tiada.. Jika ada orang bertanyakan tentang, apa yang anda mahu capai untuk tahun 2013, saya akan katakan yang saya perlu capai dahulu azam yang telah saya buat pada dua tahun yang lalu.
Dua tahun lalu, saya berazam untuk memperoleh pekerjaan atau tempat bekerja yang baru dan sehingga kini, usaha saya masih belum mendapatkan hasilnya. Saya redha dan akan terus berusaha untuk tahun yang ketiga.
Oleh yang demikian, saya tidak perlu membuat apa-apa azam baru sebelum azam lama yang telah dibuat tercapai.
Saya mungkin punya satu azam halus [keinginan] yang saya berkira-kira untuk saya azamkan cuma ia memerlukan masa yang agak lama untuk saya capai. Doa saya agar kedua-dua yang telah saya inginkan tercapai pada tahun ini.
Azam halus saya..??
Rahsia..!!